Skydew Travel

  • Home
  • Skydew Travel

Skydew Travel Malaysian Team trusted Tour Leader & Guide
Stay in Bosnia = 10 years
Stay in Jordan = 17 years
Experience in Europe = 38 Countries
(10)

Tak lengkap percutian kalau tanpa sekeping gambar buat kenangan di hari tua 🥰 Di Balkan ni sebenarnya banyak tempat mena...
09/06/2024

Tak lengkap percutian kalau tanpa sekeping gambar buat kenangan di hari tua 🥰

Di Balkan ni sebenarnya banyak tempat menarik bukan sahaja cantik tapi penuh bersejarah. Sini min kongsikan beberapa spot cantik untuk bergambar. Tapi sikit ii jelah nanti tak suprise p**a bila korang kesini nanti 😝

📌Jangan lupa trip kita 23 SEPTEMBER nanti masih dibuka yaa 😜

Selamat pagi semua! Korang dah ada planning ke nak bercuti di mana kalini? 😋
09/06/2024

Selamat pagi semua! Korang dah ada planning ke nak bercuti di mana kalini? 😋

“Setahun sekali, pergi ke tempat yang belum pernah anda lawati sebelum ini.” Balkan semestinya tempat healing terbaik ❤️...
05/06/2024

“Setahun sekali, pergi ke tempat yang belum pernah anda lawati sebelum ini.”

Balkan semestinya tempat healing terbaik ❤️‍🩹 tambah ii lagi musim di bulan september nanti tidak terlalu sejuk tidak terlalu panas!

Khas untuk semua pelanggan kami atau yang baru tengah usha ii harga kami sediakan pakej lengkap termasuk transport/penginapan/driver/tour leader & banyak lagi kelebihan pakej ni tau !

Khidmat kami untuk memudahkan urusan korang. Tinggal book dan enjoy je semua tempat ii cantik ni.

Untuk tempahan slot boleh pm no tertera atau DM kami ! Cepat tau sebelum penuh 🫣

Episod kalini kita terbang ke Croatia 🇭🇷 p**a! Croatia merupakan negara Eropah yang terletak di persimpangan Mediterrane...
05/06/2024

Episod kalini kita terbang ke Croatia 🇭🇷 p**a!

Croatia merupakan negara Eropah yang terletak di persimpangan Mediterranean, eropah tengah & Balkan.

Croatia terkenal dengan alam semulajadi yang bakal memukau setiap yang singgah disini. Bukan itu sahaja sejarah & budaya disini juga turut menjadi tumpuan.

Sini min kongsikan 6 fakta menarik tentang CROATIA 😍!

Dekat skydew ni ada pakej balkan je ye? Sebenarnya dekat skydew ni Middle East country pun kita cover tau 🤪 yang penting...
03/06/2024

Dekat skydew ni ada pakej balkan je ye?

Sebenarnya dekat skydew ni Middle East country pun kita cover tau 🤪 yang penting tour leader kita berpengalaman 17 tahun di Jordan.

Slide slide dulu negara mana yang ada dalam bucket list korang? Boleh min tahu hehe 🤭

Makanan apa je yang famous dekat bosnia ni? Kalau yang dah pernah pergi mesti terbayangg rasa dia macam mana kan?! Ni mi...
01/06/2024

Makanan apa je yang famous dekat bosnia ni?

Kalau yang dah pernah pergi mesti terbayangg rasa dia macam mana kan?!

Ni min kongsikan 3 makanan bosnia yang patut korang cuba 😋

📌TRIP BULAN JUN-SEPTEMBER MASIH DIBUKA BOLEH TERUS DM UTK DAPATKAN SLOT 👏🏻

Sebelum ke mana ii negara mesti topup sikit ilmu sejarah tempat tersebut! Biar tahu jangan keliru! Barulah tempat yang d...
27/05/2024

Sebelum ke mana ii negara mesti topup sikit ilmu sejarah tempat tersebut! Biar tahu jangan keliru! Barulah tempat yang dituju lagi menarik kan!

