Kembara Umrah USN - Pulau Pinang

Kembara Umrah USN - Pulau Pinang Pakej Umrah - Musim Baru 1446H

16/06/2024
Tips PemusafiranHaji dan UmrahSiri 16Wukuf di ArafahTinggal beberapa hari sahaja lagi untuk seluruh jemaah haji dari sel...
09/06/2024

Tips Pemusafiran
Haji dan Umrah
Siri 16

Wukuf di Arafah

Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk seluruh jemaah haji dari seluruh dunia untuk berkumpul pada suatu tempat yang sama, iaitu di Arafah.

Ini adalah kerana di antara syarat utama rukun haji adalah berada di Arafah (walaupun cuma seketika).

Jemaah haji kebiasaannya akan bergerak meninggalkan penginapan masing-masing seawal 8hb. (hari Tarwiyah) dan terus ke pekhemahan di Arafah. Terdapat juga yang lainya turut bergerak pada hari tersebut, tetapi singgah di Mina dan tidak terus ke Arafah kerana mengikut petunjuk sunnah Nabi SAW.

Bagi jemaah haji yang mengerjakan haji tamattu', mereka perlulah segera melakukan tawaf, saie dan gunting rambut selewat-lewatnya pada 7hb. agar tidak ketinggalan rombongan ke Arafah.

Antara perkara yang paling penting sebelum bergerak keluar daripada penginapan masing-masing (termasuklah penduduk Makkah sekalipun), adalah memakai pakaian ihram dan berniat melakukan haji.

Bagi jemaah haji yang sakit (tidak dapat bergerak) dan dirawat di pusat rawatan, mereka juga akan diikhtiarkan untuk dibawa ke Arafah dengan van ambulan dan sebagainya, walaupun dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Satu perkara yang perlu disebut adalah keharusan melakukan solat jamak tamam mengikut imam, sebaik sahaja mula bergerak ke Arafah disebabkan kesukaran dalam perlaksanaan manasik haji. Namun begitu, boleh juga diqasarkan solat jika pemusafiran jauh melebihi dua marhalah.

Nota Khas

1. Ulama mazhab khilaf akan permulaan dan berakhirnya waktu berwukuf di Arafah. (jumhur ulama, waktunya bermula apabila masuk waktu Zuhur pada 9hb. Zulhijjah dan berakhir sebelum terbit fajar hari raya korban).
2. Ulama mazhab khilaf samada sah haji atau tidak bagi orang yang tidak sedarkan diri atau pengsan sepanjang berada di Arafah.
3. Tidak berpuasa pada hari Arafah bagi jemaah haji adalah lebih afdhal.
4. Mengisi masa dengan dengan berzikir (talbiah, tasbih, tahmid, takbir, tahlil) dan perbanyakkan doa.
5. Mengurangkan urusan keduniaan dan menjauhkan kelekaan, perbalahan serta perkataan keji.
6. Berwukuf di Arafah tidak semestinya perlu berada di puncak Jabal Rahmah.
7. Arafah adalah kawasan tanah halal.

Rujukan:
Syarah Panduan Lengkap Ke arah Kesempurnaan Ibadah Haji dan Umrah (Karangan Imam An Nawawi)
[Terjemahan dan Syarahan Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri]

Diskaun RM 1,000 untuk dua tarikh penerbangan (25 Sept dan 16 Oktober)Hubungi Abdul Aziz Abdullah 019 474 2818 untuk per...
08/06/2024

Diskaun RM 1,000 untuk dua tarikh penerbangan (25 Sept dan 16 Oktober)

Hubungi Abdul Aziz Abdullah 019 474 2818 untuk pertanyaan lanjut.

Suntikan vaksin untuk membina pertahanan badan yang dimaksudkan oleh Ketua Rombongan Haji Malaysia adalah, Pneumococcal,...
31/05/2024

Suntikan vaksin untuk membina pertahanan badan yang dimaksudkan oleh Ketua Rombongan Haji Malaysia adalah, Pneumococcal, Meningococcal dan Influenza 'A'.

Namun vaksin tersebut segarusnya disuntik sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum berada di Tanah Suci.

Penggunaan face mask (pelitup muka) adalah sangat digalakkan untuk tujuan pencegahan.

Kesemua jemaah yang sedang dirawat itu berada dalam keadaan stabil.

Pengambilan dos vaksin tambahan, seperti Influenza 'A' dan Pneumococcal juga amat digalakkan.Mengapa ianya perlu ?Kerana...
26/05/2024

Pengambilan dos vaksin tambahan, seperti Influenza 'A' dan Pneumococcal juga amat digalakkan.

Mengapa ianya perlu ?
Kerana penyebaran wabak penyakit amat mudah berlaku bila tiada lagi penjarakan dan terpaksa berkongsi ruang yang sama.

Selain itu, penggunaan pelitup muka (face mask) juga digalakkan sekerap yang mungkin.

Nota
Dos vaksin yang wajib adalah
1. Vaksin Covid-19 dan penggalak (booster)
2. Meningococcal

Tips PemusafiranHaji dan Umrah(Siri 15)Pemakanan HarianBagi para Jemaah Haji (JH) yang mengerjakan haji secara muassasah...
19/05/2024

Tips Pemusafiran
Haji dan Umrah
(Siri 15)

Pemakanan Harian

Bagi para Jemaah Haji (JH) yang mengerjakan haji secara muassasah, anda akan disajikan makanan tengahari dan malam melalui syarikat pembekal makanan tempatan.

