Al Waqar Travel Bangi

Al Waqar Travel Bangi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Al Waqar Travel Bangi, Travel Company, Bangi.

𝗞𝘂𝗯𝗮𝗵 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗹𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗸𝘂𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗾𝗶’. 𝗦𝘂𝗯𝗵𝗮𝗻𝗮𝗹𝗹𝗮𝗵 ❤️❤️Nota Perkuburan Baqi===================a. Bagi yang berk...
07/05/2023

𝗞𝘂𝗯𝗮𝗵 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗹𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗸𝘂𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗾𝗶’. 𝗦𝘂𝗯𝗵𝗮𝗻𝗮𝗹𝗹𝗮𝗵 ❤️❤️
Nota Perkuburan Baqi
===================
a. Bagi yang berkesempatan untuk menziarahi Madinah, mereka dibenarkan untuk memasuki ke kawasan perkuburan Baqi selepas solat subuh dan asar (kaum lelaki sahaja).
b. Dari aspek sejarahnya, ketika sampai di Madinah, Rasulullah dikatakan meninjau kawasan yang sesuai untuk dijadikan tempat pengebumian. Perkara ini diceritakan oleh Saidina Abi Rafi’:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرْتَادُ لِأَصْحَابِهِ مَقْبَرَةً يُدْفَنُونَ فِيهَا، فَكَانَ قَدْ طَلَبَ نَوَاحِي الْمَدِينَةِ وَأَطْرَافِهَا، ثُمَّ قَالَ: «أُمِرْتُ بِهَذَا الْمَوْضِعِ» يَعْنِي الْبَقِيعَ
Sesungguhnya Rasulullah Baginda Nabi sering mencari tanah perkuburan bagi mengebumikan jenazah para sahabat. Baginda memerhati di pinggiran Madinah dan penjurunya dan kemudian (menjumpai kawasan Baqi),
Baginda berkata: Aku diperintahkan (untuk menjadikan) kawasan ini, iaitu al-Baqi (sebagai kawasan pengebumian). (HR al-Hakim).
c. Menurut riwayat Ahmad, mereka yang meningggal di Madinah dan dikebumikan di Baqi akan mendapat doa dari Rasulullah. Sabda Rasulullah:
من استطاع أن يموتَ بالمدينةِ فليمت بها فإني أشفعُ لمن يموتُ بها
“Barangsiapa yang berupaya untuk meninggalkan di Madinah maka lakukanlah. Kerana aku akan memberi syafaat kepada mereka yang meninggalkan di dalam Madinah.” (HR Ahmad)
d. Rasulullah pernah mengajarkan doa kepada Aisyah untuk dibacakan ke atas mereka yang dikebumikan di Baqi. Doa tersebut ialah:
السلام عليكم أهل الديار من المؤمنين والمسلمين، ويرحم الله المستقدِمين منا والمستأخِرين، وإنَّا إن شاء الله بكم لاحقون
“Salam sejahterlah ke atas kamu wahai ahli rumah kaum mukminin dan muslimin, semoga Allah merahmati golongan yang terdahulu dan yang kemudian. Kami inshAllah akan menyertai kamu nanti. (HR Muslim)
e. Terdapat pandangan yang menyatakan bahawa seramai hampir 10 ribu sahabat Nabi telah dikebumikan di sini. Menurut al-Samhudi, sahabat Nabi yang pertama yang dikebumikan di sini ialah As’ad bin Zurarah dan kaum Muhajirin yang pertama dikebumikan di sini ialah Usman bin Maz’un. Rasulullah juga dikatakan sering menziarahi kawasan perkuburan ini (di waktu malam hari).
f. Berikut adalah senarai nama sahabat dan orang ternama yang dikebumikan di Baqi dengan ditandakan dengan nombor berdasarkan sumber-sumber alam maya:
(1) Kawasan pengebumian ahli keluarga Nabi iaitu Saidatina Fatima, Saidina Abbas, al-Hasan bin Ali, al-Imam al-Baqir dan Ja’fa al-Sadiq. Ketika artikel ini ditulis, kawasan tersebut masih dipagar, dikawal askar dan tidak boleh diziarahi.
(2) Kawasan perkuburan anak-anak perempuan Rasulullah. (Zainab, Ummu Kulthum dan Ruqayyah)
(3) Perkuburan para isteri Rasulullah (kecuali Saidatina Khadijah)
(4) Kubur Abdullah bin Ja’far dan Usman bin Abi Talib (sepupu Rasulullah)
(5) Kubur al-Imam Malik (dibahagian bawah) dan kubur gurunya al-Imam Nafi (di bahagian atas)
(6) Kubur anak Rasulullah, Ibrahim bin Muhammad.
(7) Syuhada Perang al-Harrah
(8) Kubur Saidina Usman bin Affan. Sebahagian sumber menyatakan ia adalah kubur Usman bin Maz’un.
(9) Kubur Halimah al-Sa’diyyah
(10) Kubur beberapa orang sahabat Nabi seperti Abu Said al-Khudri dan Sa’d bin Muaz.
g. Ketepatan maklumat mengenai pemilik kubur-kubur ini adalah agak s**ar untuk dipastikan. Namun berdasarkan panduannya seperti yang diceritakan, itu adalah maklumat yang diperolehi. Sebagai muuslim, kita boleh mengambil pengajaran melalui kisah-kisah hebat mereka yang dikebumikan di sini.
Kredit Info :
Dr. Ahmad Sanusi Azmi



