Persada Global Holidays-Perak

Persada Global Holidays-Perak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persada Global Holidays-Perak, Travel Company, NO 61 Jalan Meru Perdana 1, Chemor.

Assalamualaikum.Alhamdullilah,kita hidup di hari Sayyidul Ayyam. Jumaah Mubarakah.Ayuh semua ayah-ayah, kita berdoa untu...
11/10/2024

Assalamualaikum.
Alhamdullilah,kita hidup di hari Sayyidul Ayyam. Jumaah Mubarakah.

Ayuh semua ayah-ayah, kita berdoa untuk kebaikan anak² kita. Kita ajak anak² berbuat baik dan ibadat sama². Kita selalu bersembang dan juga mendengar pendapat anak².

Ayuh ayah-ayah semua, kita jadi ayah yang lemah lembut kepada anak² kita,kepada isteri kita dan kepada orang tua kita.

Antara calon penghuni Syurga paling ramai adalah yang Halim(lemah lembut dalam pergaulannya).

Abu Fathimah,

Assalamualaikum wbt.Jom semua, kita berkorban tahun ini di Makkah bersama kami LQ Alharamain dan rakan usahasama di Makk...
28/04/2024

Assalamualaikum wbt.

Jom semua, kita berkorban tahun ini di Makkah bersama kami LQ Alharamain dan rakan usahasama di Makkah.

Rugi rasanya ibadat Korban yang sangat besar disisi Allah tidak mampu dilakukan oleh majoriti rakyat Malaysia.

Di mana tempat kita nak pilih untuk berkorban?

Tidak lain pastinya saya sendiri akan memilih di Tanah Haram Makkah kerana itulah tempat paling Mulia atas muka bumi ini dan merupakan tempat Nabi kita Muhammad ﷺ melaksanakan sembelihan Baginda dan para sahabat Radiallahu 'anhum.

Kita pakat ajak lebih ramai buat ibadat Korban,Aqiqah mahupun sedekah sabil di Makkah AlMukarramah.

Order terus Qurban atau aqiqah di sini:

https://lqalharamain.onpay.my/order/form/1

Boleh juga whatsaap direct dengan kami di www.wasap.my/60162383549/QurbanMakkah

Terima kasih😊

_*Risau sangat kalau mutawwif tak berpengalaman ini kan.. Yelah, nak beribu ringgit habis sekali dapat mutawwif tangkap ...
21/03/2024

_*Risau sangat kalau mutawwif tak berpengalaman ini kan.. Yelah, nak beribu ringgit habis sekali dapat mutawwif tangkap muat*._

Jangan risau, kami bawakan mutawwif yang tepat untuk anda dan keluarga menunaikan umrah iaitu Prof Madya Dr. Azlan Shaiful Baharum.

Dr. Azlan adalah penceramah haji dan umrah bertauliah dengan lebih 8 tahun berpengalaman dalam umrah dan haji. Beliau adalah Profesor Madya bahasa Arab di USIM.

Boleh berbahasa Arab, tahu selok belok tempat di sana dan mahir dalam berceramah. Ni yang kita mahukan.

Haaa.. tunggu apa lagi, jom terbang bersama beliau pada *25 Julai 2024 sehingga 4 Ogos 2024* dengan yuran serendah *RM 7980* jer. Terhad kepada *40 jemaah* yang bertuah.

Kenapa anda harus memilih pakej ini :
🕋 Jarak hotel hanya 50 meter dari Masjidilharam
🕋 Penerbangan terus dari Malaysia ke Mekah/Madinah
🕋 Jaminan tiada penambahan harga
🕋 Bimbingan mutawif yang berpengalaman

Siapa cepat dia dapat. Whatsapp no ini sekarang : wasap.my/60162383549/terbangbersamadrazlan

‼️ UMRAH SAFWA RAMADAN OPEN NOW ‼️Promosi Umrah Safwa akan tamat pada 31 Mac 2024 dengan serendah RM 7980. ✅ Penerbangan...
13/03/2024

‼️ UMRAH SAFWA RAMADAN OPEN NOW ‼️

Promosi Umrah Safwa akan tamat pada 31 Mac 2024 dengan serendah RM 7980.

