Darul Aman River Cruise

Darul Aman River Cruise Menyediakan perkhidmatan bot menyelusuri Sungai Anak Bukit.

Alhamdulillah, di Jeti Darul Aman River Cruise dah ada kerusi di ruangan menunggu. Terima kasih pihak JPS Kedah, Kerajaa...
17/11/2023

Alhamdulillah, di Jeti Darul Aman River Cruise dah ada kerusi di ruangan menunggu. Terima kasih pihak JPS Kedah, Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman atas penambahbaikan ini.
Hari ini kita beroperasi seperti biasa:
Day Cruise: 3petang - 7petang
Night Cruise: 8malam-10malam
Pakat mai ramai2 noh.🔰🔰🔰.

Hari ini Darul Aman River Cruise beroperasi seperti biasa. Hampa mai stadium untuk Himpunan Soladariti Palestine,boleh l...
12/11/2023

Hari ini Darul Aman River Cruise beroperasi seperti biasa. Hampa mai stadium untuk Himpunan Soladariti Palestine,boleh lajak mai naik cruise dulu. Kita layan view Sungai Anak Bukit dulu.
Hari ni kat Jeti Muzium pun kita ada jual mafla serendah RM10 saja. Pakat-pakat mai noh.

Hari ini Darul Aman River Cruise beroperasi seperti biasa dari jam 3petang - 10malam. Pakat mai beramai2 ya.
03/11/2023

Hari ini Darul Aman River Cruise beroperasi seperti biasa dari jam 3petang - 10malam. Pakat mai beramai2 ya.

Terima Kasih YB Dato' Haji Isahak b Murat atas jasa bakti dan kerja keras menaikan kembali Sungai Anak Bukit. Tertubuhny...
27/09/2023

Terima Kasih YB Dato' Haji Isahak b Murat atas jasa bakti dan kerja keras menaikan kembali Sungai Anak Bukit. Tertubuhnya Darul Aman River Cruise adalah cetusan idea beliau dan kerja keras dari semua agensi. Selamat berehat Dato,ada masa jengoklah kami disini.😅

27/09/2023

Hari ini Rabu (27/9/2023), DARC menutup operasi sementara waktu kerana paras air di Sungai Anak Bukit melebihi paras bahaya dan menyukarkan operasi river cruise. Insyallah kami akan maklumkan semula kesediaan operasi sekiranya paras air sungai kembali normal dan stabil.
Admin
Bob Hafizie.

27/09/2023

Terima Kasih Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Kedah Darul Aman kerana sudi mai naik Darul Aman River Cruise .

24/09/2023

Terima kasih YB Dato' Wira Haji Isahak b Murat, banyak sudah perubahan di Sungai Anak Bukit,dari sudut pencahayaan dan kebersihan semakin baik. Harap kita semua mampu teruskan.
THE GREATER KEDAH on progress.🔰🔰
TERIMA KASIH DATO',JASAMU DIKENANG.

Malam ini Darul Aman River Cruise (DARC) dikunjungi oleh YB Dato' Seri Norizan B Khazali,SUK Negeri Kedah,YB Dato' Wira ...
24/09/2023

Malam ini Darul Aman River Cruise (DARC) dikunjungi oleh YB Dato' Seri Norizan B Khazali,SUK Negeri Kedah,YB Dato' Wira Haji Isahak Bin Murat, Y.Bhg Dato' Haji Mohd Fauzi, Y.Bhg Dato' Haji Syed Khairol Anuar dan diiringi oleh Pengarah Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) Tuan Syed Amaluddin Hafeez serta barisan pegawai untuk melihat sendiri dan merasai suasana menaiki bot menyelusuri Sungai Anak Bukit.
Pihak DARC juga mengucapkan selamat bersara kepada YB Dato' Wira Haji Isahak b Murat yang akan bersara pada September ini. Dato Wira merupakan orang kuat yang mengilhamkan sehingga tertubuhnya River Cruise di Sungai Anak Bukit.
Terima Kasih dari Dato. Moga apa yang Dato ilhamkan tidak terhenti disini.

Save the date gaisss.Ada masa kami pun nak join race juga nanti.🤣. Pakat2 mai support noh.
19/09/2023

Save the date gaisss.
Ada masa kami pun nak join race juga nanti.🤣. Pakat2 mai support noh.

Selamat Hari Malaysia.Cuti-cuti tak tau nak pi mana?Jom kita layan view Sungai Anak Bukit dengan menaiki bot Darul Aman ...
16/09/2023

Selamat Hari Malaysia.
Cuti-cuti tak tau nak pi mana?
Jom kita layan view Sungai Anak Bukit dengan menaiki bot Darul Aman River Cruise .
Hari ini kami buka seperti biasa, dari jam 3 petang sehingga jam 10 malam.
Tiket:
Day Cruise:
Dewasa: RM6
Kanak-kanak/Warga Emas/OKU: RM3
Warga Asing:RM6
Night Cruise:
Dewasa: RM12
Kanak-kanak/Warga Emas/OKU: RM6
Warga Asing:RM12
Route:
Jeti Lembaga Muzium Negeri Kedah - Rumah Pam Alor Malai (Belakang Yasmeen) - T**i Tambang Badak - Jeti Muzium.
Masa pelayaran:
+- 30 minit untuk setiap pelayaran.
Maksimum penumpang untuk satu trip 15 orang dewasa. Semua penumpang akan dibekalkan jaket keselamatan dan sentiasa dipakai ketika bot belayar.
🔰🔰🔰 Jom support satu lagi produk pelancongan baru negeri Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman .

