TraveHolic Malaysia Mesir

  • Home
  • TraveHolic Malaysia Mesir

TraveHolic Malaysia Mesir Khas untuk rakyat Malaysia. Perkongsian liku kehidupan di Mesir serta menyediakan tips melancong d
(1)

Seronok rasa bila dapat bagi personalised service pada customer, dan customer berpuas hati ☺️
09/07/2022

Seronok rasa bila dapat bagi personalised service pada customer, dan customer berpuas hati ☺️

09/05/2022

Siwa, sebuah pekan kecil yang penduduknya masih mengamalkan budaya tradisi, hidup dalam sistem kabilah terletak lebih kurang 700km dari Kaherah.

Antara tariman utama di Siwa adalah tinggalan Kubu Shali yang dibina menggunakan ‘kershef’ iaitu campuran tanah liat dan garam.

Kita cuba mendaki Kubu Shali ni. Nak tengok pemandangan matahari terbenam dari atas.

Di tinggalan kubu ini, masih ada penduduk tempatan yang tinggal di sini. Ada juga hotel yang dibina menggunakan bahan binaan asal kubu ini.

🔊🔊  Promosi Special untuk Ibubapa yang nak datang majlis convocation 🎖Reservation tiket penerbangan dibuka sekarang!  Ja...
15/01/2022

🔊🔊 Promosi Special untuk Ibubapa yang nak datang majlis convocation 🎖

Reservation tiket penerbangan dibuka sekarang!
Jangan tunggu lama-lama, takut seat habis 😇

Nak survey-survey dulu pun boleh
Kita boleh arrange ticket itinerary untuk yang berminat nak stay-over di Istanbul ke, Dubai ke.

Mesej sekarang https://wa.me/201118780231

--
Traveholicby MFH Global Solutions

27/11/2021

Coming soon:

Umrah trip for Malaysians in Egypt.

26/11/2021

Alhamdulillah.

Saudi benarkan penerbangan terus dari Mesir mulai 1 Dec.

02/11/2021
Bagi yang mengambil vaksin Covid-19 di luar negara, MySejahtera tidak mengeluarkan PDF yang ada QR code untuk kegunaan p...
02/11/2021

Bagi yang mengambil vaksin Covid-19 di luar negara, MySejahtera tidak mengeluarkan PDF yang ada QR code untuk kegunaan perjalanan keluar negara terutama ke negara yang memerlukan dokumen bukti vaksinasi.

Digital certificate MySejahtera cuma untuk digunakan di Malaysia.

Bagi yang mengambi dos vaksin di Mesir, sebaiknya dapatkan Travellers' Vaccine Certificate dari Pejabat Kesihatan muhafazah masing-masing (400LE). Sijil ini boleh digunakan sebagai bukti vaksinasi ketika melancong, mendapatkan visa umrah, dsb.

10/10/2021

Dah tak perlu buat MyTravelPass, maknanya nak ke Mesir dah tak perlu buat visa di Kedutaan Jalan Ampang. :)

Alhamdulillah. Rakyat Malaysia yang nak keluar negara tak perlu mohon MyTravelPass bermula esok.Boleh la datang Egypt, s...
10/10/2021

Alhamdulillah. Rakyat Malaysia yang nak keluar negara tak perlu mohon MyTravelPass bermula esok.

Boleh la datang Egypt, sambil-sambil melancong ke Europe.

Pastikan dulu keperluan kuarantin negara yang nak dituju. Kalau Mesir, tak ada masalah. Tak perlu kuarantin.

MACAM MANA UNTUK TAK TERLEPAS UPDATE DARI KAMI?1. Pergi ke Page TraveHolic Malaysia Mesir. Klik butang tiga titik tu.2. ...
09/10/2021

MACAM MANA UNTUK TAK TERLEPAS UPDATE DARI KAMI?

1. Pergi ke Page TraveHolic Malaysia Mesir. Klik butang tiga titik tu.

2. Klik pada "Follow Settings".

3. Klik "Favourite".

MASUKKAN MAKLUMAT VAKSIN DARI MESIR KE MYSEJAHTERASalam semua :)Mesti ramai pelajar-pelajar Malaysia di Mesir dah ambil ...
09/10/2021

MASUKKAN MAKLUMAT VAKSIN DARI MESIR KE MYSEJAHTERA

Salam semua :)

Mesti ramai pelajar-pelajar Malaysia di Mesir dah ambil vaksin kan? Kalau ya, jangan lupa untuk masukkan maklumat vaksin anda dalam MySejahtera.

Tak perlu email. Boleh isi borang dalam mySejahtera Helpdesk terus. Macam ni…

1. Buka mySejahtera anda. Klik pada bahagian Helpdesk.

2. Taip keyword “OVERSEA” dalam searchbox anda. Beberapa pilihan akan keluar. Pilih pilihan terakhir.

3. Masukkan maklumat nombor akaun mySejahtera anda, nama penuh, dan alamat emel.

4. Pilih maklumat vaksinasi anda. Kalau ambil vaksin Johnson & Johnson, kan cuma satu dos, pilih “Dose 1”.

5. Isikan maklumat peribadi dan maklumat vaksin. Dalam ruangan “Batch No.”, tulis “-“.

6. Muatnaik sijil atau kad vaksin anda yang berbahasa inggeris. Kalau tak ada, buat terjemahan EME dulu. Dan gunakan terjemahan EME. Klik “submit”.

