Damia La Homestay

Damia La Homestay Homestay di Bandar Behrang 2020

Ditubuhkan pada 20 November 2019

Kewujudan laman ini bagi mengumpul maklumat yang bermanfaat kepada penginap Homestay atau sebagai kewaspadaan awam

27/01/2025
10/01/2025
10/01/2025

KISAH PARA NABI A.S

Beriman kepada para Nabi dan Rasul a.s merupakan rukun iman ke-4. Tidak akan sempurna iman seseorang muslim sehingga ia beriman dengan sebenar-sebenarnya kepada utusan Allah.

وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا رُسُلࣰا مِّن قَبۡلِكَ مِنۡهُم مَّن قَصَصۡنَا عَلَیۡكَ وَمِنۡهُم مَّن لَّمۡ نَقۡصُصۡ عَلَیۡكَۗ
"Dan sesungguhnya telah kami utus beberapa orang Rasul sebelum kamu, diantara mereka ada yang kami ceritakan kepadamu dan diantara mereka ada yang tidak kami ceritakan kepadamu"
[Surah Ghāfir: 78]

Sesi seperti ketetapan dibawah :
🗓 Tarikh : 9 Februari 2025 (AHAD)
⏰ Waktu : 10.00 AM - 2.00 PM
🕌 Lokasi : DEWAN BAITUSSALAM
✅ Umur : 8 - 12 TAHUN
💵 Yuran Komitmen RM10

PENDAFTARAN TELAH DIBUKA
Sila klik link dibawah:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeIMKj_6y0-PZlePnVZk18QiKrGT_fXKXi9UaDS3r57yzZ_9w/viewform?usp=sf_link

Sumbangan anda boleh disalurkan melalui akaun:
BANK RAKYAT: 1101-8191-34
PERTUBUHAN KEBAJIKAN BAITUSSALAM KUALA LUMPUR DAN SELANGOR
Ref: INFAQ KELAS TAMBAHAN

Mohon resit infaq di maklumkan menerusi WhatsApp & sebarang pertanyaan mengenai kelas boleh menghubungi Ustaz Na'im: 018-2748436

20/12/2024

The inspiration for this production stemmed from a poignant scene in a documentary chronicling the life of a successful businessman.

At the peak of his fame, the businessman shared in an interview that he was experiencing the best years of his life: a fulfilling existence alongside a loving wife, wonderful children, and remarkable professional achievements. Deeply moved, he admitted wishing time could freeze, preserving that perfect moment forever.

However, as the documentary unfolds, it inevitably reveals the turbulent years that followed—a series of misfortunes: divorce, the heartbreaking loss of one of his daughters to cancer, and the decline of his professional success.

His earlier desire to pause time proved futile, and now, from his vacant gaze, it was evident that his only wish was to turn back time—a longing equally impossible to fulfill.

May Allah grant us the wisdom to understand that our time on earth is fleeting. Let us use every moment to worship Him alone and prepare for our eternal abode in the hereafter.

Noredine Allam
Excerpt from the book: Muslim Show, 15 Years. Let’s Draw a Line Under This Era!

19/12/2024

kucing oh kucing

18/12/2024

Teringin nak rasa buah dari pokok sendiri?

Dah tanam bertahun² tapi pokok masih belum berbuah?
Jangan biarkan masa berlalu tanpa hasil

Cuba siram Hormon Buah untuk keluarkan hasil dari pokok.
Sesuai untuk pokok 2 tahun ke atas sahaja.

Cara guna:
Siram 1 botol pada pangkal pokok. Pokok mula cuba mengeluarkan bunga dalam tempoh 40 hari.

Boleh whatsapp untuk info lebih lanjut. (klik link di bawah)
https://wa.me/60105300247

Atau dapatkan Hormon Buah di Shopee, Lazada, & Tiktok

Shopee (semenanjung sahaja):
https://shopee.com.my/hananifarm

Lazada (Sabah & Sarawak):
https://www.lazada.com.my/shop/hanani-store

Tiktok (semenanjung sahaja):
https://www.tiktok.com/

Boleh datang ke Hanani Agro Farm, di sini:
https://maps.app.goo.gl/dsFVfAHfjopeXVkL6

03/12/2024

Rumah terapung milik Pakcik A. Bakar Che Ahmad dan isteri, Fatimah Salleh, di Kampung Tebak, Air Putih, Kemaman, Terengganu.