05/05/2023

𝗦𝗨𝗠𝗨𝗥 𝗚𝗛𝗔𝗥𝗦 (بئر غرس)
Dari sumur inilah Air diambil untuk memandikan jasad mulia Rasulullah ﷺ.
Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahwa Rasulullah ﷺ pernah berwasiat agar nanti jasad beliau dimandikan dengan air dari sumur yang diambil dari sumur Ghars ini.
حَدَّثَنَا عَبَّادُ بْنُ يَعْقُوبَ حَدَّثَنَا الْحُسَيْنُ بْنُ زَيْدِ بْنِ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ بْنِ عَلِيٍّ عَنْ إِسْمَعِيلَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جَعْفَرٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَلِيٍّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَنَا مُتُّ فَاغْسِلُونِي بِسَبْعِ قِرَبٍ مِنْ بِئْرِي بِئْرِ غَرْسٍ
Jika aku meninggal, maka mandikanlah aku dengan tujuh geriba dari air sumurku, sumur Ghars. [HR. ibnu majah No.1457].
Pada saat Rasulullah ﷺ wafat dan para sahabat menjalankan amanah beliau untuk mengambilkan air dari sumur Ghars ini saat memandikan jasad Rasulullah ﷺ.
Semoga Suatu saat nanti kita semua dengan Izin dan kuasa Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَىٰ dapat menunaikan Ibadah Haji dan Umrah di tanah suci sehingga bisa berziarah ke tempat-tempat bersejarah di Dua tanah suci Makkah Al-Mukarromah dan Madinah Al-Munawarah bersama keluarga tercinta..
Aamiin Yaa Robbal'alamiin 🤲❤️🤲
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد في الأَوَّلِينَ وَالآخِرِينَ، وَفِي الْمَلأِ الأَعْلَى إِلَى يَوْمِ الْدِّينِ.💖💖💖

𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗙𝗟𝗜𝗚𝗛𝗧 𝗗𝗔𝗛 𝗡𝗔𝗞 𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗚𝗜 𝗨𝗠𝗥𝗔𝗛! Tudia! Ini baru betul2-betul last minute punya client! 😂Terkejut Cikda tadi...
09/03/2023

𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗙𝗟𝗜𝗚𝗛𝗧 𝗗𝗔𝗛 𝗡𝗔𝗞 𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗚𝗜 𝗨𝗠𝗥𝗔𝗛!
Tudia! Ini baru betul2-betul last minute punya client! 😂
Terkejut Cikda tadi tiba-tiba dapat wasap, ada orang send resit payment kat Cikda
Ingatkan ada orang nak bagi derma kat CikDa tadi. 😁
Rupanya client nak submit permohonan plan medikal Al Khairi Care dengan CikDa. 😅
Mujur lah CikDa tak jadi keluar rumah tadi sebab banyak permohonan Al Khairi Care dan Travel Insurans yang perlu CikDa key In dan submit hari ini.
Kalau tak memang tak dapat lah Cikda nak tolong. Memang kena refund jelah balik duit client jawabnya. 😊
Hajah dan Haji jangan buat camni juga tau. Last minute sangat ini. Kalau CikDa ada urusan ke apa, memamg tak sempat tau Cikda nak submitkan Al Khairi Care ini untuk Hajah dan Haji.
Sebab Al Khairi Care ini CikDa perlu submit sebelum Hajah dan Haji pergi umrah tau. 🤗
Alhamdulillah,memang sudah rezeki beliau tadi. Sempat juga Cikda siapkan eCert Al Khairi Care ini untuk puan Nurul dan keluarganya tadi. 😍
Terima kasih puan Nurul sudi ambil Servis Al Khairi Care dengan Cikda. 🥰
Semoga dipermudahkan perjalanan puan Nurul sekeluarga dan mendapat umrah yang maqbullah, Aamiin.🤲🏻
🌹 Eiyda Yusof 🌹
http://www.wasap.my/60108048847/AlKhairiCare
Al Khairi Care, Tunai Ibadah Umrah Dengan Tenang Tanpa Bayaran🥰

𝗖𝗜𝗞𝗗𝗔 𝗜𝗡𝗦𝗨𝗥𝗔𝗡𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝘃𝘀 𝗜𝗡𝗦𝗨𝗥𝗔𝗡𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗟𝗔𝗚𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗜𝗡𝗚 ?🤔  Sebagai wakil sah AL Khairi Care dan juga age...
03/03/2023

𝗖𝗜𝗞𝗗𝗔 𝗜𝗡𝗦𝗨𝗥𝗔𝗡𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝘃𝘀
𝗜𝗡𝗦𝗨𝗥𝗔𝗡𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗟𝗔𝗚𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗜𝗡𝗚 ?🤔
Sebagai wakil sah AL Khairi Care dan juga agent Travel Insurans Etiqa Takaful Tripcare 360°, Cikda selalu dapat soalan macam ini dari client dan jemaah Umrah Cikda bila perlu memilih di antara keduanya. 👆
Sebelum Cikda beri jawapan, mari kita ambil tahu serba sedikit apa itu Insurans Perubatan (AL kHAIRI CARE) & apa itu Insurans Perjalanan ( ETIQA TAKAFUL TRIPCARE 360°). 🥰
(𝑨) 𝑨𝑳 𝑲𝑯𝑨𝑰𝑹𝑰 𝑪𝑨𝑹𝑬 (𝑴𝒆𝒅𝒊𝒄𝒂𝒍 𝑰𝒏𝒔𝒖𝒓𝒂𝒏𝒔)
1. Sama seperti medical card yang boleh digunakan bila mana kita memerlukan rawatan sama ada
"IN PATIENT" (dimasukkan ke dalam wad) ataupun "OUT PATIENT" (pesakit luar yang diperiksa di klinik)
2. Kebanyakan pelan insurans adalah "Pay & Claim" atau bayar dahulu & tuntut kemudian TAPI yang bagusnya Al Khairi adalah cashless insurans (maknanya kita tak perlu mengeluarkan duit sendiri, hanya tunjuk QR code di hospital/Klinik panel tempat kita nak dapatkan rawatan.
3.Waima batuk, selsema atau demam pun anda boleh jumpa doktor di klinik panel untuk rawatan & ubat (Untuk makluman harga ubat yang dijual farmasi di Saudi agak mahal berbanding di Malaysia)
4. Yang bestnya Al Khairi Care **COVER PENYAKIT SEDIA ADA**👍🏻
4. Pelan ni ada list klinik dan hospital panel di Mekah, Madinah & Jeddah (6 buah - 3 di Mekah, 2 di Madinah & 1 di Jeddah).
5. Salah satu darinya terletak di tingkat 11 Menara Jam (Clock Tower) separas Hotel Pullman Zamzam.
6. Di bawah saya sertakan contoh digital certificate yang akan diberikan & perlu kita bawa bila ke Saudi dan juga broucher berkenaan pelan Insurans Al Khairi.
Anda boleh juga print out atau simpan di dalam phone as soft copy (as long as ada QR code sebagai bukti)
7. Pelan ini juga menyediakan perlindungan jika kita dijangkiti Covid dan memerlukan rawatan.🤗
(𝑩) 𝑬𝑻𝑰𝑸𝑨 𝑻𝑨𝑲𝑨𝑭𝑼𝑳 𝑻𝑹𝑰𝑷𝑪𝑨𝑹𝑬 360° (𝑻𝒓𝒂𝒗𝒆𝒍 𝑰𝒏𝒔𝒖𝒓𝒂𝒏𝒄𝒆).
1. Ini p**ak adalah insurans perjalanan (Travel Insurance) untuk coverage jika ada kelewatan/ pembatalan penerbangan, kerosakan/kehilangan bagasi & dokumen perjalanan.✈️
2. Untuk anda layak menerima manfaat “Pembatalan Penerbangan” anda perlu langgan polisi ini selewat-lewatnya 14 hari sebelum bertolak ke destinasi yang anda ingin tujui.
3. Travel insurans ini juga ada menyediakan medical coverage tetapi dengan syaratnya yang tertentu.
Jika charge rawatan kurang dari RM3000, pencarum kena bayar dulu (Pay & Claim) ini untuk OUT PATIENT. Dan jika charge lebih dari RM3000, pencarum kena menghubungi agen Etiqa untuk mendapatkan GL (Guaranteed Letter) untuk IN PATIENT.
Etiqa Tripcare 360° **TIDAK COVER PENYAKIT SEDIA ADA**
Ada coverage jika kuarantin di luar negara kerana positif Covid19 ( Kos hotel, makanan & flight ) - Jika ambil manfaat Covid19.
4. Jika anda nak tambah coverage untuk Covid, ada extra charge yang dikenakan oleh pihak Etiqa.
5. Jadi jika client tanya pada CikDa yang mana lebih penting ? 🤔
Jadi jawapan CikDa, kedua-duanya adalah sama penting untuk complement each other, Al Khairi as medical coverage atas sebab (Cashless + Ada kemudahan klinik/hospital panel + Ada coverage rawatan Covid), manakala Etiqa TripCare 360° perlu di ambil as travel insurance jika berlaku masalah berkaitan perjalanan atau penerbangan dibatalkan, lewat atau kehilangan bagasi dan dokumen etc.
**annya antara Al Khairi & Etiqa Tripcare 360° ada kelebihan & kekurangan masing-masing dan kedua-duanya sama penting.😊
*Semoga bermanfaat 🤗