Makanan berbungkus tersebut (termasuklah air minuman dan buah) boleh diambil secara percuma di setiap aras/tingkat maktab kediaman pada waktu yang telah ditetapkan.

Kebiasaannya pihak TH akan turut menyediakan sarapan pagi di Hajj Cafeteria dengan bermacam juadah citarasa Malaysia. Namun anda harus membayarnya dengan wang Saudi Riyal.

Makanan tengahari dan malam adalah pada kadar yang asas sahaja dan jika anda ingin menukar selera, terdapat banyak restoren atau kedai makan di sepanjang jalan dari maktab kediaman ke Masjidil Haram. Malah anda juga boleh mengunjungi Makkah Clock Towers dan Safwah Towers yang berada bersebelahan dataran untuk lebih banyak pilihan. Walaupun begitu, harganya agak mahal kerana tempat lebih selesa dan berhampiran Masjidil Haram.

Nota
1.Makanan sedemikan juga akan diedarkan semasa jemaah haji berada di Mina dan Arafah.
2.Anda sangat digalakkan untuk minum air secukupnya untuk mengelakkan 'dehydration' kerana cuaca di Saudi yang sangat panas.

Tips Pemusafiran Haji dan Umrah(Siri 14)Penggunaan Telefon Bimbit/PintarPenggunaan telefon pintar sudah menjadi suatu ke...
17/05/2024

Tips Pemusafiran
Haji dan Umrah
(Siri 14)

Penggunaan Telefon Bimbit/Pintar

Penggunaan telefon pintar sudah menjadi suatu kemestian untuk menunaikan ibadah haji atau umrah di Tanah Suci. Ini memandangkan para jemaah haji (JH) perlu memasang beberapa jenis perisian/applikasi penting seperti THiJARI, THhujjaj, Saudi Visa Bio, Nusuk dan sebagainya.

Namun mungkin persoalan yang selalu ditanya oleh para JH adalah jenis perkhidmatan mana satukah yang perlu dipilih. Mengekalkan 'simcard' dari Malaysia (mengaktifkan roaming) atau menggunakan simcard baru oleh sykt. telekomunikasi pihak Saudi ?

Persoalan kedua yang mungkin ditanya, "mana satukah yang bagus, STC, Zain atau Mobily ?"

Sebenarnya persoalan ke dua ini mudah sahaja jawapannya. Cuba tanya diri sendiri, "nak pilih CelcomDigi atau Maxis ?
Anda faham maksud saya ?

Untuk soalan pertama, jawapannya tidak semudah memilih antara STC, Zain atau Mobily. Ini kerana penggunaan roaming atau memilih untuk membeli simcard milik sykt. Saudi itu, mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing bergantung kepada bagaimana anda menggunakan telefon.

Jika anda tidak memikirkan sangat tentang kos, anda aktifkanlah 'roaming' dan beli simcard (prabayar) di Saudi. Sudah tentu anda dapat semua yang terbaik dari kedua-duanya. Malahan telefon pintar yang terkini (terutamanya Android OS) boleh memuatkan dua simcard serentak (dengan mengeluarkan 'memory card' terlebih dahulu).

Nota
Saya tidak dapat menceritakan kelebihan dan kekurangan antara kedua-dua perkhidmatan (roaming vs. simcard Saudi) kerana penulisan ini akan menjadi panjang dan membosankan.

Hukum melakukan ibadah korban haiwan ternakan pada sisi mazhab Imam Syafie adalah sunat muakad (sangat dituntut).
15/05/2024

Hukum melakukan ibadah korban haiwan ternakan pada sisi mazhab Imam Syafie adalah sunat muakad (sangat dituntut).

Jemaah haji terkandas !Kisah sedih yang berulang hampir setiap tahun...
11/05/2024

Jemaah haji terkandas !

Kisah sedih yang berulang hampir setiap tahun...

Putrajaya: Semua bakal jemaah haji yang terkandas di Makkah, dipercayai terpedaya dengan agensi yang menawarkan pakej haji murah, dinasihat menghubungi Kedutaan Malaysia di Arab Saudi.

Pakej Umrah (Musim Cuti Sekolah....)
30/04/2024

Pakej Umrah (Musim Cuti Sekolah....)

Assalamualaikum...Selamat menyambut hari kemenangan
10/04/2024

Assalamualaikum...
Selamat menyambut hari kemenangan

Tips Pemusafiran Haji & Umrah (Siri 13)Haji Tamattuk atau Ifrad - Mana Satu ?Terdapat 3 kaedah perlaksanaan mengerjakan ...
06/04/2024

Tips Pemusafiran
Haji & Umrah (Siri 13)

Haji Tamattuk atau Ifrad - Mana Satu ?

Terdapat 3 kaedah perlaksanaan mengerjakan haji mengikut keketapan syariat iaitu Tamattu', Ifrad dan Qiran. Kita boleh memilih mana-mana kaedah mengikut kemampuan masing-masing.

