MyWay Travel & Tours

MyWay Travel & Tours Pakej umrah dengan harga yang murah bersama mutawwif dan mutawwifah yang profesional.

ISTIMEWANYA SEORANG HAMBA APABILA MENJADI TETAMU ALLAH SWT.Saban tahun Tanah Suci Mekah tidak putus menerima tetamu dala...
19/11/2022

ISTIMEWANYA SEORANG HAMBA APABILA MENJADI TETAMU ALLAH SWT.
Saban tahun Tanah Suci Mekah tidak putus menerima tetamu dalam kalangan umat Islam bagi mengerjakan ibadah haji dan umrah.
Ibadah haji dan umrah merupakan salah satu ibadah yang mempunyai keunikan tersendiri sehingga menjadi kewajiban bagi setiap umat Islam untuk mengerjakannya sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Ibadah umrah haruslah dikerjakan dengan niat untuk beribadah kerana Allah s.w.t,
dan bukannya hanya sekadar mahu melancong.Ibadah umrah adalah panggilan kepada umat Islam sebagai tetamu Allah yang lahirnya dari hati bukan disebabkan oleh masa dan kewangan semata-mata,
ia merupakan panggilan istimewa kepada hambaNYA untuk melawat baitullah.
Meski bukan yang utama, ibadah Umrah tak kalah istimewanya dengan Haji.
Ibadah Umrah menjadi pilihan alternatif bagi mereka yang belum berkesempatan berhaji ke Tanah Suci.
Terlebih lagi bagi rakyat Malaysia. Sistem kuota membuat anda untuk pergi haji cukup lama.
Meskipun bukan yang utama, ibadah Umrah tak kalah istimewanya dengan Haji.
Keistimewaan ibadah umrah merupakan tanda Allah SWT mengalu-alukan kedatangan hambanya ke baitullah sebelum kita mampu menunaikan ibadah haji, sambil- sambil menghayati sirah para nabi terutama Rasulullah SAW
Keistimewaan mengerjakan umrah adalah seperti berikut :
1.Ibadah yang kafarah atau penghapus dosa.
Allah SWT akan menghapuskan dosa-dosa kita antara pelaksanaan satu umrah dengan umrah seterusnya.
Secara mudahnya, jika 5 atau 10 tahun yang lalu kita menunaikan umrah, pada tahun berikutnya kita berpeluang untuk mengerjakan umrah semula, maka dosa antara dua waktu umrah itu akan diampunkan oleh Allah SWT.
2.Umrah adalah jihad bagi para wanita dan orang yang lemah.
Ibu-ibu dan wanita umumnya, serta mereka yang lemah fizikal pada zaman Nabi Muhammad SAW,
tidak boleh ikut berjihad atau berperang.
Tetapi mereka tetap mendapat pahala jihad dengan mengerjakan umrah.
3.Jemaah Umrah adalah tamu-tamu Allah yang doanya dikabulkan
Ibadah Haji dan Umrah menjadi istimewa kerana orang yang datang ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah tersebut adalah tetamu Allah SWT.
Begitulah biasa disebut dan memang Rasulullah SAW menyebutkannya demikian.
Jemaah Haji dan Umrah adalah tetamu undangan Allah SWT sehingga apa yang diminta sang tetamu akan dikabulkan oleh-Nya.
Ini adalah bentuk keistimewaan yang paling istimewa.
4. Wafat saat menjalankan ibadah Umrah pahalanya dicatat sampai hari kiamat.
Keutamaan orang-orang yang wafat dalam perjalanan untuk melaksanakan ibadah Haji dan Umrah,
serta keutamaan orang yang wafat dalam keadaan berihram (di tengah pelaksanaan ibadah Haji dan Umrah) adalah mendapatkan anugerah pahalanya dicatat sampai hari kiamat.
Semuanya termaktub jelas dalam hadits.
5.Ibadah Umrah bisa menghilangkan kefakiran.
Bila kita melihat saudara kita yang setelah p**ang dari Haji atau Umrah maka terlihat kehidupannya semakin baik, rezekinya mengalir terus dan keluarganya bertambah berkah,
itulah salah satu fadillah ibadah tersebut. Seluruh perbelanjaan yang digunakan untuk berangkat Haji dan Umrah akan diganti oleh Allah SWT dengan berlipat-lipat.
Buatlah pilihan agensi travel yang tepat untuk menjalani ibadah umrah . MyWay Travel merupakan salah satu agensi umrah yang ramai sangat berpuas hati dengan khidmatnya. Salah satu jemaah umrah berkongsi pengalaman yang sangat bagus perkhidmatannya :
"Bila dibandingkan pakej umrah saya yg dulu dengan MyWay, memang jauh beza sangat! Mutawwif sangat ambil berat, hotel sangat dekat! Semua famili saya berpuas hati!"
~ Salah seorang jemaah MyWay Travel

