Hotel Review Malaysia

Hotel Review Malaysia Untuk berkongsi review-review, gambar-gambar, video-video untuk hotel di seluruh Malaysia, termasuklah homestay, hostel, apartment, airbnb.

To share reviews, photos, videos for hotels around Malaysia including homestay, hostel, apartment and airbnb.

Homestay Review✨Astoria Ampang Host by SmartHome✨10Hari 9Malam (22/11-30/11)Apartment 1 Bedrooms 1 BathroomsLokasi : Ast...
09/02/2023

Homestay Review
✨Astoria Ampang Host by SmartHome✨
10Hari 9Malam (22/11-30/11)
Apartment 1 Bedrooms 1 Bathrooms
Lokasi : Astoria Jalan Ampang
Booking melalui Airbnb.
1. Check in/out instructions
- self check in/out melalui mailbox. Easy and host bagi clear instructions.
2. 1 Bedroom Suites
- Interior yang simple dan unik. As owner mentioned it’s from BAWS Concept.
- max occupancy 3pax. 1 katil queen and 1 pull out single bed.
- Ruangan Bilik mandi yg luas.. konsep bathrooms ni jenis macam kat hotel , glass door..can see through dari our bedrooms 😁
- provide kitchenette ( microwave, toaster dan hot kettle)
- Rumah ni tingkat 30, With balcony facing pool and nampak lah entire Ampang ..
- ada free WiFi and Netflix juga
3. Facilities
- apartment ni berkonsep kan resort -styles, greenery landscape.
4. Overall : ⭐️⭐️⭐️⭐️
- Host very responsive and it’s reasonable rate utk stay 9Nights.👌
Kalau nak booked, Boleh check link kat bawah ni. 😊👌
Airbnb: https://abnb.me/e/ChhI5QkZovb

kredit lena bright

sumber Homestay / Villa Review Malaysia

Homestay or studio unit yang awesome. Black is the color of the day. Terserlah maskulin nya unit ni. Memang awesome.Sapa...
09/02/2023

Homestay or studio unit yang awesome. Black is the color of the day. Terserlah maskulin nya unit ni. Memang awesome.
Sapa kaki deko mesti terkudan kejap tengok.
🏡 Serene Studio, Imperium Residence, Kuantan
Stay : 2H1M, 12/9
Booking website/wasap :
https://abnb.me/45FKxSw6Ltb
Dari Kuala Pilah terus ke Kuantan ada kerja. So cari tempat nak stay semalam sebelum ke Kemaman esoknya untuk Site visit. Jadi nampak satu unit cun ni. Memang tempah sebab nak tengok design & cara dia deco rumah. All Black!!
Unit studio ja. Tapi tak mengecewakan. Siap ada goodies waktu sampai. Really best lah! Appreciate sungguh buah tangan yang dapat. Macam tahu-tahu je kan. Memang terpegun jugakla tengok team Black ni. Nampak elegen sungguh. I can say among my best stay di Kuantan.
✅Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang
✅RM250++ smlm
✅1 Studio unit, 1 bilik air
✅No security deposit sebab book kat Website
✅Booking dibuat di Airbnb.
✅Stay 1 orang.
✅Check in : Sef check in
✅Bilik-Interior (5⭐)

Memang s**a unit dia. Interior memang awesome, lawa, cosy & Best lah. Berkenan tengok cara dideko kan unit dia. Memang terinspirasi.
✅ Facility
Ada parking. Cafe kat ground floor & Pool. Nak bagi rating tak boleh sebab tak try. Tapi rasanya ok. Cun.
✅Aktiviti Sekitar
Makan di Tanjung Lumpur memang heaven. Seafood la apa lagi area sini. Jadi kalau ke sini kalau tak try Mail ikan bakar memang rugi.
✅ Owner
Owner berhubung melalui Wassap selepas confirmation.
😓 Kekurangan
Tiada. Overall perfect stay. Memang selesa tidur. Cuma if weekdays agak sunyi bangunan tu.
🔵OVERALL Stay 5⭐
Datang sebab ada kerja & outstation. Overall stay memang best & s**a sangat dgn design dia. Owner kata ada bigger unit so next if mai dengan family boleh try unit tu kot. Baru enjoy lebih sebab ramai-ramai.
kredit azmir bakar

sumber Homestay / Villa Review Malaysia

www.wasap.my/60136198080/SereneHS

Sejak ke Cameron Highland, ini kali pertama menginap di sini. Resort ni agak jauh ke dalam dr jalan besar. Tapi berbaloi...
01/10/2022

