28/12/2019
RAHSIA MASUK RAUDHAH SAMPAI PUAS
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dikenali juga sebagai Raudhatul Jannah atau Taman Syurga yang terletak di dalam Masjid Nabawi di Madinah. Raudhah tidak pernah sepi dari dikunjungi oleh jutaan jemaah umrah dan haji pada setiap masa. Raudhah adalah Taman Syurga yang sangat istimewa dan mulia, di sana terletaknya Makam Rasulullah SAW di mana dahulunya menjadi tempat Rasulullah SAW melakukan ibadah, memimpin solat berjemaah, menerima wahyu dan juga menjadi tempat sahabat beribadah. Juga tempat mimbar yang baginda bacakan khutbah.
Keistimewaan Raudhah :
1. Tempat mustajab berdoa...apa lagi bagi jemaah yang berstatus musafir dan berpuasa p**a. bagi yang berstatus ibu dan ayah, Doakanlah untuk anak-anak kita. Doa yang tiada hijabnya. Suatu situasi yang dijamin Allah bahawa doa mereka tidak ditolak. Berdoa p**a di tempat yang sangat istimewa dan dijamin akan dimakbulkan. Allahurobbi, inilah yang menjadikan saya bagaikan mabuk kerinduan untuk mengerjakan umrah setiap kali bertandangnya Ramadhan.
2. Solat yang dilakukan di kawasan Raudhah diberi ganjaran pahala yang berlimpah sehingga 1000 kali dari solat di masjid lain.
3. Doa, zikir dan selawat yang dibaca di Raudhah juga dijamin mendapat gandaan pahala yang luar biasa.
Kerana begitu tinggi keistimewaannya, maka jemaah menganggap masuk ke Raudhah adalah satu perjuangan. Ramai juga jemaah yang mengalah tak sanggup berhimpit2 dan menunggu lama. Mereka p**ang, hajat tk kesampaian. Masa yang lama berjam-jam diperlukan sehingga membolehkan jemaah masuk ke Raudhah. Bersujud dan berdoa di sini adalah impian bagi setiap jemaah. Sabar adalah segala-galanya.
Saya ingin berkongsi dengan anda. Ini semua dari pengalaman sendiri setelah beberapa kali mengerjakan umrah dan haji. Tentu pasti saya kembalikan kepada Allah yang mengizinkan semua ni berlaku. Tiada daya dan upaya saya kecuali dengan kehendakNya.
πKali pertama mengerjakan umrah tahun 2004, seingat saya dapat masuk sekadar melepaskan syarat. Tiada target, tiada kefahaman, tiada ilmu. Dapat masuk sebentar sahaja, dalam 3-4 minit. Selepas dihalau oleh pengawal, saya mengalah dan terus keluar.
πKali kedua tahun 2007, dapat masuk ke Raudhah sekitar 5 minit sahaja. Selepas ditolak, dipijak dan dihimpit sehingga sesak dada dan dihalau petugas, saya mengalah dan segera berundur keluar.
πKali ketiga pada masa mengerjakan Haji pada tahun 2009, dapat masuk dalam 10 minit tetapi masih berebut-rebut, tolak menolak dan dihalau oleh pengawal. Tidak ada yang mengajar saya cara-caranya sehingga saya sendiri belajar dan bertanya orang lain.
πKali keempat pada tahun 2017, syukur saya dapat masuk lama, puas bersolat taubat, solat hajat dan lama berdoa tanpa dihalau atau dimarahi. Ini setelah saya dibimbing oleh seorang Ustazah dalam Umrah.
πTahun 2019 11 Mei , Dan syukur, saat ini kami masih di Madinah. Pagi tadi dapat menyempurnakan masuk ke Raudhah dengan solat taubat, solat hajat dan berdoa dengan begitu lama sehingga puas. Puas menangis, merayu dan merintih kepada Allah yang maha menyantuni hambaNya. Siap boleh baca Al Quran Tagging yang memang saya bawa. Tanpa dikacau, dimarahi atau dihalau oleh petugas. Masyaallah sungguh ini rezeki. Rasanya dalam 45 minit di Raudhah. Sebaik saya keluar, pintu Raudhah ditutup kepada jemaah wanita.
Bagaimana caranya? Ini rahsianya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sebulan atau dua minggu sebelum berangkat ke Umrah/Haji
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
π Sudah mulai berniat supaya dijemput dan dilayani Allah di Raudhah dan tempat-tempat lain secara istimewa. Semuanya dengan izin Allah. Yakin 100peratus bahawa Allah mendengar hajat kita.
