Faqih Travel Sdn. Bhd.

  • Home
  • Faqih Travel Sdn. Bhd.

Faqih Travel Sdn. Bhd. Tiada penipuan. Tiada penganiayaan.

Nombor Pendaftaran Syarikat (SSM) : 1518678-D
Nombor lesen MOTAC : KPK/LN 11494

Wakil jualan rasmi Salam Hijrah Holiday
Pengurusan Haji dan Umrah yang dipercayai.

BERBAKTI KEPADA ORANG TUASesungguhnya amat besar ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT untuk mereka yang berbakti kepa...
01/09/2024

BERBAKTI KEPADA ORANG TUA

Sesungguhnya amat besar ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT untuk mereka yang berbakti kepada ibu bapa. Sebaliknya menjadi suatu kerugian besar bagi mereka yang masih mempunyai ibu bapa, tetapi tidak dapat berbakti kepada mereka.

Islam menganjurkan agar anak - anak sentiasa mendoakan kerahmatan dan keampunan buat kedua - dua ibu bapanya.

Marilah sama - sama kita menadah tangan memohon doa buat kedua ibu bapa kita.




Nama Malaysia sangat terbilang,Melahirkan ramai tokoh dan wira,Ayuh kibarkan Jalur Gemilang,Tanda cinta pada negara.Tang...
31/08/2024

Nama Malaysia sangat terbilang,
Melahirkan ramai tokoh dan wira,
Ayuh kibarkan Jalur Gemilang,
Tanda cinta pada negara.

Tanggal keramat, 31 Ogos 2024 hari ini, Bersama kita semarakkan sambutan Kemerdekaan Negara yang ke-67 tahun dari kami Faqih Travel Sdn. Bhd. dan Salam Hijrah Holiday Sdn. Bhd.

“Malaysia Madani Jiwa Merdeka”

𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀! 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀! 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀!Tanggal 31 Ogos 2024, bermakna kini sudah mencecah 67 tahun detik bersejarah negara. Seluruh w...
31/08/2024

𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀! 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀! 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀!
Tanggal 31 Ogos 2024, bermakna kini sudah mencecah 67 tahun detik bersejarah negara.

Seluruh warga Salam Hijrah Holiday Sdn. Bhd. dan Faqih Travel Sdn. Bhd. mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2024.

[VID  #257]Setiap apa yang Allah tetapkan buat kita, ia sebenarnya adalah apa yang terbaik buat kita, bahkan cukup dan s...
30/08/2024

[VID #257]
Setiap apa yang Allah tetapkan buat kita, ia sebenarnya adalah apa yang terbaik buat kita, bahkan cukup dan sempurna sebagai tanda kasih dan sayangNya buat kita. Jom tonton !

Bantu usaha dakwah ini dengan Subscribe, Like dan Share ya!

Tajuk : TUHAN TIDAK ZALIM
Tonton di Youtube : https://youtu.be/vlnyFiShhKQ

Infaq dari :
HAMBA ALLAH

Berminat untuk berinfaq untuk dakwah digital?
❣️ Sumbangan pembangunan projek dakwah : https://toyyibpay.com/ProjekDakwahDigital

[VID #257]Setiap apa yang Allah tetapkan buat kita, ia sebenarnya adalah apa yang terbaik buat kita, bahkan cukup dan sempurna sebagai tanda kasih dan sayang...

ᴍᴇɴɢᴀᴊᴀᴋ ᴋᴇᴘᴀᴅᴀ ᴋᴇʙᴀɪᴋᴀɴعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ دَعَا إِ...
27/08/2024

ᴍᴇɴɢᴀᴊᴀᴋ ᴋᴇᴘᴀᴅᴀ ᴋᴇʙᴀɪᴋᴀɴ
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا
Dari Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda :
"Barangsiapa mengajak manusia kepada kebaikan , maka dia akan mendapat pahala sebanyak mana pahala yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa dikurangkan pahala buatnya sedikitpun .
Sebaliknya, barang siapa mengajak manusia kepada kesesatan , maka dia akan mendapat dosa sebanyak mana yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa dikurangkan dosa buatnya sedikitpun."
HR Muslim ; 2674





Kelebihan BersedekahDaripada Adi bin Hatim RA, Dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Jagalah diri kalian...
26/08/2024

Kelebihan Bersedekah

Daripada Adi bin Hatim RA, Dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya bersedekah dengan
sepotong kurma.”

