WHITE BRICK HOUSE at Janda Baik

WHITE BRICK HOUSE at Janda Baik Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from WHITE BRICK HOUSE at Janda Baik, Vacation Home Rental, Lot 41831, Kuala Lurah, Kg Janda Baik, Bentong.
(1)

Ladies STAYCATION again. This time, merai’ekan seorang sahabat, sis Hafizah, pensyarah Universiti di Madinah, yang sedan...
23/02/2024

Ladies STAYCATION again.

This time, merai’ekan seorang sahabat,
sis Hafizah, pensyarah Universiti di Madinah,
yang sedang p**ang bercuti ke Malaysia.

Turut bersama, adik Jenan selaku Exclusive Agent for WhiteBrickHouse Asmida Mohd dari Umi Vacation, juga geng kembara Morocco Bani & Ana.

Percutian yang sungguh menyeronokkan.

Arrived WHITE BRICK HOUSE at Janda Baik at 3pm.

Sembang. Solat. Sembang.

Masak nasi. Keluarkan bekalan ; cucoq udang, laksa, ayam masak merah, sambal udang besaq gedabak, buah mangga nenas jambu cicah garam belacan utara.

Makan & makan, syukur, seronoknya menjamu selera sambil bersila panggung atas pangkin.

After maghrib, mandi, solat, posing mnikmati terang bulan penuh, jam 8.30 mula drive turun bukit,
mahu meneroka Genting Highland malam2 !

Sakan weey mokji, makcik2 & kakcik semua !

Memandu mnyusur gelap kampung janda baik,
mula mendaki naik ke Genting, terus singgah Genting Outlets tepat jam 9.30 malam.

Orang sebok nak balik, kami baru sebok menjengok satu dua kedai, s**a2 saja, tanpa sorang pun ada niat mahu shopping.

Cukup sekadar menikmati saki baki lampu aura merah raya cina, sambil bposing dan having fun bersembang dan gelak tak henti2.

Keluar dr Genting Outlet jam 10.30 malam, drive up to puncak genting highland. Pusing2 dengan kereta sahaja, melihat Genting yang bercahaya, mula diselimuti dengan kabus tebal.

Sejuk. Gelap. Sunyi. Best.

Drive turun, lepak mnikmati minuman panas sambil meratah sotong tepung gunting, di food court area GeoResortHotel, sampai after 12 midnight.

Kembali ke kereta, drive balik mmasuki kampung janda baik & menaiki rumahbukit pada hampir jam 1 pagi.

Sambung sembang lagi, pakat tidur sekitar jam 3 pagi. Sakan!

Pagi hari ni, selepas solat subuh, saya, as, bani & ana sebok menikmati kabus pagi di beranda. Kemudian keluar brisk walk mnikmati kicauan burung p**a. Naik ke puncak berposing di rumah RedBrickVilla, then berjalan turun ke kaki bukit, pagi2 buta pakat berendam dalam sungai, menikmati sejuknya air bukit Gunung Nuang.

Sejuk. Segar. Seronok. Rasa bertenaga semula.

Kemudian berjalan kaki mendaki bukit balik ke rumah. Prepare breakfast.

Nasi Goreng Kampung Mokji Ona dan segala mcm makanan lagi, juga mnyicah garam belacan buah2 masam di pagi hari !

Gila sungguh. Kegilaan yang sungguh menyeronokkan.

Tkasih kawan2 yang sudi ber staycation at the best retreat hilltop gateway .

Alhamdulillah. Moga terus bersilatulrahim kita hingga ke jannah. Ameen.

Khamis malam Jumaat saya datang tidor di rumahbukit bataputih saya di JandaBaik. Seperti selalu, setiap kali saya menjen...
10/02/2024

Khamis malam Jumaat saya datang tidor di rumahbukit bataputih saya di JandaBaik.

Seperti selalu, setiap kali saya menjengok , saya s**a menginap di rumah Cottage saja, tidak di Villa,sebab untuk saya, mr hubby & nad, Cottage is just nice for 3 of us.

Seperti selalu juga, setiap kali menginap di sini,
kegemaran saya adalah berada di balconi selepas subuh, duduk rilex2 sambil meneguk kopi panas,
sambil memerhati dengan asyiknya kelam bertukar siang, banjaran memutih di selimuti kabus yang sekejab tebal sekejab nipis.

Seronok membiarkan cuaca pagi berkabus bertiup ke muka. Healing sungguh.

Yesterday juga, saya menyiapkan rumah untuk menyambut ‘strangers’ pertama yang menjadi tetamu. Ini kerana sebelum2 ini, semua yang datang dan menginap di sini saya kenal,
samada dari family, saudara mara ataupun rakan-rakan saya.

Ini group pertama orang luar, family dari Ampang yang saya tidak pernah kenal.

Alhamdulillah, seronok saya menyambut ketibaan mereka. Terharu tengok mereka turut membawa Ibu&Ayah, orang Langgar Kedah, kampung aruah mak saya.

Syukur, Allah hantar family dr negeri saya, Kedah DarulAman untuk menjadi keluarga pertama menyewa & menginap apabila saya buka kediaman hujung minggu saya ini kepada orangramai.

Paling terharu bila tengok mereka semua terpegun dengan rumah saya, juga suasana sekeliling, dan anak2 mereka sangat excited dengan pengalaman memandu naik bukit serta berada di kediaman atas bukit.

Paling cute, adalah apabila salah sorang anak mereka sangat meminati serangga. Sebaik turun kereta, beliau dah nampak rama2 & kumbang, dan tersangat s**a.

MashaAllah, saya p**a yg sangat teruja.
Teruja kerana anak2 kecil pun pandai menghargai rumah bukit ini dengan persekitaran semulajadinya.
Alhamdulillah.