Jambatan Tambang Badak dah ada lampu LED. Pelan-pelan kayuh orang kata. Terima kasih Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman JK...
03/09/2023

Jambatan Tambang Badak dah ada lampu LED. Pelan-pelan kayuh orang kata. Terima kasih Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman JKR Kedah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah (JPS Kedah) Majlis Bandaraya Alor Setar-MBAS Lembaga Muzium Negeri Kedah .

17/08/2023
12/08/2023
12/08/2023
Esok 13/8/2023 Darul Aman River Cruise beroperasi seperti biasa. Hampa cuti tak tau pi mana,mai la naik bot ronda-ronda ...
12/08/2023

Esok 13/8/2023 Darul Aman River Cruise beroperasi seperti biasa. Hampa cuti tak tau pi mana,mai la naik bot ronda-ronda Sungai Anak Bukit.
Nak bergambar cantik,mai malam naik Night River Cruise.

Night River Cruise @ Sungai Anak Bukit.
20/07/2023

Night River Cruise @ Sungai Anak Bukit.

Welcome To Alor SetarSungai Anak Bukit kini sudah berubah wajah. Penuh bercahaya di malam hari. Insyallah pihak Kerajaan...
19/07/2023

Welcome To Alor Setar
Sungai Anak Bukit kini sudah berubah wajah. Penuh bercahaya di malam hari. Insyallah pihak Kerajaan Negeri Kedah akan menambah lagi lampu-lampu yang menarik masa akan datang.
Dah cantik,kita pakat jaga elok-elok noh.
🔰🔰🔰🔰

18/07/2023

Alhamdulillah, Sungai Anak Bukit sudah berubah wajah. Kini sudah diwarnai dengan lampu-lampu hiasan bagi menghiasi suasana malam.
Bagi yang berkelapangan di waktu malam, jom kita naik Darul Aman River Cruise bagi merasai pengalaman melayari perjalanan malam di Sungai Anak Bukit.
Enjoy the scenery gaisss!!!

Selamat Menyambut Awal Muharram 1445 HijrahDarul Aman River Cruise  mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram kepada s...
18/07/2023

Selamat Menyambut Awal Muharram 1445 Hijrah
Darul Aman River Cruise mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram kepada semua umat Islam di seluruh dunia.
Semoga tahun hijrah kali ini membawa barakah dan rahmat Allah SWT.
Esok RABU 18/7/2023 kami beroperasi seperti biasa dari jam 3 petang - 10 malam untuk membawa anda bersiar-siar di Sungai Anak Bukit.
Kami menanti kehadiran anda.

17/07/2023

🔰🔰 KEDAH DAH ADA RIVER CRUISE UNTUK NAIK DAN SANTAI. YA JOM PAKAT-PAKAT MAI NAIK BOSSKU🔰🔰
Darul Aman River Cruise dah dibuka untuk orang ramai naik. Bagi yang berkelapangan nak bawa anak-anak santai sambil ambik angin petang, boleh datang naik.
🕍LOKASI: JETI MUZIUM NEGERI KEDAH🕍 ( Berhadapan Stadium Darul Aman)
🕜MASA OPERASI🕜
Day Cruise: 3 Petang - 7 Malam
Night Cruise: 8 Malam - 10 Malam
🌟HARI OPERASI🌟
✅️ RABU,KHAMIS,JUMAAT,
SABTU,AHAD&ISNIN✅️
❌️SELASA (CUTI)❌️
🛂TIKET:
☀️Day Cruise☀️
Kanak-kanak: RM3.00
Dewasa: RM6.00
OKU/Warga Emas: RM3.00
Warga Asing: RM12.00
🌃Night Cruise🌃
Kanak-kanak: RM6.00
Dewasa: RM12.00
OKU/Warga Emas: RM6.00
Warga Asing: RM24.00
🔥TAK PERLU BOOKING,WALK IN SAHAJA,BELI TIKET DI KAUNTER🔥
Masa perlayaran sekitar 30minit. Perlayaran bermula dari Jeti Muzium menghala ke Masjid Al-Husain dan berpatah balik menghala ke Kanchut. Bot akan berpatah balik sebelum Jambatan Tambang Badak.
🔥LIFE JACKET DISEDIAKAN🔥
Jom tunggu apa lagi gaisss, pakat mai beramai-ramai. Kita healing puas-puas. KEDAH ni bossss.🔰🔰🔰🔰

Hye gaissss, Night River Cruise dah ada lampu gaisss. Malam ni Dato' Wira Isahak b Murat bersama wakil JKR Elektrik,waki...
07/07/2023

Hye gaissss, Night River Cruise dah ada lampu gaisss. Malam ni Dato' Wira Isahak b Murat bersama wakil JKR Elektrik,wakil Muzium,wakil dari MBAS dan wakil Kedah Tourism hadir menaiki Darul Aman River Cruise untuk melihat pencahayaan yang telah dipasang oleh JKR Elektrik. Insyallah pihak JKR Elektrik akan menambah lagi lampu-lampu dipesisiran Sungai Anak Bukit.
Jom gaisssss. Jemput mai beramai-ramai kita healing dalam bot. 🔰🔰🔰 sempoi baq anggg.

Address

Jeti Muzium Negeri
Alor Setar
06500

Opening Hours

Monday 15:00 - 22:00
Wednesday 15:00 - 22:00
Thursday 15:00 - 22:00
Friday 15:00 - 22:00
Saturday 15:00 - 22:00
Sunday 15:00 - 22:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Darul Aman River Cruise posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share