08/03/2024
SCAM TIKET KAPAL TERBANG.
al kisah minggu lepas, sedang sibuk kita nak beli tiket kapal terbang untuk urusan haji, ada kawan ni sedang nak beli tiket jugak untuk pergi haji...
dia kata, dia dapat tiket murah thru agent.. berapa? return KUL-JED-KUL RM1800+... wowww, murah bangatt.. pakai MAS... aku teruja la jugak....
aku pun carilah kat website MAS, website 3rd party yang lain... mana ada harga begitu... dalam hati aku, mungkin tiket dah habis kot.. pada masa yang sama, boleh dikatakan setiap hari kitaorg monitor harga tiket ni.. tak jumpa la harga ni.. kalau dapat harga ni, mmg jackpot punya...
sbb teruja, dia pun bagi la salinan tiket... aku pun, semak la... tak der kemunculan di website MAS dalam Manage Booking.. mungkin kena masuk e-tiket kot.. aku cakap la, cuba bagi e-tiket... dia senyap.... esok nyer dia cakap e-tiket tak ada... sudahhhhh...
aku tepuk dahi... scam ni... mana boleh tak ada e-tiket.. akhir cerita, ke balai polis la dia... polis cakap, dah ada 2 report polis pasal no tel yang sama berkenaan scam... terbanggggg 3600+...
kalau tengok tiket dia kasi pun boleh kita persoal.. dengan invoice entah email apa2.. scammer ni siap ada website ni... kena report ke MCMC la website ni supaya diturunkan.. kesian orang kena tipu ni.. aduhaiii..
ermm... aku tak tahu nk cakap apa... siapa tak nak tiket murah.. cuma ia legit or scam.. kalau legit, teruskan.. beli la dengan siapa pun.. individu ke, syarikat ke, agent ke, website 3rd party ke.. beli la..
tapi kalau diiklan harga tak masuk akal, cek la kat website.. skrang ni aku tengok, harga group dengan harga FIT lebih kurang sama je.. tak der beza sangat dah pun... mcm tak ada istimewa dah harga group ni.. huhu..
tahun lepas, aku dapat bantu puluh orang jugak yang terbang menggunakan perkhidmatan aku belikan tiket flight.. cuma SOP aku senang.. bagi bajet berapa.. kalau kat website boleh dapat bajet tu, aku suruh je beli kat website..
tapi kalau dia cakap dia dah semak kat website, harga dia dapat contohnya 200... then kitaorg cek gunakan 'skill' kitaorg dapat below 200.. then baru aku offer untuk beli dengan aku...
mcm ada tiket aku belikan ke Frankfurt, Germany hari tu.. dia bajet sekian2, then aku dapat harga below harga dia.. aku offer dia ambik dengan aku... dia transfer duit, terus Mihrab Travel belikan.. kalau boleh jimat 200 seorg, kalau pergi 5 org dan jimat 1000...
cuma, carilah agent yg trusted.. bukan senang nak cari duit skrang ni... tipu orang, menjawab la nanti...
Barakallufik