Doth47

Doth47 adventure Tourism organiser

Bengkel pengurusan risiko dan pakej + profil gunung untuk kelestarian MGP Semenanjung Malaysia...Alhamdulillah selama 3 ...
13/02/2025

Bengkel pengurusan risiko dan pakej + profil gunung untuk kelestarian MGP Semenanjung Malaysia...

Alhamdulillah selama 3 hari kami berkampung di Gunung Jerai resort tajaan JPSM.. dan mewakili Malim Negeri Johor...

Demi kelansungan dan kelestarian aktiviti mendaki di Malaysia pihak JPSM telah membuat bengkel menghimpunkan wakil2 dari serata Negeri... Objective untuk mengenal pasti tahap kesukaran setiap Gunung atau trek pendakian di Semenanjung Malaysia...serta profil gunung2 yang menjadi tarikan pendaki.. bukan itu sahaja, dengan data yang ada malim2 juga dapat analysis setiap risiko untuk setiap trek pendakian dengan lebih teliti untuk panduan malim2 yg lain untuk memberi gred atau tahap kesukaran mendaki..

Dengan itu data tersebut akan mempergaruhi harga setiap pakej... Kerana melibatkan masa, jarak juga tahap kemahiran malim itu sendiri...tapi program skala ini Masih di peringkat pembangunan... Di teliti dgn kajian pakar2 dari university dan agensi tempatan...
Alhamdulillah MGP sekali lagi mencipta sejarah..
kami di Doth47 juga dapat sedikit ilmu untuk setidak2nya membantu pendaki2 dengan profile Gunung yang akan di daki, supaya persediaan lebih baik dan Selamat... InshaAllah...

Kejadian ni 2017, kisah die Doth47 tengah rancak buat trip G7.. jadi perlukan ramai guide yang kompeten yang boleh berna...
04/02/2025

Kejadian ni 2017, kisah die Doth47 tengah rancak buat trip G7.. jadi perlukan ramai guide yang kompeten yang boleh bernaung di bawah Doth47..
trip gunung Chamah agak hatko zaman tu, perjalanan 4x4 memakan masa 4-5 jam sehala... Sangat memenatkan... Dan on trek ke kem pakma 4-6 jam, jadi day 1 yang sangat memenatkan... Sebab sehari sebelum perjalanan dari Johor pun tak cukup tidur...

Day 2 jam 6 pagi kami mula mendaki dari kem Pakma ke puncak Chamah.. mengambil masa lebih kurang 6-7jam... Dan turun kembali di Kem Pakma lebih kurang 7pm.. semua pendaki berjaya dan dalam keadaan baik walaupun hujan...

Day 3 jam 10 pagi kami siap dan bergerak keluar ke drop off point.. mengambil masa 4jam... Sampai di drop off point hujan selebat lebatnya... Sangat2 mencabar kenderaan 4x4 utk membawa kami keluar.. Alhamdulillah kami semua Selamat sampai di Kuala Betis jam 6 petang...

Masa tu adalah trip pertama untuk guide Ariff dan di beri peluang untuk belajar dengan guide Poncho selok belok Gunung Chamah..
Sebab beberapa Hari lagi guide Ariff di tugaskan untuk trip CHAMAH+ ULU SEPAT ( trans C.U.S 70km++) Kelantan - Perak...
Guide Ariff belum pernah membuat mana2 trans titiwangsa atau trek panjang yg lebih 50km sebelum itu telah di beri amanat untuk trans CUS..
Pembelajaran secara lisan, berkaitan check point2 rekom ke sg Perez - Kem megi, sempadan, puncak orked, Kem lepir, simpang ulu Sepat, puncak ulu sepat ,seven E, kampung lenweng hanya gambaran Maya sahaja....

Next trip guide Ariff berjaya membawa group seterusnya, CUS dan berkembang ke serata Gunung2 G7... Hanya berbekalkan guide line secara lisan dari guide Poncho... Guide Ariff tidak pernah menggunakan apa2 gadjet canggih selain kompas dan jejak denai untuk mencari trek, semua trek di rekod dalam memori dan tawakal je sepanjang perjalanan jarak jauh... Alhamdulillah semua berjaya..
kini lebih 1000 pax Doth47 telah berjaya organise ke pelbagai Gunung, dari yang rendah sampai la yang hatko...