Rumah beliau dibina pada tahun 2022, diperbuat daripada kayu dan telah disokong dengan 69 biji tong plastik yang berfungsi sebagai pelampung apabila musim banjir.

Selain rumah, beliau buat jugak untuk reban Ayam 👍

Bijak & Bernas bagi yang berkemampuan 🙂

-Kisah tahun 2022-

TANJUNG MALIM: Seramai 7,172 graduan bakal menerima diploma, ijazah sarjana muda, sarjana, doktor falsafah (PhD) dan ija...
23/11/2024

TANJUNG MALIM: Seramai 7,172 graduan bakal menerima diploma, ijazah sarjana muda, sarjana, doktor falsafah (PhD) dan ijazah kehormat pada Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), bermula hari ini hingga 30 November.

Mereka termasuk penggiat seni terkenal, Datuk M Nasir atau nama sebenar Mohamad Nasir Mohamed yang dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan.

Selain itu, Datuk Nash atau nama sebenar, Nashrudin Elias akan menerima Ijazah Sarjana Pengajian Persembahan secara APEL Q, iaitu berdasarkan pengalaman relevan dengan program pengajian.

TANJUNG MALIM: Seramai 7,172 graduan bakal menerima diploma, ijazah sarjana muda, sarjana, doktor falsafah (PhD) dan ijazah kehormat pada Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), bermula hari ini hingga 30 November.

Istiadat Konvokesyen UPSI ke 2623 - 30 November 2024Alhamdulillah tahniah diucapkan kepada semua graduan, semoga ilmu ya...
22/11/2024

Istiadat Konvokesyen UPSI ke 26
23 - 30 November 2024
Alhamdulillah tahniah diucapkan kepada semua graduan, semoga ilmu yang dikecapi dapat dimanfaatkan sebaiknya

20/11/2024

Semua orang dan bukan sahaja kanak-kanak ini perlu yakin dengan kebolehan dan bakat masing-masing. Teruskan perjalanan dan harungi segala ujian dengan jayanya.

Kejohanan Tenpin Boling persahabatan staf Universiti Awam Malaysia akan diadakan pada 14 Disember 2024 bertempat di UPSI...
19/11/2024

Kejohanan Tenpin Boling persahabatan staf Universiti Awam Malaysia akan diadakan pada 14 Disember 2024 bertempat di UPSI Super Bowl, Kampus Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim, Perak

19/11/2024
Maaf, homestay kami dah penuh. Sila hubungi sahabat-sahabat niaga kami yang lain.
14/11/2024

Maaf, homestay kami dah penuh. Sila hubungi sahabat-sahabat niaga kami yang lain.

Doa untuk Tun Daimاللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ ...
13/11/2024

Doa untuk Tun Daim
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ
“Ya Allah, ampuni dan rahmatilah dia. Selamatkanlah dan maafkanlah dia. Berilah kehormatan untuknya, luaskanlah tempat masuknya. Mandikanlah dia dengan air, salji dan embun. Bersihkanlah dia dari kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju yang putih dari kotoran. Gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya, isteri yang lebih baik dari isterinya. Masukkanlah dia ke dalam syurga, lindungilah dari azab kubur dan azab neraka.” (HR Muslim no. 963) https://sunnah.com/muslim:963a https://sunnah.com/muslim:963a

“Saya nak bagi kamu bangunan…” - Tun Daim

Saya berjalan menuju ke lobi Menara Ilham dan disambut oleh seorang kakitangan,

“Ini Tuan Firdaus Wong ke?”

“Ya”, saya menjawab ringkas.

“Tun Daim sedang menunggu di atas”, sambung kakitangan tersebut yang kemudian menemani saya menaiki lif khas ke pejabat peribadi Tun Daim.

