Amal Global Travel & Tours Sdn Bhd

Amal Global Travel & Tours Sdn Bhd EMBRACE YOUR JOURNEY WITH US.. Terima Kasih.
(21)

Kami adalah salah sebuah syarikat pelancongan bumiputra yang beroperasi di sri gombak selangor.Di sini kami menawarkan perkhidmatan percutian mampu milik yang menarik dalam dan luar negara.Untuk sebarang pertanyaan jangan malu dan segan untuk menghubungi kami atau boleh terus datang ke pejabat kami.

Osaka (大阪市, Ōsaka-shi) merupakan ibu negeri kepada wilayah Osaka, Jepun. Osaka mempunyai populasi seramai 2.7 juta pendu...
17/10/2023

Osaka (大阪市, Ōsaka-shi) merupakan ibu negeri kepada wilayah Osaka, Jepun. Osaka mempunyai populasi seramai 2.7 juta penduduk dan merupakan bandar dengan populasi kedua terbesar di Jepun selepas bandar Tokyo pada siang hari. Pada waktu malam, ia menjadi bandar ketiga terbesar di Jepun selepas Tokyo dan Yokohama. Ia terletak di kawasan Kansai di pulau utama Honshu, di hilir sungai Yodo di Pantai Osaka.

Kalau kita nak mengenali lebih lanjut tentang Osaka jom sama2 kite terokai bumi Osaka Japan🥰.

HARI 1: KLIA – OSAKA
Berkumpul di lapangan terbang KLIA dan taklimat ringkas berkenaan perjalanan akan diberikan sebelum berangkat. Selepas itu, para tetamu akan terus daftar masuk bagasi dan ke pintu perlepasan untuk penerbangan ke Osaka.

HARI 2: MUZIUM OSAKA – UMEDA – NAMBA (MT/MM)
Setelah tiba di Osaka, peserta akan dibawa ke Osaka Museum of Living untuk mengenali sejarah kehidupan orang dulu di Osaka. Kemudian, peserta akan dibawa ke kawasan Umeda. Di sana, terdapat Sky Garden di atas bangunan Sky Umeda. Disitu juga terdapat kedai Yodobashi Camera yang menjual barangan teklnologi dan pakaian. Berehat seketika untuk solat dan makan tengah hari. Bertolak ke kawasan Namba. Mencuba Dotonbori yang terkenal dengan makanan lokal dan Shinsaibashi iaitu tempat membeli belah di Osaka. Makan malam dan pulang ke hotel.

HARI 3: KYOTO – GION (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Kyoto. Bandar Kyoto merupakan bekas ibu kota Jepun. Di Kyoto, peserta akan melawat Arashiyama yang mempunyai rimbunan hutan buluh yang cantik. Berdekatan dengan kawasan yang sama, peserta akan berpeluang untuk melintasi jambatan Togetsukyo menyeberangi sungai Katsura. Melawat Tenryuuki iaitu kuil di Arashiyama dengan pemandangan yang fantastik. Berehat seketika untuk solat dan makan tengah hari. Berkunjung ke Gion iaitu merupakan kawasan yang terkenal di daerah Geisha dengan suasana bandar lama Kyoto. Singgah melawat Fushimi Inari Shrine yang terdapat kuil dan pintu gerbang berwarna. Makan malam dan pulang ke hotel.

HARI 4: NARA - OSAKA (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Nara iaitu bandar yang terletak di timur Osaka. Melawat Nara Deer Park dan kuil Todaiji yang merupakan mercu tanda di Nara. Berehat seketika untuk solat dan makan tengah hari. Menuju ke kawasan Osaka Tempozan (kawasan teluk) untuk melawat Kaiyukan (Osaka Aquarium) dan Naniwa Food Theme Park iaitu tempat menjual pelbagai makanan tempatan. Makan malam dan pulang ke hotel.

HARI 5: KOBE – RINKU PREMIUM OUTLET – KUALA LUMPUR (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Tiba di bandar Kobe iaitu terletak di barat Osaka. Peserta akan dibawa ke Shin-Kobe Ropeway. Peserta berpeluang menaiki ropeway untuk pergi ke kawasan tertinggi Kobe. Lihat pemandangan yang menakjubkan. Kemudian, melawat taman herba Nunobiki iaitu taman herba terbesar di Jepun. Berehat seketika untuk solat di Masjid Kobe dan makan tengah hari. Aktiviti bebas di Rinku Premium Outlet untuk membeli belah dan cenderamata. Makan malam dan kembali ke hotel.

HARI 6: OSAKA - KUALA LUMPUR (SP)
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Bersedia untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Tiba di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lebih lanjut boleh hubungi kami
Tina
0102416328

12/09/2021

Salam Hujung Minggu🥰🥰🥰
Guys pelancongan da boleh operasi la🥰
Now kita open pakej Pulau Langkawi🥰🥰
Tapiiii dengan satu syarat😭kena ade 2 dose vaksin ok😘😘😘
Gelombang Percutian ke Pulau Langkawi akan bermula.
Yang mana da lama x bersantai di tepi pantai tu boleh la usha2 pakej yang bakal kita war2 kan😘😘

Assalammualaikum sahabat2ku sayang..Setelah sekian lama kita dok ghumah😂😂😂moh lerr kita menenangkan diri ke luar ghumah🥰...
23/03/2021

Assalammualaikum sahabat2ku sayang..
Setelah sekian lama kita dok ghumah😂😂😂moh lerr kita menenangkan diri ke luar ghumah🥰🥰🥰

Jomlah cuti2 dengan kami...
Kami masih wujud lagi..cuma biaselahhh PKP ni kan..kami pn kena dok diam2 kt ghumah..hahaha

Pasni tengok kami jenjalan pulak ye...
Jalan2 cari makan ke..
Jalan2 cari Jodoh ke
Jalan2 jalan daaaaaaaaa..

Jom sama2 kita support industri pelancongan Malaysia




Sis da genggam KLCC utk awk ni...Awak pulak bila nak rasa mcm ni...Fefeling onghang kaya gitchuuuu..Tengok saja pool die...
23/03/2021

Sis da genggam KLCC utk awk ni...
Awak pulak bila nak rasa mcm ni...
Fefeling onghang kaya gitchuuuu..
Tengok saja pool die..besau kau...nak kesana kesini kesana kesini ikut korang la!!hahaha.. anyway last week sis ke sini mmg best giloss.. 1st its private area, so mmg safety very tiptops,
2nd ko bole mandi puas2 wehh..sbb nye bila private xramai org..so ko nk jadi ikan duyung kaaa..ikan dugung kaa..ikt s**a angpa wehh..
3rd Seronokk jugakkk ko view KLCC depan mata woit... kalau nak best lepak malam2 new year ke, merdeka ke..kompom nampak bunga api meletop2 depan biji mata..
4th Korang boleh dapat harga runtuh seruntuhnyaaa dari sis okk.. Sis nak bagi mughah2 je weh..
Soooo..

On x on
On x on
Meh wasap lelaju
010-241 6328
010-241 6328
010-241 6328

Address

No. 13C Jalan Sg 3/14 Taman Sri Gombak
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

0361787866

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Amal Global Travel & Tours Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Amal Global Travel & Tours Sdn Bhd:

Videos

Share

Category

Nearby travel agencies