Ipsta 4

Ipsta 4 Homestay
Berdekatan dengan Hospital Sultanah Bahiyah
Dekat dengan kemudahan seperti kedai runcit dan kedai makan

16/07/2024
16/07/2024
30/03/2024

𝐌𝐈𝐒𝐈 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐔𝐑𝐔 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐋𝐀𝐈𝐋𝐀𝐓𝐔𝐋 𝐐𝐀𝐃𝐀𝐑 2024M / 1445H
(Lepas Magrib)
31 March > 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘮 21
02 A𝘱𝘳𝘪𝘭 > 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘮 23
04 A𝘱𝘳𝘪𝘭 > 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘮 25
06 A𝘱𝘳𝘪𝘭 > 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘮 27
08 A𝘱𝘳𝘪𝘭 > 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘮 29
"𝘊𝘢𝘳𝘪𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘭𝘢𝘪𝘭𝘢𝘵𝘶𝘭 𝘲𝘢𝘥𝘢𝘳 𝘥𝘪𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘨𝘢𝘯𝘫𝘪𝘭 𝘱𝘢𝘥𝘢 10 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘵𝘦𝘳𝘢𝘬𝘩𝘪𝘳 𝘣𝘶𝘭𝘢𝘯 R𝘢𝘮𝘢𝘥𝘢𝘯"

𝘿𝙤𝙖 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙢𝙚𝙣𝙙𝙖𝙥𝙖𝙩𝙠𝙖𝙣
𝙢𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙡𝙖𝙞𝙡𝙖𝙩𝙪𝙡 𝙦𝙖𝙙𝙖𝙧
"𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡𝐮𝐦𝐦𝐚𝐫𝐳𝐮𝐪𝐧𝐚 𝐥𝐚𝐢𝐥𝐚𝐭𝐚𝐥 𝐪𝐚𝐝𝐫𝐢 𝐟𝐢 𝐡𝐚𝐳𝐢𝐡𝐢𝐬 𝐬𝐚𝐧𝐚𝐭𝐢 𝐰𝐚𝐟𝐢 𝐤𝐮𝐥𝐥𝐢 𝐬𝐚𝐧𝐧𝐚𝐭𝐢."
(𝘠𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘶𝘳𝘯𝘪𝘢𝘬𝘢𝘯𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘢𝘮𝘪 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘭𝘢𝘪𝘭𝘢𝘵𝘶𝘭 𝘲𝘢𝘥𝘢𝘳 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘵𝘢𝘩𝘶𝘯 𝘪𝘯𝘪 𝘥𝘢𝘯 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘴𝘦𝘵𝘪𝘢𝘱 𝘵𝘢𝘩𝘶𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘵𝘢𝘯𝘨)

𝙃𝙖𝙡 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙞𝙡𝙖𝙠𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙢𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙡𝙖𝙞𝙡𝙖𝙩𝙪𝙡 𝙦𝙖𝙙𝙖𝙧
1.) 𝘮𝘦𝘮𝘱𝘦𝘳𝘣𝘢𝘯𝘺𝘢𝘬 𝘴𝘩𝘰𝘭𝘢𝘸𝘢𝘵 (𝘢𝘭𝘭𝘢𝘩𝘶𝘮𝘮𝘢 𝘴𝘩𝘰𝘭𝘭𝘪
𝘢𝘭𝘢𝘢 𝘮𝘶𝘩𝘢𝘮𝘮𝘢𝘥)

2.) 𝘱𝘦𝘳𝘣𝘢𝘯𝘺𝘢𝘬 𝘻𝘪𝘬𝘪𝘳 (𝘴𝘶𝘣𝘩𝘢𝘯𝘢𝘭𝘭𝘢𝘩, 𝘭𝘢𝘢 𝘪𝘭𝘢𝘩𝘢 𝘪𝘭𝘢𝘭𝘭𝘭𝘢𝘩, 𝘢𝘭𝘭𝘢𝘩𝘶 𝘢𝘬𝘣𝘢𝘳)