Seperti selalu juga, setiap kali datang tidur sini,
saya mesti akan ambil gambar lagi. Lagi & lagi !

Dan kali ni, saya up juga foto2 terbaru semalam di sini. Walaupun mungkin barang2 dekorasi yang sama, tapi foto akan sentiasa agak berbeza,
sebab dah style saya, s**a mengubah kedudukan dan menambah barang here & there.
Its my passion hehe.

Enjoy to view our White Brick House VILLA & COTTAGE.

Silakan wasap saya jika ada yang mahu merasa menginap di My Weekend Hilltop Gateway Retreat ini.

www.wasap.my/60192116606/WHITEBrickHouseJandaBaik

07/02/2024
05/02/2024

Assalam & Selamat Pagi dari
WHITE BRICK HOUSE at Janda Baik.

Kalau mahu MEREHATKAN DIRI & MINDA,

Di TEMPAT BERCUTI YANG RARE,
ATAS BUKIT / HILLTOP,
JAUH DARI HIRUK PIKUK & ORANG RAMAI,
SUNYI & TENANG,
SEJUK & SELESA,
DI KELILINGI HIJAUAN FLORA & FAUNA
BUKIT BUKAU BERKABUS
PEMANDANGAN MENAKJUBKAN SEKELILING.

RUMAH PENGINAPAN PRIBADI
GAYA ENGLISH EKSKLUSIF & CANTIK,
ADA FAMILY POOL DENGAN OPEN VIEW,
ADA TEMPAT BBQ YANG SELESA,
ADA SUNGAI JERNIH DI KAKI BUKIT.

Bayangkan anda duduk-duduk berseorang menghirup teh panas di balkoni,
sambil mendengar bunyi burung2 berkicau riang.

Bayangkan juga anda lepak bersila di atas pangkin kayu, di kelilingi ibu ayah anak2 semua,
bercerita sambil ketawa bergurau senda.

Bayangkan anda sedang mengipas api BBQ,
isteri di dapur sedang menyediakan nasi goreng cina, dan anak-anak sedang riuh rendah mandi kolam di depan mata.

Segalanya indah di sini.
Di .
YOUR HILLTOP GATEAWAY RETREAT.

03/02/2024

White Brick House adalah
Rumah Bata Putih Gaya Inggeris,
yang dibina sebagai Rumah Penginapan Keluarga Hujung Minggu / Family Weekend Retreat Home,
terletak di atas puncak bukit.
di hujung Kampung Janda Baik,
dan di katakan antara rumah atas bukit
PALING TINGGI di Janda Baik,
dengan pemandangan yang sangat indah.

WHITE Brick House VILLA :
* Villa 2 Tingkat

* Upper Floor :
- 4 Rooms ( 3 bilik Queen Bed,
- 1 bilik Double Decker 2 Single Bed)
- 2 Bathrooms
- Living + Balcony

* Ground Floor :
- 4 pangkin kayu
- Dining 8 seaters
- High Table + 4 High Chairs
- Fully Equipped Kitchen
- Perkakasan Menghidang
- Balcony

* Outside :
- Swimming Pool
- BBQ area
- Toilet
- Parking Area

To accomodate 8-10 guest Upper Floor.
Boleh juga menggunakan 4 pangkin di Ground Floor jika tetamu mahu tidor di situ ( with toilet outside the house).

Rental : Normal Price 3000 pernite
📍Opening Offer : RM1600 for entire villa

White Brick House VILLA boleh di sewa bersama White Brick House COTTAGE yang mempunyai
2 bilik dengan Queen Size Bed dan 2 bilik mandi serta Swimming Pool Kanak-Kanak di tengah.

Rental for Both White Brick House VILLA & COTTAGE dengan
📍Opening Offer RM2000 ( NP RM3500 pernite).

For booking, sila tekan LINK hp saya :
www.wasap.my/60192116606/WHITEandREDBrickHouseJBaik

Terimakasih

Memulakan hari PERTAMA 1st February 2024 dalam menyewakan our family retreat home RumahBukit WHITE BRICK HOUSE at Janda ...
01/02/2024

Memulakan hari PERTAMA 1st February 2024
dalam menyewakan our family retreat home RumahBukit WHITE BRICK HOUSE at Janda Baik saya kepada tetamu luar.

Berdebar2 rasa bila menerima foto penyewa bermotor yang di wasap kepada saya.

“Alhamdulillah dah sampai. Cantiknya...”,
itu ayat pertama yang customer wasap kepada saya sebaik mereka sampai ke rumah bata putih atas bukit. Alhamdulillah.

Tkasih banyak2 Nor & suami,
serta pasangan rakan mereka.

Enjoy your stay at our .

Yang cantik, molek dan best2 silakan berkongsi info dengan saudaramararakantaulan.

Mana yang kurang berkenan, please call/ wasap saya personally, inshaAllah saya akan berusaha untuk memperbaiki sebaik mungkin. 🙏

Have a GREAT STAYCATION
at the BEST HILLTOP GATEAWAY RETREAT,
White Brick House @ Janda Baik.

01/02/2024

WhiteBrickHouse COTTAGE

at WHITE BRICK HOUSE at Janda Baik.

Ramai yang minta more info on WBHCottage.

Jadi di bawah,
saya kongsikan foto & video,
khusus untuk menunjukkan rupa
COTTAGE.

WhiteBrickHouse COTTAGE
asalnya di bina sebagai RUMAH TETAMU.
Ia terletak bersebelahan rumah utama WhiteBrickHouse VILLA.

WBHCOTTAGE hanya mempunyai 2 bilik.