π Sentiasa memandang gambar atau foto di Raudhah. Cari dalam internet dan print serta di tampalkan di mana-mana sahaja yang mudah dilihat. Pada dashboard kereta, di cermin bersolek dalam bilik, di tepi katil, kat cermin bilik air, kat peti sejuk atau di mana saja yg dilihat setiap hari. Setiap kali pandang, terus pasak dalm minda dan bercakaplah dengan Allah...βYa Allah, aku nak masuk ke Raudhah dengan tenang dan puas tanpa diganggu sesiapa. Jemputlah aku Ya Allah.β Semua yang dipasakkan di minda akan berlaku asalkan kita percaya 100 peratus.
π Tukar foto screen hp anda. Letakkan foto Raudhah, kawasan berkarpet hijau muda dengan lima tiang yang berwarna putih dengan hiasan atap ornamen kaligrafi klasik. Sangat cantik. Ini akan membolehkan minda bawah sedar kita bekerja setelah kita settingkan ia.
π Sentiasa membayangkan kita dapat masuk di Raudhah dengan lapang, tenang, tanpa berebut-rebut, tiada gangguan oleh petugas. Bayangkan kita dapat bersolat taubat dan solat hajat serta berdoa sampai kita puas tanpa dihalau. Bayangkan petugas tidak nampak kita.
π Setiap hari usahakan untuk bangun tahajjud dan buatlah solat taubat, solat hajat dan memohon keampunan daripada Allah. Mohon doa agar kita dapat mengerjakan umrah/haji dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan.
π Maafkan semua orang yang menyakiti kita atau yang ada masalah dengan kita. Reda dengan apa yang telah terjadi. Ini bermaksud kita telah membersihkan hati kita. Memaafkan bermakna kita merendahkan diri di hadapan Allah. Ini meringankan hidup dan memudahkan usaha-usaha kita dalam mencari keredaan dan keampunan Allah SWT.
πBanyakkan memberi dan membantu orang lain dalam semua urusan harian kita, mungkin dengan adik beradik, dengan boss di pejabat, dengan team bisness kita, dengan ibu ayah kita, dengan jiran tetangga kita, dengan pasangan, dengan anak2 atau pembantu rumah kita atau dengan sesiapa sahaja. Semakin banyak yang kita memuliakan orang sekeliling, semakin tinggi Allah memuliakan kita.
Ketika Berada di Madinah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
π Ketika di dalam masjid Nabawi, bacalah amalan Nabi Khidir ini.
Baca Al Fatihah 7 kali
Baca empat Qul 7 kali
Baca ayat Kursi 7 kali
Baca Tasbih 7 kali
Baca Selawat 7 kali
Baca Istighfar 7 kali
Berdoa dipermudahkan urusan umrah/haji 7 kali
π Sentiasa bercakap dengan Allah, βYa Allah aku nak masuk ke Taman Syurga Raudhatul Jannah. Pilihlah aku agar dapat masuk dengan tenang dan bersolat serta berdoa sampai puas tanpa gangguan.β Sebut sebut dan terus sebut. Allah mendengar bicara kita.
π Kurangkan bercakap hal-hal dunia ketika di Madinah. Jaga lisan, jaga tutur kata. Kawal marah, turunkan ego kepada level paling bawah. Sebab itu jangan rasa pelik, bila kepala kita dilangkah jemaah, kepala kita di sepak ketika kita sujud, kaki kita dilanggar sewenang2nya, sejadah tempat kita sujud kita ditolak dengan kaki ketika di masjid dan sebagainya. Biarkan sahaja. Itu semua adalah latihan untuk kita merasa kita hamba yang hina dan tiada apa-apa. Semuanya sama di sisiNya.
πSentiasa bersyukur dan redha dengan perjalanan yang Allah aturkan untuk kita sepanjang permusafiran ini seperti menunggu lama di airport, urusan imigresen, selipar hilang, kita ditolak dengan kasar, kita terpisah dengan suami dalam lautan manusia, hotel kita jauh dari masjid, duit kita hilang, makanan di hotel tak kena dengar selera kita dan sebagainya. Senyum dan bersyukur. Allah sedang menilai kita.
πBanyakkan memberi sedekah. Sediakan wang kecil RM5 atau RM10 yang telah ditukar kepada Riyal, dan bawalah setiap hari untuk diagihkan kepada pekerja2 seperti penyapu sampah, tukang cuci masjid Nabawi, penjaga tandas, pencuci tandas, anak2 kecil atau orang-orang tua. Seronoknya mereka bila kita hulurkan. Terus mereka angkat tangan dan berdoa kepada Allah untuk kita. Berkat doa mereka, Allah muliakan kita.
π Saling membantu orang lain sepanjang mengerjakan umrah atau haji. Beri ruang solat jika sebelah kita masih ada ruang, berkongsi makanan ketika berbuka, menghulurkan gula2 ubat batuk atau tisu kepada orang yang berdekatan dengan kita. Banyakkan memuliakan mereka kerana semua jemaah adalah tetamu khas jemputan Allah SWT.