Sejak ke Cameron Highland, ini kali pertama menginap di sini. Resort ni agak jauh ke dalam dr jalan besar. Tapi berbaloi dgn pemandangan yg cantik dan suasana yg tenang, aman dan damai.
Menginap di sini selama 2 hari 1 malam.

Menawarkan dengan 4 jenis bilik dengan harga yg berbaloi (harga ada disertakan dlm gambar)
• Bilik studio
• Tioga Deluxe Suite
• Fresno Family Suite (2 bedroom)
• Shasta Family Suite (4 bedroom)
• Set breakfast - RM35 nett utk 2 pax
Bilik luas dengan SOP yg terjaga rapi. — at Strawberry Park Resort, Cameron Highlands

** maaf harga saya tak sertakan sebab masa pergi hari tu ada harga offer. Sekarang tak tahu harga sebenar brp.

reviewed by Firdaus Din

Hotel Rosa Pasadena Cameron HighlandTarikh menginap 24-25 June 2022 (1 mlm shaja)Banyak kali dah ke Cameron tp pertama k...
25/09/2022

Hotel Rosa Pasadena Cameron Highland
Tarikh menginap 24-25 June 2022 (1 mlm shaja)

Banyak kali dah ke Cameron tp pertama kali stay sini dan buat review ttg Cameron dlm group ni 🤭🤭..setiap kali pergi mesti stay hotel berbeza sebab nak rasa new environment gtu..hehe

Kami xbook melalui web sebab direct booking kat hotel jer sebab unplanned..so harga RM200+ utk 1 mlm include 3 breakfast..so far semua smooth jer masa check in tiada masalah..kami check in dlm 3@4 ptg lebih makan jammed teruk hujung minggu 😂😂..utk proses check in sy blh bg ⭐⭐⭐⭐⭐ sebab kejap jer dah dpt card access..xlama lah prosesnya..smooth jer.. tiada deposit dikenakan cuma kena byr cukai pahang RM3 😁

Parking sini limited ya..depan hotel memang xbnyk..masa sampai tu ok lagi dpt parking depan hotel, lepas check in semua keluar semula balik2 tgk full dah parking.. terpaksa lah tunggu dan parking jauh sikit dr hotel 😅..utk parking ni sy blh bg ⭐⭐⭐ jer

Bilik bg sy ok lah ada 1 katil queen dan 1 katil single..bersih jer tuala pon okay..accomodations pon okay semua ada heater, peti sejuk kecik,tv pon okay..cuma klu nak pakai sterika kena keluar dr bilik lah nnti ada 1 sudut utk gosok baju..Kami dpt tingkat 4 bilik no 4 ...Bilik air pon ok siap ada tub mandi lagi dan bersih..sabun shampoo semua ada disediakan..bg bilik dan bilik air sy bg ⭐⭐⭐⭐

Kami ambil pakej sekali breakfast..menu not bad lah..ada nasi lemak (sambal sedap rasa pedas2 sikit), bubur nasi, kueytiaw goreng, sosej, roti bakar, kacang panggang, samosa, omelette dll lupa dah sebab xmakan semua kenyang 😂😂..Bab makanan puas hati sebab nmpk jer sikit dieorg akn topup..so utk makanan sy bg ⭐⭐⭐⭐⭐

Hotel ni pon xjauh dr kedai mkan ikan bakar..blh jalan kaki jer..nak ke centrum di billion Pon kami jalan kaki jer sebab malas jem klu naik kereta..hehe..