Kedua2nya di pisahkan oleh Swimming Pool kecil di antara ke dua bilik tersebut,
sesuai untuk anak-anak atau keluarga kecil yang menginap di kedua2 bilik di COTTAGE untuk mandi-manda.

Sebagai rumah yang asalnya direncana untuk ‘tetamu’, WBH COTTAGE hanya lah rumah basic sahaja, di mana setiap bilik mempunyai 1 katil Queen, sebuah kamar mandi di dalam bilik, juga tersedia kettle untuk memasak air bersama mug, untuk tetamu menikmati minuman panas di balcony sambil menikmati pemandangan sekeliling yang cantik, sambil mendengar burung2 berkicau riang.

WBH COTTAGE tidak mempunyai dapur untuk memasak mahupun ruang BBQ dan peralatan memanggang.

Semua kemudahan lain berada di rumah utama
iaitu WBH VILLA, seperti dapur, ruang makan, ruang lepak ramai-ramai, bbq area & big swimming pool.

Ini kerana, sebagai tetamu, mereka sebaiknya hanya balik ke ‘rumah tamu’ untuk berehat dan tidur saja, tak gitu?

Kerana itu, saya sebenarnya sangat menggalakkan WBHCOTTAGE disewa bersama WBHVILLA.

Ini supaya penghuni WBHCOTTAGE dapat bersama-sama merasakan kemeriahan satu keluarga / kump**an untuk togetherness memasak di dapur, menghidang dan makan ramai-ramai, lepak bersembang2 sambil menghirup teh panas dan makan kopok lekor di balcony, pakat tolong kipas bara api masa BBQ, mandi pool & sungai ramai2 sambil berbual hal-ehwal semasa,
pastinya lebih seronok.

Lagi satu sebab, kalau boleh saya tidak mahu ada
dua group yang berlainan menginap di atas bukit . Takut kurang privasi sebab ke dua2 WBHCottage & WBHVilla agak berdekatan.

Kalau satu family atau sama geng yang menginap di both houses, baru lah meriah keloi each other.

So, kalau boleh, kalian yang nak bercuti ke rumahbukit WBHouseJandaBaik ni, datang la ramai2 seisi keluarga. Ajak mak abah abang kakak adik & anak2 saudara sekali.

Terbaik jika dapat booking ke dua-dua buah WhiteBrickHouse COTTAGE & VILLA sekaligus.

👉WhiteBrickHouse COTTAGE.
Bilik 1 : Queen size bed, kamar mandi, kettle with mug, Balcony & Shared Children Swimming Pool
Bilik 2: Queen size bed, kamar mandi, kettle with mug, Balcony & Shared Children Swimming Pool

WhiteBrickHouse VILLA
👉Tingkat Atas :
Bilik 1 : Queen size bed & Kamar Mandi Pertama.
Bilik 2 : Queen size bed
Bilik 3 : Queen size bed
Bilik 4 : Double Decker with 2 Single bed.
Kamar Mandi ke 2.
Living with Sofa Set
Balcony

👉Tingkat Bawah :
Dapur Gas Untuk Memasak
Peralatan Memasak Periuk & Kuali.
PingganMangkuk & Set Minuman Untuk Menghidang.
Dining Table with 8 Chairs.
High Table with 4 High Chairs,
Buaian Gantung
4 Pangkin Kayu
[ untuk duduk lepak, atau boleh tidur malam for guys kalau mahu dengan toilet di luar ]
Balcony

👉Bahagian Luar Tepi Villa :
Swimming Pool Air Bukit
BBQ Area & Pit
Toilet

👉Bahagian Luar Depan Villa
Parking place for 1-3 kereta.

👉Di bawah ( kaki bukit) :
Sungai dengan tempat khas kami sediakan untuk tetamu mandi.
Parking space for 2-4 kereta. Our driver akn drive customers up to the house with our car jika ada yang tidak mahu memandu ke atas.

‼️KADAR SEWA‼️

👉Both Houses WBHCottage & WBHVilla
: NP RM3500
OFFER Weekends / Public Holidays / School Holidays / Peak Season : RM2000 per night
Offer Normal Weekdays : RM1200 only.
Jumlah tetamu : 12 beds & 4 pangkin, up to 20 paxs.

👉WBHVilla : NP RM3000
OFFER Weekends / Public Holidays / School Holidays / Peak Season : RM1600 per night
Offer Normal Weekdays : RM960 only
Jumlah tetamu : 8 beds, 4 pangkin, up to 14 paxs.

👉WBHCOTTAGE : TIDAK DISEWAKAN BERASINGAN🙏

‼️For booking, sila tekan LINK hp saya :
www.wasap.my/60192116606/WHITEandREDBrickHouseJBaik

[ foto dan video di bawah hanyalah untuk WhiteBrickHouse COTTAGE sahaja ].

📍KADAR SEWAWHITE BRICK HOUSE at Janda Baik    -Your Hilltop Gateway Retreat-White Brick House adalah DUA Buah Rumah Bata...
28/01/2024

📍KADAR SEWA
WHITE BRICK HOUSE at Janda Baik
-Your Hilltop Gateway Retreat-

White Brick House adalah
DUA Buah Rumah Bata Putih Gaya Inggeris,
yang dibina sebagai Rumah Penginapan Keluarga Hujung Minggu / Family Weekend Retreat Home,
kini dibuka as a Homestay kepada orangramai,
pada tarikh-tarikh tertentu.

White Brick House terletak di atas puncak bukit,
di hujung Kampung Janda Baik,
dan di katakan antara rumah atas bukit
PALING TINGGI di Janda Baik !