3.) 𝘥𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘳𝘣𝘢𝘯𝘺𝘢𝘬 𝘥𝘰𝘢 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 (𝘴𝘦𝘨𝘢𝘭𝘢 𝘴𝘦𝘴𝘶𝘢𝘵𝘶 𝘩𝘢𝘫𝘢𝘵 𝘬𝘢𝘮𝘶)

𝐃𝐨𝐚 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐥𝐚𝐢𝐥𝐚𝐭𝐮𝐥 𝐪𝐚𝐝𝐚𝐫 "𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡𝐮𝐦𝐦𝐚 𝐢𝐧𝐧𝐚𝐤𝐚 𝐚𝐟𝐮𝐰𝐰𝐮𝐧 𝐭𝐮𝐡𝐢𝐛𝐛𝐮𝐥 𝐚𝐟𝐰𝐚 𝐟𝐚'𝐟𝐮 𝐚𝐧𝐧𝐢"
#
#

Copy&paste

Secara rasminya telah bermula.. maka beringatla kita semua. Tutup suis apabika tidak digunakan.Sesungguhnya membazir itu...
01/03/2024

Secara rasminya telah bermula.. maka beringatla kita semua. Tutup suis apabika tidak digunakan.

Sesungguhnya membazir itu saudara Syaitan..

26/02/2024

BERHATI-HATI FENOMENA AKHIR ZAMAN

1. Banyak rumah semakin besar, tapi keluarganya semakin kecil.

2. Perubatan semakin canggih, kesihatan semakin buruk.

3. Melancong keliling Dunia, tapi tidak kenal dengan jiran terdekat.

4. Pendapatan semakin meningkat, ketentraman jiwa semakin berkurang.

5. Ilmu semakin tinggi, emosi semakin rendah.

6. Jumlah manusia semakin banyak, rasa kemanusiaan semakin menipis.

7. Pengetahuan semakin bagus, keadilan semakin berkurang.

8. Perzinaan semakin rancak, kesetiaan semakin pupus.

9. Semakin banyak kawan di dunia maya, tapi tidak ada sahabat yang sejati.

10. Minuman semakin banyak jenisnya, air bersih semakin berkurang jumlahnya.

11. Pakai jam tangan mahal, tapi tak pernah tepat waktu.

12. Ilmu semakin tersebar, adab dan akhlak semakin lenyap.

13. Belajar semakin mudah, Guru semakin tidak dihargai.

14. Teknologi semakin canggih, fitnah dan aib semakin tersebar.

15. Orang yang rendah ilmu banyak bercakap, orang yang tinggi ilmu banyak mendiamkan diri.

Semoga kita sedar dan Semoga kita semua tetap berada di dalam lindungan ALLAH Subhanahu Wa Ta'aa. 🤲

آمِيّنْ... آمِيّنْ آمِّيْنَ يَا رَبَ الْعَالَمِيْنَ

In sha ALLAH. Sama-sama kita muhasabah.

Assalamualaikum.. Salam pagi Isnin..Memandangkan cuti sekolah sudah di pertengahan jalan dan bakal menjengah ke penghuju...
25/02/2024

Assalamualaikum..

Salam pagi Isnin..

Memandangkan cuti sekolah sudah di pertengahan jalan dan bakal menjengah ke penghujungnya,maka Kak Wani kemaskini semula tarikh-tarikh yang telah dibooking..

Sekiranya berminat dengan tarikh yang belum bertanda ❌, tuan/puan boleh berhubung dengan Kak Wani ya. InsyaAllah,kita nego sampai jadi..😄

🏡 🌾🏡 🌾🏡🌾🏡🌾🏡🌾

Nikmati ketenangan di Adwa Vistana Homestay..

https://wa.me/+60174338392

https://wa.me/+60194551269

*Taman Vistana Indah, Jalan Langgar, Alor Setar (berhampiran/depan Hospital Sultanah Bahiyah)*

🌹🌾🌹🌾🌹🌾🌹










10/02/2024

Assalamualaikum.. Cuti sekolah dah bermula. Ada yang mencari homestay untuk kenduri,JJCM,urusan di Hospital Sultanah Bahiyah @ urusan kerja di Alor Setar?

