30/01/2016
For Malaysian Only
SIJIL HALAL JAKIM
Seperti yang diketahui seluruh dunia 'Top 3 Countries for Halal Food Indicator' adalah MALAYSIA, PAKISTAN dan UAE.
Sukacita saya khabarkan di sini, saya ingin memohon jasa baik sesiapa yang pernah berurusan mendapatkan sijil Halal daripada Jakim untuk berkongsi pengalaman mengenai aspek-aspek dalam prosedur tersebut.
Atau mempunyai kenalan mahupun saudara mara yang terlibat secara langsung sebagai pegawai di Bahagian Pensijilan Halal Jakim untuk diperkenalkan kepada saya. Cara ini lebih effektif buat saya.
Tujuannya adalah untuk membantu saya berdakwah kepada syarikat-syarikat perusahaan makanan, pelancongan, perbankan, kosmetik, kosmetik, fesyen mahupun media di Jepun ini. Keutamaan saya untuk permulaan ini adalah di dalam aspek MAKANAN khusus untuk di JEPUN.
Mohon jasa baik semua di Malaysia untuk menghebahkan perkara ini bagi membantu saya untuk memperkenalkan keindahan ISLAM di JEPUN.
Untuk berhubung : [email protected] atau terus mesej ke inbox Ehime Muslim Tourism