✅ Penerbangan terus
✅ Hotel Jarak Dekat (Safwa Tower)
✅ Full board meal di Madinah
✅ Free bermalam di Kota Taif
✅ Jaminan tiada tambahan wang
✅ Bimbingan 3 kali umrah
✅ Deposit serendah RM 1,000

Mekah - Hotel Safwa
Madinah - Hotel Mirage As Salam
Malaysia Airlines
Tarikh penerbangan: Julai 2024 - Februari 2025

Jom rebut tawaran ini sementara masih dibuka, jom daftar sekarang dengan hanya deposit serendah RM 1,000.

Tekan link 016-238 3549 .

‼️ 𝐔𝐌𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐅𝐖𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐑𝐌 𝟕𝟗𝟖𝟎 ‼️Mencari hotel umrah jarak dekat 5 bintang? Nak terbang terus ke Jeddah? Cari umrah yan...
23/02/2024

‼️ 𝐔𝐌𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐅𝐖𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐑𝐌 𝟕𝟗𝟖𝟎 ‼️

Mencari hotel umrah jarak dekat 5 bintang?
Nak terbang terus ke Jeddah?
Cari umrah yang mesra warga emas dan keluarga?

Ini lah masanya untuk anda rebut tawaran dalam 𝐩𝐫𝐨𝐦𝐨𝐬𝐢 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐑𝐌 𝟕𝟗𝟖𝟎 dengan duduk di Hotel Safwa, Makkah dan tanpa tambahan duit.

✅ Umrah Jarak Dekat
✅ Hotel 5 bintang
✅ Penerbangan terus
✅ Tarikh umrah Julai 2024 sehingga Februari 2025
✅ Mesra warga emas, OKU dan keluarga.
✅ Jaminan tiada tambahan wang.
✅ Fullboard makan di madinah
✅ Bermalam di Kota Taif
✅ Ziarah tempat sejarah
✅ Kursus umrah berkala
✅ Dapat air zam zam
dan banyak lagi..

Jom ambil peluang keemasan ini setahun sekali kami buka untuk semua jemaah. Ingat, tarikh tutup tawaran ini sehingga 29 Februari 2024 (Khamis).

Contact team Persada sekarang di

016-238 3549








14/02/2024

Kenangan di Ladang Kurma sekitar Madinah Al-Munawwarah.

Alhamdulillah moga kembali lagi ke bumi Tayba ini.

13/02/2024

𝙆𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙨𝙩 𝙠𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙙𝙖𝙥𝙖𝙩 𝙪𝙢𝙧𝙖𝙝 𝙗𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖 𝙠𝙖𝙬𝙖𝙣-𝙠𝙖𝙬𝙖𝙣, 𝙜𝙪𝙧𝙪-𝙜𝙪𝙧𝙪 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙞𝙗𝙪 𝙗𝙖𝙥𝙖 𝙥𝙪𝙣 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙨𝙚𝙧𝙩𝙖𝙞!

Hah, boleh je. Kalau ada mana-mana pihak sekolah nak buatkan rombongan sekolah sambil umrah.

Kami di Persada Global Holidays boleh tunaikan.

Sebenarnya kalau dah umrah dengan orang yang kita kenal boleh cipta momen-momen indah yang boleh kita anggap sekali sebagai sekali seumur hidup.

Habis sekolah nanti dah tak jumpa kawan-kawan, guru-guru.

Maka dengan masa yang ada seharusnya dijadikan peluang untuk menikmati kemanisan di bumi Haramain bersama-sama.

Jika ada pihak sekolah yang berminat untuk adalah rombongan umrah boleh PM atau DM kami ya.