Nak tahu lebih detail tentang AL KHAIRI CARE & ETIQA TRIPCARE 360° ?
Jom tekan link wasap CikDa👇🏻👇🏻
http://Www.wasap.my/+60108048847/AKCTravelInsurans

19/02/2023

𝗣𝗔𝗞𝗘𝗝 𝗨𝗠𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗥𝗞𝗜𝗡𝗜
~Al Waqar Travel Sdn Bhd~
Bismillahi MasyaAllah
🕋 Umrah 28 April - 8 May 2023
( Syawal di Mekah & Madinah)
39 seats only!
🌹 RM9️⃣4️⃣9️⃣9️⃣ 🌹
Flight Malaysia Airline
KL-MED-JED-KL
Hotel Mekah Tower 50m @ setaraf
Hotel Madinah Gulnar Taiba 70m @ setaraf.
🤲🏻Semoga kalian semua yang membaca direzekikan menjadi tetamu Allah bersama insan yang tersayang.
Tekan link wasap CikDa untuk lock seats 👇🏻
Klik www.wasap.my/60108048847/umrah28April

𝗜𝗦𝗥𝗔’ 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗜𝗞𝗥𝗔𝗝 𝟭𝟰𝟰𝟰/𝟮𝟬𝟮𝟯 Peristiwa Isra’ dan Mikraj adalah salah satu tanda kekuasaan Allah SWT. Ia adakah anugerah ke...
18/02/2023

𝗜𝗦𝗥𝗔’ 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗜𝗞𝗥𝗔𝗝 𝟭𝟰𝟰𝟰/𝟮𝟬𝟮𝟯
Peristiwa Isra’ dan Mikraj adalah salah satu tanda kekuasaan Allah SWT. Ia adakah anugerah kepada nabi Muhammad SAW sebagai pengubat kesedihan baginda setelah kehilangan insan yang tersayang dan menerima layanan buruk di Taif, sekaligus merupakan salah satu mukjizat yang menambahkan kemuliaan baginda di sisi Tuhan.
Isra’ merupakan perjalanan baginda menaiki Buraq bersama Jibril dari Mekah ke Palestin. Sementara Mikraj adalah lanjutan perjalanan dari Baitul Maqdis ke atas 7 petala langit. Perjalanan yang sangat jauh ini berlaku hanya dalam tempoh tidak sampai satu malam.
Peristiwa ini ada disentuh di dalam surah Al-Isra’ ayat 1:
سُبْحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِۦ لَيْلًا مِّنَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ إِلَى ٱلْمَسْجِدِ ٱلْأَقْصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكْنَا حَوْلَهُۥ لِنُرِيَهُۥ مِنْ ءَايَـٰتِنَآ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْبَصِيرُ(1)
Maksudnya:
“Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad SAW) pada malam hari dari masjidil haram di Mekah ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya untuk Kami memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Sepanjang perjalanan ini, baginda menemui pelbagai peristiwa dan kejadian yang aneh. Antara peristiwa yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ialah:
- Sebuah kaum yang sedang bercucuk tanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Setelah dituai, tunas buah yang baru tumbuh lagi lalu membesar dan ia dituai segera. Ini adalah ganjaran bagi mereka yang berjihad “Fi Sabilillah” yang mendapat pahala sebanyak 700 kali ganda atau lebih dari itu.
- Sekump**an orang yang memecahkan kepala mereka. Setelah kepala mereka pecah berdarah, ia kembali seperti sedia kala. Kemudian mereka pecahkan lagi dan ia kembali seperti asal. Demikianlah hal ini berlaku berulang-ulang. Ini adalah balasan bagi mereka yang 'berat kepala' untuk menunaikan solat. Selain itu, terdapat juga peristiwa-peristiwa lain yang disaksikan baginda sepanjang perjalanan Isra’ dan Mikraj ini.
Peristiwa penting dalam Isra’ dan Mikraj ialah pesyariatan solat fardu sebanyak 50 waktu sehari semalam. Namun setelah dipertimbangkan, Allah SWT telah memperkenankan dan mewajibkan hanya 5 waktu solat fardu sehari semalam, namun dengan ganjaran 50 pahala. Begitulah rahmat dan kasihnya Allah kepada baginda SAW dan umat Islam.
Isra’ dan Mikraj mengajar kita betapa percaturan dan perancangan Allah SWT mempunyai 1001 hikmah. Selain itu, ia mengajar kita, betapa kesusahan yang melanda, tidak akan kekal selamanya. Setelah tempoh tertentu, kebaikan dan kelegaan pasti menjelma menggantikan kesedihan dan rasa hiba.
Situasi negara yang masih menghadapi survival pemulihan ekonomi dan beberapa buah negara yang dikejutkan dengan tragedi gempa bumi yang dahsyat, menunjukkan kita sedang berada dalam fasa s**ar yang mencabar. Ia menjadi medan ujian dari Allah kepada para hambaNya yang beriman agar kembali bermuhasabah terhadap hubungan mereka denganNya. Selain dari menambahkan ilmu dan memikirkan ikhtiar dan usaha, kita perlu terus komited dengan prinsip taqwa dan sentiasa berdoa kepadaNya.
Semoga peristiwa Isra’ dan Mikraj dapat meningkatkan motivasi dalam menghadapi pancaroba kehidupan serta meningkatkan optimis terhadap Allah, Tuhan yang mentadbir seluruh alam. Pertubuhan Peduli Insan Malaysia mendoakan agar negara Malaysia dan negara-negara yang ditimpa apa jua krisis, dapat kembali bangkit dan pulih seperti sedia kala.