Proses check out pon ok sy blh bg ⭐⭐⭐⭐⭐ sebab staff pon ramah jer dan serah card access siap 😁

Overall bg sy ok lah 😊😊

reviewed by Nurfatin Talib

Review D'Puncak Hotel Cameron Highland🖤Checkin : 14 mei 2022Checkout : 15 mei 2022Hi kawan² .. nih tempat yg saya rasa p...
24/09/2022

Review D'Puncak Hotel Cameron Highland🖤

Checkin : 14 mei 2022
Checkout : 15 mei 2022

Hi kawan² .. nih tempat yg saya rasa patut share dgn awak smuaa . So sya ceritakan sikit macam mna saya boleh menginap di sini okay .
Semalam sya sampai di CH sudah lewat petang dan jalan jgn cakap laa mmg jem 😂 jadi saya & suami buat kptsan utk stay sini 1 malam . Tapi malangnyaa puas sya carik , smuaa pakat penuhh . Hari makin gelap , waktu hampir maghrib . Saya buntu dan sya cubaa cari & post di fb " cameron highlands muslim homestay group " . Alhamdulillah ramai yg respon dan baik² org CH nih 😘 . Dan seterusnyaa saya cuba nasib utk ws owner sbuah homestay .. malangnyaa tempatnyaa penuh dan diaa bantu saya . Kbtlan abgnyaa memiliki sbuah hotel dan kbtlan ada kosong . Legaa hati syaa yg tak keruan waktu tuhh .. 😅 setelah contact beliau sya pun lock dan respon dan prtnyaan syaa smuaa beliau jawab dgn baik .. alhamdulillah syukur sgt .

Okay so berbalik crta pada hotel , sya smpai hotel lebih kurang 8 lebih .. tempat nnyaa di atas bukit , bila malam tuh macam sepi sikit laa . Mgkn hotel baru kan . So smpai snaa kami trus checkin , dan alhamdulillah staffnya layan dgn baik dan sopan saja bercakap .

Ohh yaa , hotel nih milik org melayu ☺️ waktu sya checkin , yg menginap berbilang kaum melayu cinaa indian smuaa ada . Hehe ..

Utk yg nak tenang dan sejuk , sya cadangkan mai duk sinii .. InshaAllah puas hati .

Lokasi : 🌟🌟🌟🌟🌟
Layanan staff : 🌟🌟🌟🌟🌟
Kebersihan : 🌟🌟🌟🌟🌟
Harga yg berpatutan : 🌟🌟🌟🌟🌟
Respon chat : 🌟🌟🌟🌟🌟

Okay selebihnyaa saya cerita di stiap gambar yaa .. ☺️

Jadi sesiapa yg nak menginap sini , dipersilakan . InshaAllah sgt berpuas hati .

Boleh contact en Ghani Che Ramli : +60 17-821 2450

reviewed by Nabila Natasya

Assalamualaikum . Nak share Hotel Big Red Farm Stawberry Cameron Highland , Brinchang ✅ Saya book walk in . Bayar terus ...
21/09/2022

Assalamualaikum . Nak share Hotel Big Red Farm Stawberry Cameron Highland , Brinchang ✅
Saya book walk in . Bayar terus boleh chek in . Pukul 1pm camtu bilik ready . Chek in pon kejap jaa . Dalam 10minit . Dia bagi remote tv sekali .

Date : 25-26 march 2022
Room : King room .
Harga : RM 90 + RM3.00 parking .

✅ Deposit : Tidak diperlukan .

✅ Parking : Parking dekat depan hotel limited. Sebab full terpaksa parking jauh sikit . Parking banyak tapii jauhh sikit laa .

✅ Toilet : sangat lahh bersih . Ada air panas . Ada sabun tekan jaa . Lain takdaa .

✅Chanel tv cunn ada njoi .

✅ ada kipas . Tapi tak onn sebab sejukk amat.

✅Iron & air panas dekat luar bilik .

✅ Bagi saya bilik ni luas . Harga pn murah sebab weekend kan . Dekat tepi hotel ada kedai makan . Dan area situ banyak kedai makan just jalan kaki jaa p .

reviewed by Cek Ika

Tiny Boutique Habitat , Cameron HighlandOk next review adalah di Tiny Boutique, Cameron Highland. Sebelum balik KL, kita...
20/09/2022

Tiny Boutique Habitat , Cameron Highland

Ok next review adalah di Tiny Boutique, Cameron Highland. Sebelum balik KL, kita singgah Cameron dulu kejap. Alhamdulillah kalini ada rezeki nak check in sini (sebelum ni asyik full).