Yang masih mencari homestay, ADWa Homestay masih ada tarikh yang kosong. Boleh PM Kak Wani untuk confirmkan tarikh ya..😁😁


31/12/2023

Macam dah rosak ja kucin ni. Rajin nau layan posing..😅😅

Naik gon tu naik bukit@tempat yg tinggi.. Boleh ka tera tu?😁😁
30/12/2023

Naik gon tu naik bukit@tempat yg tinggi.. Boleh ka tera tu?😁😁

Assalamualaikum..Segala Puji Bagi Allah Tuhan Semesta Alam..Kemaskini tarikh yang telah selamat di booked. Maka secara r...
20/12/2023

Assalamualaikum..

Segala Puji Bagi Allah Tuhan Semesta Alam..

Kemaskini tarikh yang telah selamat di booked. Maka secara rasminya,tarikh booking Adwa Vistana Homestay(AVH) untuk bulan Disember 2023 telah ditutup..

Sekiranya tuan/puan berminat untuk menginap di AVH untuk tahun 2024,tuan/puan boleh PM Kak Wani ya..

Buat semua tetamu AVH yang hebat,terima kasih kerana sudi menjadikan AVH sebahagian daripada memori anda..🥰🥰

Assalamualaikum..Update terkini booking Adwa Vistana Homestay.🥰Tak banyak kosong dah.. Yang nak pi kenduri,urusan di HSB...
19/12/2023

Assalamualaikum..

Update terkini booking Adwa Vistana Homestay.🥰

Tak banyak kosong dah..

Yang nak pi kenduri,urusan di HSB, urusan keja @ nak jalan-jalan cari makan kat Kedah,cepat-cepat roger Kak Wani ya. Musim cuti sekolah & musim perayaan homestay memang laku keras. Kalau nak walk in last minit,pastikan tuan/puan berhati-hati ya..

SCAMMER ada di mana-mana!!😰😰

Alorstarian..🥰🥰
17/12/2023

Alorstarian..🥰🥰

Warung Pak Din One Dollar. Pernah suatu masa dahulu salah sorang guest AVH tanya location kedai ni.😄😄
17/12/2023

Warung Pak Din One Dollar. Pernah suatu masa dahulu salah sorang guest AVH tanya location kedai ni.😄😄

17/12/2023
15/12/2023
Assalamualaikum..Alhamdulillah,untuk cuti sekolah bulan Disember 2023 dah banyak tarikh telah di booking. Kepada yang ma...
14/12/2023

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,untuk cuti sekolah bulan Disember 2023 dah banyak tarikh telah di booking. Kepada yang masih tercari-cari homestay, boleh PM Kak Wani. Kita nego sampai jadi naa..🥰🥰

🌾🌾🌾🌾🌾🏡🏡🏡🌾🌾🌾🌾🌾

Dah tinggal tak banyak tarikh yang available. PM mai lekaih..😄

Bulan 1 & 2 tahun depan pun dah ada yang booking tau..

* Tarikh yang ada tanda ❌ tu makna kata tak availble dah la..mintak maaf naa..😅😅





09/12/2023
11/11/2023

"Naaak maafkan ibu.."

Ini adalah gambar 3 bangkai anak burung yang mengering di sarangnya.

Apa perasaan anda?

Waktu ibunya ditangkap dan dimas**an ke dalam sangkar, orang menyangka ia menari dan menyanyi apabila melihat ia melompat-lompat dan berkicau.