Sedekah tidak terhad kepada pemberian wang ringgit atau harta benda, sebaliknya merangkumi hal seperti mengajar ilmu baik dan memberi pertolongan.





24/08/2024

KURSUS UMRAH TERTUTUP | Part 2

Tempat : Pejabat Urusan Faqih Travel
Disampaikan oleh : Ustaz Abu Fawwaz & Ustaz Azwan Lazam
Kump**an : GP05
Tarikh penerbangan : 12 -22 September 2024
Penerbangan : Saudia Airlines
Jumlah jemaah : 20 orang
Pembimbing : Ustaz Abu Fawwaz

24/08/2024

KURSUS UMRAH TERTUTUP

Tempat : Pejabat Urusan Faqih Travel
Disampaikan oleh : Ustaz Abu Fawwaz & Ustaz Azwan Lazam

Kump**an : GP05
Tarikh penerbangan : 12 -22 September 2024
Penerbangan : Saudia Airlines
Jumlah jemaah : 20 orang
Pembimbing : Ustaz Abu Fawwaz

23/08/2024

ZIARAH MADINAH | Ibrah dari peperangan Uhud | Tonton versi penuh di YT Lensa Haji Umrah

22/08/2024

[VID #256]
Kita dijemput bertamu ke lembah yang paling dicintai Allah dan rasulNya. Bagaimanakah sikap kita? Jom tonton !

Bantu usaha dakwah ini dengan Subscribe, Like dan Share ya!

Tajuk : JEMPUTAN PALING ISTIMEWA

Infaq dari :
HAMBA ALLAH

Berminat untuk berinfaq untuk dakwah digital?
❣️ Sumbangan pembangunan projek dakwah : https://toyyibpay.com/ProjekDakwahDigital

22/08/2024

[VID #255]
Ada perkara yang terlalu kecil ataupun telah diketahui jawapannya, kita sangka ia tak mungkin ditanyakan. Namun..hakikatnya, ia tetaop akan ditanyakan, bahkan semua perkara perlu dijawab suatu hari nanti. Jom tonton !

Bantu usaha dakwah ini dengan Subscribe, Like dan Share ya!

Tajuk : SEMUA AKAN DITANYA !!

Infaq dari :
HAMBA ALLAH

Berminat untuk berinfaq untuk dakwah digital?
❣️ Sumbangan pembangunan projek dakwah : https://toyyibpay.com/ProjekDakwahDigital

20/08/2024

TESTIMONI UMRAH | Perkongsian dari para jemaah Umrah group GP04 (Ogos 2024)

bacaan doa Nabi Ibrahim ketika dibakar hidup-hidup oleh Raja Namrud. Ketika tubuh Nabi Ibrahim dilempar ke dalam api yan...
20/08/2024

bacaan doa Nabi Ibrahim ketika dibakar hidup-hidup oleh Raja Namrud. Ketika tubuh Nabi Ibrahim dilempar ke dalam api yang membara, Nabi Ibrahim membaca doa berikut:

قُلْنَا يَا نَارُ كُوْنِيْ بَرْدًا وَّسَلٰمًا عَلٰٓى اِبْرٰهِيْمَ ۙ

Arab Latin: Qulna ya nauru kuuni bardan wasalaaman ‘ala ibroohima.

Artinya: “Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim.”

Mendengar doa itu, malaikat penjaga hujan pun menurunkan hujan atas perintah Allah. Dengan demikian maka Nabi Ibrahim tidak merasakan panasnya api yang membara karena dingin menyelimutinya.

[REVIEW HOTEL] Bilik Hotel Hilton Convention MakkahIni adalah contoh bilik kami di Hotel Hilton Convention yang merupaka...
16/08/2024

[REVIEW HOTEL] Bilik Hotel Hilton Convention Makkah

Ini adalah contoh bilik kami di Hotel Hilton Convention yang merupakan hotel pilihan bagi Pakej Umrah Premium, harganya bermula daripada RM 9,470 seorang (bilik berempat).

Check out Lensa Haji Umrah’s video.