Selain tamattu', ada juga bakal JH dari Malaysia memilih kaedah Ifrad (melaksanakan umrah setelah selesai haji) memandangkan mereka tiba di Tanah Suci ketika hampir untuk berwukuf di Arafah.

Di sisi mazhab Imam Syafie, haji Ifrad adalah lebih afdhal manakala bagi mazhab Imam Hanafi, kaedah yang afdhal adalah tamattu'. Namun perlu diingat, syariat Islam itu mudah dan kaedah yang paling afdhal tidak semestinya yang terbaik bagi seseorang individu. Ianya perlu mengikut situasi sebenar yang mungkin berbeza antara setiap individu.

Pensyariatkan ibadah haji adalah bermula pada tahun 9 hijrah, di mana Syaidina Abu Bakar telah mengetuai rombongan haji. Manakala Nabi Muhammad SAW sempat melakukan ibadah haji hanya sekali (sebelum wafat), iaitu pada tahun ke 10 hijrah dengan rombongan seramai 124 ribu orang dari Yaman dan Madinah. Nabi SAW telah memerintahkan sahabat melakukan umrah terlebih dahulu (tawaf, sa'ie dan bertahallul) sedangkan Baginda SAW tidak mengunting rambut setelah selesai tawaf dan sa'ie kerana melaksanakan haji qiran.

Daripada ‘Aisyah R.Anha berkata:
خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ حَجَّةِ الْوَدَاعِ، فَمِنَّا مَنْ أَهَلَّ بِعُمْرَةٍ، وَمِنَّا مَنْ أَهَلَّ بِحَجٍّ وَعُمْرَةٍ، وَمِنَّا مَنْ أَهَلَّ بِالْحَجِّ، «وَأَهَلَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْحَجِّ»، فَأَمَّا مَنْ أَهَلَّ بِعُمْرَةٍ فَحَلَّ، وَأَمَّا مَنْ أَهَلَّ بِحَجٍّ أَوْ جَمَعَ الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ، فَلَمْ يَحِلُّوا، حَتَّى كَانَ يَوْمُ النَّحْرِ

Maksudnya: “Kami keluar bersama Rasulullah SAW pada ketika haji wida’. Maka, di antara kami ada yang melakukan ihram dengan umrah, ada yang melakukan haji serta umrah, dan ada p**a yang melakukan dengan haji sahaja sedangkan Rasulullah SAW melakukan ihram dengan haji. Adapun orang yang melakukan ihram umrah maka dia halal, adapun orang yang melakukan ihram dengan haji atau menggabungkan haji dengan umrah, maka dia masih belum berada dalam keadaan halal sehingga hari nahar atau korban.”

Riwayat Muslim (1211)

Tips PemusafiranHaji dan Umrah (Siri 11)Mendaftar Diri Di Kompleks Tabung HajiJika semua dokumen serta Buku Rekod Rawata...
03/04/2024

Tips Pemusafiran
Haji dan Umrah (Siri 11)

Mendaftar Diri Di Kompleks Tabung Haji

Jika semua dokumen serta Buku Rekod Rawatan dan Pasport telah dip**angkan semula ke pejabat dan ianya memenuhi kriteria yang ditetapkan, anda akan terima dokumen Jadual Penerbangan Haji (JPH) melalui aplikasi THiJARI (lihat foto).

Tarikh dan masa yang dinyatakan di dalam JPH adalah merupakan detik bermulanya pemusafiran ke Tanah Suci. Sebaik-baiknya ahli keluarga dan saudara mara bolehlah mengucapkan selamat tinggal dan berpeluk cium di tempat kediaman masing-masing, memandangkan kesesakan kenderaan di Kompleks Tabung Haji (TH). Sebaik jemaah tiba dengan bagasi, tiada peluang untuk bergambar atau berbual panjang. Seorang dua ahli keluarga yang menghantar adalah yang terbaik, ataupun menyewa kenderaan e-hailing.

Kebiasaannya jemaah akan berada di Kompleks TH sekitar 4 jam untuk urusan pendaftaran dan penyerahan barangan berikut;
1. gelang tangan
2. tag Pengenalan Haji
3. tag bagasi
4. beg sandang
5. cenderahati (jika ada penajaan)
Checked Baggage perlu dilekatkan dengan tag beserta maklumat penting selain tanda pengenalan yang memudahkan anda mencarinya bila tiba di Tanah Suci nanti. Ya, inilah kali terakhir anda akan mengusungnya !

Pihak pengurusan haji juga akan menyampaikan taklimat dan ceramah ringkas sebelum bakal jemaah haji (JH) menaiki kenderaan khas untuk ke lapangan terbang.

Pada setiap tahun, kebiasaannya bakal jemaah haji akan berlepas dari Lapangan Terbang KLIA1 di Sepang sahaja. Maka bakal JH yang berada jauh luar dari negeri Selangor akan menaiki pesawat sewaan khas untuk terbang dan berkumpul di terminal KLIA1. Urusan di sana adalah untuk pelepasan pemeriksaan keselamatan dan imigresen Malaysia dan Arab Saudi (Makkah Route program).

