27/03/2024
Wahyu pertama yang diturunkan dan diterima oleh Rasulullah SAW adalah Surah Al- 'Alaq ayat 1-5. Padanya perintah dari Allah supaya baginda SAW membaca wahyu dari tuhannya iaitu Allah SWT.
Begitulah tujuan Al Quran diturunkan ianya perlu dibaca. Dengan membacanya dapat menyelamatkan diri di dunia dan akhirat. Ketika di dunia pembaca Al Quran mendapat petunjuk dan dibuka pintu ilmu, manakala di akhirta p**a pembaca Al Quran memperolehi syafaat dari Al Quran.
اقْرَؤُوا القُرْآنَ فإنَّه يَأْتي يَومَ القِيامَةِ شَفِيعًا لأَصْحابِهِ
" Bacalah kamu Al Quran, sesunggunya ia akan memberi syafaat kepada pembacanya " ٌRiwayat Muslim
Semoga di bulan Ramadan yang mulia ini dapat mempertingkat dan menambahkan lagi membaca Al Quran sebanyaknya.