05/01/2024
Setelah menjalani kursus lapangan selama lebih setahun dan beberapa sesi bilik darjah bersama UPM, pihak ECOMY berbesar hati mengumumkan bahawa 10 warga Bateg di kawasan Kuala Tahan, Pahang telah berjaya mengakhiri langkah pertama dalam bidang interpretasi alam dan pemandu alam bagi kampung mereka masing-masing dengan Sijil Penyelesaian Kursus, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Langkah seterusnya, diharapkan mereka dapat menjalani proses perlesenan dari Kementerian Pelancongan. Sebagai langkah persediaan, mereka sudah boleh menerima pelawat ke perkampungan mereka serta menggunakan denai di kampung.
Pihak ECOMY merakamkan tahniah kepada peserta 'Bateq Nature Guides' dan ribuan terima kasih kepada pihak Bird Group Taman Negara (BGTN) khususnya saudara Roslan Kassim dan Afzal Abdul Aziz sebagai Fasilitator Khas & Pembantu Penyelaras.
Ribuan terima kasih juga kepada pihak Yayasan Hasanah dan geran khas Kementerian Kewangan Malaysia sebagai Penyokong usaha kami.
Kepada pihak JTI International Trading S/B, PERHILITAN, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) serta pengusaha penginapan Delima Guesthouse, Tahan Guesthouse, Asia Camp, APM Kuala Tahan serta warga dan rakan-rakan Kuala Tahan - terima kasih di atas sokongan kepada usaha menambah baik sektor ekopelancongan di Kuala Tahan & Taman Negara.
Bagi pihak peserta, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas bimbingan para Fasilitator Utama, Dr. Manohar Mariapan (UPM / ECOMY), Prof Emeritus Dato' Dr. Abdul Latiff Mohamad (UKM / ECOMY) & Fasilitator Khas Andrew Sebastian (ECOMY).
Semoga para perintis Bateq Nature Guides akan terus berusaha untuk bukan sahaja membangunkan sektor pelancongan di kawasan masing-masing malah menjadi sumber ilmu pengetahuan khas bagi pelawat menghayati keunikan kaum suku bateq, dan keindahan alam semulajadi di kawasan Kuala Tahan.
*F