Persada Global Holidays Umrah & Travel

Persada Global Holidays Umrah & Travel Syarikat Pelancongan Muslim yang menawarkan perkhidmatan Umrah

Terima kasih semua!Alhamdulillah kumpulan terakhir bagi bulan Februari 2024 bakal berlepas ke Haramain pada jam 5.35 pet...
28/02/2024

Terima kasih semua!

Alhamdulillah kumpulan terakhir bagi bulan Februari 2024 bakal berlepas ke Haramain pada jam 5.35 petang waktu Malaysia.

Kali ini group JH12-25 dipimpin oleh Ustaz Shahmi selaku mutawif lantikan.

Admin mendapat info rata-rata ini adalah umrah pertama buat para jemaah.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan mendapat umrah yang makbullah hendaknya.

๐˜ฟ๐™ค๐™– ๐™”๐™–๐™ฃ๐™œ ๐˜ฟ๐™ž๐™ข๐™–๐™ ๐™—๐™ช๐™ก๐™ ๐™–๐™ฃAnda tahu tak setiap kali anda melaksanakan ibadah umrah anda mempunyai kelebihan. Kelebihan yang ad...
28/02/2024

๐˜ฟ๐™ค๐™– ๐™”๐™–๐™ฃ๐™œ ๐˜ฟ๐™ž๐™ข๐™–๐™ ๐™—๐™ช๐™ก๐™ ๐™–๐™ฃ

Anda tahu tak setiap kali anda melaksanakan ibadah umrah anda mempunyai kelebihan. Kelebihan yang admin maksudkan ialah doa anda dimakbulkan oleh Allah SWT.

Doa seorang musafir
Doa seorang tetamu Allah SWT
Doa seorang hamba yang berada di tempat yang mustajab

3 peluang ini seharusnya anda gunakan sebaik mungkin.

Bersangka baik dengan Allah SWT dan berdoakan dengan seikhlas hati. InshaAllah, doa-doa yang diangkat ke langit akan dimakbulkan bila tiba waktunya.

Sesungguhnya Allah SWT jualah sebaik-baik perancang.

Rakaman momen jemaah JH12-24 di bawah pimpinan Ustaz Shidad yang melaksanakan ziarah luar.Alhamdulillah, semuanya berjal...
27/02/2024

Rakaman momen jemaah JH12-24 di bawah pimpinan Ustaz Shidad yang melaksanakan ziarah luar.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Admin doakan agar tahap kesihatan para jemaah sentiasa berada di dalam kondisi terbaik.

Antara rakaman lensa jemaah JH12-23 ketika berada di bumi haram.Alhamdulillah, jemaab JH12-23 selamat tiba ke tanah air ...
26/02/2024

Antara rakaman lensa jemaah JH12-23 ketika berada di bumi haram.

Alhamdulillah, jemaab JH12-23 selamat tiba ke tanah air jam 5.45 awal pagi tadi.

Terima kasih kerana memilih Jejak Haramain sebagai pakej umrah anda.

Semoga beroleh umrah yang makbullah hendaknya.

๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—œ๐—ต๐—ฟ๐—ฎ๐—บIhram antara salah satu hal terpenting ketika melaksanakan umrah. Jom kita ulangkaji balik pantan...
26/02/2024

๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—œ๐—ต๐—ฟ๐—ฎ๐—บ
Ihram antara salah satu hal terpenting ketika melaksanakan umrah. Jom kita ulangkaji balik pantang larang ihram.

Ada 3 jenis pantang larang ihram.
โœ…๏ธ Larangan yang dikhususkan kepada lelaki sahaja.
โœ…๏ธ Larangan yang dikhususkan kepada wanita sahaja.
โœ…๏ธ Larangan umum (lelaki dan wanita).

๐Ÿ•‹ Larangan Untuk Lelaki Sahaja
1. Memakai pakaian berjahit, bercantum dan bersarung.
2. Menutup kepala.

๐Ÿ•‹ Larangan Untuk Wanita Sahaja.
3. Menutup muka

๐Ÿ•‹ Larangan Umum
4. Memakai sarung tangan.
5. Memakai wangian selepas memakai ihram kecuali dengan tujuan kesihatan seperti sabun, shampo atau ubat gigi
6. Memakai minyak di kepala, janggut atau bulu muka.
7. Menanggalkan rambut atau menghilangkan bulu.
8. Memotong kuku tangan dan kaki.
9. Memotong, menebang atau mencabut pokok di tanah haram.
10. Memburu atau menolong memburu binatang.
11. Melakukan persetubuhan.
12. Melakukan perkara yang merangsang untuk berjimak.
13. Berkahwin atau mengahwinkan.