Nota
Jika penerbangan tersebut adalah terus ke Jeddah, bakal JH perlu berpakaian ihram di Kompleks TH lagi kerana ruang bersalin agak terhad untuk berbuat demikian di LT KLIA1. Walaupun demikian, masa untuk urusan pra penerbangan di sana nanti adalah sekitar 4 jam. Masih terdapat lagi ruang masa untuk solat, makan, berzikir dan sebagainya.

Pakej Umrah musim baru 1446H oleh mutawwif Ustaz Hj Saifullah Nasri (USN) dengan kerjasama syarikat Kembara Umrah Sdn Bh...
01/04/2024

Pakej Umrah musim baru 1446H oleh mutawwif Ustaz Hj Saifullah Nasri (USN) dengan kerjasama syarikat Kembara Umrah Sdn Bhd.

Pendaftaran telah bermula, dengan tarikh penerbangan seawal bulan Ogos 2024.

31/03/2024
Tips PemusafiranHaji dan Umrah (Siri 9)Persiapan Ilmu Ibadah Haji dan Umrah adalah satu ibadah yang memerlukan kemampuan...
29/03/2024

Tips Pemusafiran
Haji dan Umrah (Siri 9)

Persiapan Ilmu

Ibadah Haji dan Umrah adalah satu ibadah yang memerlukan kemampuan untuk mempersiapan diri dari segi masa, kewangan, kesihatan dan giliran/kouta. Hanya yang layak sahaja diwajibkan untuk menunaikan rukun Islam yang ke lima ini, dan berkemungkinan kita berpeluang sekali sahaja ke Tanah Suci.

Oleh kerana itu, gunakan kesempatan masa yang ada untuk mendalami ilmu berkaitan fiqh solat, pemusafiran dan selok-belok ibadat haji dan umrah. Ini akan mengelakkan kita dari terikut-ikut dengan orang lain tanpa diselidiki ianya dari sumber yang sahih atau sebaliknya. Bukan semua perkara boleh direka-reka atau asal nampak baik sahaja terus diamalkan sebagai ibadah.

Perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah seperti syirik, khurafat dan bidaah tidak kurang pentingnya untuk diambil perhatian kerana iman (iktiqad kepercayaan) adalah sesuatu yang tiada kompromi. Mempercayai sesuatu benda boleh memberi manafaat atau mudarat adalah satu bentuk kesyirikan, walaupun ianya hanya secebis kain kiswah.

Sudah menjadi satu lumrah kita pasti akan menghadapi berbagai masalah dan kesulitan semasa berada di Tanah Suci. Bila terjadi suatu halangan dan kesukaran (masyaqah) yang mengganggu ibadah haji dan umrah, anda layak mengambil rukhsah. Di sinilah anda akan nampak kepentingan melengkapkan ilmu sebelum bermusafir jauh dari tanah air.

Di zaman kini yang mana maklumat berada di hujung jari, anda boleh buat sedikit semakan dan cari untuk mendapatkan kepastian. Namun demikian anda boleh rujuk apa juga buku yang berkaitan untuk ibadah haji & umrah terutama yang disediakan oleh Lembaga Tabung Haji. Bagi saya sendiri, saya lebih gemar merujuk kepada buku "Soal Jawap Haji, Umrah dan Ziarah".

Selamat Menimba Ilmu dan Beramal !

Tips PemusafiranHaji & Umrah (Siri 8)Kursus Haji dan UmrahSudah menjadi satu kelaziman bagi setiap  individu yang ingin ...
28/03/2024

Tips Pemusafiran
Haji & Umrah (Siri 8)

Kursus Haji dan Umrah

Sudah menjadi satu kelaziman bagi setiap individu yang ingin melaksanakan Haji & Umrah untuk mempelajari ilmu yang berkaitan dengan kefahaman yang betul.

Terdapat berbagai cara untuk mengetahui kaedah perlaksanaan kedua-dua ibadah tersebut, iaitu melalui penganjuran kursus-kursus bersiri oleh Lembaga Tabung Haji, atau kursus intensif oleh agensi perlancongan berlesen atau mana-mana institusi atau organisasi. Ada juga kursus secara "one to one" bagi individu yang memerlukan kaedah demikian.

Selain itu juga, anda boleh menambah pengetahuan mengenai ibadah haji dan umrah ini melalui laman sesawang, buku-buku rujukan atau juga keratan-keratan video yang begitu banyak di media sosial masakini.

Melalui pengamatan saya, kursus yang dianjurkan dengan disertakan latihan amali adalah yang terbaik, seperti Kursus Haji Perdana oleh Lembaga Tabung Haji yang biasanya dijadualkan pada sekitar pertengahan bulan Syawal di setiap negeri.

Saya sangat menggalakkan anda agar menyertai kursus ini kerana ianya dapat membantu untuk memahami bagaimana suasana berada di Masya'ir (Arafah/Mudzalifah/Mina) pada 8 hingga 13 Zulhijjah.

Bayangkan bagaimana kita sudah diarahkan untuk memakai kain ihram sebelum tiba di masjid semasa pendaftaran kursus. Tentu agak janggal, tetapi itulah praktikal yang terbaik. Pada petang itu juga anda terus melakukan praktikal tawaf dan sa'ie. Malamnya p**a, anda bergerak ke "Masya'ir" buatan serta tidur beramai-ramai untuk bangun awal bagi solat tahajud dan solat Subuh dan seterusnya bagi latihan praktikal melontar ke tiga-tiga Jamaraat.