Tapi kalau tak tahu pun jangan risau tour leader skydew sedia bercerita sedikit sebanyak tentang tempat yg dituju!

Ini min kongsikan 8 fakta menarik tentang negara bosnia 🇧🇦

📌BATCH JUN/JULAI/AUGUST masih dibuka utk students? Family? Kawan ii? Atau honeymoon? bila ii sahaja anda sedia kami ready to go!

TRIP JUN & JULAI MASIH DIBUKA ‼️🗓️Boleh tentukan tarikh sendiri 📌Trip private & Group available 💲Harga package berpatuta...
25/05/2024

TRIP JUN & JULAI MASIH DIBUKA ‼️

🗓️Boleh tentukan tarikh sendiri
📌Trip private & Group available
💲Harga package berpatutan
😎Tour Leader Berpengalaman lebih 10 Tahun
✅Ground & Fullboard package available
🚘Transportation & Accomodation disediakan

Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau tempahan boleh terus DM kami 🤝🏻 Kami sedia berkhidmat memudahkan urusan anda! Let’s “FLY BEYOND IMAGINATION” ‼️

24/05/2024

Trip Turki Blacksea
Istanbul-Trabzon-Rize
Adha ini.
Ada yang nak join? ☺️

Kesan Perang Bosnia-SerbiaDi sepanjang bandar dan kawasan perumahan Sarajevo, kita akan dapat melihat dinding rumah dan ...
22/05/2024

Kesan Perang Bosnia-Serbia

Di sepanjang bandar dan kawasan perumahan Sarajevo, kita akan dapat melihat dinding rumah dan apartment yang berlubang-lubang, kesan tembakan dan mortar sewaktu peperangan.

Kata sahabat Bosnian kami, selain menjadi kesan tinggalan sejarah, kos yang tinggi juga menjadi faktor mengapa tembok dan dinding tidak dibaiki sepenuhnya.

Menurut United Nation, dianggarkan sekitar 105,000 rakyat Bosnia terbunuh dalam peperangan ini. 6000 hingga 11000 daripadanya adalah kanak-kanak. (Mangsa perang Sarajevo & bandar-bandar lain seluruhnya)

Keluasan bandar Sarajevo yang dikepung p**a kira-kira 60km. Banyangkan 1425 hari yang cukup mendebarkan seluruh warga Bosnian Muslim di Sarajevo.

Melihatkan kesan perang ini, pasti kita akan mengambil ibrah dari setiap perjalanan menjelajah bumi Bosnia. 🥹

Ikuti Roadtrip Balkan kami bersama 10 tahun pengalaman Tour Leader Skydew. 1001 pengalaman dan kisah pasti kami akan ceritakan.

Hubungi:
https://tinyurl.com/msb7yyrk
https://tinyurl.com/msb7yyrk
https://tinyurl.com/msb7yyrk

Lukomir “Hidden Gem” di BosniaTempat yang tak ramai selalu pergi dengan bas tour adalah perkampungan Lukomir yang terlet...
22/05/2024

Lukomir “Hidden Gem” di Bosnia

Tempat yang tak ramai selalu pergi dengan bas tour adalah perkampungan Lukomir yang terletak jauh di pergunungan Bjelasnica dengan sejarah dan nature yang cantik. Disini korang boleh tengok adat kebudayaan orang Bosnia yang masih kekal dari berabad tahun lamanya, dengan ketinggian 1,495m di selatan pergunungan Bjelasnica.

Sejarah dan Adat Kebudayaan

Lukomir terkenal dengan kubur zaman medieval dipanggil stećci dari abad ke-12 hingga ke-16, antara 500-900 tahun dahulu. Rumah-rumah kekal seperti dahulu dengan binaan dari batu, dengan atap kayu yang menggambarkan kehidupan yang susah di pergununangan dengan suhu yang amat sejuk pada musim sejuk mencapai sehingga -25°C dan salji setebal 3-4 meter.