𝙆𝙄𝙊𝙎𝙆 𝙃𝙄𝙅𝘼𝙐 𝙑𝙄𝙍𝘼𝙇 𝘿𝙄 𝙈𝘼𝘿𝙄𝙉𝘼𝙃 𝙆𝙄𝙉𝙄 𝘿𝙄𝘽𝙐𝙆𝘼 𝙎𝙀𝙈𝙐𝙇𝘼! Alhamdulillah🤲🏻Kiosk Hijau /Food Street di Madinah yang sebelum ini dir...
16/02/2023

𝙆𝙄𝙊𝙎𝙆 𝙃𝙄𝙅𝘼𝙐 𝙑𝙄𝙍𝘼𝙇 𝘿𝙄 𝙈𝘼𝘿𝙄𝙉𝘼𝙃 𝙆𝙄𝙉𝙄 𝘿𝙄𝘽𝙐𝙆𝘼 𝙎𝙀𝙈𝙐𝙇𝘼!
Alhamdulillah🤲🏻
Kiosk Hijau /Food Street di Madinah yang sebelum ini dirobohkan kini sudah dibuka semula hari ini, mashaallah😍
Yang nak datang sini boleh cari ikut pintu gate 333 dari Masjid Nabawi.
Design baru, tapi sebelah sahaja ya. Bukan kiri kanan jalan macam dulu. Apa2 pun Alhamdulillah🤲🏻

𝙆𝙚𝙣𝙖𝙥𝙖 𝙡𝙖𝙣𝙩𝙖𝙞 𝙙𝙞 𝙈𝙖𝙩𝙖𝙛 𝙨𝙚𝙟𝙪𝙠 𝙬𝙖𝙡𝙖𝙪𝙥𝙪𝙣 𝙢𝙖𝙩𝙖𝙝𝙖𝙧𝙞 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙖𝙩𝙖𝙨 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙡𝙖?  Ini kerana Marma ( Marble ) yang digunakan adalah an...
15/02/2023

𝙆𝙚𝙣𝙖𝙥𝙖 𝙡𝙖𝙣𝙩𝙖𝙞 𝙙𝙞 𝙈𝙖𝙩𝙖𝙛 𝙨𝙚𝙟𝙪𝙠 𝙬𝙖𝙡𝙖𝙪𝙥𝙪𝙣 𝙢𝙖𝙩𝙖𝙝𝙖𝙧𝙞 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙖𝙩𝙖𝙨 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙡𝙖?
Ini kerana Marma ( Marble ) yang digunakan adalah antara jenis yang jarang ditemui. Thassos Marble.
Thassos marble ini dimport dari greece , antara kualiti marmar yang paling berkualiti.
Walaupun cuaca panas, Marmar ini masih mengekalkan suhu sejuk dan nyaman.
Alhamdulillah

𝙐𝙈𝙍𝘼𝙃 𝙆𝙃𝘼𝙎 𝙐𝙉𝙏𝙐𝙆 𝙅𝙀𝙈𝘼𝘼𝙃 𝙔𝘼𝙉𝙂 𝙎𝙐𝙆𝘼 𝙀𝙓𝙋𝙇𝙊𝙍𝙀 𝘿𝘼𝙉 𝘿𝙄𝙔!  Pakej Umrah Rahmah (Umrah Bajet )Pakej umrah ini tak sesuai untuk je...
07/02/2023

𝙐𝙈𝙍𝘼𝙃 𝙆𝙃𝘼𝙎 𝙐𝙉𝙏𝙐𝙆 𝙅𝙀𝙈𝘼𝘼𝙃 𝙔𝘼𝙉𝙂 𝙎𝙐𝙆𝘼 𝙀𝙓𝙋𝙇𝙊𝙍𝙀 𝘿𝘼𝙉 𝘿𝙄𝙔!
Pakej Umrah Rahmah (Umrah Bajet )
Pakej umrah ini tak sesuai untuk jemaah warga emas dan yang ada masalah kesihatan seperti sakit lutut dan tak s**a jalan jauh.
🌹 RM6️⃣9️⃣9️⃣9️⃣ 🌹
Date : 10-20 Mac
KUL-MED-JED-KUL.✈️
Hotel Madinah Holiday Inn. 4⭐
Makkah 4 Point By Sheraton 5⭐ (Shutter Disediakan).
Tekan link wasap CikDa untuk pendaftaran/pertanyaan 🤗
AL WAQAR TRAVEL BY AFIZ AYUB FOUNDATION
Www.wasap.my/+60108048847/umrahRahmah

Pakej Rahmah!! (Umrah budget). Insyallah pakej ini amat sesuai bagi mereka yang utamakan ibadah dan menjadikan hotel seb...
07/02/2023

Pakej Rahmah!! (Umrah budget).

Insyallah pakej ini amat sesuai bagi mereka yang utamakan ibadah dan menjadikan hotel sebagai tempat berehat sahaja.