12/02/2024

Moga Allah mengurniakan rezeki yang Halal dan Berkat kepada kita semu.AMINN

10/02/2024

SEMOGA Allah temukan dengan Ramadan tahun ini.AMINN

*Salam saiyidul aiyam, sempena hari jumaat yang mulia perbanyakkan amalan-amalan sunnah. Amalan sunnah yang boleh dilaku...
09/02/2024

*Salam saiyidul aiyam, sempena hari jumaat yang mulia perbanyakkan amalan-amalan sunnah. Amalan sunnah yang boleh dilakukan dan dianjurkan oleh Nabi SAW adalah ;*

- Membaca surah Al-Kahfi
- Perbanyakkan selawat
- Perbanyakkan zikir dan berdoa
- Perbanyakkan bersedeqah
- Membersihkan diri dan berwangi wangian sebelum ke Masjid



Salam Memperingati Peristiwa Agung Israk Mikraj ✨  Semoga kita semua menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini ...
08/02/2024

Salam Memperingati Peristiwa Agung Israk Mikraj ✨

Semoga kita semua menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini melalui peristiwa bersejarah dalam Islam 🤍

33 DAYS ROAD TO RAMADHAN !!



𝙐𝙨𝙩𝙖𝙯! 𝙃𝙖𝙧𝙞 𝙣𝙞 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙝𝙖𝙣𝙩𝙖𝙧 𝙢𝙖𝙠 𝙖𝙮𝙖𝙝 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙥𝙪𝙡𝙖𝙠.Lumrah perasaan seorang anak. Kalau boleh dia nak beri yang terbaik untuk...
06/02/2024

𝙐𝙨𝙩𝙖𝙯! 𝙃𝙖𝙧𝙞 𝙣𝙞 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙝𝙖𝙣𝙩𝙖𝙧 𝙢𝙖𝙠 𝙖𝙮𝙖𝙝 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙥𝙪𝙡𝙖𝙠.

Lumrah perasaan seorang anak. Kalau boleh dia nak beri yang terbaik untuk mak dan ayah dia.

Itulah yang terjadi hari ini. Seorang bekas jemaah Jejak Haramain yang berpuas hati dengan kualiti servis kami menghadiahkan pakej umrah yang sama untuk ibu dan ayah tercinta.

Alhamdulillah, dengan izin tuhan kami dapat menggalas amanah agar kebajikan dan keperluan duyufurrahman dapat dapat disempurnakan dengan kualiti mutawif, jarak hotel dan lain-lian servis tambahan yang bakal membantu jemaah untuk melaksanakan ibadah umrah dengan sempurna.

Kumpulan jemaah kali ini dipimpin oleh mutawif berpengalaman yakni Ustaz Hasnul Diwani.

Semoga kesemua jemaah beroleh umrah yang makbullah dan dipermudahkan segala urusan.





5 Kelebihan Tinggal Di Hotel Yang Dekat Ketika Umrah🕋 Akses mudah ke masjid. Tinggal di hotel yang dekat dapat memudahka...
06/02/2024

5 Kelebihan Tinggal Di Hotel Yang Dekat Ketika Umrah

🕋 Akses mudah ke masjid. Tinggal di hotel yang dekat dapat memudahkan anda untuk pergi ke masjid dan mengerjakan ibadah umrah/iktikaf tanpa harus berjalan jauh.

🕋 Menjimatkan waktu dan tenaga. Hotel yang berdekatan dengan tempat ibadah meminimalkan waktu dan tenaga yang diperlukan untuk perjalanan, sehingga Anda dapat fokus pada ibadah dengan lebih tenang.

🕋 Kemudahan pengangkutan. Lokasi yang strategik biasanya lebih mudah mendapatkan pengangkutan umum atau untuk perjalanan ke tempat ibadah dan tempat lainnya.

🕋 Fasiliti yang lengkap. Bayangkan semua keperluan seperti dobi, restoren dan klinik di bawah satu bumbung atau hanya bersebelahan. Mudah bukan untuk anda mendapatkan sesuatu atau bantuan.

🕋 Memudahkan untuk warga emas dan mereka yang umrah secara berkeluarga. Warga emas selalunya terganggu dengan faktor kesihatan dan kondisi badan. Mereka yang umrah bersama anak kecil misalnya mempunyai banyak ragam. Menginap di hotep yang dekat dapat membantu anda menyelesaikan kedua-dua masalah tersebut.

Dan Alhamdulillah di bawah pakej Jejak Haramain kami sangat menawarkan pakej hotel dekat buat anda.

Kini ibadah umrah anda lebih tenang, selesa dan premium.