7. Maklumat vaksin anda akan dikemaskini dalam mySejahtera dalam masa seminggu. :)

Selamat mencuba.

*********************************************************
-FH

02/10/2021

Transit lama di Dubai, tapi taktau dah nak jalan-jalan mana?

Dapatkan tiket masuk Dubai Expo 2020 secara PERCUMA dengan setiap pembelian tiket penerbangan EMIRATES*.

Be a part of the future of human civilization.

The future is now!

✅ MOHON KUARANTIN DI RUMAH ✅ TRANSIT LAMA DI DUBAI, DAPAT FREE TIKET MASUK EXPO 2020✅ TIKET FLIGHT STUDENT PROMOKalau me...
02/10/2021

✅ MOHON KUARANTIN DI RUMAH
✅ TRANSIT LAMA DI DUBAI, DAPAT FREE TIKET MASUK EXPO 2020
✅ TIKET FLIGHT STUDENT PROMO

Kalau memang ada niat nak balik Malaysia, jangan tangguh-tangguh lagi. Ini masa yang sesuai.

Whatsapp kami sekarang. Insyaallah mana boleh bantu, kita bantu. Permohonan kuarantin di rumah, syarat PCR, cara nak jimat jalan-jalan di Dubai, dll.

https://wa.me/201118780231 📲
https://wa.me/201118780231 📲

Ibubapa kini dibenarkan untuk keluar negara mengiringi anak untuk sambung belajar tanpa perlu memohon MyTravelPass.Alham...
29/09/2021

Ibubapa kini dibenarkan untuk keluar negara mengiringi anak untuk sambung belajar tanpa perlu memohon MyTravelPass.

Alhamdulillah :)

EMIRATES ada promo CAI-KUL 69kg.QATAR ada promo 69kg untuk pelajar.ETIHAD ada promo KUL-CAI-KUL. Sesuai untuk parents ya...
29/09/2021

EMIRATES ada promo CAI-KUL 69kg.
QATAR ada promo 69kg untuk pelajar.
ETIHAD ada promo KUL-CAI-KUL. Sesuai untuk parents yang nak datang Mesir bercuti, atau nak datang majlis konvo anak-anak.

*************************************************************

Konfius cara untuk mohon MyTravelPass imigresen?
atau konfius cara untuk memohon kuarantin di rumah?
Whatsapp sekarang. Insyaallah mana boleh guide, kita guide 🙂
https://wa.me/201118780231
https://wa.me/201118780231

[PERMOHONAN KUARANTIN DI RUMAH]Berita Baik!Bermula hari ini (21 September 2021), pukul 8 pagi, permohonan kuarantin di r...
20/09/2021

[PERMOHONAN KUARANTIN DI RUMAH]

Berita Baik!

Bermula hari ini (21 September 2021), pukul 8 pagi, permohonan kuarantin di rumah untuk pengembara dari luar negara lebih mudah. Permohonan boleh dibuat terus melalui laman web KKM khusus bagi yang telah menerima vaksin lengkap.

Cara-cara memohon:

1. Buka https://moh.gov.my/.
2. Pergi ke bahagian HSO.
3. Isi permohonan dan lampirkan dokumen-dokumen sokongan (tiket penerbangan, bukti vaksinasi,, dsb)
4. Permohonan mesti dibuat 7-10 hari sebelum tarikh penerbangan dan akan diproses dalam masa 7 hari bekerja.

[CARA MEMASUKKAN MAKLUMAT VAKSIN MESIR KE MYSEJAHTERA]Ramai pelajar-pelajar Malaysia di Mesir dah dapatkan 2 dos vaksin ...
14/09/2021

[CARA MEMASUKKAN MAKLUMAT VAKSIN MESIR KE MYSEJAHTERA]

Ramai pelajar-pelajar Malaysia di Mesir dah dapatkan 2 dos vaksin kan? Sekarang, kita boleh mohon untuk masukkan maklumat vaksin di luar negara ke dalam MySejahtera.

1. Jika anda berada di Malaysia, hadir ke Pejabat Kesihatan Daerah. Bawa bersama:
- Kad vaksin Mesir yang dah dicop
- Terjemahan kad vaksin dalam bahasa Inggeris atau terjemahan dalam Bahasa Malaysia oleh EME.

2. Senarai pejabat kesihatan daerah ada dalam link https://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view/5?search=sepang

Untuk yang dah dapatkan dua dos vaksin Covid-19, dah boleh memohon untuk kuarantin di rumah. Sekarang masa yang sesuai u...
14/09/2021

Untuk yang dah dapatkan dua dos vaksin Covid-19, dah boleh memohon untuk kuarantin di rumah. Sekarang masa yang sesuai untuk berjumpa ibu bapa sementara masih cuti musim panas.

Dapatkan tiket segera, sementara masih ada promosi 😇🙃

Address


Telephone

+201118780231

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TraveHolic Malaysia Mesir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to TraveHolic Malaysia Mesir:

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Travel Agency?

Share