Alhamdulillah selesai bayar deposit ticket flight saudi.

44 seat sahaja ya.
18 seat sold 🤲🏻🤲🏻
26 seat balance

Berikut adalah details pakej Rahmah ini,

Pakej Rahmah (umrah budget)
Bilik ber4/5 RM 6,999

10-20 March 2023 (cuti sekolah)
12 hari 10 malam

KL - Medinah - Jeddah - KL

Apa yang kalian dapat?

- Penerbangan Saudi Airlines (direct
- Visa Tourist
- Insurance hospitalise
- Hotel Holiday Villa Madinah 300m ke Masjid Nabawi (setaraf)
- Hotel 4 Point by Sheraton Makkah Al Naseem 7.6km (Setaraf). Coaster dan bus disediakan 24 jam. Bus setiap sejam.
- Mekkah 2x ziarah
- Madinah 2x ziarah
- Kursus umrah percuma dan online
- Bimbingan mutawif berpengalaman
- 5 malam Madinah
- 4 malam Mekkah
- 1 malam toif (makan penuh) tidak perlu tawaf wida 2x
- 3xUmrah

Keseluruhan pakej sama seperti sebelum ini tetapi yang bezanya hotel di mekkah bukan di sekitar masjid.

Di sini saya terangkan kenapa saya tidak menggunakan hotel sekitar masjid lingkungan 300-500m. Contoh di sekitar ajyad

Penjelasan saya - hotel jarak 300-500m di sekitar masjid ini;
- agak jauh untuk berjalan kaki lagi lagi untuk menaiki bukit.
- bilik hotel lama dan kecil
- terlalu sesak dengan jemaah
- lif hotel yang kecil
- hotel range 1-3 stars
- bus s**ar masuk waktu ziarah

Kenapa saya memilih hotel four points by Shereton 5 stars ini?
- lebih selesa untuk berehat
- lif hotel yang luas
- tidak perlu bersesak
- hotel adalah 5 bintang
- bus mudah masuk kerana tidak perlu menunggu turn ziarah
- mempunyai bus dan coster percuma untuk ke masjidi haram. Ade 3 hotel di situ dan setiap 20 minit ada bus.
- hotel juga menyediakan perkhidmatan bus setiap 1 jam ke masjid dengan jalan khas mereka secara percuma
- bus awam juga ada berharga 3 sar
- perjalanan mengambil masa 12-20 minit tertaklu waktu
- jemaah tak perlu jalan jauh. Turun hotel ade tempat bus
- jemaah akan berhenti di sebelah hotel safwa berdekatan hotel makareem (laluan khas bus). Dan setiba di sana, hanya 80m ke pintu masuk masjid.
- berjalan kaki kurang
- boleh explore dan pengalaman baru di bumi mekkah.

Buat masa ini saya ambil 1 date sahaja dulu. Ramai juga dah berpengalaman duduk di hotel sini dan kurang komplennya kerana kemudahan yang di sediakan dan keselesaan hotel.

Jadi bagi yang berminat boleh terus tekan link wassap di bawah untuk membuat tempahan. Yang berminat sahaja seperti yang di nyatakan di atas tekan link. Jika dapat sambutan saya akan buka date lain iaitu pada bulan puasa.

www.wasap.my/+60108048847/umrahRahmah

Insyallah saya cuba yang terbaik untuk membawa kalian menjejaki bumi barakah ini.

𝗭𝗜𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗧𝗔𝗜𝗙 𝗝𝗘𝗠𝗔𝗔𝗛 𝗔𝗟 𝗪𝗔𝗤𝗔𝗥 𝗧𝗥𝗔𝗩𝗘𝗟 𝗚𝗥𝗢𝗨𝗣 𝟯 𝗠𝗔𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟯Touch down je di airport jeddah. Semua jemaah CikDa terus dibawa...
05/02/2023

𝗭𝗜𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗧𝗔𝗜𝗙 𝗝𝗘𝗠𝗔𝗔𝗛 𝗔𝗟 𝗪𝗔𝗤𝗔𝗥 𝗧𝗥𝗔𝗩𝗘𝗟 𝗚𝗥𝗢𝗨𝗣 𝟯 𝗠𝗔𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟯
Touch down je di airport jeddah. Semua jemaah CikDa terus dibawa ke Taif dan bermalam di sana 1 malam.
Esoknya semua jemaah dibawa ziarah kota Taif dan bermiqat di Qarnul Manazil sebelum menunaikan ibadah umrah pertama mereka malam tadi🥰
Alhamduillah, semoga semua jemaah CikDa mendapat Umrah yang maqbullah, Aamiin.🤲🏻
http://Www.wasap.my/+60108048847/Umrah


05/02/2023

𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗨𝗠𝗥𝗔𝗛 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗔𝗟-𝗪𝗔𝗤𝗔𝗥 𝗧𝗥𝗔𝗩𝗘𝗟 𝗗𝗜 𝗦𝗛𝗔𝗛 𝗔𝗟𝗔𝗠.
Live dari surau Raudhah Al Muttaqin, Shah Alam
Ahad, 5 Feb 2023
9 am- 12.30 pm
https://fb.watch/iuLrbsj9u3/

𝗣𝗘𝗡𝗘𝗥𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗝𝗘𝗠𝗔𝗔𝗛 𝗔𝗟 𝗪𝗔𝗤𝗔𝗥 𝗧𝗥𝗔𝗩𝗘𝗟 𝗚𝗥𝗢𝗨𝗣 𝟯 𝗙𝗘𝗕 𝟮𝟬𝟮𝟯Alhamdulillah, jemaah CikDa sempat solat Jumaat di KLIA tengahari tad...
03/02/2023

𝗣𝗘𝗡𝗘𝗥𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗝𝗘𝗠𝗔𝗔𝗛 𝗔𝗟 𝗪𝗔𝗤𝗔𝗥 𝗧𝗥𝗔𝗩𝗘𝗟 𝗚𝗥𝗢𝗨𝗣 𝟯 𝗙𝗘𝗕 𝟮𝟬𝟮𝟯
Alhamdulillah, jemaah CikDa sempat solat Jumaat di KLIA tengahari tadi sebelum berangkat ke Jeddah pada pukul 7 petang tadi.
Semoga Allah beri perlindungan dan permudahkan pernerbangan mereka hari ini dan semoga mendapat umrah yang maqbullah insyaAllah Aamiin.🤲🏻

02/02/2023

Pakej budget Umrah Pertengahan & Akhir Ramadan!!!

