Al-Ridzuan

Al-Ridzuan Pakar perkhidmatan berkaitan umrah, badal haji, badal umrah, aqiqah, korban, wakaf quran dan infaq wheelchair di bumi Makkah

Janganlah engkau bersedih dengan dugaan yang menimpa kamu. Firman Allah taala ayat dari surat At-Taubah ayat 40. لَا تَح...
07/11/2022

Janganlah engkau bersedih dengan dugaan yang menimpa kamu. Firman Allah taala ayat dari surat At-Taubah ayat 40.
لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا
"La tahzan innallaha ma'ana"

Artinya: "Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita".







Terima kasih kepada semua yang sudi support kami, yang setia mengikuti perkembangan dari kami. semoga dimurahkan rezeki ...
01/11/2022

Terima kasih kepada semua yang sudi support kami, yang setia mengikuti perkembangan dari kami. semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan anda semua aamiin 🤲







Salam jumaat semua😇jangan lupa untuk memperbanyakkan selawat pada hari ini. Korang semua dah buat checklist hari jumaat ...
28/10/2022

Salam jumaat semua😇

jangan lupa untuk memperbanyakkan selawat pada hari ini.

Korang semua dah buat checklist hari jumaat ke?? bersempena dengan hari yang mulia ini jangan lupa untuk kita lakukan beberapa amalan sunnah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW







PERLU KE LAKSANAKAN IBADAH KORBAN ??🤔Ha! mesti ramai yang tak tahu lagikan, perlu ke kita laksanakan ibadah korban ni?? ...
27/10/2022

PERLU KE LAKSANAKAN IBADAH KORBAN ??🤔

Ha! mesti ramai yang tak tahu lagikan, perlu ke kita laksanakan ibadah korban ni?? berdosa ke kalau kita tak buat ?? jom kita ketahui hukum melaksanakan ibadah korban.







Apa perbezaan haji dan umrah 🤔Haji dan Umrah walaupun dilaksanakan di tempat yang sama, namun terdapat perbezaan antara ...
26/10/2022

Apa perbezaan haji dan umrah 🤔

Haji dan Umrah walaupun dilaksanakan di tempat yang sama, namun terdapat perbezaan antara kedua-duanya , jom kita pelajari perbezaan antara umrah dan haji.







Doa Siti Aminah Doa ini selalu di baca oleh Bonda Siti Aminah semasa mengandungkan Baginda Rasulullah saw. Bagi ibu-ibu ...
24/10/2022

Doa Siti Aminah

Doa ini selalu di baca oleh Bonda Siti Aminah semasa mengandungkan Baginda Rasulullah saw. Bagi ibu-ibu yang sedang hamil, selain membaca surah-surah yang tertentu daripada Al-Quran untuk kandungannya, bacalah doa ini setiap hari sebagai pelindung kepada kandungan. Agar kandungan selamat di dalam jagaan Allah Taala sehingga lahir ke dunia.







Antara testimoni pelanggan badal hajiTerima kasih kerana menggunakan perkhidmatan badal haji dengan kami. Semoga ibadah ...
24/10/2022

Antara testimoni pelanggan badal haji

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan badal haji dengan kami. Semoga ibadah haji yang dilaksanakan diterima Allah taala dan menjadi asbab diampunkan segala dosa dan diterima segala amal ibadat Almarhum dan Almarhumah aamiin 🤲







Hari Jumaat adalah sebaik-baik hari seperti mana yang disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadith.“Sebaik-baik ha...
21/10/2022

Hari Jumaat adalah sebaik-baik hari seperti mana yang disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadith.

“Sebaik-baik hari apabila terbitnya matahari adalah hari Jumaat, padanya diciptakan Adam AS. Pada hari itu juga dimasukkan ke dalam Syurga dan pada hari itu jugalah dikeluarkan daripadanya (Syurga) dan tidak akan berlaku Kiamat melainkan pada hari Jumaat”. [Riwayat Muslim]

Ada satu masa yang istimewa di mana pada waktu itu (hari Jumaat), Allah akan MEMAKBULKAN doa hamba-Nya.







Mesti ramai yang tak tahu lagi boleh ke gabungkan niat aqiqah dan korban ni??🤔Terdapat dua perbezaan pendapat dalam hal ...
20/10/2022

Mesti ramai yang tak tahu lagi boleh ke gabungkan niat aqiqah dan korban ni??🤔

Terdapat dua perbezaan pendapat dalam hal ini,, Namun menurut pandangan muktamad dalam Mazhab Syafie, tidak boleh menggabungkan niat akikah dan korban dalam satu masa. Meskipun korban dan akikah adalah dalam jenis yang sama iaitu sembelihan, namun kedua-duanya adalah ibadah sunat yang membawa maksud tersendiri dan berbeza antara satu sama lain.