Hah kalau nak tahu lebih lanjut dan dalam bolehlah sertai kursus umrah yang bakal kami anjurkan.

Berdua Lebih BaikImpian semua orang nak melaksanakan umrah dengan orang tersayang.Tetapi akibat kekangan masa, kesihatan...
23/02/2024

Berdua Lebih Baik

Impian semua orang nak melaksanakan umrah dengan orang tersayang.
Tetapi akibat kekangan masa, kesihatan atau kewangan kadang-kadang hanya seorang sahaja yang berjaya sampai dahulu.

Ajaibnya, asbab berdoa di hadapan Kaabah pada tahun-tahun mendatang ramai jemaah yang solo sebelum ini dapat menunaikan umrah bersama nama yang diaminkan di dalam doanya.

"Syukur tahun ni saya dapat bawa 1 keluarga."

"Tahun ni saya dapat bawa isteri saya."

"Alhamdulillah, dapat tunaikan impian mak saya nak mengerjakan umrah."

Jadi jangan lupa untuk berdoa moga Allah SWT murahkan rezeki kita untuk menunaikan umrah bersama insan tersayang.

Jom doakan nama-nama orang yang anda ingin melaksanakan umrah bersama di ruangan komen.

Alhamdulillah syukur ziarah dalam Madinah dipimpin PU Azhar.Jemaah JH12-19 kali ini beruntung dipimpin oleh mutawif muda...
23/02/2024

Alhamdulillah syukur ziarah dalam Madinah dipimpin PU Azhar.

Jemaah JH12-19 kali ini beruntung dipimpin oleh mutawif muda.

Meskipun muda barisan jemaah Jejak Haramain penuh ilmu di dada tau.

Moga-moga beroleh ibrah sepanjang berada di bumi Rasulullah SAW.

Syukur ke hadrat ilahi feedback yang team Jejak Haramain terima sangat memberangsangkan.Asbab dari team jualan, team ope...
23/02/2024

Syukur ke hadrat ilahi feedback yang team Jejak Haramain terima sangat memberangsangkan.

Asbab dari team jualan, team operasi di tanah air dan Haramain serta barisan kepimpinan yang komited menyantuni jemaah alhamdulillah jenama Jejak Haramain semakin dikenali dikalangan para jemaah.

Doakan kami agar terus tumbuh meliar menjadi syarikat peneraju umrah pilihan rakyat Malaysia ya.

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi. 2 group berjaya diterbangkan.JH12-19 dan adik-adik dari International Islamic Scho...
23/02/2024

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi. 2 group berjaya diterbangkan.

JH12-19 dan adik-adik dari International Islamic School Malaysia(IISM).

Mutawif bagi JH12-19 ialah PU Azhar dan mutawif bagi IISM terdiri dari guru-guru IISM sendiri.

Semoga kesemua mereka yang berlepas ke haramain dengan satu tujuan untuk mengerjakan umrah mendapat umrah yang makbullah hendaknya.

Tips Jumaat di Haramainโœ…๏ธ Masuk masjid awal untuk solat Jumaat. Sekurang-kurangnya 2 jam sebelum.โœ…๏ธ Wanita dibenarkan un...
23/02/2024

Tips Jumaat di Haramain

โœ…๏ธ Masuk masjid awal untuk solat Jumaat. Sekurang-kurangnya 2 jam sebelum.

โœ…๏ธ Wanita dibenarkan untuk turut serta solat Jumaat di masjid.

โœ…๏ธ Tak faham khutbah dalam bahasa Arab? Set kan frekuensi 90.5 mhz di radio melalui telefon pintar. InshaAllah akan ada terjemahan di dalam bahas Melayu.

โœ…๏ธ Selalunya makanan tengahari di hotel meriah macam makan kenduri. Ini disebabkan budaya masyarakat Arab yang menyambut hari Jumaat seperti hari keramaian.

โœ…๏ธ Malamnya di Mekah/Madinah suasana agak meriah. Ramai peniaga tepi jalan akan berjual. Bolehlah ambik kesempatan untuk membeli belah atau berjalan-jalan.

Hari Jumaat merupakan hari cuti buat Arab Saudi.

Sesungguhnya Mekah dan Madinah akan padat buat seketika.

Ziarah di Jabal Uhud antara ziarah yang wajib ada di dalam itinerari.Kenapa?Jabal Uhud menyimpan seribu satu kisah pengo...
23/02/2024

Ziarah di Jabal Uhud antara ziarah yang wajib ada di dalam itinerari.

Kenapa?

Jabal Uhud menyimpan seribu satu kisah pengorbanan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dalam usaha merek menyebarkan Islam.