KEISTIMEWAAN :

✅ VIEW yang SUPERB.
Dikatakan VIEW atas bukit antara yangTERPALING CANTIK di Janda Baik.

Bukit bukau dan banjaran berkabus,
kebun sayur menghijau,
sungai jernih di kaki bukit,
flora dan fauna sekeliling,
burung2 berkicauan & berterbangan,
segalanya bersatu dengan indah sekali.

✅TERASING, namun tidak TERSEMBUNYI.
Puncak bukit menjanjikan privacy & remoteness,
access to an unblocked view.
Orang tidak dapat melihat dan mendengar kita,
namun kita akan dapat melihat mereka di bawah,
juga pemandangan di depan mata yang indah dengan sangat jelas.

✅SUHU yang LEBIH DINGIN
Puncak bukit dan hutan hijau membantu memberi kesejukan semulajadi. Kabus sekeliling juga menyumbang. Tidak perlu penghawa dingin. Malah kipas juga selalunya tidak perlu di pasang. Malam hari cuaca boleh turun sehingga sekitar 28C ke bawah. Tidur tersangat enak bergebar tebal.

✅ KETINGGIAN yang Memacu ADRENALINE
Hanya sesekali berpeluang memandu naik lebih 800 meter ke puncak bukit dengan keadaan jalan berliku zigzag yang berconcrete cantik.
Cukup seronok untuk memacu adrenaline.
Jika takut memandu ke atas, jangan risau, transport & driver kami bersedia untuk membawa anda sekeluarga ke atas.

✅ THE BEST GATEWAY PLACE for HEALING & STAYCATION.
Tempat mencari tenang. Bersatu bersama alam.
Dengarkan bunyi air sungai, bunyi burung berkicau riang, kabus menyelimuti, dan cuaca yang dingin. Nikmati masa2 sunyi bersama secangkir teh di balconi. Embracing the serenity of nature.

✅Nikmati SUNGAI BERSIH & JERNIH terus dari Gunung Nuang.
Luangkan masa merasai sejuknya air sungai bersama keluarga di kaki bukit. Jangan lupa, sediakan bihun goreng, atau goreng keropok lekor di dapur villa, dan berpiknik di tepi sungai sambil mandi manda.

✅ Hayati kiicauan pelbagai BURUNG dan saksikan pelbagai spesis yang berterbangan. Jika ada rezeki, dapat melihat Burung Enggang yang besar dan cantik yang sering bertenggek di pepohon sekitar sini.

✅Pamper your family dengan PELUANG EKSKLUSIF dapat menginap di Private Retreat Villa, yang selalunya hanya dapat di lihat sahaja, kerana jarang dibuka untuk penginapan umum.
Kali ini anda sekeluarga dapat merasai villa & cottage sentuhan peribadi pemilik.

✅ Bergembiralah di Villa & Cottage dengan fasiliti LENGKAP.
2 rumah, villa & cottage, 6 kamar tidur, 5 bilik air dengan 4 water heaters, dapur, ruang tamu, meja makan, high table & chairs, balcony, swimming pool, bbq area, ruang lepak luas dorm style, compound yang boleh bercamping & sungai cantik, bersih dan jernih.

✅Intai Genting Highland dari Balcony semasa cuaca cerah tanpa kabus.

✅ Berseronok bersama keluarga dengan quality time bermain congkak, carom, scramble, dam dan lain2.

✅Keluarkan peluh dengan beriadah santai bersama keluarga dengan turun ke kaki bukit mandi sungai atau melawat persekitaran dan kemudian berlumba menaiki bukit sambil berlawan, siapa sampai dulu? Jangan lupa sediakan hadiah !

✅ Sesudah subuh, nikmati cuaca sejuk berteman kabus yang menutupi bumi beransur pergi, dan cahaya mentari mula muncul di sebalik gunung.

✅Malam hari, White Brick House tidak sesekali bergelap. Sekeliling dan di kaki bukit, berkerlipan neon lampu dari resort dan campsite di sekitarnya. Suasana di malam hari sangat cantik dan mengasyikkan sekali.

✅Villa & Cottage kami cukup besar untuk mengisi hampir 20-30 orang . Pastikan setiap ahli keluarga turut serta untuk mencipta momen-momen indah bersama semua yang tersayang.

Rumah Batu Putih Gaya Inggeris WhiteBrickHouse yang eksklusif dan tersergam indah di atas bukit Kuala Lurah di hujung Kampung Janda Baik kini akan dibuka untuk orangramai pada tarikh2 yang tidak di kunjungi oleh pemilik & keluarga, mulai Feb 2024 ini.

Rebut segera peluang untuk merasai pengalaman menginap di rumah atas bukit PALING TINGGI di Janda Baik ini bagi menikmati panorama yang paling SUPERB.

Our Family Hilltop Gateway Retreat Home,
for Your Family Holiday Staycation…❤️

📍JUMLAH PENGINAPAN & KADAR SEWA :

🏡 A : WHITE Brick House COTTAGE
2 Rooms with Queen Bed
2 Bathrooms
Balcony
Children Swimming Pool
Lounge Area / Lobby at Basement Floor.
* Beds for 4 & 2 extra mattresses for children
= up to 6 paxs

[ WBHCottage TIDAK DISEWAKAN BERASINGAN🙏. Ia hanya boleh disewa bersama pakej C & E sahaja]

🏡 B : WHITE Brick House VILLA
2 Tingkat
Upper Floor : 4 Rooms + 2 Bathrooms +Living + Balcony
Ground Floor : 4 pangkin kayu + Dining Table 8 seaters + High Table 4 Seaters + Fully Equipped Kitchen + Balcony
Outside : Swimming Pool + BBQ area + Toilet
* Beds for 8 + 4 pangkin/ daybeds + 2 mattress = up to 14 paxs