Pendek kata, anda tidak akan merasai pengalaman dari penganjuran latihan sebegini rupa di tempat-tempat lain. Malah bagi peserta lelaki, semua latihan ini perlu memakai kain ihram (tanpa memakai pakaian dalam) untuk merasa nikmat 'kebebasan' sebenar.

Tips PemusafiranHaji & Umrah (Siri 7)Kain IhramSaya ingin berkongsi pengalaman mengenai penggunaan kain ihram pada siri ...
27/03/2024

Tips Pemusafiran
Haji & Umrah (Siri 7)

Kain Ihram

Saya ingin berkongsi pengalaman mengenai penggunaan kain ihram pada siri kali ini memandangkan inilah pakaian yang perlu dipakai ketika dalam keadaan berihram, samada ibadah haji atau umrah.

Apa tips penting khususnya kepada jemaah lelaki ? Anda perlu bawa sekurang-kurangnya 2 set kain ihram (izar dan rida').
Syarat utama kain yang dipakai semasa berihram adalah ianya berupa kain lepas. Jika kain tersebut bercantum dengan bentuk seperti kain sarung, ianya tidak dibenarkan. Anda bukan sahaja perlu berpakaian begini ketika melakukan tawaf, malah perlu dikekalkan ketika masih berada di dalam tempoh berihram. Pemakaian stokin, kain menutupi kepala, knee guard, t-shirt, seluar, kain sarung dan sarung tangan adalah dilarang sama sekali, walaupun ketika tidur.

Pilihlah kain untuk berihram dari jenis kapas premium yang nipis tetapi tidak jarang (telus pandang). Walaupun harganya lebih dari kain biasa tetapi ianya sangat ringan, sekitar 1.5 kg sepasang. Kain jenis ini tidak memenuhi ruang beg begitu ketara, cepat kering bila basah dan rasa lebih selesa.

Seboleh-bolehnya, jangan pilih kain yang tebal seperti tuala mandi. Ianya berat serta menjadikan beg galas atau beg bimbit anda kehabisan ruang untuk barangan lain. Anda perlu ingat bahawa hanya beg bersaiz kecil sahaja yang perlu di bawa ke Masya'ir (Arafah, Mudzalifah dan Mina). Keadaan ruang yang terhad semasa menaiki kenderaan atau semasa menginap di Masya'ir akan menyukarkan pergerakan jika anda membawa beg dengan bersaiz besar dan muatan berlebihan.

Elakkan juga memilih kain jenis micro fibre syntetic kerana ianya kurang sesuai dipakai pada musim panas. Kain dari jenis ini akan menjadikan anda tidak selesa kerana pengudaraannya terhad (haba dari badan tidak mudah diserap keluar) berbanding kain kapas. Kain jenis begini lebih sesuai digunakan untuk umrah musim sejuk sahaja.

Saiz kain hendaklah mengikut saiz badan kerana ada kain yang khusus untuk dipakai bagi kanak-kanak. Saiz yang bersesuaian untuk orang dewasa yang berketinggian 1.7meter dan berat badan 68kg adalah yang berukuran 46 inci x 92 inci.

Anda perlu pastikan perkara-perkara berikut ketika pemakaian kain ihram;
1) Kain bawah (izar) perlu dipakai melebihi bahagian pusat dan tidak labuh sehingga menutupi buku lali.
2) Lipat dengan betul untuk menghalang kain dari terselak atau mudah longgar. Oleh kerana itu, penggunaan tali pinggang diharuskan untuk menghalang kain dari terlucut.
3) Idhthiba' (memperlihatkan bahu kanan) bagi Mazhab Syafie adalah sunat yang dituntut bagi tawaf yang diiringi sa'ie.
4) Kain perlu suci dari najis ketika mendirikan solat atau melakukan pusingan tawaf.
5) Untuk mudah dikenali ketika di dalam kelompok manusia yang ramai, anda boleh memakai tag nama, waist pouch atau kain ihram dengan cetakan bendera Malaysia.
6) Kain ihram perlu dipakai sebaik berada di miqat samada untuk niat haji atau umrah.
7) Bagi haji tamattuk, kain ihram boleh diganti dengan pakaian biasa setelah selesai umrah (tawaf, sa'ie dan gunting rambut). Ianya akan dipakai semula bila tiba hari untuk berwukuf, iaitu mulai dari bergerak meninggalkan hotel penginapan pada hari ke 8 atau 9 Zulhijjah. Keadaan berihram haji ini akan tamat bila telah diselesaikan rukun dan wajib haji, iaitu wukuf di Arafah, mabit di Mudzalifah, melontar Jamrahtul Kubro dan cukur rambut. Perkara-perkara rukun dan wajib haji yang seterusnya bukanlah lagi dalam keadaan berihram.
8) Jika ingin membasuh kain ihram, boleh lakukan sebelum ke Masya'ir kerana keadaan di sana tidak mengizinkan berbuat demikian.

Nota
Bagi jemaah wanita, apa jua pakaian yang menutup aurat untuk solat, itulah juga yang boleh digunakan ketika dalam keadaan berihram.