Jenis bilik : Superior unit

Harga : RM300/malam. (Serious cakap harga ni sangat2 berbaloi dgn size bilik)

Bilik - ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Bilik sangat2 cantik. Sangat2 besar. Ad dua tingkat. Tingkat bawah ad 1 katil queen, 1 sofa bed. Tingkat atas ad satu katil queen. So overall boleh muat dalam 6 orang. Dengan harga bilik ni, sgt2 berbaloi untuk kami, 5 beranak. Bilik tak ada aircond. Cuma ada kipas. Tapi kami tak on pun kipas malam2, sangat sejuk 19°C 🤣

Check in - ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Kami booking melalui whatsapp. Staff sgt2 membantu dan terbaik. Nk check in pun sgt mudah. Ambil kunci dan terus masuk bilik. Tak payah tunggu lama.

Tandas - ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Tandas sgt bersih dan wangi. Ada sediakan sabun. Water heater semua function.

Permandangan - ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Semua tau kot Cameron penuh dengan bunga2. Depan bilik ni ada taman bunga yang super cantik.

Sekali lagi.. whishlist ✅️ dah lama nak try duduk sini. Akhirnya kalini ad rezeki. Mmg sgt2 berbaloi dan puas hati. Lokasi pun di Kg Sedia. Sgt dekat dengan ladang2 🍓🍓. Sgt strategik. Dan yang paling penting, kat sini ada cafe dia sendiri. Dan korg mmg WAJIB try pizza kayu api diorg. Sgt terbaik dan sedap 👍👍

reviewed by Syuhada Sheikh Ghadzi

NOVA HIGHLAND HOTEL , CAMERON HIGHLAND 🥰2nd trip to cameron . Ramai orang cerita hotel kat cameron ni banyak momok kan ?...
19/09/2022

NOVA HIGHLAND HOTEL , CAMERON HIGHLAND 🥰
2nd trip to cameron .

Ramai orang cerita hotel kat cameron ni banyak momok kan ?
Hehe tapi alhamdulillah duduk kat nova highland ni besh sgt . Xde momok 🤣

Feel like home .
Blh duduk dlm 2 family / jika anak ramai pun xde masalah sbb ada bilik dan ruang tamu luas siap ada sofa .

Paling rare lagi walaupun 3 star hotel , room ni ada microwave jarang tau hotel ada bagi microwave 😬, tea n coffee mmg ada . Plus ada hair dryer , bagi sy dh cukup cukup complete .

Ada balcony juga utk feel lepak malam2 / pagi2 hirup udara segar cameron . Minum p**ak teh boh strawberry mahu menangis terharu hahah .

Kalau tengok maps mmg dekat la dengan tempat tempat tumpuan pelancong .

Dekat dgn mall , nk cari makan pun senang ,
Pengalaman sy , time pertama kali pg cameron dlu main langgar je , book p**a hotel kt area brinchang . Memang berhuhu la susah cari makanan halal 🥲

Jadi nak book hotel kne tgk location juga ✌🏿
Soo konklusinya walaupun hotel ni 3star sy nak bg 5 star 😊🥰

Bagusnya lg ,
Parking dlm building bukan tepi jalan. Kalau nk beraktiviti pn kat parking hotel ni ada pusat karaoke .

Time sy book tu harga bilik rm200 per nite .
Sy book thru agoda .

Kalau fmily ramai blh ambil room besar . Blh scroll gambar , ada type of room .

ada video dan tempat2 menarik yg kami pergi sy share kan juga .blh scroll ya semua .