📍Opening Offer :
👉 Weekends / Public Holidays / School Holidays / Peak Season : RM1600 per night
👉Normal Weekdays : less 40% = RM960 only‼️

🏡🏡 C: WHITE Brick House COTTAGE & VILLA
Cottage : up to 6 paxs
Villa : up to 14 paxs.
Total : up to 20 paxs

📍Opening Offer :
👉 Weekends / Public Holidays / School Holidays / Peak Season : RM2000 per night
👉Normal Weekdays : less 40% = RM1200 only‼️

🏡 D: RED Brick House VILLA
3 rooms + 2 bathrooms + Living + fully equipped Kitchen + Sundeck + BBQ area
* Beds for 6 + 2 sofabeds + 2 own toto = up to 10 paxs

📍Opening Offer :
👉 Weekends / Public Holidays / School Holidays / Peak Season : RM950 per night (NP : rm1700)
👉Normal Weekdays : less 40% = RM570 only‼️

🏠🏡🏡 E: 3 Houses
( WHITEBrick Villa + WHITEBrickCottage & REDBrick Villa)
* WBH Cottage up to 6 paxs
WBH Villa up to 14paxs
RBH Villa up to 10 paxs
= TOTAL UP TO 30 PAXS

📍Opening Offer :
👉 Weekends / Public Holidays / School Holidays / Peak Season : RM2800 per night (NP : rm5000)
👉Normal Weekdays : less 40% = RM1680 only‼️

For booking, sila tekan LINK hp saya :
www.wasap.my/60192116606/WHITEandREDBrickHouseJBaik

Terimakasih

Seronok tengok tetamu2 saya yang datang satu keluarga besar untuk healing & staycation di   pada hujung minggu ini. Happ...
27/01/2024

Seronok tengok tetamu2 saya
yang datang satu keluarga besar
untuk healing & staycation
di
pada hujung minggu ini.

Happy for them, depa dapat tengok PELANGI yang cantik di pergunungan depan mata.

Juga teruja tengok depa tayang bihun yang di goreng sendiri dari dapur whitebrickhouse villa,
kemudiannya dibawa makan panas2 sambil mandi manda di sungai.

Terliur weh.

Depa wasap saya “ BEST SANGAT DIAORANG KATA DATANG SINI!”.

Alhamdulillah, tetamu gembira, saya happy…

25/01/2024

WHITE BRICK HOUSE at Janda Baik

WhiteBrickHouse adalah my family retreat home.

Dua buah rumah batu bewarna putih
(White Brick House)
yang berada nun jauh di puncak bukit,
di katakan rumah atas bukit paling TINGGI di JandaBaik,
dengan panorama yang menakjubkan sekeliling,
sebatang sungai jernih dan bersih,
resort-resort percutian eksklusif di kaki bukit,
bukit bukau menghijau,
ladang sayur merata sana & sini melatari tanah,
serta hidupan alam,
semuanya bergabung mencipta tempat staycation & healing terbaik, dan sangat indah.

White Brick House memiliki 2 kediaman :

1. WhiteBrick VILLA : Rumah Besar 2 Tingkat

Tingkat Atas : 4 bilik tidur + 2 bilik mandi + living area + balcony.

Tingkat Bawah : Dapur Memasak, Meja & 8 Kerusi Makan, HighTable with 4 Chairs, 4 pangkin kayu/day beds, Balcony.

Bahagian Luar Tepi Rumah : Swimming Pool & BBQ Area

2. WhiteBrick COTTAGE : Rumah Comel 2 Tingkat

Tingkat Atas : 2 bilik tidur, di pisahkan oleh Swimming Pool Kanak-kanak di bahagian tengah.

Tingkat Bawah : Untuk kegunaan tuanrumah sebagai Office & Ruang Lobby.

InshaAllah, kami akan membuka rumah percutian hujung minggu ini kepada orangramai pada certain tarikh, mulai Februari 2024 ini, masa yang kami tidak rencanakan untuk mengunjungi dan menginap di sana.

Semoga retreat home yang dibina dari sebuah angan-angan sedari kecil ini, yang saya deko kan dengan sentuhan serta koleksi peribadi, mampu memberi bahagian kepada insan2 lain juga, serta menjadi tempat healing & staycation terbaik buat keluarga anda❤️






Rabu & Khamis, 24 & 25 Januari 2024 at my weekend retreat home  . Kali ni ladies punya staycation. Saya, my sister, my c...
25/01/2024

Rabu & Khamis,
24 & 25 Januari 2024
at my weekend retreat home
.

Kali ni ladies punya staycation.

Saya, my sister, my cousin, my junior jenan & my doter nad bersantai2 di rumahbukit yang sejuk ini.

Tengahari Rabu,
saya & jiran rumah puncak ,
sis Murni Shariff, mengadakan majlis bacaan Yaasin & tahlil buat aruah ayahbonda saya & aruah ayahanda sis murni di sini.

Kami menjemput imam masjid jandabaik untuk mengetuai majlis dan bacaan doa,
Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Syukur sangat ustaz imam sangat s**akan rumahbukit kami.

“View di sini sangat menakjubkan. Rasa tenang sangat”, imam berkata berkali-kali.

Seronok tengok imam, isteri & anak enjoy makan sambil menghayati panorama indah dari balcony.

Terimakasih imam & isteri sudi bertandang.

Lunch kami untuk majlis tersebut kami order je dari kontraktor yang membina rumahbukit kami, Li,
yang kebetulan mempunyai cafe di Santai Campsite.