Waktu ini adalah impian para jemaah untuk kembali ke Tanah Haram lagi lagi waktu akhir Ramadan.

Tetapi dari dulu lagi harga untuk waktu ini sangat mahal iaitu pertengahan lebih kurah RM16k dan Akhir Ramadan dalam RM20k untuk hotel 5 bintang. Musim ini jika hotel di sekitar dataran mmg padat kalah musim haji.

Kita sedia maklum musim harga hotel naik mendadak ini, agak s**ar untuk kekal harga lama dan pasti melonjak lebih tinggi.

Jadi semalam para petugas kami di Mekkah telah berbincang untuk membantu kalian untuk hadir pada waktu ini iaitu pertengahan dan akhir ramadan dengan harga yang mampu milik.

Di mekkah hotel lebih selesa duduk di Four Points Shereton (9km dari masjid) dan bus di sediakan 24 jam. Ade 3 hotel besar di situ dan setiap hotel ada bus masing masing. Boleh kata jika di combinekan, setiap 20 minits ada bus dari hotel ke tanah haram melalui jalan khas mereka. Jemaah akan berhenti betul betul di lorong hotel Safwa berdekatan Hotel Makareem.

Tujuan utama kita hadir adalah ibadah maka hotel adalah tempat kita berehat sahaja. Tetapi perlu juga hotel yang selesa. Jika hotel selesa dan tidak berjalan jauh untuk ke masjid (kerana menaiki bus di hadapan hotel) maka ibadah kita pun lebih selesa.

Jadi selepas saya kira kira, jika pertengahan & akhir Ramadan seorang bilik berempat setengah dari harga yang saya katakan awal. Program masih sama yang berbezanya kita berpuasa dan banyak iktikaf di Masjid.

Di Madinah hotel p**a saya kekalkan Holiday Villa atau setaraf. Jadi di mekkah masih kita duduk di hotel selesa 5 stars hotel.

Maka bagi jemaah yang sihat, backpakers atau sewaktu dengannya amat sesuai untuk pakej ini. Tetapi jika yang sihat tubuh badan walaupun warga emas juga boleh join.

Bagi date saya ada 3 PNR flight yang dah saya booking awal.

Pertengahan Ramadan

Flight 1 MAS
5-15 April
KL - Medinah - Jeddah - KL

Flight 2 MAS
7-17 April
KL - Jeddah- Madinah - KL

10 Malam Terakhir Ramadan

Flight 1 MAS
12-23 April
KL - Madinah - Jeddah - KL

Flight 2 MAS
12-23 April
KL - Jeddah - Madinah - KL

5 malam di Mekkah & 5 malam di madinah.

Yang berminat boleh terus booking slot anda. While stock last ya sebab saya tak banyak seat yang ada.

http://www.wasap.my/60108048847/RamadanBajet

𝗖𝗜𝗞𝗗𝗔 𝗧𝗔𝗞 𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗘 𝗣𝗔𝗞𝗘𝗝 𝗔𝗟 𝗪𝗔𝗤𝗔𝗥 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞 𝗠𝗔𝗗𝗜𝗡𝗔𝗛 𝗗𝗨𝗟𝗨 ?Hahh.. Hari tu ramai yang tanya CiKDa pakej umrah dari Al Waqar...
01/02/2023

𝗖𝗜𝗞𝗗𝗔 𝗧𝗔𝗞 𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗘 𝗣𝗔𝗞𝗘𝗝 𝗔𝗟 𝗪𝗔𝗤𝗔𝗥 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞 𝗠𝗔𝗗𝗜𝗡𝗔𝗛 𝗗𝗨𝗟𝗨 ?
Hahh.. Hari tu ramai yang tanya CiKDa pakej umrah dari Al Waqar yang masuk Madinah dulu kan!
Ini CikDa nak kabo ini. 🤗
Bos baru je open satu lagi pakej umrah yang masuk Madinah dulu untuk bulan Mac.😍
Limited seats ini. First Come First Serve🤗
𝘗𝘈𝘒𝘌𝘑 𝘜𝘔𝘙𝘈𝘏 𝘊𝘜𝘛𝘐 𝘚𝘌𝘒𝘖𝘓𝘈𝘏🏫
🌹RM9️⃣,9️⃣9️⃣9️⃣🌹
Bilik Ber4/5 🌹 FULLBOARD
𝟭𝟬 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟯 -𝟮𝟬 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟯
12 hari 10 malam
KL - Madinah - Jeddah - KL
Penerbangan Saudi Airlines ✈️
Hotel Mekkah Tower/Hyatt Regency atau setaraf (50-100m) 5 bintang
Hotel Holiday Villa atau setaraf di Madinah
Jarang-jarang nak dapat pakej masuk Madinah ini sekarang😁
Jadi siapa yang memang tengah cari Umrah yang masuk Madinah dulu tu, lekaih2 wasap CikDa ye🤗
http://Www.wasap.my/+60108048847/Umrah10MacAA


Umrah Budget…Bagi jemaah yang akan berangkat menunaikan umrah pada bulan 2 dan 3 2023, para jemaah harus bersedia kepada...
01/02/2023

Umrah Budget…

Bagi jemaah yang akan berangkat menunaikan umrah pada bulan 2 dan 3 2023, para jemaah harus bersedia kepadatan manusia yang berada di tanah haram. Lagi lagi waktu ini musim cuti sekolah dan masuk pada bulan ramadhan.

Pada masa yang sama, kenaikan kos hotel mendadak di kedua tanah haram juga memainkan peranan penting sehingga banyak hotel bedekatan masjid penuh. Walaupun naik harga, hotel tetap penuh 💆💆 asbab ramai agent yang beli hotel siap siap untuk di jual pada travel agensi.

Asbab dari harga yang meningkat ini, banyak Travel Agensi terpaksa membatalkan/tunda dahulu perjalanan umrah mereka kerana ketiadaan hotel di sekitar masjid Al-Haram. Ini juga terkesan kepada para jemaah yang terpaksa menambah kos pada saat akhir bagi mengekalkan hotel yang bakal di duduki berdekatan masjid.