Tips PemusafiranHaji dan Umrah (Siri 6) Persiapan Pakaian, Begdan Set Kelengkapan DiriSecara umumnya, set kelengkapan ya...
26/03/2024

Tips Pemusafiran
Haji dan Umrah (Siri 6)

Persiapan Pakaian, Beg
dan Set Kelengkapan Diri

Secara umumnya, set kelengkapan yang diperlukan bagi perkara di atas adalah hampir sama bagi jemaah lelaki dan wanita. Ada ketikanya barangan keperluan tersebut adalah sama untuk melakukan ibadah haji atau pun untuk perlaksanaan ibadah umrah semata-mata.

Maka, sediakanlah keperluan yang secukupnya bergantung kepada berapa jumlah hari anda akan bermusafir. Sebagai contoh, terdapat pakej haji yang menawarkan tempoh menginap yang singkat sekitar 20 hari. Sudah tentulah keperluannya tidak sama dengan jemaah yang perlu berada di Tanah Suci sehingga 46 hari.
Pada kebiasaannya pihak Lembaga TH akan menetapkan 30kg sebagai berat maksimum bagi 'Checked Luggage'. Manakala 'Cabin/Carry Luggage' dihadkan tidak melebihi berat 5kg. Anda boleh gunakan penimbang berat saiz kecil untuk tujuan pemantauan berat sebelum penerbangan. Perlu diingat ! Mana-mana bagasi yang melebihi berat dari yang ditetapkan, ianya akan dikenakan bayaran oleh pihak syarikat penerbangan. Selain check-in tagging oleh syarikat penerbangan, anda perlu membuat penandaan lain untuk membolehkan anda mengenalpasti beg kepunyaan anda dengan cepat dan mudah.

Apa sebenarnya yang keperluan utama untuk ibadah haji dan umrah ini ? Kain ihram dan sarung kaki. Sangat mudah !
Bagi wanita p**a, cukup dengan pakaian yang menutup aurat dan tanpa penutup muka.

Kebiasaannya setiap jemaah akan membawa beg berikut dan disesuaikan penggunaannya mengikut tempat dan keadaan, iaitu;

1. Beg besar (checked luggage bersaiz 24~28 inci lebar)
2. Beg kabin pesawat (carry/cabin luggage)
3. Beg galas (di sandang pada bahu)
4. Beg pinggang (waist pouch)
5. Beg bimbit (kebiasaan untuk wanita bawa kain telekung dan sejadah)
6. Beg kasut/selipar (untuk dibawa masuk ke dalam masjid)

Kebiasaannya beg pinggang yang disediakan oleh Tabung Haji adalah yang terbaik untuk dibawa pada setiap masa dan tempat. Ianya mudah dicapai dan lebih selamat dari diragut pencuri jika betul penggunaannya (dengan bahagian beg di hadapan). Malah kedudukan kain ihram pada bahagian bahu akan jadi lebih kemas dengan ada ikatan pada bahagian pinggang dan bahu.

Selain kelengkapan mustahak yang perlu ada untuk bermusafir, anda juga boleh fikirkan keperluan barangan seperti berikut;
1. Tikar kecil *
2. Power bank (had maksima 20,000 mAh)
3. Kipas elektik mini
4. Extension cable (3 ~ 5 meter)
5. Universal travel adapter (220~240V)
6. Penyangkut & penyepit baju serta cangkuk kecil
7. Kerusi mudah alih **
8. Bekas minuman berpenutup
9. Botol semburan untuk berwuduk
10. Set membasuh pakaian (sebuk cuci, berus dan lain-lain)
11. Pen penanda dan label pelekat.
12. Pencukur rambut ***
13. Lampin dewasa (bagi yang bermasalah)
14. Sunglass
15. Kasut sukan (anda harinya perlu berjalan jauh)
16. Jaket tebal (ada ketikanya suhu bilik hotel atau dalaman masjid terlalu sejuk)
17. Sejadah (tidak terlalu lebar agar dapat rapatkan saf & tidak terlalu nipis kerana mudah terlipat bila ditiup angin)

* biasanya disediakan oleh TH
** sangat perlu bagi yang kurang berupaya untuk berdiri lama atau kesukaran untuk sujud
*** jika gemar mencukurkan rambut orang lain dengan percuma

Nota
Polisi bagi kebenaran membawa masuk beg kabin (carry luggage) dan beg kecil lain adalah berubah ketetapannya dari masa ke semasa dan sedikit berbeza di antara syarikat-syarikat pengendali penerbangan.

Tips Permusafiran Haji dan Umrah (Siri 5)Penjagaan Kesihatan DiriSelain dari vaksin wajib dan vaksin tambahan yang telah...
25/03/2024

Tips Permusafiran
Haji dan Umrah (Siri 5)

Penjagaan Kesihatan Diri

Selain dari vaksin wajib dan vaksin tambahan yang telah disebutkan sebelum ini, anda juga digalakkan untuk membawa bersama ubat-ubatan asas ketika berada di Tanah Suci. Tidak lupa juga ubat khusus yang berterusan anda ambil atas preskripsi doktor bagi penyakit sedia ada.