15/08/2024

[REVIEW HOTEL] Berjalan kaki dari Masjidil Haram ke hotel Jabal Omar

Hilton Convention | Dar at-Tawheed | Hilton Suites | Hyatt Regency | Conrad | Jumeirah

Doa ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Anas RA, beliau berkata:كَانَ أَكْثَرُ دُعَاءِ النَّبِيِّ صَلَّى ال...
15/08/2024

Doa ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Anas RA, beliau berkata:

كَانَ أَكْثَرُ دُعَاءِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

maksudnya: "Doa nabi SAW yang paling sering diucapkan ialah:

Maksudnya: “Doa Nabi SAW yang paling sering diucapkan ialah:

(اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ)

Riwayat al - Bukhari (6389) dan Muslim (7016)

🕋 UMRAH PREMIUM CUTI SEKOLAH SEPTEMBER 2024 🕋FAQIH TRAVEL SDN. BHD. X SALAM HIJRAH HOLIDAY SDN. BHD.🔊🔊🔊FINAL CALL PROMO ...
14/08/2024

🕋 UMRAH PREMIUM CUTI SEKOLAH SEPTEMBER 2024 🕋

FAQIH TRAVEL SDN. BHD. X SALAM HIJRAH HOLIDAY SDN. BHD.

🔊🔊🔊

FINAL CALL PROMO dengan diskaun sehingga RM 1,500 seorang !!

🔥🔥🔥

KEKOSONGAN UNTUK 10 ORANG SAHAJA

PAKEJ UMRAH PREMIUM

📅 Tarikh : 12 SEPT. 2024 - 22 SEPT. 2024 (12H 10M)

✈🇸🇦 PENERBANGAN

SAUDI AIRLINES (DIRECT FLIGHT)

✈ SV 841 12 SEP KUL/JED 0215/0605

✈ SV 1429 22 SEP MED/JED 1830/1945

✈ SV 834 23 SEP JED/KUL 0155/1555

👨‍👩‍👧‍👦 Bilik Ber-4 : RM RM 8,700
( Harga asal RM 10,270 )

👪 Bilik Ber-3 : RM RM 8,700
( Harga asal RM 11,270 )

👫 Bilik Ber-2 : RM RM 8,700
( Harga asal RM 12,270 )

👦🏻 RM 7,200 bagi Kanak-kanak tanpa katil
👶🏻 RM 2,000 bagi bayi bawah 2 tahun

KANAK-KANAK BERKATIL Diskaun RM 300 dari harga dewasa.

Pakej termasuk :

🕌 2 kali Jumaat

🏢 HOTEL MAKKAH : HILTON CONVENTION (5🌟) 100 Meter ke Masjidil Haram (sarapan hotel)

🏨 HOTEL MADINAH : DAR AN NAEEM (3🌟) 120 Meter ke Masjid an-Nabawi (3 kali makan)

🚌 PENGANGKUTAN : BAS VIP 45 SEAT
👳🏻‍ MUTAWWIF BERPENGALAMAN & TERLATIH
📝 VISA PELANCONG (Tourist)
🏩 MEDIC CARD (PEMBIAYAAN PERUBATAN SEHINGGA SAR 8,000) + TAKAFUL KEMBARA
🛤 ZIARAH MAKKAH + MADINAH
👨‍🏫 KURSUS UMRAH ONLINE & OFFLINE
🎒 PERCUMA SET BAGASI
✅ E-BOOK PANDUAN POKET UMRAH

Notes :
Harga adalah sah bagi pendaftaran dan pembayaran penuh sehingga *20 Ogos 2024* sahaja.

SILA HUBUNGI KAMI SEGERA SEMENTARA MASIH ADA KEKOSONGAN !!
Hj Syaiful (Kuala Lumpur) http://wa.me/60108690451
Ustaz Aidil Anwar (Kuala Lumpur) http://wa.me/601153908201
Ahmad 'Afif (Negeri Sembilan) http://wa.me/60108690452
Normalawati (Negeri Sembilan) http://wa.me/60177123239
Ustaz Khairul Che Salleh (Melaka) http://wa.me/601156284933
Salman Al Farisi (Pahang) http://wa.me/60192222404
Ustaz Awang Asim M Said (Kota Kinabalu) http://wa.me/60163566909
atau terus ke laman www.kembarafaqih.com
Jemput tonton video-video kami di https://www.youtube.com/
Nota:
Faqih Travel Sdn. Bhd. merupakan wakil jualan rasmi Salam Hijrah Holiday



Manusia yang membuatkan Allah kagum?Pernah suatu hari Nabi didatangi oleh seorang lelaki yang tersangat lapar , lalu bag...
14/08/2024

Manusia yang membuatkan Allah kagum?