Bagaimana untuk Sampai ke Lukomir

🚗 Dengan Kereta
Memandu ke Lukomir adalah satu pengembaraan yang menarik.Antara caranya:

1. Dari Sarajevo:
- Laluan: Mulakan perjalanan dari Sarajevo, menuju ke Babin Do di Gunung Bjelašnica. Setelah sampai ke Babin Do, teruskan perjalanan offroad yang akan membawa terus ke Lukomir. Perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam dan 45 minit, menawarkan pemandangan yang menakjubkan sepanjang perjalanan.
- Petua: Sesetengah kereta sewa di Bosnia tidak membenarkan bawa di jalan offroad. Pastikan rental car berikan kebenaran. Jika dibenarkan, pandu perlahan-lahan dan berhati-hati di jalan berbatu batu untuk memastikan perjalanan yang selamat.

2. Dari Konjic:
- Laluan: Dari Konjic, pandu menuju ke Gunung Bjelašnica. Ikuti papan tanda ke Lukomir, dengan bahagian terakhir perjalanan offroad. Laluan ini menawarkan perspektif dan pemandangan yang menakjubkan dan mengambil masa yang hampir sama dari Sarajevo.

Masa Terbaik untuk Melawat

Masa terbaik untuk melawat Lukomir adalah antara Mei dan Oktober.

Penginapan

Jika ingin menginap semalaman, terdapat rumah batu tradisional yang telah diubah suai menjadi guesthouse. Perlu buat tempahan awal, terutamanya semasa musim panas.

Special bersama Skydew :
✅ Trip fleksibel, susun atur itinerari mengikut situasi semasa
✅ Group kecil sahaja untuk kepuasan maksima!
✅ Kami stay di Bosnia (starting point), memang dah ready di sana tau!
✅ Kami experience 10 tahun, dah mahir selok belok Balkan dan seisinya!
✅ Kami bantu carikan dan suggest tiket murah untuk anda!

Nak cari trusted tour leader?
Di Skydew inilah tempatnya yang tepat.

Terus klik sini bincang pakej, CEPAT!
https://tinyurl.com/yhe9v3c2
https://tinyurl.com/yhe9v3c2
https://tinyurl.com/yhe9v3c2

Fly Beyond Imagination! 🤩

Tahukan anda bagaimana mengeja dan menterjemah nama negara Bosnia dalam Bahasa Arab?Nah, beginilah dia 😁😁😁Albosnah Wal H...
21/05/2024

Tahukan anda bagaimana mengeja dan menterjemah nama negara Bosnia dalam Bahasa Arab?

Nah, beginilah dia 😁😁😁
Albosnah Wal Hersak.

Bunyi aneh tapi benar... ✅✅✅

Banyak lagi anda boleh explore bersama Tour Leader Skydew.

10 tahun pengalaman kami di Bosnia & Balkan membawa 1001 pengalaman premium buat anda! 😍😍😍

Ada pakej Roadtrip best best tau tahun ni.
DM kami untuk request ya! 😘

Ilidza Central Mosque.Team Skydew kali ini sempat menjelajah sebuah masjid ikonik di Ilidza. Di Ilidza tiada direkodkan ...
19/05/2024

Ilidza Central Mosque.

Team Skydew kali ini sempat menjelajah sebuah masjid ikonik di Ilidza. Di Ilidza tiada direkodkan apa-apa masjid telah dibina di sini sejak dari Empayar Uthmaniyah. Pada tahun 2008, Muslim yang tinggal di sini telah memulakan insiatif dan mengumpul dana untuk pembinaan masjid dan alhamdulillah, siap dibina pada tahun 2016.

Masjid ini terlalu cantik dan unik sekali. Jika kita lihat, kubah bulatnya yang besar menutupi semua ruang bangunan masjid, menjadikan bentuknya seperti sebuah kapsul atau space ship!

Reka bentuk dari luar dengan konsep moden, manakala dari dalam adalah insipirasi kaligrafi dan Islamic Geometry.

