Badal Haji Umrah

Badal Haji Umrah Kami Wakil Syarikat Ustaz Umrah Berdaftar Sah menguruskan ibadah Badal haji dan Umrah sejak 2015

31/12/2022
31/12/2022
30/12/2022

HOMEMADE COLESLAW! 🥗

Bahan-bahan:
1 biji kubis potong dadu
1 batang carrot potong dadu
2 sb bawang holland potong dadu
½ cawan mayonis
⅓ cawan gula pasir
¼ cawan susu full cream (Dutch Lady)
¼ cawan buttermilk
2 ½ sb perahan lemon
1 ½ sb cuka
½ sk garam
⅛ sk serbuk lada hitam

Cara-cara:
1. Kubis dan lobak merah potong dadu. Ketepikan.
2. Di mangkuk yang lain, masukkan bawang, mayonis, gula pasir, susu, buttermilk, perahan lemon, cuka, garam, dan blackpepper. Kacau rata.
3. Satukan kubis, lobak merah dan bahan di no 2.
4. Kacau sehingga sebati. Nak lebih sedap, perapkan selama semalaman.

Kredit: Azlan Rumadi

Sempena Sale Hebat 1.1 ni, collect siap2 FREE coins dan voucher best yang ni
👉🏻https://shope.ee/q6pOMrQ0W , kemudian pilih barangan menarik kat sini bit.ly/3Qb6OZQ

30/12/2022
30/12/2022

Kuih TALAM BERLAUK
Lebih kurang mcm cara berlauk.tp yg ni di kukus.sedap makan dgn sos.saya buat dlm bekas kecik2 senang tk payah nk potong2

RESEPI Talam berlauk udang

Utk bahagian bawah:
3 cawan tepung gandum
200 ml santan cap Ayam/1 cawan santan segar pekat
4 cawan air atau santan cair
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 biji telur ayam
1 sudu kecil gula
2 sudu kecil garam atau secukup rasa

Satukan semua bahan dan blend. Tapis dan tuang ke dalam bekas. Ketepikan. Asingkan 1/4 cawan.

Untuk Lauk:
200 gram udang saiz kecil
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering (ditumbuk)
2 biji cili merah
Sedikit daun sup dan daun bawang
Sedikit serbuk lada sulah
1/4 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
Sedikit minyak utk menggoreng + 1 sudu besar minyak sapi

Hiris halus bawang merah, bawang putih, cili merah, daun sup dan daun bawang. Udang kering ditumbuk halus.
Goreng bawang merah dan bawang putih hingga kuning keemasan, angkat. Kemudian masukkan udang kering. Setelah naik bau dan garing, masukkan udang hidup yg dibuang kulit diikuti dgn cili merah. Bubuh sedikit serbuk lada sulah, sedikit gula dan garam secukup rasa.

Bila udang sudah masak, tutup api dan masukkan bawang yang digoreng tadi bersama daun sup dan daun bawang dan gaul rata. Ketepikan.

Cara Membuat Talam Berlauk:

Tuang adunan bahagian bawah ke dalam bekas yang disapu sedikit minyak. Kukus selama lebih kurang 15 minit.
Kemudian buka tudung dan tabur bahan lauk yg telah digoreng tadi dan ratakan. Titiskan tepung yg diasing tadi sedikit demi sedikit ke atas permukaan lauk tadi untuk melekatkannya.
Kemudian sambung mengukus selama 45 minit lagi.
Saya guna bekas kecil, saya cuma kukus 20 minit. Setelah sejuk, baru dipotong (utk yg buat dlm talam)dan bolehlah dihidangkan. Selamat Mencuba..

Nota:
Boleh disimpan di dalam peti sejuk dan dikukus sekejap sebelum dihidangkan.
Versi talam berlauk tak letak keladi.

Sumber Resepi : Azie Kitchen

30/12/2022
30/12/2022

Bila saya masak kepak ayam dalam oven begini untuk party, memang habis dalam sekelip mata. Pedas dan manis rasanya, memang kegemaran ramai.

P/S: ramai pulak nak resipi ni.

Kepak Ayam Manis² Pedas

RESIPI::
1 kg kepak ayam -
Bersihkan dengan air hingga jernih, toskan hingga kering.
Madu (honey)

REMPAH²"

1 sudu kecil serbuk jintan
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk bawang putih
2 sudu kecil serbuk bawang
2 sudu kecil serbuk cili (tambah jika nak lebih pedas)
1 Sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu makan tepung jagung
2 sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
Satukan semua rempah dan kemudian campurkan dengan kepak ayam dan gaulkan hingga sebati.
Perapkan selama 30 minit (kalau semalaman lagi sedap).
Susunkan kepak ayam di dulang ketuhar. Dan masukkannya ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.

Pertama, pada suhu 150 ° C selama 20 minit. Kemudian terbalikkan kepak ayam, lumurkan perapan dalam dulang di atas kepak ayam dan bakar lagi selama 10 minit .

Akhir sekali, campurkan madu dgn krpak ayam dan bakar pada suhu 200 ° C hingga keperangan dan rangup ... lebih kurang 10 - 20 minit. Bergantung pada ketuhar masing² dan kalau nak ranggup ke atau tidak. Bila dah cukup ranggup, keluarkan dari oven, dan dah boleh dihidangkan. Tapi jangan makan terus dari oven, panas tu.

Resipi ini lebih sihat dan lebih senang dibuat daripada di goreng dengan minyak.

Petua:
Rasa manis dan pedas tu ikut citarasa masing².
*Guna madu ni sedap : https://shope.ee/1L6p8R7MlE

Selamat mencuba.