Ni actually short vacay only 2d1n je ✌🏿

reviewed by Aqila Abdullah

Zenith Cameron HighlandDate of stay: 8-9 Julai 2022Room type: Signature Twin RoomRate: RM 408 with breakfast through Ago...
18/09/2022

Zenith Cameron Highland

Date of stay: 8-9 Julai 2022
Room type: Signature Twin Room
Rate: RM 408 with breakfast through Agoda (booked satu hari sebelum)
Personal rating: 5/5

Simple Review.
- Parking free.
- Deposit RM 200
- Hotel baru, dekat Tanah Rata. Banyak kawasan berdekatan boleh jalan kaki je kalau nak makan.
- Parking best sebab sgt convenient dengan hotel.
- Breakfast area sgt cantik, kawasan hotel ni agak tinggi daripada kawasan sekeliling. Dapat makan di luar sambil tengok pemandangan.
- Ada swimming pool (rare kan untuk Cameron Highland) tapi air sejuk. Hehe.
- Breakfast sedap, banyak variety dan sangat banyak selection utk salad (cameron la katakan)
- Overall sgt berpuas hati & akan dtg lagi2

reviewed by Lily Shazreena

☘️ AVILLION CAMERON HIGHLAND ☘️Check-in : 28 Jan 2022Check-out : 30 Jan 2022Booking : TravelokaRate : RM470 (3D2N) Room ...
15/09/2022

☘️ AVILLION CAMERON HIGHLAND ☘️

Check-in : 28 Jan 2022
Check-out : 30 Jan 2022
Booking : Traveloka
Rate : RM470 (3D2N)
Room type : Deluxe Studio

💳 CHECK IN / OUT ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Level 3, proses sgt cepat & smooth.
Deposit RM100.

🚗 PARKING ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Basement parking, banyak space.

🏢 BILIK ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Bilik plg best, sangat luas & selesa.

Saya yg anak ramai (4org) yang xperlu bilik ke2 sbb anak2 masih kecil, selalu hadap masalah ni kt hotel lain, bilik kecil yang kdg2 xmuat utk extrabed pun.

Tapi kat Avillion, bilik luas plus ada sofa & daybed, xperlu lg request extrabed.
Cuma request extra bantal & blanket (RM5 each)

Cuma bilik air agak sempit, xde bathtub, tapi bersih.

🌇 VIEW ⭐️⭐️⭐️⭐️
Biasa2 je, view bukit tapi saya prefer view sini, lebih tenang drpd city view yang agak bising.

🍱 BREAKFAST ⭐️⭐️⭐️
Cafe agak sempit & terhad.
Makanan sedap tapi xbanyak choice.
Menu biasa breakfast eg. nasi, roti, egg station, mee & kuih.
Hotel ada mention Light Breakfast so mmg tak expect spread yang banyak.

🛤 LOKASI ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Tengah2 pekan Tanah Rata, atas mall.
Mall kecik je, ada MrDIY dan beberapa kedai lain, xbanyak.
Yang best lokasi city mcm ni, makanan & kedai senang nak access. Turun bawah jalan kaki je utk cari.

🙋‍♀ STAFF & SERVICES ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Staff hotel semua sangat friendly and helpful, fast service.
Request housekeeping terus dtg, tak tunggu lama.

🎪 PLAYGROUND ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Hotel ni xde kolam, tapi ade small playground yang well maintained.

Overall ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
SANGAT PUAS HATI.. Untuk harga bilik & segala kemudahan yg ada mmg value for money 👍🏻👍🏻
Next time boleh repeat 🤗

reviewed by Anis Adlin

PLAY Residence at Golden Hills, Cameron Highland Check in & out: 12 - 13 February 2022Harga: RM 238.78 (inclusive tax - ...
12/09/2022

PLAY Residence at Golden Hills, Cameron Highland

Check in & out: 12 - 13 February 2022
Harga: RM 238.78 (inclusive tax - no breakfast)
Deposit: RM 100
Tempahan: Bookingdotcom
Jenis bilik: Two bedroom suites
Parking: Free (depan and basement)

Last minute decide utk ke Cameron Highland dan saya decide untuk cari homestay-like accomodation sbb pergi bersama suami dan adik saya. Browse through booking.com dan ternampak Play Residence yang sgt menarik disebabkan dia terletak berhadapan tapak pasar malam Cameron Highland. Disebabkan saya nk percutian yang tenang2 dan malas memandu especially nk cari makanan, saya decide utk sewa disini.