Umumnya ramai yang tahu bahawa dengan visa haji atau visa umrah anda sudah layak untuk mendapatkan rawatan kesihatan secara percuma di hospital kerajaan. Namun ada kalanya demam ringan, luka kecil, ketegangan otot, kulit kekeringan, sakit perut dan kering tekak yang biasa dialami oleh para jemaah itu boleh diambil tindakan segera. Maka ada baiknya anda bersedia dengan pil tahan sakit, lozenge, pil selesema/alergi, mutivitamin, plaster, minyak urut dan sebagainya.

Perlu diingat ! Ubat batuk dan sakit tekak yang disediakan oleh pihak klinik maktab adalah sangat-sangat terhad kerana hampir dua per tiga (⅔) jemaah akan menghadapi masalah pernafasan.

Di samping itu, pengunaan pelitup muka dan 'hand sanitizer' sangat digalakkan walaupun Covid-19 bukan lagi satu ancaman besar. Manakala pelembap bibir, muka dan tangan adalah perlu kerana keadaan suhu di Tanah Suci ada kalanya melebihi 50 darjah Celcius. Dan sudah tentunya kaca mata gelap (sun glass), topi lebar atau payung sangat berguna ketika berada di luar bangunan.

Tips Pemusafiran Haji dan Umrah (Siri 4)Kesihatan DiriIbadat haji atau umrah adalah suatu ibadah yang memerlukan ketahan...
23/03/2024

Tips Pemusafiran
Haji dan Umrah (Siri 4)

Kesihatan Diri

Ibadat haji atau umrah adalah suatu ibadah yang memerlukan ketahanan fisikal dan mental.

Mengapa begitu ? Anda perlu bergerak pada jarak yang jauh dan lama untuk melakukan pusingan tawaf, saie dan juga melontar jamaraat. Di samping itu, pergerakan juga agak terhad dan masa menunggu yang lama kerana kesesakan manusia, terutamanya ketika waktu puncak bermula dari 9 hingga 12 Zulhijjah.

Oleh kerana faktor cuaca yang amat panas, anda bukan sahaja perlu fizikal yang sihat dan cergas, malah juga pertahankan imunisasi badan dari penyakit yang mudah merebak. Maklumlah, manusia datang seluruh pelusuk dunia, bukan ?

Untuk tujuan tersebut, anda perlu mengambil beberapa vaksin wajib (Meningococcal ACYW 135 dan Covid-19) serta vaksin tambahan seperti Influenza dan Pneumococcal.

Tips Pemusafiran Haji dan Umrah (Siri 3)Pengesahan Tawaran TerpilihAnda merupakan jemaah haji terpilih (P1) pada sesuatu...
22/03/2024

Tips Pemusafiran
Haji dan Umrah (Siri 3)

Pengesahan Tawaran Terpilih

Anda merupakan jemaah haji terpilih (P1) pada sesuatu musim haji jika anda menerima notifikasi dari laman sesawang THiJARI atau juga menerima panggilan telefon dari pejabat Lembaga TH tempat anda mendaftar giliran ibadah haji.

Kebiasaannya jemaah yang terpilih akan menerima tawaran secara berperingkat dan perlu mengesahkan penerimaan dalam masa 2 minggu. Anda juga perlu melangsaikan bayaran dengan mencukupkan jumlah yang sepatutnya ke dalam akaun TH. Jemaah haji juga boleh menukar kepada pakej haji yang dikendalikan oleh PJH yang berlesen untuk lebih keselesaan sajian makanan dan penginapan di Tanah Suci.

Anda perlu ke kaunter TH beberapa kali untuk urusan pengesahan dokumen, pengambilan dan pemulangan dokumen seperti Buku Rekod Rawatan, penyerahan pasport atau mungkin juga pengambilan cenderahati dari pihak penaja.

Anda juga perlu segera membuat temujanji untuk menjalani pemeriksaan kesihatan samada di klinik swasta atau hospital/klinik kerajaan yang tertentu sahaja.

Tips PemusafiranHaji dan Umrah (Siri 2)Permohonan VisaIndividu yang ingin masuk ke sesetengah negara luar melalui jalan ...
22/03/2024

Tips Pemusafiran
Haji dan Umrah (Siri 2)

Permohonan Visa

Individu yang ingin masuk ke sesetengah negara luar melalui jalan laut, darat dan udara, ia perlu memohon visa semasa ketibaan atau terlebih awal.

Untuk menziarahi Arab Saudi, anda perlu memohon visa tersebut melalui applikasi Saudi Visa Bio pada telefon pintar masing-masing.

Sila lakukan proses berikut;
1. Mengimbas Pasport pada mukasurat utama.
2. Mengambil gambar wajah dengan latar belakang yang cerah.
3. Mengisikan butiran peribadi termasuk alamat email.
4. Mengimbas kesemua cap jari tangan dan pastikan tiada sebarang kecacatan supaya boleh diimbas dengan mudah.

* Jika anda mempunyai masalah pada jari jemari, sila dapatkan dokumen pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara yang berdekatan.

Tips Permusafiran Haji dan Umrah (Siri 1)Pasport Malaysia Antarangbangsa (PMA)Pastikan tarikh tamat yang tertera di pasp...
21/03/2024

Tips Permusafiran
Haji dan Umrah (Siri 1)

Pasport Malaysia Antarangbangsa (PMA)

Pastikan tarikh tamat yang tertera di pasport anda tidak kurang 6 BULAN dari tarikh akhir anda berada di Arab Saudi.