𝙒𝙖𝙝, 𝙩𝙖𝙠 𝙨𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖 𝙇𝙖𝙝 𝘼𝙝𝙢𝙖𝙙 𝙙𝙖𝙣 𝙃𝙖𝙯𝙞𝙦 𝙍𝙤𝙨𝙚𝙗𝙞 𝙥𝙪𝙣 𝙥𝙞𝙡𝙞𝙝 𝙥𝙖𝙠𝙚𝙟 𝙅𝙚𝙟𝙖𝙠 𝙃𝙖𝙧𝙖𝙢𝙖𝙞𝙣 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙡𝙖𝙠𝙨𝙖𝙣𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙪𝙢𝙧𝙖𝙝.Alhamdulillah penerbang...
05/02/2024

𝙒𝙖𝙝, 𝙩𝙖𝙠 𝙨𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖 𝙇𝙖𝙝 𝘼𝙝𝙢𝙖𝙙 𝙙𝙖𝙣 𝙃𝙖𝙯𝙞𝙦 𝙍𝙤𝙨𝙚𝙗𝙞 𝙥𝙪𝙣 𝙥𝙞𝙡𝙞𝙝 𝙥𝙖𝙠𝙚𝙟 𝙅𝙚𝙟𝙖𝙠 𝙃𝙖𝙧𝙖𝙢𝙖𝙞𝙣 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙡𝙖𝙠𝙨𝙖𝙣𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙪𝙢𝙧𝙖𝙝.

Alhamdulillah penerbangan sulung bagi bulan Februari 2024 baru sahaja selesai tadi.

Group kali ini seramai 64 orang yang dipimpin oleh dua mutawif khas iaitu Ustaz Yusof Yahaya dan PU Azhar.

Istimewanya antara jemaah kali ini dua orang selebriti turut menunaikan umrah bersama Pakej Jejak Haramain iaitu Lah Ahmad dan Haziq Rosebi.

Semoga kesemya jemaah dipermudahkan segala urusan dan mendapat umrah yang makbullah.

Pakej Umrah Iktikaf Ramadhan masih dibuka sehingga 28 Februari.

Daftar segera kerana seat adalah terhad.





Apa Yang Ada Dalam Pek Berbuka Puasa Di Haramain.Jemaah yang menyambut Ramadhan di Haramain pasti akan teruja apabila se...
05/02/2024

Apa Yang Ada Dalam Pek Berbuka Puasa Di Haramain.

Jemaah yang menyambut Ramadhan di Haramain pasti akan teruja apabila setiap kali berbuka akan menerima pek berbuka puasa yang diedarkan secara percuma.

Kalau sebelum ni memang boleh melantak nasi kat dalam masjid. Tapi sekarang pihak pengurusan dan tak benarkan.

Okey hari ni admin nak kongsikan item yang ada dalam pek berbuka puasa di sana.

1. Kurma

2. Zabadi (yogurt)

3. Laban (susu masam)

4. Serbuk dugah. Serbuk ini selalunya akan dicampur dengan zabadi.

5. Roti

6. Air mineral

Ajaibnya, nampak macam ringkas kan? Tapi bila dah makan akan rasa segar dan kenyang. Boleh lajak solat terawih sampai 20 rakaat. Imam baca surah Al-Baqarah pun steady je.

Kalau kat Malaysia dah memang tersandar dibuatnya. Nasi, murtabak, air balang. Nak buat 8 rakaat pun rasa macam kelam je.




Persedian Umrah Ketika Bulan Ramadhan 1. Stok ubat-ubatan dan suplemen. Cuaca panas di Mekah dan Madinah tersangatlah me...
04/02/2024

Persedian Umrah Ketika Bulan Ramadhan

1. Stok ubat-ubatan dan suplemen. Cuaca panas di Mekah dan Madinah tersangatlah mencabar. Ada kes jemaah jatuh pengsan ketika sedang iktikaf di masjid. Pastikan kelengkapan asas seperti panadol, cool fever dan suplemen yang membekalkan tenaga di bawa oleh para jemaah.

2. Sambal kering/segera. Duduk lama di Mekah pasti membuatkan jemaah rindu dengan masakan Malaysia. Pastikan bekalan sambal kering/segera dibawa bagu memastikan selera jemaah tidak terputus.

3. Power Bank. Nampak macam remeh kan? Tetapi power bank antara benda wajib kerana anda bakal duduk lama di masjid. Cuaca panas mempengaruhi kecepatan bateri telefon untuk kering. Telefon antara benda yang penting seandainya berlaku kecemasan.