Berunsurkan nature, cahaya dari bukaan tingkap cermin yang luas akan masuk ke dalam ruang masjid, ini menjadikan masjid akan terang secara semulajadi tanpa perlu lampu dihidupkan. Jimat elektik kan? 😁

Terletak bersebelahan Sungai Zeljeznica dengan view menghijau yang mengasyikkan, sudah pasti masjid ini menjadi lokasi healing bersama alam yang sesiapa sahaja mengunjunginya pasti merasakan ketenangan luar biasa. 🥰

Team kami dapat solat Jumaat di sini, beramah mesra dengan jemaah dan meneliti senibina dalam dan luarnya.

Oh ya, masjid dalam bahasa bosnia adalah Dzamija.
10 minit sahaja dari Airport Sarajevo.
Skydew Travel pasti akan memperkenalkan lokasi dan sejarah rare dan terbaik untuk semua tetamu kami.

Fly beyond imagination bersama Skydew! 🥰
DM kami untuk Pakej Roadtrip Balkan yang berbaloi!

https://tinyurl.com/msb7yyrk
https://tinyurl.com/msb7yyrk
https://tinyurl.com/msb7yyrk

Ready to join our Roadtrip? 🚗🚐Here the best of the best your Skydew Travel Tour Leader Team! 😍We cover up to 22 countrie...
17/05/2024

Ready to join our Roadtrip? 🚗🚐

Here the best of the best your Skydew Travel Tour Leader Team! 😍

We cover up to 22 countries ground service and more!

✅ Roadtrip Package
✅ Car & van rental
✅ Licensed Driver
✅ Photovideo travel package
✅ Trip consultation

Based in Bosnia & Jordan.
Malaysian 10 years in Bosnia. 🇲🇾🇧🇦
Malaysian 17 years in Jordan. 🇲🇾🇯🇴
Malaysian travelled 38 Europe Countries. 🇲🇾🇪🇺

A 10 year experience since 2014.
We are your best buddies to fly beyond your imagination! ✈️

Contact us for more info! 😁
https://tinyurl.com/msb7yyrk
https://tinyurl.com/msb7yyrk
https://tinyurl.com/msb7yyrk

Assalamualaikum semua di kesempatan ini diharap tidak terlambat untuk kami mengucapkan Selamat Hari Guru buat guru ii se...
16/05/2024

Assalamualaikum semua di kesempatan ini diharap tidak terlambat untuk kami mengucapkan Selamat Hari Guru buat guru ii seduniaaa! Terima kasih atas jasamu yang tak terhingga dalam mendidik kami !

Kami dari team nak berpantun lah sikit😗

Jalan ke barat berpilin - pilin,
Cuaca elok menawan Balkan,
Guru Ibarat cahaya lilin,
Menyuluh hidup setiap insan

Scroll2 ternampak skydew,
Nanti kita yahoo yahoo! 🫣 eh

Terima kasih guruku 🫶🏻

Kenapa korang perlukan travel agent? Ramai sebenarnya tak tahu khidmat kami ni apa je? Mehh min share sikitttt! 🫣
09/05/2024

Kenapa korang perlukan travel agent?

Ramai sebenarnya tak tahu khidmat kami ni apa je? Mehh min share sikitttt! 🫣

📍Kotor, Montenegro 🇲🇪 • Montenegro 🇲🇪 Monte membawa maksud “gunung” & negro membawa maksud “hitam”. Ini kerana wilayah M...
06/05/2024

📍Kotor, Montenegro 🇲🇪

• Montenegro 🇲🇪 Monte membawa maksud “gunung” & negro membawa maksud “hitam”. Ini kerana wilayah Montenegro diliputi oleh kawasan hutan pergunungan yang gelap

• Kotor terkenal dengan salah satu keajaiban dunia kerana keunikan dan mempunyai kecantikkannya tersendiri. Bandar kota lama (Old town city) dibina antara 12-14 abad yang lalu.