Keluar sahaja dari lif khas, saya diminta menunggu sebentar di ruang menunggu yang luas sambil saya menikmati pemandangan KLCC dari situ. Canggih pejabatnya tetapi pada masa yang sama, beberapa lukisan menghiasi dinding-dindingnya.

Sejujurnya, saya tidak tahu ‘what to expect’ kerana PA Tun yang menghubungi saya memberitahu saya bahwa Tun Daim ingin berjumpa dengan saya. In juga kali pertama saya akan bertentang mata dengan Tun Daim.

Tatkala saya sedang menikmati pemandangan dari pejabat Tun, satu suara yang agak ‘familiar’ memberikan salam,

“Assalamualaikum.”

“Walaikumusalam”, saya menjawab sambil menoleh ke belakang dan melihat Tun Daim lalu beliau menjemput saya ke dalam pejabatnya. Hanya kami berdua sahaja di dalam bilik itu.

Tun bertanya khabar dan rupa-rupanya, banyak juga info saya yang dia dah tahu. Hebat pasukan ‘perisikan’ Tun. Saya tidak perlu menerangkan sangat kerja-kerja dakwah saya dan MRM. Suaranya lembut seperti seorang ayah tetapi boleh merasai aura kritis dan tegasnya. Tiba-tiba Tun bertanya,

“Firdaus, apa yang saya boleh bantu dakwah kamu?”

Saya terkejut dengan soalannya yang spontan itu lalu saya menerangkan kepada Tun aktiviti-aktiviti dakwah yang kami lakukan sebelum ini dan yang telah kami rancang untuk laksanakan dalam beberapa tahun akan datang. Tun Daim mencelah dan berkata,

“Begini Firdaus, saya nak bagi kamu bangunan 3 tingkat di KL dan saya mahu kamu buat program bagi makanan kepada gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.”

Saya terkejut dengan tawaran dari Tun. Saya tidak menyangka Tun akan menawarkan sebuah bangunan di KL untuk kami. Saya membalas,

“Tun, terima kasih banyak-banyak atas tawaran Tun untuk memberikan kami bangunan untuk kami laksanakan program makanan untuk gelandangan. Saya sangat menghargai kepercayaan Tun ini. Cuma Tun…”

Belum saya menghabiskan ayat saya, Tun mencelah,

“Segala kos perbelanjaan untuk program ini saya akan biaya. Firdaus dan team tak perlu risau pasal duit untuk projek ini.”

Saya menghabiskan ayat saya,

“Terima kasih Tun cuma kami adalah sebuah NGO yang sangat fokus kepada usaha dakwah kami kepada Muslim untuk merasa bangga dan mulia dengan Islam, berdakwah kepada yang Belum Muslim serta menangkis naratif anti Islam. Apa yang kami buat ini adalah sangat niche. Kami juga ada buat sedikit kebajikan tetapi itu bukan fokus utama kami kerana dah banyak sangat NGO terlibat dengan kebajikan. Tidak ramai yang buat dan fokus apa yang kami buat sekarang ini. Andai ada pun teramat sedikit jumlahnya.

Kami ingin terus fokus dengan kepakaran dan kemahiran kami ini, Tun. Saya sangat menghargai tawaran dari Tun. Saya percaya bangunan yang Tun ingin berikan kepada kami untuk tujuan program gelandangan itu boleh dimanfaatkan lebih baik oleh NGO kebajikan yang lain. Kemahiran dan kepakaran kami boleh dimanfaatkan untuk bidang fokus kami yang tak ramai buat.”

Sejujurnya, saya sedikit berdebar kerana risau Tun akan marah apabila saya menolak tawarannya itu tetapi Tun tidak marah malahan menjawab,

“Ok takpe. Bagus Firdaus nak fokus kepada kepakaran Firdaus dan NGO. Saya hormat keputusan Firdaus. Biasanya bila saya tawarkan macam ini kepada orang lain, depa akan terima walaupun itu bukan bidang fokus depa tapi Firdaus tolak sebab nak fokus. Bagus.”

