18/02/2024
NASI TOMATO AYAM ROSE
Bahan-bahan:
5 cawan beras basmathi 1121 cap rambutan
6 cawan air
1/2 cawan susu cair
3 sudu besar minyak sapi
1 senduk kecil minyak masak
1 tin kecil puri tomato (berat 220gm)
2 biji bawang merah dihiris nipis
5 ulas bawang putih dihiris
2 ibu jari halia dihiris
1/2 sudu besar garam
1/2 sudu kecil gula
4 kuntum bunga lawang
1 keping kulit kayu manis
Daun ketumbar
Sedikit kismis basuh dan toskan
INFO:
Sukat beras, air, susu guna cawan kopi teh yang sama. Nak lagi ok guna cawan s**atan metrik.
Cara Masak:
1. Basuh beras dan rendam selama 15-20 minit. Masukkan juga 2 cubit garam. Bila dah cukup masa, toskan dan bilas sekali lalu saja guna air paip.
2. Panaskan minyak dan minyak sapi dalam kuali. Masukkan bunga lawang dan kulit kayu manis. Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan bahan hiris. Tumis hingga layu dan sedikit garing.
4. Mas**an tomato puri, garam dan gula. Biarkan mendidih.
5. Apabila sudah mendidih, masukkan susu cair. Masak lagi hingga naik minyak dan terus tutup api.
6. Kemudian masukkan beras yang sudah ditoskan ke dalam periuk nasi elektrik.
7. Masukkan juga pes nasi tomato yang ditumis tadi.
8.Tambahkan daun ketumbar yang dicarik dengan batangnya sekali. (anggaran 4-5 batang)
9. Tekan butang ‘cook’ dan biarkan nasi betul-betul kering. Taburkan kismis atas nasi (jangan kacau nasi tu).
10. Apabila butang cook dan naik, biarkan selama 15 minit baru boleh kacau nasi. Siap.
Bahan-bahan Ayam Masak Rose:
1 ekor ayam potong, basuh, tos dan gaulkan dengan sedikit garam.
3 kuntum bunga lawang
2-3 batang serai diketuk
1 1/2 sudu besar gula
2 sudu kecil garam (jika tak cukup baru tambah)
1 sudu teh bahan perasa
4 sudu besar sos cili life
2 sudu besar sos tomato
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 tin kacang peas toskan
Bahan Kisar Halus:
20 tangkai cili kering tambah jika s**a pedas, buang biji dan rendam air panas.
3 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
2 ketul halia sebesar ibu jari
1 cawan minyak masak
Cara Masak :
1. Panaskan minyak masak dan goreng ayam hingga masak. Angkat dan toskan minyaknya.
2. Dalam kuali berasingan, masukkan bahan kisar. Jangan letak minyak dah ya.
3. Masukkan bunga lawang, serai, gula, garam dan sedikit bahan perasa. Tumis hingga betul-betul garing dan bahan kisar berubah warna menjadi merah gelap.
4. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau sekejap.
5. Seterusnya masukkan susu. Kacau hingga naik minyak.
6. Masukkan ayam dan air. Masak hingga kuah hampir pekat.
7. Taburkan kacang peas. Kacau sekejap dan sesuaikan rasa.
8. Ayam Masak Rose siap untuk dinikmati.