Namun sebenarnya dia gelisah dan berteriak :

"Naaak maafkan ibu.. Ibu tak dapat pulang.. Tak dapat hantar makanan.. Maaf juga tak dapat jadi ibu yang baik."

Begitulah setiap hari.. Dan hebatnya kita bahagia dan bangga menyaksikan itu..

Kredit : Ashleyzar Asai

05/11/2023

"Sorry la. Tak makan ikan sungai. Hanyir".

"Aku takkan makan petai plastik tu. Hancing".

"Eiii...kuatnya bau tempoyak ni. Pening".

"Makanan sini semua tak sedap. Tak puas hati langsung aku".

"Ikan jenis macam tu aku bagi kucing aku je makan".

Ada. Memang ada orang macam ni. Apa saja yang dia punya, bagus. Apa saja yang orang ada, tak elok. Menghinanya tu bukan setakat terhenti pada sifat dan barang, lalu akhirnya jatuh pada menghina rezeki Tuhan. Makanan.

Saya ingat lagi seorang kawan ni. S**a makan rebung. Satu hari masa dia tengah makan dekat dalam pantri, ada kawan lain masuk. Kawan yang ni kata," Eh...apa bau hancing ni?". Saya tengok kawan ni tutup bekas makanan dia. Perlahan-lahan pergi buang dalam tong.

Lepas tu setiap kali makan, dia duduk di kaunter atau kantin. Makan sorang-sorang. Malu nak join makan dalam pantri lagi.

Dulu ada orang datang rumah ayah. Dia bawa makanan 2-3 bekas dari kampung. Dia suruh panaskan. Ajak makan sama-sama. Masa nak panaskan tu, salah satunya basi.

Saya tengok ayah ambik, simpan dekat tempat beku.

Masa dia tanya mana lagi satu lauk, ayah saya bukak peti dan tunjuk makanan dekat tempat beku tu.

"Ni lauk dah banyak. Yang ni simpan tempat beku. Ni feveret ni. Nanti aku panaskan sikit-sikit kendian nanti".

Bila orang tu dah balik, baru ayah buang lauk yang dah basi tu.

Dulu saya tak faham. Kenapa tak cakap jujur je makanan tu basi. Kan berkata benar itu benar.

Sekarang bila saya dah tahu masak. Dah tahu penatnya masak. Dah tahu penatnya cari duit untuk beli barang masak. Dah tahu masak itu bukan setakat masak tapi ada ingatan, kasih sayang, panas, letih dan semuanya, saya faham. Apa yang ayah buat tu betul.

Kita ada baki sikit pun makanan yang kita masak dah tak elok, sayang dan sedih rasa nak buang. Apatah lagi kalau makanan satu bekas dah rosak.

Tentu orang itu pun akan suruh buang kalau tahu makanan tu basi. Pasti dia tak teragak-agak suruh letak dalam tong sampah.

Tapi memikirkan susah payah, ingatan, seronoknya, bahagianya dia masak nak bagi orang jauh ni makan, menjaga hati dia adalah pilihan yang lebih baik pada masa itu.

Sifat ayah itu menjadikan kami rasa semua makanan sedap. Tak ada yang tak sedap. Semua okay. Masin, tawar, manis, pahit, cukuplah rasa di tekak. Lalu simpan di hati.

S**a, makan.
Tak s**a, sorok-sorok letak tepi.

Ada benda. Kena belajar tahan mulut kita. Lagi-lagi benda milik orang. Yang kita, s**a hati kitalah kita nak komplen apa. Yang orang punya, tahanlah.

Jangan sebut.

Itulah akhirnya tanda kita orang yang memiliki adab dan peribadi.

Kredit : Siti Suryani Yaakop

Address

Jalan Langgar
Alor Setar
05000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ipsta 4 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ipsta 4:

Videos

Share

Nearby travel agencies


Other Vacation Home Rental in Alor Setar

Show All

You may also like