โœ…๏ธ Gugur syahid hampir 70 syuhada.
โœ…๏ธ Kepentingan mendengar arahan ketua di dalam kelompok jemaah.
โœ…๏ธ Kepentingan kaum wanita di dalam keterlibatan mereka di dalam tamadun Islam.
โœ…๏ธ Kesanggupan para sahabat berkorban jiwa dan raga.

Banyak ibrah yang seharusnya para jemaah semat di dalam jiwa.

Bertuahlah mereka yang pernah sampai ke sini kerana,
โ€œIni adalah bukit yang mencintai kita dan kita mencintainya. Ya Allah sesungguhnya Ibrahim telah mensucikan kota Makkah dan sesungguhnya aku mensucikan di antara dua kota batu hitam (Madinah).โ€

[Riwayat al-Bukhari (3367)]

Moga-moga kita mampu untuk sampai ke sini lagi.

AlhamdulillahPertemua dua hala di antara CEO Persada Global Holidays, Haji Shahir bersama wakil dari MH Amal (Malaysia A...
23/02/2024

Alhamdulillah

Pertemua dua hala di antara CEO Persada Global Holidays, Haji Shahir bersama wakil dari MH Amal (Malaysia Airlines) bagi membentuk kerjasama untuk musim 1446 Hijrah.

Moga-moga ada titik persetujuan yang dapat dimuktamadkan sekaligus bakal memberi faedah kepada jemaah yang memilih Jejak Haramain pada musim hadapan.

Doakan kami ya.

Rakaman lensa jemaah JH12-18 yang kini berada di Madinah. MashaAllah, subhanallah.Berada di bumi yang penduduknya meneri...
23/02/2024

Rakaman lensa jemaah JH12-18 yang kini berada di Madinah.

MashaAllah, subhanallah.

Berada di bumi yang penduduknya menerima kedatangan Rasulullah SAW dan para sahabat dengan rela hati.

Berada di bumi yang menjadi saksi bagaimana Islam tersebar ke 2/3 dunia.

Berada di bumi yang penuh dengan lipatan sejarah.

Moga kedatangan kita disambut oleh Rasulullah SAW dan Allah SWT.

Sudilah menerima kedatangan hambamu yang fakir lagi hina ini.

Rakaman momen jemaah JH12-17 yang kini berada di Mekah.Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi urusan para jemaah dipermud...
23/02/2024

Rakaman momen jemaah JH12-17 yang kini berada di Mekah.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi urusan para jemaah dipermudahkan.

Ribuan terima kepada Ustaz Muhammad Nawawi yang begitu komited menggalas tugasnya sebagai mutawif.

Admin doakan agar segala urusan para jemaah dipermudahkan oleh Allah SWT.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi Allah SWT izinkan team Jejak Haramain membantu bakal duyufurrahman menunaikan umra...
23/02/2024

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi Allah SWT izinkan team Jejak Haramain membantu bakal duyufurrahman menunaikan umrah.

Istimewanya kali ini jemaah umrah kita berasal dari Australia, Singapura dan Malaysia.

Berkat izin Allah SWT dan pengalaman team Jejak Haramain biar pun berlainan negara, pergerakan para jemaah dapat disusun atur dengan baik.

Dipimpin oleh Ustaz Hasnul Diwani selaku mutawif lantikan.

Kami doakan agar rehlah kali ini berjalan lancar. Ibadah umrah yang dikerjakan mendapat status makbullah.

Terima kasih kerana memilih Jejak Haramain sebagai pemudah cara anda mengerjakan umrah.

Pendaftaran untuk pakej Umrah Iktikaf Ramadhan dan Umrah Eco Ramadhan sudah dibuka.

Jom tunaikan umrah Ramadhan di Haramain bersama-sama dengan kami.

13 Tahun Persada Global Holidays Menyantuni Duyufurrahman.13 tahun lamanya kami wujud untuk memberikan pengalaman umrah ...
23/02/2024

13 Tahun Persada Global Holidays Menyantuni Duyufurrahman.

13 tahun lamanya kami wujud untuk memberikan pengalaman umrah terbaik untuk anda semua.

13 tahun lamanya kami masih kekal komited menggalas amanah yang diberikan.

13 tahun lamanya sudah puluhan ribu jemaah berjaya kami terbangkan.

13 tahun lamanya kami menempuh onak duri yang mengajar kami untuk kekal tenang, tumbuh dewasa dan senantiasa ada untuk anda semua.

Terima kasih untuk 13 tahun ini Ya Allah. Kerana dengan berkat izinmu kami kekal wujud sehingga ke hari ini.

Terima kasih kepada meraka yang mendokong, menyokong dan memberi kepercayaan kepada kami.