Pernah suatu hari Nabi didatangi oleh seorang lelaki yang tersangat lapar , lalu baginda berhajat untuk membantunya . Tiba di rumah baginda dimaklumkan oleh para isterinya bahawa tiada makanan untuk diberikan kerana ketika itu Madinah dilanda kemarau yang panjang.

Lalu baginda terus membawa lelaki kelaparan ini menuju ke tempat orang ramai, bertanyalah baginda, "Siapa yang mampu membantu lelaki ini?". Seorang lelaki dari kalangan Ansar maju kehadapan dan menjawab, "saya" lalu segera membawa lelaki kelaparan itu p**ang ke rumahnya.

Sampai di rumahnya, hal yang sama berlaku. Isterinya memberitahu makanan yang ada hanyalah cebisan tepung untuk mendiamkan anak-anak tatkala anak kecil itu menangis. Maka kata si suami, "Muliakanlah tetamu Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam ini. Matikanlah lampu,siapkanlah makanan, lalu tidurkanlah anak-anak".

Selesai semuanya, anak-anak ditidurkan, makanan dihidang dan si suami memanggillah lelaki yang lapar tadi untuk menjamunya. Duduk sahaja lelaki ini di tempatnya, si suami seakan-akan membetulkan lampu agar menyala tetapi ia tetap terpadam dan tak mudah untuk dinyalakan .

Maka bergelaplah mereka, sedang si lelaki yang lapar itu menikmati makanannya, pasangan suami isteri ini melakukan aksi seakan-akan sedang makan didalam gelap yang hakikatnya makanan untuk mereka tidak wujud pun. Ya, mereka hanya berpura-pura supaya tetamunya tidak berasa seperti makan keseorangan .

Apa p**angan harta sebenarnya yang mereka harapkan dari lelaki miskin ini? Tiada. Mereka tidak mengharapkan apa-apa harta melainkan melakukannya demi Allah dan RasulNya.

Beginilah tingginya akhlak para sahabat radhiyallahu 'anhum ajma'in. Di saat kita sedang berkira-kira dengan keperluan harian kita untuk dikongsikan dengan ibu dan ayah sendiri, generasi mulia ini telahpun menyerahkan seluruh dunia mereka untuk gantian akhirat.

Kisah ini direkodkan di dalam riwayat al-Bukhari, dan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam mengkhabarkan berita gembira buat keluarga ini bahawa Allah gembira dan kagum dengan gelagat mereka sehingga direkodkan di dalam al-Quran , Surah al-Hasyr ayat yang ke 9.

MATAN HADITH

حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ دَاوُدَ عَنْ فُضَيْلِ بْنِ غَزْوَانَ عَنْ أَبِي حَازِمٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
أَنَّ رَجُلًا أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَبَعَثَ إِلَى نِسَائِهِ فَقُلْنَ مَا مَعَنَا إِلَّا الْمَاءُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يَضُمُّ أَوْ يُضِيفُ هَذَا فَقَالَ رَجُلٌ مِنْ الْأَنْصَارِ أَنَا فَانْطَلَقَ بِهِ إِلَى امْرَأَتِهِ فَقَالَ أَكْرِمِي ضَيْفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ مَا عِنْدَنَا إِلَّا قُوتُ صِبْيَانِي فَقَالَ هَيِّئِي طَعَامَكِ وَأَصْبِحِي سِرَاجَكِ وَنَوِّمِي صِبْيَانَكِ إِذَا أَرَادُوا عَشَاءً فَهَيَّأَتْ طَعَامَهَا وَأَصْبَحَتْ سِرَاجَهَا وَنَوَّمَتْ صِبْيَانَهَا ثُمَّ قَامَتْ كَأَنَّهَا تُصْلِحُ سِرَاجَهَا فَأَطْفَأَتْهُ فَجَعَلَا يُرِيَانِهِ أَنَّهُمَا يَأْكُلَانِ فَبَاتَا طَاوِيَيْنِ فَلَمَّا أَصْبَحَ غَدَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ ضَحِكَ اللَّهُ اللَّيْلَةَ أَوْ عَجِبَ مِنْ فَعَالِكُمَا فَأَنْزَلَ اللَّهُ
{ وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمْ الْمُفْلِحُونَ }

Telah bercerita kepada kami Musaddad telah bercerita kepada kami 'Abdullah bin Daud dari Fudlail bin Ghazwan dari Abu Hazim dari Abu Hurairah radhiallahu 'anh

Bahawa ada seorang lelaki datang kepada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam lalu baginda menanyakan kepada para isteri baginda. Para isteri baginda berkata; "Kami tidak punyai apa-apa selain air".