Senang sungguh sebaik sampai , juadah yang telah pun diorder 2 hari awal pun tiba, kami menghidang, mmulakan majlis tahlil, dan kemudian selesai bacaan doa, terus menikmati lunch dalam suasana cuaca yang mendung, berangin dan sejuk, kipas pun tak payah pasang. Best sungguh ❤️

Lepas lunch, kami geng makcik2 pakat turun ke kaki bukit untuk mandi.

Kebetulan rumahbukit saya di hujung kampung jandabaik, tempat privacy tanpa ada rumah penduduk kampung, tiada orang lalulalang, dapat lah kami mandi dengan penuh riang dan selesa, tak perlu malu kat orang haha.

Paling excited adalah sister saya, bila beliau sampai saja ke tempat saya, tengok sungai yang bersih, cantik dan ada privacy, terus beliau tak sabar nak terjun sungai.

“Dah 20 tahun aku tak pernah mandi sungai. Kali ni nak mandi puas2,” katanya.

Dan dalam cuaca penuh redup itu, best sangat kami mandi berlima, dengan nad menjadi pemerhati sahaja. Kali ni tersangat weird, mak2 enjoy mandi sungai, anak hanya lepak mmerhati hahaha.

Nad tak mau mandi sebab dia tengok air agak laju, dia takut. Mama kata ok lah, tak nak paksa nad, maka mama biar je nad nyanyi2 menari2 atas jambatan.

Seronok sungguh mandi ramai2 dengan geng makcik yg sporting.

Sambil mandi, sambil kami berpiknik menikmati nescafe tarik panas, ketupat palas, roti, cookies, limau, potato chips - heaven❤️.

Lepas mandi, saya drive balik ke atas bukit sambil bawa perkakasan piknik.

My sister & my school junior Asmida Mohd tak nak guna kereta, mereka tetap nak menatap naik bukit sebagaimana mereka turun berjalan kaki tadi.

Bukan main depa, happy climbing up, sambil berfoto2, menyanyi2, bergelak sakan.

“Best la KMona jalan turun & naik, enjoy and rasa santai je, tak penat pun”’ As kata.

Naik dari mandi sungai, kami terjun swimming pool p**a, melayan nad mandi.

Kali ni giliran nad p**a melepas geram mandi-manda, happenings dia, seronok mengusik kakak As yang rajin melayannya.

Kami mandi berteman kabus senja yang mulai meliputi persekitaran bukit, sejuk jangan cerita la.

“Best sangat la KMona kat sini. The hest healing place yang As pernah pergi. As rasa macam sedang dok di oversea”, Asmida tak habis2 memuji.

Habis berendam dalam pool, usai mandi dan bersolat maghrib, we had our BBQ p**a, memanggang ayam, udang & sotong yg mr hubby tolong beli & marinate-kan untuk isterinya. TQ mr hubby!

Sebagai peneman bbq, sempat saya masuk dapur buat nasi goreng, hasil lebihan juadah tengahari tadi, kebetulan ada nasi lebih dan sambal belacan yg Li bawa.

Campak masuk kuali sambal belacan, isi ikan kembung, sayur campur dan nasi, cong ceng cong ceng sempoi2 saja, dapat la sebelanga penuh, semua kata sedap, licin habis, Alhamdulillah.

Masa membakar, hujan turun renyai dengan butir2 hujan yang sangat halus, tanpa pun mengganggu kami yang sedang berada di laman terbuka, tidakpun mengganggu bara api yang sedang menyala, dan kami yang riuh rendah mengipas, bersembang sambil makan.

Saya cakap, “masa snow turun masa bcuti kat overseas, rasa basah sikit2 betul2 macam ni, best p**ak rasanya”.

Seronok tak terkira dapat berbbq di temani ‘salji lembut’ janda baik, MashaAllah, healing sungguh!

Dan malamnya, kami berlima ladies sahaja,
bermalam di villa whitebrickhouse.

Sepanjang malam, kami tidur tidakpun langsung membuka kipas.

Walaupun rumah bertutup semua pintu tingkap dan sliding door sepenuhnya, dan kipas pun tidak di pasang, namun sepanjang malam semua kami tidur berselimut comforter tebal.

Sejuknya mai aai, menggigil. Betul2 macam kat luarnegara bercuaca sejuk.

Dan sebelum mlelap kan mata, sakan, saya sayup2 dengan cousin saya Syikin, dan sister saya Shariyah, dok bersembang sampai lewat malam, tak tau jam berapa depa tidur, sessi curahan perasaan sungguh hahaha.

TQ semua yang sudi datang bermalam di rumahbukit saya. I am so happy.
I am so blessed, Alhamdulillah

Kerja Membina   JandaBaik. Membina rumah atas bukit bukan mudah. Prosesnya rumit dan sangat memenatkan. Mencari lokasi s...
23/01/2024

Kerja Membina JandaBaik.

Membina rumah atas bukit bukan mudah.
Prosesnya rumit dan sangat memenatkan.

Mencari lokasi sesuai untuk membuat tapak rumah di lereng bukit paling mencabar.

2 kali saya bawa engineer ke atas.

Pertama untuk memilih tapak.
Kedua apabila tanah dah di rapikan.

Satisfied with semua keadaan, baru kerja membina rumah bermula.

Terimakasih kpd kontraktor pertama saya dari Kelantan, yang begitu bersemangat membina rumah yang terbaik untuk saya.
Jujurnya, saya dapat melihat kerja kuat dan dedikasi mereka.

Cuma keadaan tidak menyebelahi,
setelah saya membayar hampir keseluruhan kos mengikut harga yang telah dipersetujui dan ditandatangani secara black & white,
kontraktor hanya mampu menyiapkan sekitar 60% kerja2 sahaja.