Proses check in sangat lancar, hanya self check in dengan arahan yang diberikan oleh management. Check out pun hanya perlu self check out.

Location ⭐️⭐️⭐️⭐️ ⭐️
1. Memang spot on, turun bawah block terus ke Pasar Malam hanya jalan kaki
2. Dekat dengan Kg Sedia, senang untuk sarapan pagi di beberapa kedai terkemuka di sana
3. Situated in the middle of everything, nk ke Kea Farm pun dekat etc

Apartment & bilik ⭐️⭐️⭐️⭐️ ⭐️
1. Dalam bookingdotcom, saya tak dapat gambaran yg jelas macam mana rupa bilik/apartment ni disebabkan gambar yg diletakkan bercampur dengan gambar2 unit lain. Jadi saya agak nervous mcm mana rupanya 2 bedroom suites ni, sebab ada satu lagi pilihan 2 bedroom apartment yang harganya lebih mahal. Rupa-rupanya bila sampai, nahhh besar betul unitnya dan lengkap semua perkara daripada flat screen TV, sofa, meja makan, peti sejuk, induction cooker, microwave, periuk etc. Jadi kalau dtg bawak keluarga, memang boleh masak
2. Untuk bilik p**a, biliknya just nice, tak terlalu besar tapi cukuplah untuk tidur sebab kat ruang tamu kawasan dah cukup besar. All in all puas hati
3. Barang-barang hampir semua barang ikea so a very chic house!

Bathroom ⭐️⭐️⭐️⭐️
1. Bilik air besar dan luas, selesa. Towel disediakan, hot shower berfungsi dengan baik pada waktu pagi tetapi waktu kami sampai tak berfungsi sgt, air tak berapa panas.
2. Toiletries tak disediakan, so potong satu bintang hehe

Breakfast - no rating
1. Disebabkan dia ala-ala homestay, no breakfast provided. Tapi tingkat bawah ada beberapa kedai runcit dan kedai makanan
2. Disebabkan lokasi berdekatan dengan Kg Sedia, kami terus breakfast di Abang Strawberry pada waktu pagi.

View ⭐️⭐️⭐️⭐️
View okaylah, pagi pagi berkabus dan petang sampai ke malam dapat view + aroma masakan dari pasar malam hehe

Recommended? Ya sebab senang untuk cari makanan pada waktu malam bila kita dah letih berjalan seharian. Turun dari block terus tiba di pasar malam.

reviewed by Nurul Syahirah

ZETTER SUITE CAMERON HIGHLANDCheck in : 23 Jun 2022Booking : Direct hotelJenis bilik : Suite 1 bilikHarga : RM 205 pakai...
11/09/2022

ZETTER SUITE CAMERON HIGHLAND

Check in : 23 Jun 2022
Booking : Direct hotel
Jenis bilik : Suite 1 bilik
Harga : RM 205 pakai baucer HAPPY10
Breakfast : include

Kebersihan : ⭐⭐⭐⭐⭐
Facilities : ⭐⭐⭐⭐⭐
View : ⭐⭐⭐⭐
Staff : ⭐⭐⭐⭐⭐
parking : ⭐⭐⭐⭐⭐
security: ⭐⭐⭐⭐⭐
privacy: ⭐⭐⭐⭐⭐

Masa dh book,,baru bace review ade cleaning fee la...hidden charges la...almost RM100 in viral...TAPIIII..KORANG BACA NI ::

Proses check-in lambat ckit..Dlm setengah jam jugak beratur.. Deposit RM100 & akan dip**angkan mase checkout... Kami sampai jam 3 ptg..Check in & terus stay kt bilik je..
Bilik die cm rumah je..style apartment..
Bilik sangat bersih dan kemas 😁
Interior modern + simple but complete at all.
peti sejuk, microwave, + dryer, tea & coffee, dapur masak semua ada.