JOM ZIARAH MAKAM RASULULLAH SAW, TERUBAT KERINDUAN DI HATIPerasaan rindu terhadap seseorang biasanya hadir kerana kita k...
19/11/2022

JOM ZIARAH MAKAM RASULULLAH SAW, TERUBAT KERINDUAN DI HATI
Perasaan rindu terhadap seseorang biasanya hadir kerana kita kenal,
biasa bertemu atau selalu melihat orang berkenaan.
Bayangkan, Rasulullah SAW sangat merindui umatnya walaupun Baginda tidak pernah melihat kita.
Itulah keagungan pada diri Baginda.
Sebuah hadis ada menyatakan mengenai kerinduan dan kecintaan Rasulullah SAW terhadap umatnya yang lahir selepas kewafatan Baginda.
Perasaan rindu Nabi Muhammad SAW terhadap umatnya sepatutnya dibalas dengan setimpalnya oleh ummatnya.
Rajinkan berselawat dan menziarahi makam Rasullullah SAW adalah salah satu usaha kita untuk mengubati perasaan rindu terhadap baginda SAW.
Islam mengajurkan umatnya berziarah ke makam Rasulullah SAW di Madinah.
Kalau menziarahi makam orang tua dan makam orang saleh dianjurkan, maka makam Rasul SAW lebih layak lagi untuk diziarahi.
Kecuali mengingat kematian, ziarah kubur di makam ulama dan para wali terlebih lagi makam Nabi Muhammad SAW, berdaya guna untuk meraih berkah.
Rasulullah SAW sendiri menganjurkan umatnya untuk menziarahi makamnya di banyak hadis.
Anjuran ini perlu untuk diamalkan mengingati baginda SAW tentunya lebih mengerti betapa tingginya kedudukan ziarah ke makam rasul
Syekh Sayid Bakri bin Sayid M Syatho Dimyathi dalam I‘anatut Thalibin mengatakan
قال بعضهم: ولزائر قبر النبي صلى الله عليه وسلم عشر كرامات. إحداهن يعطى أرفع المراتب. الثانية يبلغ أسنى المطالب. الثالثة قضاء المآرب. الرابعة بذل المواهب. الخامسة الأمن من المعاطب. السادسة التطهير من المعايب. السابعة تسهيل المصاعب. الثامنة كفاية النوائب. التاسعة حس العواقب. العاشرة رحمة رب المشارق والمغارب
Sebahagian ulama mengatakan bahwa orang yang menziarahi makam Rasulullah SAW berhak menerima 10 kehormatan dari Allah SWT.
✨Pertama, akan diberikan derajat tertinggi di sisi Allah.
✨Kedua, akan disampaikan pada cita-cita tertinggi.
✨Ketiga, akan dipenuhi kebutuhannya.
✨Keempat, akan diberikan banyak anugerah-Nya.
✨Kelima, akan diselamatkan dari bencana.
✨Keenam, akan dilindungi dari aib.
✨Ketujuh, akan dimudahkan dalam kesulitan.
✨Kelapan akan diringankan bebanmya dalam musibah.
✨Kesembilan, dapat merasakan apa yang akan terjadi.
✨Kesepuluh, akan mendapat limpahan rahmat Allah SWT.
Orang yang mampu menempuh perjalanan ke Madinah, selayaknya tidak melewatkan kesempatan untuk menziarahi makam Rasulullah SAW.
Sayang sekali kalau melewatkan kesempatan emas tersebut mengingat banyak sekali keutamaan yang Allah sediakan untuk mereka yang menziarahi makam Rasul SAW.
Di samping itu, ziarah ke makam Nabi Muhammad Saw sudah menjadi hak beliau SAW terhadap umatnya bahkan segenap makhluq Allah.
Dengan pakej umrah yang disediakan oleh MyWay , anda mampu mengubati perasaan rindu terhadap Rasullullah SAW dengan menjejak kaki di taman Raudhah di Madinah.
Jangan lepaskan peluang ini!!!
Buatlah pilihan agensi travel yang tepat untuk menjalani ibadah umrah . MyWay Travel merupakan salah satu agensi umrah yang ramai sangat berpuas hati dengan khidmatnya. Salah satu jemaah umrah berkongsi pengalaman yang sangat bagus perkhidmatannya :
"Bila dibandingkan pakej umrah saya yg dulu dengan MyWay, memang jauh beza sangat! Mutawwif sangat ambil berat, hotel sangat dekat! Semua famili saya berpuas hati!"
~ Salah seorang jemaah MyWay Travel