Maka kemudian Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam berkata kepada orang ramai: "Siapakah yang mahu menjamu orang ini?". Maka seorang lelaki dari Ansar berkata; "Aku".

Sahabat Ansar itu p**ang bersama lelaki tadi menemui isterinya lalu berkata; "Muliakanlah tetamu Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam ini". Isterinya berkata; "Kita tidak memiliki apa-apa kecuali sepotong roti untuk anak kita".

Sahabat Ansar itu berkata; Siapkanlah makanan kamu itu lalu matikanlah lampu dan tidurkanlah anakmu". Ketika mereka hendak menikmati makan malam, maka isterinya menyediakan makanan lalu mematikan lampu dan menidurkan anaknya kemudian dia berdiri seakan hendak memperbaiki lampunya, lalu dimatikannya kembali.

Pasangan suami isteri ini hanya menggerak-gerakkan mulutnya (seperti mengunyah sesuatu) seolah keduanya turut serta menikmati hidangan. Kemudian keduanya tidur dalam keadaan lapar kerana tidak makan malam.

Ketika pagi harinya, pasangan suami isteri itu menemui Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Maka baginda berkata: "Malam tadi Allah tertawa dan kagum kerana perbuatan kalian berdua". Maka kemudian Allah menurunkan firmanNya dalam surah al-Hasyr ayat 9 yang ertinya: ("Dan mereka lebih mengutamakan orang lain (Muhajirin) dari pada diri mereka sendiri sekalipun mereka memerlukan apa yang mereka berikan itu. Dan siapa yang dipelihara dari kebakhilan dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung").

HR al-Bukhari 3514 dan 3798 Versi Fath al-Bari.

ALHAMDULILLAHIbadah yang dinanti akhirnya sempurna sudah. Segala puji hanya layak bagi Allah SWT.Sudah pasti kenangan be...
12/08/2024

ALHAMDULILLAH

Ibadah yang dinanti akhirnya sempurna sudah. Segala puji hanya layak bagi Allah SWT.

Sudah pasti kenangan bergambar di sini tidak akan pernah luput dari ingatan.

GP04 - Umrah bersama Salam Hijrah Holiday Sdn. Bhd. dan Faqih Travel Sdn. Bhd.

Dari Madinah ke Makkah, sebuah perjalanan suci. Semoga setiap langkah membawa mereka semakin dekat kepada-Nya. Ya Allah,...
11/08/2024

Dari Madinah ke Makkah, sebuah perjalanan suci. Semoga setiap langkah membawa mereka semakin dekat kepada-Nya. Ya Allah, limpahkan rahmat dan berkah-Mu kepada seluruh jemaah GP04.
Terimalah ibadah umrah mereka dengan sebaik-baiknya. Aamiin.




Sekarang ni ramai yang sedang bertahan dengan apa yang ada, struggle agar dapat teruskan kehidupan, hakikatnya nampak se...
11/08/2024

Sekarang ni ramai yang sedang bertahan dengan apa yang ada, struggle agar dapat teruskan kehidupan, hakikatnya nampak seperti mampu, namun disebaliknya penuh dengan tekanan, bebanan, kepayahan, keperitan dll yang usaha disembunyikan 😢

Disebalik semua itu sebenarnya hanya Allah yang tahu. Kepada para peniaga, pejuang mencari rezeki, saya sendiri tanam pada diri bahawa kita tidak boleh berhenti berusaha dan buat sehabis baik dalam apa yang kita lakukan.

Jika jatuh maka usaha bangun, jangan tinggal DOA dan mohonlah sungguh-sungguh agar Allah beri jalan keluar dan pertolonganNya.

Allah bukan tak tahu isi hati kita tapi Allah nak dengar rintihan kita. Bila kita berdoa gunakanlah ayat-ayat kita sendiri supaya ia lagi dekat dengan hati, dalam waktu yang sama amalkan doa-doa yang Nabi SAW ajarkan.
🤲🏻 Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya: “Rasulullah SAW telah masuk ke dalam masjid. Tiba-tiba terdapat seorang sahabat bernama Abu Umamah RA sedang duduk di sana.