Dpt blok c..betol2 sebelah lobby,reception and cafe..
Setiap blok ade pak guard..so safety Ok✅..
Bawah blok tu ade kedai makan melayu,nasi arab,7E,Speedmart,Mynews,kedai runcit pn ade lau nk beli sayur2..
Kalau Sabtu Ahad dpn tu ade pasar malam..tp ktorang x stay utk pasar malam...maybe next time...

Kipas cuma ade 1 kt ruang tamu...
Kt blik takde kipas...bebel la jugak sbb jenis kuat panas n berpeluh..
Tp start 5-6 ptg sampai malam..cuaca dh sejuk yakmat...
Pakai stokin,sweater pn xleh nk tahan gigil dh...switch off je kipas tu...

Order makan pn senang dpt on Panda..MC DONALDS,kedai2 melayu pn banyak je dlm apps tu..klau nk bersteamboat pun seberang jalan tu ade Yaz stimbot yg femes tu..

Esoknye..breakfast kt cafe je...n mmg sedap...pagi2...hirup teh dgn pekena nasik lemak..wow,,,pastu naek bilik sambung tido..nak2 ujan plak...lagi la sejuk sampai ke tulang..🥶❄️

Check out pn mudah...cpt..So takdela jadik mcm yg viral tu..
Seriau makkk..

reviewed by Zulaika Mohd Yusoff Zmy

Assalamualaikum & selamat sejahtera.TQ admin, approve post sy.Review Hotel Copthorne, Brinchang Cameron Highland.Date : ...
10/09/2022

Assalamualaikum & selamat sejahtera.
TQ admin, approve post sy.
Review Hotel Copthorne, Brinchang Cameron Highland.

Date : 1/9/2022 -2/9/2022 (2D1N)
Bilik : Superior Premium King Bed
Harga : RM213.70 included breakfast 2 person.
Booking thru agoda. RM3 untuk local goverment fee bayar masa check in
Deposit : ❎

PARKING ⭐⭐⭐
Parking hotel ada di level B1, B2, B3. Siang hari parking tak perlu berebut tapi bila malam parking jadi limited sebab ramai yang tak keluar, duduk di bilik. Terpaksa berpusing cari parking kosong. Laluan ke level parking lain tak luas sangat, kena berhati-hati bila lalu dengan kereta. Risau tersagat kereta buat lukisan baru 😂

CHECK IN & CHECK OUT ⭐⭐⭐⭐
Guna sistem nombor giliran. Tak perlu menunggu lama & disediakan kerusi yang banyak untuk menunggu. Staff peramah & cekap.

ROOM ⭐⭐⭐⭐
Bilik besar & luas. Di bilik ada petunjuk arah kiblat. Ada kipas, pemanas air, air minuman, meja kopi, kerusi rehat, tv, peti sejuk kecil, complimentary drinks, safety locker. Tidak disediakan iron & ironing board dalam bilik tapi bernasib baik sebab bilik berhadapan ironing room. Sejadah perlu bawa sendiri. Extra pillow kena minta dengan room service.

BATHROOM ⭐⭐
Hand spray bidet patah. Ada water heater tapi sayang bocor. Disediakan 2 helai tuala tapi takde tuala lap kaki. Ada shower gel, shampoo, sabun, sanitary bag, hair dryer. Gambar bilik air tak amik sebab ada stain yang tak disental di cermin bilik air, spoil mood 🥹

BREAKFAST ⭐⭐⭐
6.30 am - 10.30 am
Terpaksa menunggu sebab terlalu ramai yang turun breakfast. Makanan banyak tapi pilihan tu serba sikit. Tapi sambal nasi lemak rasa sikit pelik. Tak tahu nak describe macam mana. Mungkin dah terbiasa makan sambal nasi lemak tepi jalan yang lagi sedap 😂
Last but not least betul laa seperti yang korang cakap sebelum nie. Hotel nie menang sebab view & walking distance untuk ke pasar kea farm & strawberry farm. Ada juga kedai makan yang berhampiran hotel. Hujan sepanjang hari & keesokkan hari pun hujan juga.



reviewed by Marini Makhtar

Address

Cameron Highlands

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hotel Review Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share


Other Tourist Information Centers in Cameron Highlands

Show All