Saya ada berkongsi kisah saya menolak tawaran Tun ini tetapi ada yang membalas,

“Alahai Bro, kenapa tak terima je tawaran dari Tun tu. Lagipun projek gelandangan itu dia juga akan biayai segala kosnya. Bila dah jadi milik MRM, terpulanglah kepada MRM untuk teruskan dengan projek gelandangan atau jadikan office atau jual.”

Maaf, saya tak pernah dan tidak akan buat begitu. Di Padang Mahsyar, Tun Daim dah terlepas dari tanggungjawabnya terhadap bangunan tu kalau kami terima tetapi apa saya nak jawab di depan Allah bila Allah tanya kenapa saya khianati amanah Tun dengan menjual bangunan tu.

Walaupun secara undang-undangnya dah menjadi hakmilik NGO dan kami boleh menjualnya tetapi yang saya utamakan sebagai Muslim adalah amanah dan akad sesama kita! Saya keluar dari pejabat Tun tanpa saya merayu beliau untuk berikan bangunan lain atau merayu beliau untuk sumbangkan duit untuk dakwah kami.

Saya merayu kepada Allah dan Allah yang akan gerakkan hati hamba-hambaNya. Kerja dakwah, kerja para anbiya yang mulia. Kami akan membuka ruang untuk masyarakat untuk turut sama menyokong tetapi untuk merayu-rayu, mungkin itu bukan apa yang saya fahami.

Beberapa minggu selepas itu, PA Tun menghubungi saya dan memaklumkan bahawa Tun ingin menjemput saya memberikan kuliah bulanan di surau banglo rumahnya di Taman Melawati. Dia sendiri akan menghadiri setiap kuliah saya tanpa gagal dan selepas selesai kuliah dan solat Isyak, kami akan duduk semeja untuk makan bersama dan Tun seorang yang banyak bertanya soalan-soalan yang kritis.

Soalannya kritis tetapi andai jawapan saya itu ‘make sense’ dia akan terima. Sepanjang setahun dua saya berceramah di banglonya, hampir setiap kali saya ceramah pasti akan ada individu yang hadir membawa proposal untuk mendapatkan dana dari Tun. Saya?

Saya tak pernah bawa sebarang proposal kepada beliau kerana saya menghormati hubungan kami dan tidak mahu mengambil kesempatan. Selama ini saya yakin Allah yang akan mengerakkan hamba-hambaNya untuk menyokong usaha dakwah kami, keyakinan itu tidak pernah pudar.

Saya tidak lagi berkuliah di banglonya setelah beliau dilantik sebagai ‘Council of Elders’ oleh Tun Mahathir setelah PRU pada 2018.

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa Tun, memberatkan timbangan amal solehnya berdasarkan sumbangannya kepada dakwah & kebajikan selama ini selain sumbangannya sebagai negarawan. Allahuma Ameen

*Ingin menyokong usaha dakwah MRM?

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

Beli buku Cina Kiasu Atau Kiasi?
Klik link di bawah
👇🏻👇🏻👇🏻
https://shop.themerdekatimes.com/product/kiasu-atau-kiasi/

Tak boleh ditegur, simptom penyakit mental- Saadiah Ismailsaadiah_ismail@bh.com.myMarch 2, 2022 @ 10:30amGangguan Person...
13/11/2024

Tak boleh ditegur, simptom penyakit mental
- Saadiah Ismail
[email protected]
March 2, 2022 @ 10:30am

Gangguan Personaliti Narsistik (NPD):

* Sejenis gangguan mental dikategorikan di bawah masalah gangguan personaliti
* 'Self-centered' tidak mempedulikan orang lain
* Meminta perhatian orang dan pujian
* Menyusahkan orang lain
* Pantang terima kritikan
* Hidup dalam fantasi sendiri

PERNAH anda berdepan dengan individu yang sentiasa merasakan dirinya betul, tidak mahu menerima pandangan orang lain dan memiliki sifat empati yang rendah dalam hampir semua perkara.

Address

7, Jalan WM 3/19
Behrang Hulu
35950

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Damia La Homestay posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share