Kini adalah masa untuk kami berkongsi Rahsia Gunung... Kepada semua pendaki...

Seni perkhemahan ni adalah 1 cabang yang paling seronok dalam aktiviti pendakian...Masa ni kite akan cuba masak dengan c...
03/02/2025

Seni perkhemahan ni adalah 1 cabang yang paling seronok dalam aktiviti pendakian...
Masa ni kite akan cuba masak dengan cara paling mudah, walaupun kite biasa memasak di rumah tapi dalam hutan banyak kekurangan, tiada electric, tiada peralatan yang memudahkan kite...
Tapi jika kite kretif, semua jadi lebih mudah... Apa jenis menu pun jadi lebih menarik dan menyelerakan...
Ade pepatah hiker mengatakan.. " pikol macam hamba makan macam Raja"....
Jadi tak pelik la jika ramai yang pikul beg besar2... Nak ringan boleh, tapi kurang la bahan makanan nya...
Paling best dapat merewang sama2 masak... Baru la ukhwah tu lebih rapat... Makan sama2, syokkk woo...

Sireh Park trail vs Raptor Nest Campsite Tuisyen Gunung bersama Doth47 Bagi yg duduk sekitar Johor Bahru boleh meluangka...
03/02/2025

Sireh Park trail vs Raptor Nest Campsite
Tuisyen Gunung bersama Doth47

Bagi yg duduk sekitar Johor Bahru boleh meluangkan masa dan melakukan pelbagai aktiviti, selain mendaki denai dan lepak santai mengopi korang boleh naik bot, main kayak dan ATV...
Atau perlukan khidmat kami untuk bantu anda berkaitan hal2 pendakian, dan coaching untuk lebih mahir mendaki Boleh contact kami...
Syarikat kami berpengalaman 10 tahun dalam penganjuran trip pendakian..
Kami boleh pastikan, peralatan dan persediaan lebih lengkap dengan fungsi yang betul dan sesuai untuk setiap pendakian korang...
Lebih jimat dan berguna semasa pendakian jarak dekat, jarak jauh juga bermalam...
Ramai pendaki salah cara, dari kasut, pakaian, beg dan mandatory item seperti lampu, first aid, bekalan air dan makanan... Pengetahuan ini akan bantu 30-40% korang lebih bersedia jika berlaku sebarang kemungkinan..

Jadi la pendaki yang berilmu, slow takpe janji selamat...

Sebarang pertanyaan boleh terus Whatsapp

Alhamdulillah Selamat naik dan turun, pendakian pertama untuk 2025,group 1 family dari Jaybee, sangat bersemangat, kerja...
02/02/2025

Alhamdulillah Selamat naik dan turun, pendakian pertama untuk 2025,
group 1 family dari Jaybee, sangat bersemangat, kerjasama dan berdisplin...
1st timer tapi boleh on time setiap check point, good job 💪💪

Gunung Panti Barat 531mdpl
Organiser by : Peak Hunter Adventure
Guide : Ariff ( MGPJ 1087)

Ok guys see you soon...

Jika berminat, atau sebarang pertanyaan boleh contact kami...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Syukur ke hadrat Illahi keatas anugerah Advanture Tourism Operators utk tahun ke 2Se...
28/01/2025

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Syukur ke hadrat Illahi keatas anugerah Advanture Tourism Operators utk tahun ke 2
Selepas hampir 10 tahun menjadi penganjur aktiviti pendakian Puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia ( G7)
1- G.Tahan
2- G. Korbu
3- G. Yong Belar
4- G. Gayong
5- G. Chamah
6- G. Yong Yap
7- G. Ulu Sepat

Dan juga Gunung2 di sekitar Johor

Bertapak di Johor, kami menerima pendaki2 baru dan juga pendaki berpengalaman bergantung jenis2 perkhidmatan yg di perlukan spt
Menyediakan khidmat guide mahir dan permit hutan / insurance mendaki
Menyediakan makanan panas sepanjang trip pendakian ( bermalam/ jarak jauh/ perkhemahan)
Consultant berkaitan pendedahan, peralatan juga latihan berkaitan pendakian gunung
Pengurusan, perancangan berkaitan pendakian dan aktiviti perkhemahan

Jika perlukan lebih info boleh terus Whatsapp kami bila2 masa...

Address

118 Lot 3220 Jalan Denai Utama, Kempas
Johor Bahru
81200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Doth47 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share