Kerja belum siap, tapi duit yang saya dah bayar melebihi tahap progress telah habis digunakan.

Secara pribadi saya merasakan, kontraktor tersebut tidak ada niat menipu saya. Cuma disebabkan beliau kontraktor dari kelantan, terpaksa banyak berulang alik, juga perlu menyewa rumah untuk beliau dan pekerja2 kelantan, juga asbab masa tu PKP Covid, beliau tiada job lain, maka wang pembayaran rumah saya mungkin banyak digunakan untuk mbiayai pelbagai kos lain, sehingga akhirnya duit yang dah di bayar telah habis, kerja ketinggalan.

Keadaan ini mula merosakkan hubungan baik dan keyakinan kami untuk terus menyambung kerja menyiapkan rumah bersama beliau lagi.
Takut nanti bila duit dah ditambah, tapi mungkin rumah tetap tak akan siap.

Jadi akhirnya kami putuskan, untuk selamat, kita tukar kontraktor lain saja. Cari kontraktor Janda Baik. Walaupun kos mereka lebih tinggi sikit dari kontraktor luar, tapi mudah & practical.

Maka kami pun menukar kontraktor.

Wang yg terlebih bayar bbanding kerja tak siap kpd kontraktor lama, kira burn macam tu saja lah, sebab beliau pun tiada duit masa tu untuk mengganti balik. Semoga satu hari nanti, kot2 beliau dah senang dan ada rezeki lebih, kalau beliau rasa terikat oleh hutang kpd manusia, harap beliau bayar balik lah. Ameen

So we just move on menyambung kerja menyiapkan rumah dengan new kontraktor bernama Li.
Dan contraktor yang ni, sehingga kini apabila kerja beliau mbuat rumah sudah selesai, namun beliau tetap terus ada untuk mbantu kami dalam segala hal, dari rakan bisnes dah jadi kawan baik. Alhamdulillah

So budget dalam membina 2 buah rumah WhiteBrickHouse telah lari dari perancangan awal, ada tambahan lebih 100k, akibat kegagalan menyiapkan rumah oleh kontraktor pertama.

Takpe lah, bukan rezeki saya tang part itu.
Semoga Allah ganti kat lain. InshaAllah.

Mona Din

23/01/2024

Simpan sini video lama.

Macam ini lah keadaan setiap kali pergi melawat kerja pembinaan RumahBukit Janda Baik.

Kena guna pikap untuk cross sungai dan memanjat naik bukit di jalan tanah merah.

Tergantung musim, kalau tak hujan, jalan jadi semak, kalau hujan jalan lecak dan licin.
Nasib baik bukit saya sangat berbatu,
jadi tanah kuat dan tidak menggelonsor atau polos, tiada sebarang kejadian tanah runtuh di mana2.

Proses menyiapkan kerja yang sangat mencabar.
Alhamdulillah kini semua telah selesai.
What an experience to remember.

Cabaran Membina Rumah Atas Bukit   📍CABARAN PERTAMA, juga cabaran paling utama sepanjang kerja gila saya membuat rumahbu...
22/01/2024

Cabaran Membina Rumah Atas Bukit


📍CABARAN PERTAMA,
juga cabaran paling utama
sepanjang kerja gila saya membuat rumahbukit ini,
adalah kala menyelesaikan masalah mencari jalan !

Tanah yang saya beli di lapis kedua.
Ada rezab jalan di sebelah tanah,
malangnya jalan tersebut adalah gaung bekas laluan air dari bukit.

Sepanjang rezab jalan aka gaung itu,
di penuhi batu-batu bonggol yang sangat besar,
dari bawah hinggalah ke atas.

Sesiapa sahaja yang melihat jalan tersebut terus akan tahu, tidak ada cara ia boleh di jadikan jalan,
kerana batu2 besar itu,
walaupun rezab jalan dalam peta terletak di situ !

Kerana itu, sebelum saya, telah ada 2 pembeli tanahbukit itu, tetapi ke dua2nya telah membatalkan pembelian, kerana masalah jalan naik.

Saya p**a, setelah puas menyelongkar merata pelusuk dari Seberang Perai PPinang ke Hulu Langat ke BatangKali ke Ulu Rening mencari tanah,
dan telah segala jalan & lorong JandaBaik saya susuri, akhirnya penerokaan saya terhenti di sini.

Saya jatuh cinta dengan kawasan Kuala Lurau Kg Janda Baik..!

Saya minta agen yang membantu saya mencari tanah ketika itu, saudara Quais, supaya carikan sekeping tanah JBaik untuk saya, dan saya hanya mahu di kawasan ini.

Rezeki saya, Quais menghubungi saya bberapa hari kemudian, memaklumkan ada tanah di atas bukit di situ, buyer telah membatalkan pembelian, kerana tiada jalan naik.

Peliknya, saya terkesima mendengar berita itu.
Saya happy sangat.
Saya tetap mahu membelinya.

Tapi jalan naik tak ada..?

Saya tanya Quais, tanah siapa di bawahnya?
Quais mencari maklumat dan memaklumkan saya siapa pemiliknya. Saya minta Quais carikan saya hp no tuan tanah tersebut.

Saya hubungi pemilik tanah itu.
Saya kenalkan diri.
Saya maklumkan masalah rezab jalan yang sebenarnya adalah gaung.
Saya mohon pertimbangan beliau andaikata saya boleh membina jalan mengambil bahagian tanah paling tepi, se minima yang mungkin, untuk saya bina jalan ke atas.
Saya merayu belas ikhsannya.

Tawaran saya kepada beliau, saya juga akan membina jambatan sendiri untuk melintas ke tanah dia, dan juga tanah saya.