- victoria van bennekum

29/12/2022

Ramai mintak resepi
saya pon cari resepi kat fesbuk je,first time buat ni..sedap😁
RESEPI YEE MEE SIZZLING
===================
Bahan-bahannya: (Untuk 3 orang)
3 gulung yee mee
5 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 inci halia - dicincang halus
Ayam - dipotong kecil
6 kuntum cendawan sh*take kering - direndam hingga lembut dan dipotong 4
4 biji cili kering - dipotong-potong
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh minyak bijan
2 sudu makan tepung jagung + secawan air
Minyak untuk menumis
4 cawan air
Cara-caranya:
Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.
Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk.
Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air).
Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan ayam masak.
Masukkan cendawan. Biarkan 2 - 3 minit.
Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat.
Masukkan minyak bijan, gaul rata. Tutup api.
Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee.
Kredit Resepi ini kpd Nor Azlindawati Baharudin

29/12/2022
29/12/2022

SERI KAYA KUKUS
BAHAN-BAHAN :
5 biji telur
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
2 helai daun pandan (dikoyak dan disimpul)
garam secukup rasa
sedikit minyak masak untuk disapu dalam loyang
CARA-CARA :
1- panaskan air dalam periuk kukusan
2- gaulkan semua bahan dan tapiskan ke dalam loyang bulat bersaiz 7 inci yang sudah ditapiskan dengan sedikit minyak
3- kukuskan selama 30 minit dengan api sederhana
4- sejukkan dan potong
5- sedia untuk dihidangkan
Kredit Resepi : Chef Hanieliza

28/12/2022
28/12/2022

Resepi Kek Coklat Pisang Kayangan

Bahan A
150g pisang emas/berangan - dilecek halus bersama 1 sk esen creamy vanilla, biar seketika
2 biji telur gred B - whisk sebati
60ml buttermilk - 60ml susu segar + 1 sk cuka, biar 10 minit
115g Buttercup cair

Bahan B
170g tepung gandum*
40g serbuk koko*
1½ sk baking powder*
1 sk soda bikarbonat*
120g gula perang
Sedikit garam

Bahan C
60g coklat chips
Toppings:
30g kacang walnut (cincang)
30g Beryl's milk compound (cincang)
30g coklat chips

Cara2
1. Satukan bahan (A) & whisk hingga sebati, ketepikan.

2. Ayak bersama bahan (B) yang bertanda*, kemudian tambah gula + garam. Gaul sebati.

3. Masukkan adunan (A) tadi, kaup balik sebati dengan spatula.
Tambahkan bahan (C) & gaul lagi.

4. Tuangkan adunan ke dalam loyang 7x7 yang telah dilapik baking paper.

5. Tabur toppings secukupnya. Bakar pada suhu 160°c selama 45-50 minit (bergantung pada oven).

Selamat mencuba.

Sumber : Aida Zakaria

28/12/2022

APAM COKLAT
by intaidapur_liza

Apam Coklat ( lbh kurang 48 biji )

2 cawan tpg gandum
1 cawan serbuk koko
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat - ayak semua bhn
1 1/2 cawan gula - masukkan ke dlm bhn ayak td, gaul rata
1 cawan minyak
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
2 biji telur
1 cawan air panas

- blend semua bhn cecair KECUALI air panas
- masukkan bhn kering sdkt2, gaul
- akhir sekali masukkan air panas dan kacau sebati
- sapu acuan lompang dengan minyak, masukkan adunan 3/4
- kukus selama 15-20 minit atau sehingga masak

28/12/2022

Padu pekena ni untuk makan malam musim musim hujan.
Kalau makan bayam, ambil sekali dengan chickpeas. Atau kacang kuda.
Karbohidrat, zat besi dan fiber dalam kacang kuda serasi dengan kalsium dan vitamin C dalam bayam.
Kacang kuda ada raffinose - bantu pencernaan nutrien agar diserap oleh sel.
Rendahkan kolesterol sebab chickpeas makanan rendah GI.
Ni cara nak buat.
Bahan:
- Olive oil
- 1 biji bawang besar (potong halus)
- 4 ulas garlic (hancurkan)
- 1 sudu makan halia (sagat)
- 1 sudu teh serbuk kari
- 1/2 sudu teh serbuk cili
- 1/4 cawan tomato (cincang)
- Segenggam bayam
- Air perahan lemon
- 1 1/2 cawan chickpeas
- 1/2 cawan santan
- Garam cukup rasa
- 1 biji keledek (panggang dalam oven 40 minit)
1. Bakar keledek selama 40 minit atau sampai isi lembut.
2. Dalam kuali l***r, panaskan minyak. Masukkan bawang besar. Kacau sampai lembut.
3. Masukkan garlic, halia, serbuk kari, serbuk cili. Goreng dalam 3 minit.
4. Masukkan tomato, air lemon. Masak lagi 3 minit. Kacau rata.
5. Masukkan chickpeas dan bayam. Biarkan sampai layu sikit baru masukkan santan.
6. Akhir sekali, letak garam cukup rasa.
Sedap juga cicah dengan roti sourdough.
Bolehlah cuba.
P/S:
Ada banyak lagi resipi sihat & sedap macam diatas.
Dapatkan di https://bit.ly/SayaNakBukuResipiSihat

28/12/2022
28/12/2022
27/12/2022
27/12/2022
23/12/2022
24/10/2022

Assalammualaikum semua. cuti ni apa plan?

Address

Kompleks Perhentian Kajang
Kajang
43300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Badal Haji Umrah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Badal Haji Umrah:

Share

Category


Other Travel Services in Kajang

Show All