• Nama sahaja Kotor tapi bandar ini terlalu bersih! 🫣

1. Bay of Kotor
2. Our customers with lady of the rocks view
3. Our lady of the rocks
4. The view of Perast
5. Old town city, Kotor

Walaupun sesampainya kami dengan cuaca yang tidak menentu kerana hujan. Tapi kami tetap enjoy dan berkesempatan utk boat tour disini menikmati pemandangan yg sangat menakjubkan ! 😍

Happy labour day everyone! Semangat untuk seluruh buruh di dunia, Kerana tanpa adanya semangat pekerjaan akan sangat ber...
01/05/2024

Happy labour day everyone!

Semangat untuk seluruh buruh di dunia, Kerana tanpa adanya semangat pekerjaan akan sangat berat untuk dilakukan!

- Ikhlas dari kami TEAM SKYDEW 🫶🏻

Roti dijual di pasar Sarajevo, Bosnia & Herzegovina, Balkan.Foto tahun 1912.
30/04/2024

Roti dijual di pasar Sarajevo, Bosnia & Herzegovina, Balkan.
Foto tahun 1912.

Bab kata orang jauh perjalanan, luas pemandangan. Luas pemandangan, panjang akal fikiran. Kerana cara untuk mematangkan ...
27/04/2024

Bab kata orang jauh perjalanan, luas pemandangan. Luas pemandangan, panjang akal fikiran. Kerana cara untuk mematangkan diri adalah dengan pengalaman.

Korang dah travel berapa negara? 😍

Berakhir sudah Trip En Izuddin dan keluar 7 negara Balkan selama 15 HariTerima kasih kerana ikut bersama kami😊Moga selam...
26/04/2024

Berakhir sudah Trip En Izuddin dan keluar 7 negara Balkan selama 15 Hari

Terima kasih kerana ikut bersama kami😊
Moga selamat sampai ke Malaysia

𝗥𝗔𝗦𝗔𝗜 𝗘𝗫𝗣𝗘𝗥𝗜𝗘𝗡𝗖𝗘 𝗕𝗘𝗥𝗕𝗘𝗭𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗧𝗢𝗨𝗥 𝗟𝗘𝗔𝗗𝗘𝗥 𝗦𝗞𝗬𝗗𝗘𝗪! 🥰🥰🥰Kami dah pun beraya di Bosnia dan Balkan! 😁😁😁Jom next trip kami ...
18/04/2024

𝗥𝗔𝗦𝗔𝗜 𝗘𝗫𝗣𝗘𝗥𝗜𝗘𝗡𝗖𝗘 𝗕𝗘𝗥𝗕𝗘𝗭𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗧𝗢𝗨𝗥 𝗟𝗘𝗔𝗗𝗘𝗥 𝗦𝗞𝗬𝗗𝗘𝗪! 🥰🥰🥰
Kami dah pun beraya di Bosnia dan Balkan! 😁😁😁

Jom next trip kami Mei ini.
𝟭𝟬 𝗠𝗲𝗶 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟭𝟳 𝗠𝗲𝗶.
Balkan 3 @ 5 Negara! 😍

Trip 3 Negara : Bosnia - Croatia - Montenegro (8H7M)
Trip 5 Negara : Bosnia - Croatia - Montenegro - Albania - Macedonia (7H6M / 10H9M)

8pax GROUND PACKAGE bermula serendah RM3899 sahaja!

Special bersama Skydew :
✅ Trip fleksibel, susun atur itinerari mengikut situasi semasa
✅ Group kecil sahaja untuk kepuasan maksima!
✅ Kami stay di Bosnia (starting point), memang dah ready di sana tau!
✅ Kami experience 10 tahun, dah mahir selok belok Balkan dan seisinya!
✅ Kami bantu carikan dan suggest tiket murah untuk anda!

Nak cari trusted tour leader?
Di Skydew inilah tempatnya yang tepat.