Dan saya tawarkan, beliau, atau penghuni tanah beliau yang beliau izinkan, boleh sama-sama menggunakan jambatan & jalan yang telah saya bina itu.

Maknanya nanti, andai beliau mengerjakan tanah beliau, beliau tak perlu lagi membina jambatan dan jalan, boleh guna yang saya dah buat saja.

Alhamdulillah, mereka sekeluarga datang melihat tanah dan jurang yang saya maksudkan, dan akhirnya dengan mudah dan baikhati telah bersetuju membenarkan saya membina jalan melalui tanah mereka.
MashaAllah. Syukur kepada Allah.

Dan saya terus meminta pelukis pelan menyediakan drawing tanah, yang di tanda kawasan jalan, dan pihak mereka telah menandatangi pelan tersebut, tanda setuju membenarkan saya membuat jalan melalui tanan mereka untuk naik ke atas.

Syukur sangat, Allah membantu permudahkan.

Dan kala mendapat tandatangan persetujuan tuan tanah sebelah, terus saya maklumkan kepada agen, saya jadi nak beli, dan ini harga offer saya, Alhamdulillah telah diterima tanpa sebarang hal.

Dan dalam tempoh hanya sebulan,
geran tanah telah bertukar nama, se ekar lebih saya letak nama anak saya, se ekar lebih lagi nama rakankongsi saya sister murni. Alhamdulillah.

📍CABARAN KE DUA,
adalah membuat jalan naik itu sendiri.

Mula2 saya hire satu excavator & driver dari Bentong, dengan kos 20k, untuk menolak tanah membuat jalan. Malangnya tanah yg telah di tolak sebagai jalan itu, apabila pihak saya cuba try test naik dengan kereta, tidak boleh. Ia terlalu menegak,
merbahaya dan tidak praktikal untuk digunakan.

Sad story.

Saya terpaksa mencari & hire orang lain p**a, another 20k juga yg diminta.
Pemilik & pemandu excavator dari JandaBaik,
mencuba untuk kali ke dua, dengan begitu banyak diskusi dan brainstorming, akhirnya menghasilkan jalan ziqzaq yang berliku, dan setelah beberapa kereta dipandu naik, Alhamdulillah, boleh naik dengan baik, walaupun ada selekoh yg perlu reverse sikit dulu untuk membelok, jika kereta tersebut panjang seperti pikap.

Kalau kereta biasa yang kecil macam myvie boleh je naik dengan mudah, inshaAllah.

📍CABARAN KE TIGA

Sepanjang kerja membina ke tiga2 rumahbukit itu,
kami memutuskan hanya menggunakan dulu jalan tanah merah tersebut, yang belum di tar.

Dan jalan merah berliku tanpa tar atau konkrit,
juga sungai yang belum di bina jambatan,
lori tak boleh naik.
Jadi sepanjang pembinaan, semua bahan binaan termasuk besi dan simen dan segalanya, di angkat menggunakan pikap.

Bayang kan membina 3 buah rumah,
di atas bukit hampir 800 kaki ke atas,
diangkut dengan pikap,
di jalan tanah merah berliku yang sangat licin bila hujan !

Dan masalah Janda Baik yang terletak di Banjaran Titiwangsa ini p**a, hujan turun almost hari-hari !

Bila hujan, kerja tergendala, terpaksa dihentikan,
sebab jalan licin, barang dan orang tak boleh di angkut naik ke atas.

Kerana itu, rumah bukit saya mengambil masa yang lama untuk di siapkan, kena bersabar dengan hujan ‘main-main’ sepanjang masa di Janda Baik ini.

Dan demi untuk membawa muatan ke atas,
saya telah membeli sebuah pikap lama berharga 30k, juga mrmberikan kereta kembara saya,
khusus di letakkan di tapak pembinaan untuk kontraktor dan pekerja menggunakannya to go up and down serta mengangkut barang.

Dan sebaik kerja siap, pikap itu pun hancur, jadi jenazah sudah, hasil kerja gila membina rumah atas bukit. Hahaha.

Dan bila sebut tentang kos, kos tolak tanah dengan excavator, kos kereta pikap dan lain2, tidak akan sesekali mampu melawan kos paling besar,
KOS TAR & CONCRETE-KAN JALAN.

Awalnya masa saya beli tanah, dan berangan mahukan rumah atas bukit, saya have no idea at all berapa kos buat jalan atas bukit.

Bila saya mula mencari quotation, mak aii, hampir nak pengsan saya bila dapat tahu kos buat jalan naik saja dalam 300k.

Patut la Aliff Syukri Terlajak Laris masa berbual dengan saya dia kata, “ apa gila akak beli tanah bukit”, hahaha.

Memang betul lah saya orang gila.
Orang yang gila dengan kerja dan kemahuan.
Tidak ada apa yang boleh mematahkan sebuah impian.
Segala rintangan, saya tempuhi dengan penuh semangat.

Bila hujan, kita stop.
Bila kurang duit, kita slow down.

Sebab itulah dari tarikh membeli tanah,
3 rumahbukit kami betul2 hanya siap sepenuhnya dapat dalam masa hampir 4 tahun.

Tak apa lah 4 tahun pun kan,
slow and steady akhirnya siap juga.
Janji projek tidak terbengkalai.
Janji kita tak hutang sesiapa.
Kan?

Syukur kepada Allah Taala.

Nanti saya cerita banyak cabaran lagi.
Teruskan stay & like posting saya, hehe

Address

Lot 41831, Kuala Lurah, Kg Janda Baik
Bentong
28750

Telephone

+60192116606

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when WHITE BRICK HOUSE at Janda Baik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share


Other Vacation Home Rental in Bentong

Show All

You may also like