4. Mental dan fizikal. Dua minggu sebelum mengejarkan umrah pastikan badan dan mental bersiap sedia. Perjalanan sehari-haru dari stesen bas menuju ke Masjidilharam adalah memenatkan.

5. Nota ringkas amalan-amalan zikir. Rugi kalau tak rebut pahala Ramadhan di Haramain. Dengan adanya nota-nota ringkas dapat membantu jemaah untuk melaksanakan ibadah dengan lebih teratur.

InshaAllah dengan ada persedian rapi perjalanan umrah iktikaf Ramadhan selama 30 hari bakal berjalan dengan lancar.

Jom daftar umrah iktikaf Ramadhan bersama kami.




Jemaah Yang TerasingPengalaman admin menjaga jemaah di Madinah. Antaranya menjaga jemaah yang datang dari 'kampung'. Pen...
01/02/2024

Jemaah Yang Terasing

Pengalaman admin menjaga jemaah di Madinah. Antaranya menjaga jemaah yang datang dari 'kampung'.

Penoreh getah, petani yang mengerjakan sawah padi. Berumur 60 tahun ke atas.

Jemaah macam ni selalunya simpan duit bawah bantal atau dalam tin biskut. Cukup 3-4 tahun dia jumpa ustaz yang dia percaya.

"Ustaz, cek nak gi umrah."

Jemaah 'kampung' selalunya buta IT. Beli telefon pun semata-mata nak buat Nusuk. Kalau tak kerana Nusuk dia pakai Nokia patern 3310. Asal boleh jawab telefon dari anak-anak.

Jemaah 'kampung' ni paling 'merisaukan'. Sebab bila admin tanya.

"Pak cik ada masalah tak?"

Dia cakap semua okey. Makan okey, hotel okey. Semua okeyyyyyyy.

Dia pergi umrah tanpa ada sekeping gambar pun depan kubah hijau, Masjid Nabawi atau pun Kaabah. Sebab apa? Sebab dia tak tahu nak guna kamera atau dia malas nak ambil tahu.

Yang dia tahu setiap lima waktu dia pergi masjid solat jemaah. Ada ziarah dia ikut sahaja. Waktu makan dia makan. Waktu rehat dia rehat. Waktu ibadat dia ibadat.

Pernah satu ketika jemaah macam ni hilang. Tak balik ke hotel. Admin yang baru nak makan terus kena simpan balik makanan. Terus bersama petugas cari pak cik tersebut.

Rupa-rupanya selipar dia hilang. Dia lupa nak cari pintu keluar. Nak bagitahu dalam group wassap pun dia tak tahu. Mujur kawan sebilik bagitahu yang dia tak balik.

"Pak cik kerja apa?"

"Toreh getah."

"Berapa kali dah pergi umrah?"

"3 kali."

MashaAllah. Tergamam admin dibuatnya. Kita dok rasa kita terpaling berduit, terpaling mengikut aras semasa tapi orang kampung yang buta IT, buta teknologi dah 3 kali pergi umrah.

Dia pergi umrah memang semata-mata kerana Allah SWT. Niat nak ibadah. Niat nak cari redha Allah SWT.

Tapi kita pergi umrah terkadang Allah SWT uji dengan perasaam nak menunjuk pada orang sekeliling. Allah uji dengan rasa memiliki. Kita rasa serba serbi tak cukup. Ada sampai satu ketika kita pergi umrah semata-mata nak promosikan produk kita dengan bergambar depan Kaabah.

Admin terpukul dengan jemaah dari 'kampung'.

Yang admin gelarkan mereka sebagai jemaah yang terasing.

Ghuraba.

Moga-moga Allah SWT jentik hati kita. Untuk menjadi jemaah yang terasing agar nikmat dan kemanisan umrah benar-benar berada di dalam kantung hati kita dan segala amal ibadah kita kerana Allah SWT semata-mata.




Address

NO 61 Jalan Meru Perdana 1
Chemor
31200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persada Global Holidays-Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Persada Global Holidays-Perak:

Videos

Share

Category


Other Chemor travel agencies

Show All