Pastikan juga masih ada 4 mukasurat berturut-turut yang masih kosong.

Urusan memperbaharui pasport adalah di Jabatan Imigresen Malaysia dan anda perlu mengisikan data secara atas talian di laman sesawang sebelum berurusan di kaunter.

20/03/2024

Pakej Umrah musim baharu (bermula selepas musim haji 1445H) oleh Kembara Umrah Sdn Bhd, di bawah bimbingan khas Ustaz Hj Saifullah Nasri (USN)

Sila hubungi Abdul Aziz Abdullah 019-474 2818 untuk pertanyaan dan pendaftaran.

Pakej Umrah - Musim Baru 1446H

Siapakan Ustaz Hj Saifullah Nasri ?Beliau adalah seorang berkelulusan sarjana dari Universiti Mu'tah, Jordan dan mempuny...
15/03/2024

Siapakan Ustaz Hj Saifullah Nasri ?
Beliau adalah seorang berkelulusan sarjana dari Universiti Mu'tah, Jordan dan mempunyai tauliah menyampaikan kuliah agama di beberapa negeri.

Beliau juga terlibat di dalam industri ziarah/umrah dengan pengalaman mutawwif melebihi 10 tahun serta turut bertindak sebagai pengkursus ibadah haji tanah air Lembaga Tabung Haji (PEKTA).

Hasil jalinan kerjasama antara beliau dengan Kembara Umrah Sdn Bhd (KPL 7267/ 1026053-V) dan beberapa agensi perlancongan yang lain, beliau telah bertindak lebih fokus dan eksklusif untuk mengendalikan sendiri pakej umrah pada;
01hb Ogos 2023
12hb Sept 2023
10hb Okt 2023
07hb Nov 2023
28hb Nov 2023
08hb Jan 2024
30hb Jan 2024
17hb Feb 2024
12hb Mac 2024

Beliau kini sedang berada di Mekah untuk membimbing jemaah umrah slot terakhir iaitu, 12 ~ 23hb Mac, 2024.

Nantikan senarai pakej terbaharu yang bakal menyusul...

Hj Abdul Aziz Hj Abdullah
(Pegawai Pemasaran Umrah)
019-474 2818

Kembara Umrah USN

Melaksanakan ibadah haji adalah suatu kewajipan yang perlu ditunaikan bagi yang 'mampu'. Jangan sesekali berkata, "aku b...
14/03/2024

Melaksanakan ibadah haji adalah suatu kewajipan yang perlu ditunaikan bagi yang 'mampu'.

Jangan sesekali berkata, "aku belum dapat seru !" Ini boleh jatuh kepada syirik/kufur, kerana anda boleh sahaja membuat rayuan secara on-line sebelum 1hb April 2024.

Ingatlah lima perkara (masa lapang, kesihatan, usia, kemampuan dan ajal), sebelum semuanya sudah terlambat.

Jika ingin bertanya, sila hubungi Abdul Aziz Abdullah 019-474 2818 untuk penjelasan terperinci bagi menunaikan haji melalui Pakej Kembara Haji bersama PJH24/1445H

Jika nama anda tidak tersenarai sebagai  Jemaah Haji Terpilih (P1) 2024/1445H, sila buat Rayuan Haji melalui laman web  ...
26/01/2024

Jika nama anda tidak tersenarai sebagai Jemaah Haji Terpilih (P1) 2024/1445H, sila buat Rayuan Haji melalui laman web THiJARI segera kerana ianya telah dibuka mulai 12:01 tengahmalam tadi.

Tahniah kami ucapkan kepada jemaah yang terpilih. Jika anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai ibadah haji bersama pakej swasta, melalui Kembara Umrah Sdn. Bhd. (lesen: PJH24/1445H), sila hubungi Abdul Aziz Abdullah di 019-474 2818

Keistimewaan Pakej Kembara Haji kami;
1. Hotel jarak sederhana dekat
2. Kump**an kecil (2 buah bas)
3. Harga pakej yang menarik ( dengan tawaran diskaun)
4. Mutawwif haji dan umrah yang berpengalaman (lebih 10 tahun) dan berlesen PEKTA dari Lembaga TH.
5. Pengurusan umrah yang diakui cemerlang oleh Lembaga TH.

Tahniah kepada bakal Duyufurahman musim haji 2024/1445H.Bagi mereka yang terpilih atau ingin membuat rayuan haji bersama...
21/01/2024

Tahniah kepada bakal Duyufurahman musim haji 2024/1445H.

Bagi mereka yang terpilih atau ingin membuat rayuan haji bersama pakej haji Kembara Umrah Sdn Bhd (Lesen Haji: PJH24/1445H), sila hubungi Abdul Aziz Abdullah (Pegawai Pemasaran) untuk sebarang pertanyaan

Address

Block 9-G-3A, Taman Jubilee, Lengkok Nipah
George Town
11700

Telephone

+60194742818

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kembara Umrah USN - Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kembara Umrah USN - Pulau Pinang:

Videos

Share

Category


Other Travel Agencies in George Town

Show All