08/03/2023
5 Mac 2023:
โข Tiba giliran 5 Mac menyahut panggilan umrah, alhamdulillah mereka telah selamat tiba di Jeddah.
โข 25 Feb acara bebas harini di Madinah. Berbaki 2 hari lagi mereka akan berada disini sebelum p**ang ke tanah air.
โข 28 Feb (Saudi Airlines) di Makkah, akan berangkat ke Madinah sebentar sahaja lagi. dan group 28 Feb di Madinah p**a, akan berangkat ke Makkah bersama Ustaz Ariffin. Labbaik allahumma labbaik. Allahumma solli ala Muhammad
โข 1 Mac baru selesai Ziarah Hudaibiyah bersama Ustaz Isman dan sedang melakukan ibadah umrah yang ke-2 bagi mereka yang mampu.
โข 4 Mac di Madinah baru selesai Ziarah sekitar Masjidil Nabawi bersama Ustaz Fathi Naim, dan 4 Mac di Makkah acara bebas harini setelah melakukan ibadah umrah bersama Ustaz Zuhaidi semalam.
Alhamdulillah di atas setiap perancangan dari Allah Taala.
Sebelum ada di antara kita yang berhajat untuk pergi ke tanah suci menunaikan ibadah umrah, perlulah terlebih dahulu kita pasang niat yang betul.
Bukan ke sana untuk bercuti-cuti, makan sedap-sedap, shopping jubah terkini , buat content berlebih-lebihan, harap layanan seperti raja dan berbagai lagi karenah lain.
Kita niat ke sana untuk b e r i b a d a h. membersihkan diri dari sifat-sifat sombong, takbur, ujub. Kita ke sana untuk mengabdikan diri kepada Allah Taala, muhasabah diri untuk menjadi muslim yang sejati di akhir zaman ini. Itu yang sepatutnya.
Allah jemput kita ke sana pasti bersebab. Berkali-kali ke sana pun jika hati tidak bersih, amal tidak baiki, pandang rendah akan orang lain, sifat angkuh ujub sombong masih menebal dalam diri, sia-sialah amalan sepanjang disana tidak kiralah berapa kali pon kita sudah jejakkan kaki ke sana.
kita tidak tahu sama ada umrah yang kita lakukan sebenarnya diterima oleh Allah ataupun tidak.
Jom muhasabah diri, 17 hari lagi Ramadhan bakal tiba, persiapkan diri kita dengan amal dan jaga hubungan silaturrahim sesama manusia.
Salam Maghribโจ
_______