UMRAH SALAH SATU IBADAT MENJADI INSAN YANG BERTAKWAUMRAH sering kali kita dengar di bibir-bibir mesyarakat bahawa mereka...
19/11/2022

UMRAH SALAH SATU IBADAT MENJADI INSAN YANG BERTAKWA
UMRAH sering kali kita dengar di bibir-bibir mesyarakat bahawa mereka ingin menunaikan umrah sebelum melalukan ibadah haji,
akan tetapi mereka menghadapi pelbagai halangan untuk mengerjakan ibadah umrah dari segi kekangan masa, kewangan dan sebagainya.
Walaupun kita dihimpit pelbagai permasalahan dalam mengerjakan ibadah umrah,
mari kita mengungkap serba sedikit asal usul ibadah umrah itu sendiri.
Ibadah Umrah, merupakan salah satu ibadah yang mulia yang mana setiap insan yang beragama Islam boleh mengerjakannya setiap masa,
malahan ibadah haji khusus pada musim haji sahaja.
Setiap perintah Allah SWT yang kita kerjakan selalu memiliki tujuan akhir,
iaitu untuk membentuk insan-insan yang bertakwa.
Begitu juga dengan mengerjakan ibadah umrah yang membentuk seorang insan menjadi hamba yang bertakwa.
Maksud takwa adalah manusia yang siap taat untuk menjalankan perintah dan meninggalkan larangan-Nya.
Dengan ketakwaan itu, seseorang mendapatkan jaminan ampunan dan surga-Nya.
Di antaranya ciri-ciri insan bertakwa yang dinyatakan didalam Al-quran adalah perintah untuk menghambakan diri secara total kepada Allah SWT
(QS al-Baqarah [2]: 21), memenuhi janji (QS al-Baqarah [2]: 63), penegakan hukum qishas (QS al-Baqarah [2]: 179), menjalankan ibadah puasa Ramadhan (QS al-Baqarah [2]: 183), istiqamah di jalan Islam (QS al-An’am [6]: 153), dan berpegang teguh kepada kebenaran (QS al-Araf [7]: 171).
Hujung ayat-ayat tersebut berbunyi, "La’allakum tattaqun…" (agar kalian menjadi orang-orang yang bertakwa).
Sebelum menunaikan umrah, setiap orang perlu tingkatkan bekalan taqwa sebelum jadi tetamu Allah. Sebenarnya, haji dan umrah adalah kemuncak kepada ibadat lain bagi menentukan sejauh manakah ketaatan kita sebagai seorang hamba.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:
"Orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah rombongan Allah,
jika mereka mendoakan sesuatu maka Allah akan memperkenankannya,
dan jika mereka memohon ampun, akan diampunkan."
(Riwayat Ibnu Majah, Tabarani dan al-Baihaqi)
Persiapan menjelang ibadah haji dan umrah adalah dengan meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT,
melakukan amalan wajib dan sunnah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Menunjukkan mereka yang akan melaksanakan ibadah haji dan umrah sudah bersedia dengan kebersihan diri, harta, zahir dan batin.
Persediaan inilah yang menggusarkan bakal haji dan umrah kerana beranggapan mereka belum cukup bersedia untuk menjadi tetamu Allah SWT sedangkan agama itu sangatlah mudah untuk dilaksanakan. Sebenarnya persediaan itu lebih cenderung kepada usaha mendekatkan diri dengan Allah SWT sekadar yang termampu.
Hukum-hakam di dalamnya juga dapat dicerna sebagai pemangkin kepada proses pendidikan jiwa seorang Muslim.
Ini tidak bererti mereka yang belum menunaikan haji tidak sempurna imannya dan tidak diredai kerana kekuatan dan kemampuan melakukan haji terbatas kepada mereka yang berkemampuan sahaja.
Ibadat bukan trend Sering berlaku dalam kalangan ummah menjadikan ibadat haji dan umrah sekadar trend semata-mata,
terikut-ikut dengan pengaruh persekitaran, berlumba-lumba mendapatkan gelaran dalam masyarakat tanpa mengambil kira matlamat sebenar ibadah bakal dilaksanakan.