Tahukah anda?Masjid Quba' merupakan masjid yang pertama di bina oleh Rasulullah SAW dan para sahabat, Semasa hayatnya, N...
19/10/2022

Tahukah anda?

Masjid Quba' merupakan masjid yang pertama di bina oleh Rasulullah SAW dan para sahabat, Semasa hayatnya, Nabi Muhammad Saw kerap mengunjungi Masjid Quba dan menunaikan solat sunat. Mengikut hadis dari Ibnu Umar r.a:

" Sesungguhnya Rasulullah Saw pernah berkunjung ke Quba' dengan menunggang binatang tunggangan dan juga berjalan kaki "







18/10/2022

" KEPUASAN PELANGGAN KEUTAMAAN KAMI "

Alhamdulillah ini antara respon yang kami dapat dari customer yang telah melakukan badal haji bersama kami. Terima kasih yang tak terhingga kami ucapkan kerana mempercayai servis dari Al Ridzuan Al Haramain 😊







Fatimah az-Zahra r.ha, putri tercinta Nabi Muhammad SAW. 1 dari 4 muslimah penghulu atau sebaik-baik perempuan surga.Seb...
17/10/2022

Fatimah az-Zahra r.ha, putri tercinta Nabi Muhammad SAW. 1 dari 4 muslimah penghulu atau sebaik-baik perempuan surga.

Sebagaimana hadis Nabi Muhammad SAW dari Ibnu Abbas ra: Sebaik-baiknya perempuan penghuni surga adalah Khadijah binti Khuwaylid, Fatimah binti Muhammad, Maryam binti Imran dan Asiyah binti Muzahim istri Fir’aun.

Dijuluki Al-Batul karena Sayyidah Fatimah selalu bangun di malam hari (beribadah). Sayyidah Fatimah juga selalu mengamalkan satu doa ini. jom kita ketahui antara doa yang diamalkan oleh sayyidah Fatimah.







Tahukah anda 🤔Jumaat adalah hari yang Allah hadiahkan kepada umat Islam. Pernah satu ketika Bani Israel meminta daripada...
14/10/2022

Tahukah anda 🤔

Jumaat adalah hari yang Allah hadiahkan kepada umat Islam. Pernah satu ketika Bani Israel meminta daripada Nabi Musa satu hari untuk mereka berehat dan menumpukan pada amal ibadah. Lalu Nabi Musa mencadangkan mereka memilih Jumaat tetapi orang Yahudi menolaknya dan memilih Sabtu.

Hari jumaat juga merupakan hari yang di mana berlakunya banyak peristiwa dalam islam. Jom kita ketahui peristiwa apa yang terjadi pada hari jumaat.







Islam menuntut umatnya untuk menunaikan ibadah aqiqah sempena kelahiran anak. Hal ini berdasarkan dalil pensyariatan aqi...
13/10/2022

Islam menuntut umatnya untuk menunaikan ibadah aqiqah sempena kelahiran anak. Hal ini berdasarkan dalil pensyariatan aqiqah dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Salman bin Amir al-Dhabbi RA bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَعَ الْغُلاَمِ عَقِيقَتُهُ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الأَذَى

Maksudnya: “Bersama-sama kelahiran bayi ada aqiqahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya”

(Riwayat al-Bukhari – 2839)







Korang nak main kuiz tak? jom tekan link di bawah untuk jawab kuiz tentang sirah Nabi Muhammad SAWhttps://wordwall.net/r...
12/10/2022

Korang nak main kuiz tak? jom tekan link di bawah untuk jawab kuiz tentang sirah Nabi Muhammad SAW

https://wordwall.net/resource/36748088







Quiz - A series of multiple choice questions. Tap the correct answer to proceed.

Janji Allah SWT pada umat islam terdapat dalam Kitab - Nya yang mulia. Janji - janji bersifat duniawi dan ukhrawi ini di...
11/10/2022

Janji Allah SWT pada umat islam terdapat dalam Kitab - Nya yang mulia. Janji - janji bersifat duniawi dan ukhrawi ini ditujukan bagi hambaNya yang beriman dan beramal sholeh. Sebab Allah adalah sebaik - baiknya pembuat janji dan mustahil mengingkari janji-Nya.







SALAM MAULIDUR RASULMaulidur Rasul  ialah hari keputeraan Nabi Muhammad, Rasul terakhir yang diutus oleh Allah. Hari ini...
08/10/2022

SALAM MAULIDUR RASUL

Maulidur Rasul ialah hari keputeraan Nabi Muhammad, Rasul terakhir yang diutus oleh Allah. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiulawal dalam takwim Hijrah, atau dalam takwim Masihi, Isnin, 20 April 571 M

Kami dari Al Ridzuan Travel & Tours ingin mengucapkan selamat menyambut maulidur rasul buat seluruh umat Islam







Address

No 9A, Persiaran Banyan Square 1
Bukit Banyan
08000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Al-Ridzuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Al-Ridzuan:

Videos

Share

Category