Beliau bertanya:
“Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat kau sedang duduk di dalam masjid sedangkan bukan luar waktu solat?”

Abu Umamah menjawab: “Dukacita dan hutang menyelubungiku wahai Rasulullah!”

Rasulullah menjawab:
“Mahukah kamu aku ajarkan kepada kamu satu doa jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.”

Abu Umamah menjawab:
“Sudah tentu, wahai Rasulullah.”

Maka Baginda bersabda: “Ucapkanlah pada tiba waktu pada pagi dan petang bacaan ini:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia.”

Abu Umamah RA berkata: “Setelah membaca doa tersebut, Allah menghilangkan kedukaanku dan melunaskan hutangku.” (HR Abu Daud)

Allahu Akbar, kepada yang sedang struggle mencari rezeki, melalui jalan apa pun, berniaga, bekerja sendiri, makan gaji dll, lagi-lagi dalam situasi ekonomi yang tenat ini, banyak perniagaan, industri yang terpaksa tutup, namun tetaplah YAKIN bergantung kepadaNya melalui DOA dan TAWAKKAL sepenuh daya.

Itulah yang menguatkan kita untuk melangkah, bila kita faham tujuan dan matlamat utama lebih besar, maka kita cuba sehabis baik letak tepi semua perasaan negatif, terusik hati dengan kata-kata manusia dll yang hakikatnya menyakitkan kita.

Bila kita dikeji, dihina, kita sendiri tolak tepi semuanya, InsyaAllah hati kita akan terjaga dan kuat menempuhnya.

Bila kita dipuji, kita menerima dengan baik, serahkan segala pujian hanya pada Allah, pemilik segalanya, maka kita tidak akan lalai dengan pujian.

Kerana hakikatnya kita yang menghadapi apa yang kita sedang usahakan. Maka jangan pernah berhenti DOA dan usaha sehabis baik.

Petikan Asal;
Asma' binti Harun




SUMBER KEKAYAAN EKONOMI NEGARA ARAB SAUDI Kadar kasar Keluaran Dalam Negara (KDN) pada tahun 2019 dianggarkan sebanyak 7...
10/08/2024

SUMBER KEKAYAAN EKONOMI NEGARA ARAB SAUDI

Kadar kasar Keluaran Dalam Negara (KDN) pada tahun 2019 dianggarkan sebanyak 779 bilion US Dollar, menjadikan Arab Saudi menguasai sebahagian besar ekonomi di Timur Tengah. Di peringkat dunia p**a, Arab Saudi merupakan di antara 20 negara yang mempunyai sumber pendapatan tertinggi. Ini sekaligus melayakkan Arab Saudi sebagai sebuah negara yang menyertai gabungan G20.

Apa G20 itu?

Gabungan G20 merupakan satu gabungan diantara negara-negara besar yang menguasai hampir 80% hasil ekonomi dunia secara kasarnya (Gross World Product), dan pembentukan ini bertujuan menangani isu-isu berkaitan dengan kewangan antarabangsa dan kestabilan ekonomi secara global.

Pendapatan yang tinggi ini sudah tentunya datang dari hasil industri minyak. Hasil minyak Arab Saudi menyumbang lebih 18% hasil minyak dunia ketika ini, dan merupakan pengeluar kedua terbesar selepas pengeluaran minyak pakatan Brazil dan Venezuela. Menurut angka yang dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi, mereka mengandaikan simpanan minyak mereka sahaja kira-kira 260 bilion tong, atau sepanjang 43 kilometer persegi, iaitu satu per empat daripada simpanan minyak dunia.

Tetapi, tahukah anda bahawa penemuan minyak di Arab Saudi hanya bermula pada awal kurun ke 20?

Negara Arab Saudi sebenarnya ditubuhkan pada tahun 1932, oleh Raja Abdul Aziz Al-Saud, dan merupakan sebuah negara yang asalnya kurang berdaya saing dari segi pendapatan ekonominya.

Memandangkan kebanyakan wilayah negara ini dipenuhi dengan gurun pasir yang sentiasa kering kontang, hal ini menjadikan negara ini salah satu negara yang termiskin dunia pada ketika itu.

Fokus awal penubuhan kerajaan di bawah pimpinan beliau adalah untuk mencari sumber air bagi memenuhi permintaan dalam negara. Ini kerana dengan adanya sumber air yang cukup, barulah negara dapat merencanakan agenda yang seterusnya bagi merancakkan sumber ekonomi Arab Saudi.