Ibadah haji dan umrah bukan hanya berkisar soal kekuatan dan kehebatan semata- mata,
tetapi juga membabitkan soal disiplin serta kepatuhan.
Kesukaran menjaga batas larangan Allah SWT menjadi sifat manusia.
Maka ibadah haji dan umrah adalah untuk menunjukkan kepatuhan kepada Allah SWT serta kekuatan menjaga disiplin menunaikan ibadat.
Semangat yang dijelmakan dalam melakukan ibadah membabitkan fizikal melambangkan setiap kejayaan memerlukan usaha dan kerja keras untuk mencapainya.
Ibadah haji dan umrah umpama sebuah sekolah yang menebarkan jalan untuk mempelajari kaedah bagi menghadapi kehidupan dengan bekalan nilai tauhid, ibadah, usaha, silaturahim, siap menghadapi godaan dan kesiapan diri untuk berkorban.
Menurut Ibnu al-Qayyim al-Jauziyah, ibadah yang digambarkan dalam hadis ini, memperlihatkan kesempurnaan iman dan kesedaran rohani yang sangat tinggi
juga memperlihatkan rasa cinta dan pengenalan manusia kepada Allah yang sangat tinggi.
Sebagai konsep yang mengandung idea peningkatan kualiti ibadah dan kebajikan, ihsan menurut al-Jauziyah memiliki tiga tingkatan sebagaimana berikut:
Pertama, kebaikan dalam niatnya, di mana setiap orang harus mengarahkan perhatiannya menuju Allah. Pada tingkat ini, seseorang harus memasang niat dan motivasi yang kuat.
Namun, ia harus membekalkan dirinya dengan ilmu supaya niat dan tujuannya tidak melencong dan keluar dari syariat Islam.
Kedua, kebaikan dalam sikap dan perilaku. Pada tingkat ini, seseorang harus mampu menjaga dan memelihara kebaikan sikap dan perilakunya secara konsisten.
Tanpa pemeliharaan ini, kebaikan sikap dan perilaku itu akan hilang dan lenyap.
Selanjutnya, dia harus berusaha menjadikan kebaikan sikap dan perilaku itu sebagai penampilannya sehingga tidak mudah dipengaruhi oleh situasi dan cabaran yang mendatang.
Namun, pada tingkat ini, dia harus tetap menyembunyikan dan merahsiakan kebaikannya kerana memperlihatkan kebaikan bukanlah cara hidup orang yang bertakwa.
Sebaliknya, memperlihatkan kebaikan secara terbuka dapat diterima jika memang ada kepentingan untuk itu atau dipandang boleh membawa kemaslahatan yang lebih besar kepada orang lain.
Ketiga, kebaikan dalam waktu. Pada tingkat ini, seseorang harus berusaha supaya sepanjang waktu dia dapat menyaksi Allah iaitu yang disebut musyahadah.
Di sini, dia harus menjaga cita-cita dan perhatiannya supaya tidak beralih kepada sesuatu yang lain daripada Allah.
Dia juga harus mengarahkan seluruh perjalanan hidupnya hanya menuju kepada Allah. Pada tingkat ini, ihsan sudah mencapai kemuncak kesempurnaannya.
Justeru, setiap Muslim hendaklah menyempurnakan segala amalan ibadat sebaiknya bertepatan landasan digariskan Allah dan sunah Rasulullah SAW.
Wadah ini penting supaya amalan diterima tanpa sebarang cacat cela dan memperoleh ganjaran berlipat ganda di sisi Allah.Haji dan umrah adalah ibadat yang akan menguji kekuatan iman seorang hamba dalam mentaati Allah SWT.
Buatlah pilihan agensi travel yang tepat untuk menjalani ibadah umrah . MyWay Travel merupakan salah satu agensi umrah yang ramai sangat berpuas hati dengan khidmatnya. Salah satu jemaah umrah berkongsi pengalaman yang sangat bagus perkhidmatannya :
"Bila dibandingkan pakej umrah saya yg dulu dengan MyWay, memang jauh beza sangat! Mutawwif sangat ambil berat, hotel sangat dekat! Semua famili saya berpuas hati!"
~ Salah seorang jemaah MyWay Travel

KEPENTINGAN UMRAH SEBELUM MELAKSANAKAN HAJIUmrah dari sudut bahasa ialah ziarah.Apabila dikatakan,si fulan melakukan umr...
19/11/2022