Saya dan para sahabat memandang serious atas permasalahan ini dan kami mendapat solusi baru bagi jemaah yang mahukan harga yang masih mampu milik, hotel selesa dan sesuai untuk jemaah seperti di bawah;

- sihat tubuh badan
- tidak LECEH terhadap masalah dunia
- tidak kaki mencari salah
- biasa travel
- s**a explore
- tidak menganggu jemaah lain
- tidak berkerusi roda
- hanya menjadikan hotel sebagai ruang rehat bukan tempat beribadah.
- insyallah bilik di sini lebih selesa untuk bilik berdua

Jemaah di atas amat sesuai dengan pakej ini. Saya baru sahaja mencuba (R&D) pakej ini dan mendapat feedback yang sangat positive. Bus di sediakan pada setiap jam terus ke Masjid laluan khas (Mekkah)

Hotelnya di mekkah luar kawasan masjid lebey kurang 9km dan hotel 5 stars yang sangat selesa. Bus ke masjid ada disediakan pada setiap jam dan turun terus di perhentian bawah masjid. Jadi tidak perlu bersesak di lapangan luar masjid. Ziarah p**a tidak perlu bersesak menunggu giliran bus masuk kerana kita di luar masjid. Alhamdulillah kami telah cuba dan zero komplain. Bagi jemaah yang tidak larat berjalan atau berkerusi roda amat menyukarkan sedikit.

Untuk Ziarah dan program di madinah masih kekal sama duduk di sekitar masjid kerana masih banyak hotel yang ada.

Kenapa kami tidak menggunakan hotel yang bedekatan bukan 5 bintang di sekitar masjid. ??

Jawapan saya musim padat dan tidak cukup bilik, agak menyukarkan. Tetap jemaah komplain bilik tak cukup sifat dan berbukit untuk jalan. Juga di kawasan ini seperti ajyad juga sesak dengan jemaah.

Jadi hanya program di Mekkah sahaja berbeza iaitu jemaah duduk di Hotel selesa dan turun di lobby untuk ke masjid ada jalan khas bus dan terus di bawah tanah jalan masjid. Naik escalator terus masuk masjid.

Ini sahaja saya mampu bantu kalian untuk ke umrah. Insyallah harga boleh kekal bawah RM 6,299-7999 tertakluk pada harga ticket terkini dan musim.

On atau tak on. ?

Yang minat saya nak try buat untuk kalian musim cuti march dan musim ramadhan.

Boleh terus whatsapp http://www.wasap.my/60108048847/umrahbudget

31/01/2023

𝙅𝙊𝙈 𝙅𝙀𝙇𝘼𝙅𝘼𝙃 𝘾𝘼𝙋𝙋𝘼𝘿𝙊𝘾𝙄𝘼, 𝙏𝙐𝙍𝙆𝙀𝙔 🇹🇷
Trip Turkey Classic 10 Hari 7 Malam.
Trip Turkey Classic
🌹RM5️⃣9️⃣9️⃣9️⃣🌹
FULBOARD
▶️ Tiket Flight Pergi Balik (Turkish Airlines)
▶️Penginapan
▶️Tour Guide Yang Friendly
▶️Pengangkutan Bas Yang Selesa
▶️Termasuk makan 3x sehari
Tempat-tempat menarik :
👍🏻 Istanbul
👍🏻 Bursa
👍🏻 Pamukkale
👍🏻 Cappadocia (Hot Ballons)
👍🏻 Ankara

Untuk keterangan lanjut boleh terus whatsapp Cikda.🤗
www.wassap.my/60108048847turkey_classic



𝗠𝘂𝘀𝗶𝗺 𝘂𝗺𝗿𝗮𝗵 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝘆 𝗗𝗮𝗵 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗺𝘂𝘀𝗶𝗺 𝗵𝗮𝗷𝗶.Ada jemaah dah 2 hari tak dapat selesaikan umrah. 💆💆.Hotel sekitar Masjid...
30/01/2023

𝗠𝘂𝘀𝗶𝗺 𝘂𝗺𝗿𝗮𝗵 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝘆 𝗗𝗮𝗵 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗺𝘂𝘀𝗶𝗺 𝗵𝗮𝗷𝗶.
Ada jemaah dah 2 hari tak dapat selesaikan umrah. 💆💆.
Hotel sekitar Masjidil Haram nak 1 bilik pun tiada. Penuh sepenuh penuhnya sama dengan Madinah.
Yang masih berada di sana, bersyukur kalian Allah jemput 🤲🤲
Kepada jemaah saya, minta maaf tidak dapat memberikan khidmat terbaik walaupun kami dah buat sebaik mungkin. 🥹

𝗝𝗢𝗠 𝗨𝗠𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗨𝗥𝗞𝗜 🇹🇷 !  Mashaa Allah, terpancar keriangan di wajah para jemaah apabila melihat keindahan Istanbul & Busan😉...
30/01/2023

𝗝𝗢𝗠 𝗨𝗠𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗨𝗥𝗞𝗜 🇹🇷 !
Mashaa Allah, terpancar keriangan di wajah para jemaah apabila melihat keindahan Istanbul & Busan😉
Yang paling menarik, para jemaah berpeluang bermain salji 🏂
Masya’Allah😍
Seronoknyaaaaaaa, salji tengah turun time ni ☃️🌨
Alhamdulillah rezeki jemaah 25Jan.
Tengok tu senyum mereka, kita ikut senyum sekali kan ☺️
Open Waiting List Umrah Turkey boleh whatsapp Cikda.🤗

📌In Shaa Allah, next trip kami pada bulan Mac ini !
Nak join ?
Tekan link 👇🏻
www.wassap.my/60108048847/waitinglistumrahturkey🇹🇷
🇹🇷

𝗙𝗢𝗢𝗗 𝗦𝗧𝗥𝗘𝗘𝗧 𝗠𝗔𝗗𝗜𝗡𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗟𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗥𝗢𝗕𝗢𝗛𝗞𝗔𝗡!  Siapa pernah dapat merasa makanan dan singgah di Food Steet Madinah yang selalu d...
29/01/2023

𝗙𝗢𝗢𝗗 𝗦𝗧𝗥𝗘𝗘𝗧 𝗠𝗔𝗗𝗜𝗡𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗟𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗥𝗢𝗕𝗢𝗛𝗞𝗔𝗡!
Siapa pernah dapat merasa makanan dan singgah di Food Steet Madinah yang selalu di panggil Kiosk Hijau Madinah? Berdekatan pintu 333 Masjid Al-Nabawi. Ianya sekarang hanya tinggal kenangan!!!
Baru baru ini tempat yang baru di bangunkan ini telah di robohkan oleh Majlis Perbandaran Madinah asbab ramai orang melepak sewaktu masuk solat. Akibat dari ini, pihak berwajib telah merobohkan tempat ini. Ade bakso best kat sini tau.
Di kedua Tanah haram, kedai kedai atau pejabat wajib menutup operasi perniagaan apabila masukkanya waktu solat. Kegagalan ini, mereka boleh di saman atau di tarik lesen serta merta.