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi.Penerbangan sulung jemaah JH12-14 bagi tahun 2024.Dipimpin oleh Ustaz Muhammad Nawa...
23/02/2024

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi.

Penerbangan sulung jemaah JH12-14 bagi tahun 2024.

Dipimpin oleh Ustaz Muhammad Nawawi selaku mutawif lantikan.

Moga-moga dipermudahkan segala urusan dan mendapat umrah yang makbullah hendaknya.

Jom umrah bersama Persada Global Holidays.

Pakej Umrah Jejak Haramain
Pakej selesa untuk andaHaramain sekeluarga.

Antara barisan mutawif Jejak Haramain untuk musim 1445 Hijrah.Sedar tak sedar kita semakin dekat dengan penghujung tahun...
23/02/2024

Antara barisan mutawif Jejak Haramain untuk musim 1445 Hijrah.

Sedar tak sedar kita semakin dekat dengan penghujung tahun Islam.

Siapakah barisan mutawif yang admin lampirkan pernah menyantuni anda?

Alhamdulillah perkongsian yang sangat bermanfaat oleh Dr Ahmad Ibrahim dari Klinik As-Salam, Kajang tentang tatacara mel...
23/02/2024

Alhamdulillah perkongsian yang sangat bermanfaat oleh Dr Ahmad Ibrahim dari Klinik As-Salam, Kajang tentang tatacara melakukan bantuan kecemasan ketika pesakit mengalami serangan jantung dan tercekik.

Bengkel ini juga memfokuskan kepentingan vaksin buat jemaah bagi mencegah penyakit kritikal seperti influenza, meningococus dan lain-lain lagi.

Buat bakal jemaah haji dan umrah bolehlah mendapat suntikan vaksin di 12 cawangan Klinik As-Salam.

Moga-moga asbab dari bengkel ini menjadi tambah nilai buat mutawif dan team PGH untuk berkhidmat menjadi khadam haramain yang terbaik buat anda semua.

Kursus Umrah Persada Global Holidays di Sarawak.Alhamdulillah, dari semenanjung Ustaz Mursyid datang ke Sarawak semata-m...
23/02/2024

Kursus Umrah Persada Global Holidays di Sarawak.

Alhamdulillah, dari semenanjung Ustaz Mursyid datang ke Sarawak semata-mata ingin menyampaikan ilmu ibadah umrah buat bakal duyufurrahman dari sana.

Begitulah komitednya kami saat diberi amanah oleh bakal jemaah.

Moga-moga bakal jemaah mendapat kefahaman yang lebih sebelum berangkat ke Haramain.

Buat orang Sarawak/Sabah dan Brunei kami mengalu-alukan anda untuk mengerjakan umrah bersama-sama kami.

Pakej Umrah Jejak Haramain
Pakej selesa untuk anda sekeluarga.

Alhamdulillah, selamat tiba jemaah JH12-15 ke tanah air jam 14.10 petang waktu Malaysia.Terima kasih kepada Ustaz Hazeeq...
23/02/2024

Alhamdulillah, selamat tiba jemaah JH12-15 ke tanah air jam 14.10 petang waktu Malaysia.

Terima kasih kepada Ustaz Hazeeq yang mengggalas tanggungjawab dengan penuh komited di dalam menyantuni jemaah.

Semoga kesemua jemaah berpuas hati dengan servis yang ditawarkan oleh Jejak Haramain.

InshaAllah, umur panjang kita akan bersua kembali.

Sebelum pulang ke tanah air. Alhamdulillah jemaah ziarah ke Thaif.Sejarah Thaif jika diperhalusi agak sedih kerana di si...
23/02/2024

Sebelum pulang ke tanah air. Alhamdulillah jemaah ziarah ke Thaif.

Sejarah Thaif jika diperhalusi agak sedih kerana di sinilah dakwah Nabi Muhammad SAW ditolak, dibaling batu hingga berdarah kepalanya.

Alhamdulillah zaman kegemilangan Islam menjadi saksi bagaimana wakil Bani Thaqif datang ke Mekah untuk mengislamkan penduduk bumi Thaif.

Kini Thaif menjadi pusat peranginan beriklim sejuk bagi kawasan Arab Saudi.

Terhadap gerai-gerai yang berjualan sayur-sayuran dan buah-buahan segar.

Thaif menjadi destinasi wajib ziarah bukan hanya kerana sejarahnya tetapi keindahan buminya.

Address

19A, Jalan Taman Meru Perdana 1, Taman Meru Perdana
Chemor
31200

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+60139922861

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persada Global Holidays Umrah & Travel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Category


Other Travel Agencies in Chemor

Show All