Terus klik sini bincang pakej, CEPAT!
https://tinyurl.com/yhe9v3c2
https://tinyurl.com/yhe9v3c2
https://tinyurl.com/yhe9v3c2

Fly Beyond Imagination! 🤩



Pakej Negara-Negara Balkan bersama Team Skydew! 🥰2024 ini pelbagai experience baru untuk para pengembara yang mengikuti ...
15/04/2024

Pakej Negara-Negara Balkan bersama Team Skydew! 🥰

2024 ini pelbagai experience baru untuk para pengembara yang mengikuti travel bersama kami.
Satu group Trip 8pax sahaja - trip yang efisyen untuk explore sampai puas!

Tentukan Pakej. Bincang tarikh. Kami bantu DIY tiket flight. Dan jom terbang! 😍

Bersama Tour Guide dan Leader berpengalaman 10 tahun di Bosnia dan Balkan.

"Fly beyond imagination" anda!
Hubungi dan diskas bersama kami di :
https://tinyurl.com/5f6abfvr
https://tinyurl.com/5f6abfvr
https://tinyurl.com/5f6abfvr



Terbang Jauh di Perantauan,Pulang Jua Ke Kampung Halaman.Cuma...Tour Guide kami masih tak balik Malaysia lagi 😅Kami pack...
14/04/2024

Terbang Jauh di Perantauan,
Pulang Jua Ke Kampung Halaman.

Cuma...
Tour Guide kami masih tak balik Malaysia lagi 😅

Kami pack dengan 7 trip bulan ini.
Semua tour guide kini di Bosnia dan Balkan! 😍😍😍

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin!

Terima kasih kerana menyokong kami selama ini ya! 😍

Ikuti Projek DEWFOUNDERS di sini :
t.me/dewfounders

OFFROAD. MORE ADVENTURES.GEORGIA TRIP 2024Coming Soon This July! 🔥🔥🔥Follow Our DEWFOUNDERS Project here :t.me/dewfounder...
02/04/2024

OFFROAD. MORE ADVENTURES.
GEORGIA TRIP 2024

Coming Soon This July! 🔥🔥🔥

Follow Our DEWFOUNDERS Project here :
t.me/dewfounders



TRIVIA GEORGIA===Pada ketinggian 5068m, Shkhara merupakan puncak tertinggi di Georgia dan ketiga tertinggi di Banjaran C...
01/04/2024

TRIVIA GEORGIA
===

Pada ketinggian 5068m, Shkhara merupakan puncak tertinggi di Georgia dan ketiga tertinggi di Banjaran Caucasus. Ke arah utara, lerengnya membentuk sempadan dengan Rusia. Dari Uhsguli anda boleh nampak puncak Shkhara dan anda boleh mendaki ke kaki gunung di mana terdapat glacier yang merupakan sebahagian dari gunung Shkhara.

Georgia adalah antara 3 negara yang terletak di pergunungan Caucasus, selain dari Armenia, Azerbaijan dan Russia

Untuk ke Shkhara Glacier, anda boleh mendaki dari Ushguli dengan pemandangan nature ygg cantik, jarak sekitar 8km. Memakan masa separuh hari.

Boleh pergi balik dan bermalam di Ushguli. Sepanjang perjalanan p**a ada cafe kecil untuk persinggahan hikers.

Ikuti Projek DEWFOUNDERS dan update trip di sini :
t.me/dewfounders


Address


Telephone

+38762360771

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Skydew Travel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Travel Agency?

Share

Our Story

Sky Dew Balkan - Malaysian Trusted Tour Leader & Guide Peluang travel bersama kami ke Bosnia & seluruh negara di Balkan! === Customize Ground Travel Service === 3 step mudah: 1. Nyatakan bilangan hari travel atau tarikh dan bulan yang tepat 2. Nyatakan bilangan traveller 3. Nyatakan bandar atau negara destinasi yang ingin dituju Kami akan susun itinerari dan keluarkan sebut harga untuk anda :) === Hubungi === Whatsapp: 38762360771 Email: [email protected] Page: fb.com/skydewbalkan Insta: skydew_balkan