Pesona Sumatera Utara

  • Home
  • Pesona Sumatera Utara

Pesona Sumatera Utara Selamat datang ke laman Facebook Pesona Sumatera Utara yang dikendalikan Purlink Tour & Travel (Purlink), Medan, Indonesia.

Selamat datang ke laman Facebook Pesona Sumatera Utara yang dikendalikan Purlink Tour & Travel, Medan, Indonesia. Provinsi Sumatera Utara (Sumut) terletak di Pulau Sumatera, Indonesia dan provinsi ini terkenal dengan tarikan wisata (pelancongan) terutamanya Danau Toba dan Pulau Simosir, Air Terjun Sipiso-Piso, dan juga ibu kotanya, iaitu Medan. Medan merupakan kota yang keempat terbesar di Indone

sia dari segi jumlah penduduk selepas Jakarta, Surabaya, dan Bandung. Jumlah penduduk kota Medan pada tahun 2014 dianggarkan berjumlah 2.5 juta orang. Antara tarikan utama di kota Medan ialah Masjid Raya Medan, Istana Maimun, dan Lapangan Merdeka (Merdeka Walk). Untuk belanja (beli-belah) di Medan, anda boleh berkunjung ke Pasar Ikan, iaitu sebuah kawasan bazar yang menjual jubah, telekong solat, sejadah, pakaian, dan sebagainya, manakala pusat beli-belah moden terdiri daripada Medan Mall dan Sun Plaza. CARA KE SANA: Bandar Udara Internasional Kualanamu (Medan) merupakan pintu masuk utama ke Provinsi Sumatera Utara dan juga kota Medan. Malaysia Airlines (MAS), AirAsia, Malindo Air, dan Batik Air menawarkan perhidmatan penerbangan langsung (terus) dari Kuala Lumpur ke Medan, manakala AirAsia, Indonesia AirAsia, Lion Air, dan Sriwijaya Air terbang dari Pulau Pinang, Malaysia ke Medan setiap hari. PERKHIDMATAN SUPIR & PAKET WISATA (PAKEJ PELANCONGAN): Purlink Tour & Travel (Purlink) di Medan, Indonesia menawarkan perkhidmatan supir (sewaan kenderaan bersama pemandu) untuk melancarkan percutian anda di Medan dan seluruh Provinsi Sumatera Utara. Purlink juga menawarkan paket wisata (pakej pelancongan) di Medan, Berastagi, dan Danau Toba dengan harga yang amat berpatutan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pak Ibrahim di talian +62-811 616 289 atau +62-8231 8111 964 (Whatapps juga boleh bagi kedua-dua talian). KAMUS BAHASA INDONESIA - BAHASA MELAYU MALAYSIA (BAHASA MALAYSIA):
(01) Provinsi = wilayah/negeri
(02) Wisata = pelancongan
(03) Kota = bandar raya (city)/bandar(town)
(04) Belanja = beli-belah
(05) Bandar udara (bandara) = lapangan terbang
(06) Internasional = antarabangsa
(07) Maskapai penerbangan = syarikat penerbangan
(08) Pemerintah = kerajaan
(09) Jalan tol = lebuh raya bertol
(10) Masjid raya = masjid jamek
(11) Pusat kota = pusat bandar/bandar raya
(12) Makan siang = makan tengah hari
(13) Kapan = bila (when)
(14) Kamar kecil = tandas/bilik air
(15) Rumah sakit = hospital
(16) Beda = beza
(17) Kantor = pejabat
(18) Mobil = kereta
(19) Kereta = kereta api
(20) Pak = tuan
(21) Ibu/Bu = puan
(22) Bisa = boleh

04/02/2023

JADUAL DAN KEKERAPAN PENERBANGAN LALUAN MELAKA – PULAU PINANG DAN MELAKA – PEKANBARU OLEH SYARIKAT PENERBANGAN BATIK AIR (MALAYSIA)

JADUAL: Syarikat penerbangan Batik Air (Malaysia) menawarkan perkhidmatan penerbangan harian (sekali sehari) dari Lapangan Terbang Melaka ke Pulau Pinang dan Pekanbaru menggunakan pesawat berkipas jenis ATR72-600 dengan 72 tempat duduk.

(1) LALUAN MELAKA – PULAU PINANG: Penerbangan OD1330 dari Pulau Pinang ke Bandar Raya Melaka dijadualkan berlepas pada jam 10:10 dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Melaka pada jam 11:30, manakala penerbangan OD1331 dari Melaka ke Pulau Pinang dijadualkan berlepas pada jam 15:35 dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) pada jam 16:55.

(2) LALUAN MELAKA – PEKANBARU: Penerbangan OD310 dari Melaka ke Pekanbaru dijadualkan berlepas pada jam 12:15 dan dijadualkan tiba di Pekanbaru pada jam12:20 (Waktu Indonesia Barat), manakala penerbangan OD311 dari Pekanbaru ke Bandar Raya Melaka dijadualkan berlepas pada jam 12:45 (Waktu Indonesia Barat) dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Melaka pada jam 14:50.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, sila layari laman sesawang www.batikair.com.my.

Nota: Maklumat dikemas kini pada 4 Februari 2023 | Kuala Lumpur

Address


Telephone

+62811616289

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pesona Sumatera Utara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Travel Agency?

Share