Ketika Hari Nak Masuk Ke Raudhah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Rasulullah SAW bersabda..
βTempat yang di antara rumahku dan mimbarku adalah Raudhah(taman) di antara taman-taman syurga.β
(HR Bukhari)
π Bagi jemaah wanita, untuk masuk ke Raudhah, kita hanya boleh menggunakan pintu no 25. Waktu masuk adalah selepas solat Subuh, selepas waktu Zohor dan selepas Isyak. Anda boleh masuk sendiri atau boleh ikut ustaz atau ustazah jemaah anda. Saya ikut jemaah bas no satu dengan Tabung Haji Travels& Tour. Dipimpin oleh seorang Ustazah.
π Pastikan kita dalam keadaan bersih dan selesa serta berwuduk. Menjaga wuduk adalah sangat penting kerana ia mengambil masa dua hingga tiga jam sebelum benar2 dapat masuk ke Raudhah.
π Sepanjang jalan masuk ke pintu 25, jangan terlepas bersedekah kepada golongan bawahan..pencuci tandas, tukang sapu, tukang cuci dalam masjid dan sebagainya. Jangan lupa untuk berselawat sepanjang jalan. Fokus kepada masuk Raudhah sahaja. Lupakan semua hal-hal lain.
π Sebaik masuk ke Pitstop pertama, kita bersolat Tahiyyatul masjid 2 rakaat. Diikuti dengan solat taubat, solat Duha dan solat hajat. Berdoa jangan putus. Di sini agak lama sampai satu jam lebih. Namun sabar adalah segala-galanya. Usah bersembang kosong atau melayani hp. Apa lagi ketawa berdekah-dekah. Jaga adab kita. Teruskan berdoa, beristigfar, berselawat. Bercakap dengan Allah, katakan..
β Ya Allah, mudahkan laluan aku masuk ke Raudhah tanpa diganggu. Aku mahu bersolat dan bermunajat kepadaMu di tempat yang mulia ini.β
π Ikut arahan ustazah yang memandu kita. Jangan buat tindakan sendiri. Usah terburu-buru. Ketika ini jika ada jemaah tersepak kaki kita, melangkah badan kita, memijak sejadah kita, ada jemaah marah-marah kita, sabar dan biarkan sahaja. Usah melawan gaduh atau marah-marah. Ada juga jemaah yang menangis, menjerit2 macam kena histeria pun ada. Tengok saja usah ulas apa-apa. Terus beristighfar dan berselawat.
π Apabila ustazah memberi arahan supaya kita bangun berpindah ke pitstop kedua, bangunlah dengan tenang. Usah berlari atau berebut2. Ini sangat saya jaga. Dan setiap pitstop yang kita datang, usah sekadar duduk. Dirikan solat taubat, solat hajat dan berdoa terus. Usah sibuk bercakap dengan jemaah lain yang hanya duduk menunggu atau bersembang sambil melayani hp. Setiap pitstop tu lama, lebih dari 30 minit hingga 50 minit.
π Apabila guard membuka laluan ke Raudhah, ustazah akan meminta kita berjalan untuk ke pitstop yang ketiga. Bangun dengan tenang. Jangan terburu2 hingga menolak jemaah lain. Jika ada yang menolak kita, biarkan sahaaj. Kita terus tenang sambil berzikir.
π Ini adalah stesen atau pitstop terakhir sebelum kita masuk ke Raudhah. Kita boleh nampak kubah berwarna hijau di atas bumbung. Saya bergambar di sini. HP dibenarkan dibawa masuk. Kawal tingkah laku dan akhlak kita. Ini bukan Universal Studio. Ini makam Rasulullah SAW, tempat yang sangat dimuliakan Allah SWT.
Sampai di pitstop terakhir ini, saya terus buat solat taubat dan solat hajat lagi sini. Terus berdoa agar dapat masuk ke Raudhah secara istimewa. Tiada gangguan dan dapat bersolat dan berdoa tanpa diganggu sesiapa. Ada jemaah mulai resah, mula bising, ada yang macam histeria..ada yang menangis2, menjerit2 dengan pelbagai gelagat. Saya terus bertenang, senyum dan terus berdoa.Terus fokus kepada Raudhah.
Waktu di sini saya tak berhenti membaca doa Nabi Yunus...
β La ila hailla anta subhanaka inni kutu minazoolimin
Maksudnya: βSesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiriβ. (al-Anbiyaβ:87)
Dalam 30 minit juga di sini.