24/01/2023
𝗧𝗿𝗮𝘃𝗲𝗹 𝗔𝗴𝗲𝗻𝘀𝗶 & 𝗣𝗮𝗿𝗮 𝗝𝗲𝗺𝗮𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝘀𝗶𝗮𝗽 𝘀𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗵𝗼𝘁𝗲𝗹 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗶𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗵𝗼𝘁𝗲𝗹 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹. Saya selesai bermeeti...
24/01/2023

𝗧𝗿𝗮𝘃𝗲𝗹 𝗔𝗴𝗲𝗻𝘀𝗶 & 𝗣𝗮𝗿𝗮 𝗝𝗲𝗺𝗮𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝘀𝗶𝗮𝗽 𝘀𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗵𝗼𝘁𝗲𝗹 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗶𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗵𝗼𝘁𝗲𝗹 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹.
Saya selesai bermeeting dengan syarikat hotel yang menyediakan pajakan hotel mekkah dan madinah untuk travel agensi saya berserta sales manager hotel. Mereka sendiri terkejut selepas musim peak season bulan 12, jemaah masih penuh di kedua Tanah Haram!!
Menurut pihak hotel, pihak saudi telah mengenakan undang undang baru bagi membendung penipuan penipuan hotel daripada orang arab mesir dan pemajak hotel.
Sejak bulan november tahun lepas, system hotel yang baru telah di perkenalkan dan oeprator hotel dan pemajak hotel harus booking bilik melalui system dan pembayaran di buat secara online.
No more cash!! Jadi dengan ini, negara saudi boleh memantau pembayaran hotel dengan lebih jelas serta pambayaran GST lebih terurus.
Kita maklum dahulunya di tanah haram mereka lebih gemar menukar tunai dan berakad tetapi sekarang dah lain. Sebagai contoh, ada arab mesir yang tidak bertanggungjawab telah menipu lebih 20 juta sar di hotel hadapan masjidi haram.
Asbab dari ini, pelbagai usaha menaik taraf telah di laksanakan bagi membendung penipuan ini untuk jemaah tidak di tipu. Kita harus ingat bahawa tourism saudi mengambil berat penipuan, overstayed rakyat malaysia di saudi.
Selari dengan visi saudi ingin meletakkan negara saudi di mata dunia, hotel yang sekitar Haram akan dijadikan purely 5 bintang. Tiada lagi harga yang rendah di kawal oleh agent agent hotel (pembeli hotel dari awal) dan kesemuanya sekarang akan melalui sales managar hotel dan pembayaran secara Bank to bank bagi memastikan pembelian bilik.
Jadi adakah harga akan turun selepas ini? Jawapan saya tidak sama sekali. Kerana start pada bulan february 2023, bilik di sekitar haram akan meningkat dari lingkungan 20-30% dan wajib mengambil breakfast hotel yang di sediakan (hotel 5 stars berdekatan haram).
Kenaikan harga baru bagi pembelian hotel saat akhir..
Mekkah
1. Pada bulan 11 tahun lepas, pihak hotel telah menetapkan kenaikan harga 40% daripada harga sedia ada.

2. Bulan 12 p**a, musim peak season kenaikan harga 30% daripada bulan 11. Bermakna 70% kenaikan harga hotel di sekitar haram.
3. Asbab dari kepadatan jemaah sehingga bulan january 2023 dan menerima sambutan yang sangat baik, pihak hotel terus mengekalkan harga bilik sehingga sekarang.
4. Akan datang bulan febuari ini, menurut sales manager, sekitar 25% kenaikan lagi akan berkuat kuasa. Buat masa sekarang hotel di sekitar haram akan bermula SAR1500 semalam untuk bilik berempat termasuk breakfast.
Apakah alasan mereka dengan kenaikan mendadak hotel ini, jawapan mereka ‘vision saudi 2030’.
Anda juga boleh melihat harga terkini di booking.com, agoda dan mana mana platform online hotel. Harga di paparkan tidak termasuk tax.
Bagaimana p**a madinah?
Setakat ini, pada bulan 1 harga dah banyak pengurangan berbanding bulan 12 tetapi harga telah naik 50% berbanding harga sebelum ini. Jadi di madinah juga masih padat dan hotel tidak dapat memenuhi permintaan jemaah.
Adakah harga effect hotel hotel ekonomi seperti ajyad. Sudah pasti. Sekarang pun hotel di sekitar ajyad telah naik sehingga 50% dari harga dahulu.
Jadi nasihatkan kepada jemaah, di waktu musim jemaah sedang penuh ini, bersyukur di atas segala nikmat yang dapat.
Kepada para sahabat TA, insyallah jalankan amanah dan tanggungjawab sepenuhnya untuk jemaah kalian. Insyallah kenaikan harga hotel boleh di terangkan dan bukan asbab kesalahan kalian.
Walaupun saya dah ada hotel awal, ade juga grouo jemaah saya yang masuk lewat terpaksa gunakan rate baru. Apa nak buat dah berakad jadi tanggung sahaja kerugian sebab di dalam rugi ada keuntungan sebelum ini.
Berapakah harga bersesuaian pada musim baru selepas musim haji nanti? Ikutkan kira kira saya, pakej umrah masih kekal pada harga lama walaupun pada harga 2013 dahulu hotel depan bermula rm 8999. Tetapi kali ini kecil lah keuntungan pihak syarikat. Costing terbaru ikut harga latest termasuk harga flight yang kian meningkat, dah mencecah rm8k.
Insyallah yang terbaik kita bersedia menghadapi kenaikan ini dan teruskan usaha beribadah kepadaNya.
Selamat berumrah.

Address

Bangi
43650

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+60108048847

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Al Waqar Travel Bangi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category