KEPENTINGAN UMRAH SEBELUM MELAKSANAKAN HAJI
Umrah dari sudut bahasa ialah ziarah.
Apabila dikatakan,si fulan melakukan umrah, maksudnya melakukan ziarah.
Atau maksudnya, pergi ke tempat yang dimakmurkan.
Dari sudut syarak bermaksud pergi ke Baitullah al-Haram pada bukan waktu haji untuk menunaikan ibadah tertentu dengan syarat-syarat tertentu.
Perbezaaan di Antara Haji dan Umrah adalah:
Haji berbeza dengan umrah dari sudut masa dan beberapa hukum.
Dari sudut masa, iaitu haji ditentukan pada bulan tertentu, tidak boleh dilakukan pada bulan yang lain dan tidak sah niat haji kecuali pada bulan tersebut.
Bulan-bulan haji ialah Syawal, Zulkaedah dan sepuluh pertama bulan Zulhijah.
Manakala umrah, masa melakukannya ialah sepanjang tahun kecuali hari-hari mengerjakan haji bagi orang yang berniat melakukannya.
Dari sudut hukum, haji mempunyai wukuf di Arafah,bermalam di Muzdalifah dan Mina dan melontar Jamrah.
Di dalam umrah, semua ini tidak ada, Ia hanyalah: Niat, tawaf, melakukan sa’ie dan bercukur ataupun bergunting sahaja.
Seperti mana keistimewaan ibadah Haji, umrah juga ada kepentingan dan kelebihannya.
Sebenarnya memang banyak hadis-hadis yang membicarakan tentang kelebihan umrah.
Di antaranya ialah :
1. MENJADI TETAMU ALLAH
Di dalam Ihya'Ulumiddin, Jarir bin Abdillah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,
maksudnya : "Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperang"
2. PAHALA DAN GANJARAN DILIPATGANDAKAN
Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada tahun Haji Wada' di Mekah:
"Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT.
Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan,
memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan
dan melipatgandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham"
(al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)
3. TIDAK DIHISAB JIKA MENINGGAL DUNIA SEMASA MENUNAIKAN UMRAH
Di dalam Ihya'Ulumiddin, disebut bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,
maksudnya :"Barang siapa keluar untuk menunaikan ibadah haji atau umrah lalu meninggal dunia,
maka baginya diberlakukan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat.
Dan barang siapa meninggal dunia di salah satu tanah suci,
maka kelak dia tidak diadili dan tidak p**a dihisab,
melainkan dikatakan kepadanya, `Masuklah ke dalam syurga'"
4. PAHALA UMRAH BULAN RAMADHAN MENYAMAI IBADAH HAJI
Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA,
bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya: "Melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah haji"
5. MEMBIASAKAN DIRI DENGAN KEADAAN TANAH SUCI
Sekurang-kurangnya pada waktu melaksanakan ibadah umrah,
anda sudah mengenali keadaan tanah suci sebelum menunaikan haji.
Membantu memudahkan ibadat haji pada masa hadapan.
6. DIWAJIBKAN WALAUPUN SEKALI (JIKA MAMPU)
Umrah juga diwajibkan atas manusia sekali seumur hidup jika mampu.
Walau bagaimanapun penduduk Mekah tidak diwajibkan menunaikan umrah hanya ibadah haji sahaja.
Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah : 196 yang bermaksud :
"Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah"
Begitu juga daripada Ibnu Umar RA yang berkata :
"Tidak ada seorang pun kecuali diwajibkan atasnya satu kali haji dan umrah"
(Al-Bukhari)
7. PENGHAPUSAN DOSA
Dalam riwayat Al-Bukhari, Rasululluh SAW telah bersabda yang bermaksud :
"Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya.
Sedang haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga"
Buatlah pilihan agensi travel yang tepat untuk menjalani ibadah umrah .
MyWay Travel merupakan salah satu agensi umrah yang ramai sangat berpuas hati dengan khidmatnya.
Salah satu jemaah umrah berkongsi pengalaman yang sangat bagus perkhidmatannya :
"Bila dibandingkan pakej umrah saya yg dulu dengan MyWay,
memang jauh beza sangat! Mutawwif sangat ambil berat, hotel sangat dekat!
Semua famili saya berpuas hati!"
~ Salah seorang jemaah MyWay Travel

Address

No. 8-2, Jalan PPS 1, Pusat Perdagangan Selaseh
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MyWay Travel & Tours posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category

Nearby travel agencies


Other Travel Agencies in Batu Caves

Show All