π Apabila pintu Raudhah dibuka, terus masuk dengan tenang. Keadaan bersesak2 adalah biasa. Jangan keliru ya dengan karpet hijau, ada jemaah terus solat di sana kerana karpet merah telah ditukar dengar karpet hijau. Hanya kawasan tiang yang lima sahaja kawasan Raudhah. Saya terus ke depan karpet hijau iaitu kawasan Raudhah sebenar.
π Penuh sesak, berhimpit2 dan menjerit2 suara jemaah. Biarkan saja jika kita ditolak atau diasak. Terus tenang dan baca doa Nabi Yunus. Di samping baca Selawat. Ucapkan salam βAssalamualaikum Ya Rasulullah Ya Nabiyullah.β Ketika ini air mata terus bercucuran tak dapat ditahan-tahan. Ya terasa Rasulullah senyum kepada saya, mengangguk-nganggukkan kepala baginda dan melambai-lambai tangan baginda. βAku datang Ya Rasulullah, aku merinduimu. aku ingin masuk ke barisan umatmu Ya Rasulullah wahai kekasih Allah.β Allah mendengar, Rasulullah menjawab salam saya dan salam yang dikirimkan oleh sahabat-sahabat saya. Mengangis lagi...πππππππππ
π Sampai ke depan, saya sempat solat taubat dua rakaat dan solat hajat dua rakaat. Berdoa hanya dalam sujud. Jangan berdoa dengan menadah tangan kerana pengawal akan terus menghalau kita. Selagi kita sujud, pengawal tidak akan mengganggu.
π Selesai di sana, saya berpindah ke belakang. Memberi ruang untuk jemaah lain p**a ke depan. Memang berasak-asak sedikit, biar orang tolak kita, sekali-kali kita jangan menolak sesiapa. Allah sedang melayani kita. Jangan lepas berdoa pada Allah.
π Alhamdulillah, di belakang saya solat taubat dan solat hajat lagi. Lama-lama sujud dan dalam sujud berdoalah apa saja. Sebutlah doa yang dikirimkan kepada kita oleh sahabat-sahabat kita, doa kepada pasangan dan anak-anak kita. Doakan ibu ayah kita, adik beradik kita. Berdoalah sampai habis dalam sujud saja. Berdoalah untuk diri kita jangan lupa. Mata bengkak menangis non stop. Getaran energi sangat kuat di sini. Automatik kita akan menangis sampai lebam mata. Hati penuh sayu pilu. Ooooo kerdilnya diriku ini. ππππ
Berdoa sampai puas. Hanya dalam sujud sahaja. Jemaah yang menadah tangan akan dihalau keluar.
π Selesai di sini, saya bangun menuju ke signboard EXIT berhampiran pintu keluar. Rezeki Allah hamparkan untuk saya, ada kekosongan di sana. Keadaan dalam Raudhah semakin lega. Ramai jemaah yang dah keluar. Alhamdulillah di situ saya dapat makin banyak ruang dan masa untuk bersolat dan berdoa. Tunaikan lagi solat taubat dan solat hajat. Dua rakaat, empat rakaat, enam rakaat, lapan rakaat sampai puas. Buat lama2. Tiada siapa yang menolak lagi, tiada berhimpit-himpit lagi. Menangis semahunya. Bercerita pada Allah sepuas-puasnya. Dia mendengar rintihan dan rayuan kita.ππππππ.
Selesai puas berdoa, saya sempat membuka Al Quran Tagging saya. Saya buka Al Quran sahaja dan dihidangkan Surah Al Raβad halaman 249. Sempat dibaca ayat 1 hingga lima sahaja. Alhamdulillah.
π Hampir semua jemaah dah keluar dari Raudhah. Kerana pintu telah ditutup untuk jemaah lain. Saya masih dibiarkan di kawasan itu tanpa diganggu. Saya sujud lagi, berdoa lagi.
βYa Allah matikan aku dalam Husnol,khotimah.β
βSudahkan bagi kami dengan sebaik-baik kesudahan dan janganlah Engkau tamatkan hidup ke atas kami dengan seburuk-buruk kesudahan.β
Alhamdulilah, dari jam 10.45am saya masuk ke Raudhah, dalam jam 11.30 baru saya keluar. Setelah hampir semua jemaah keluar, baru pengawal meminta saya keluar untuk giliran jemaah lelaki p**a yang masuk.
Syukur..terima kasih Allah. Sungguh, sebaik apa yang kita lakukan kepada orang lain, maka itu sejatinya kita melakukan usaha yang terbaik untuk diri kita sendiri. Dan Allah menyantuni kita atas doa dan impian untuk masuk ke Raudhah. Keluar dari Raudhah dengan mata yang bengkak tetapi hati terasa cukup tenang dan damai.
-Dato' Faridah Mohd AliπΉ