Bagi memenuhi permintaan itu, khidmat kepakaran dari luar negara digunakan untuk mencari sumber air sekitar wilayah Arab Saudi. Pada peringkat awalnya usaha mereka hampir menemui kegagalan. Ini kerana adalah mustahil sebuah negara yang tandus dan kurangnya taburan hujan untuk menghadirkan sumber air yang banyak di dalam perut bumi semenanjung Arab.

Walaubagaimanapun, mereka tetap meneruskan usaha pencarian, dimana sangkaan mereka sekiranya tiada sumber air, mungkin akan ada sumber kekayaan lain yang tersimpan. Ini telah dibuktikan dengan penemuan sumber tenaga utama dunia iaitu telaga minyak di negara jiran mereka iaitu Iran.

Maka pada tahun 1938, hasil daripada sifat tidak berputus asa, akhirnya mereka telah menemui telaga minyak pertama di Arab Saudi iaitu di Jabal Dhahran, iaitu sebuah tempat dalam daerah Dammam. Penemuan ini adalah adalah usaha pengalian yang ketujuh selepas 6 telaga digali sebelumnya menemui kegagalan.

Melalui penemuan inilah, ia merubah lanskap ekonomi Arab Saudi sehingga pada hari ini mencatatkan sebagai sebuah negara Arab yang paling pesat membangun.

Bagaimana p**a dengan ekonomi yang dijana dari kehadiran jemaah Umrah dan Haji sepanjang tahun?

Sebagaimana yang kita tahu, saban tahun Arab Saudi mencatatkan kehadiran jutaan umat Islam yang mengunjungi Makkah dan Madinah bagi menunaikan ibadah Umrah mahupun Haji.

Aktiviti ini sebenarnya telahpun berjalan semenjak zaman sebelum zaman baginda Rasulullah SAW lagi, iaitu seawal kedatangan nabi Ibrahim ke Makkah ribuan tahun dahulu.

Pada tahun 2010, dicatatatkan di dalam buku “Perekonomian dari Haji dan Umrah” yang ditulis oleh Dr. Ali Hassan Al-Nagur, dianggarkan jemaah Umrah sahaja melebihi 10 juta orang. Jumlah yang ramai ini sebenarnya telah memberi impak yang besar kepada ekonomi Arab Saudi itu sendiri.

Tidak hairanlah jika sumber kekayaan Arab Saudi selain daripada industri minyak datangnya dari kerancakkan industri Umrah dan Haji itu sendiri.

Secara tahunan, data menunjukkan kedua-dua industri Umrah dan Haji mencatatkan pendapatan sehingga 12 billion US Dollar dari kadar keluaran kasar Arab Saudi, merangkumi hampir 7 peratus keseluruhan sumber pendapatan Arab saudi, ataupun kira-kira mewakili 20 peratus dari jumlah pendapatan sumber bukan minyak.

Jangkaan ini mungkin meningkat sehingga 150 billion pada tahun berikutnya disebabkan permintaan yang tinggi dari negara-negara Islam, sehingga melibatkan proses perluasaan Masjidilharam dan Masjid an-Nabawi bagi menampung lebih ramai lagi kedatangan umat Islam ke Makkah dan Madinah.

Begitulah kekuasaan Allah SWT, Arab Saudi yang pada mulanya merupakan negara yang berasaskan sumber perdagangan, dimulakan oleh orang-orang Quraisy yang tinggal disekitar Jazirah (semenanjung) Arab, dimana mereka menjalankan aktiviti jual beli, perdagangan seperti yang disampaikan oleh Allah SWT dalam surah Quraisy ayat kedua,

إِيلَافِهِمْ رِحْلَةَ الشِّتَاءِ وَالصَّيْفِ

(laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (untuk menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam).

Tanpa disedari tersimpan sumber kekayaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT dan menjadi titik kekuatan negara Arab Saudi secara khususnya dan umat Islam secara amnya.

Panjatkan doa kita, semoga dengan nikmat yang dilimpahi oleh Allah SWT ini kepada kita umat Islam secara umumnya, agar pemimpin-pemimpin dunia Islam dapat bersatu dan membangunkan ekonomi Islam seterusnya menjadikan umat Islam diangkat seluruhnya di dunia ini.

Wallahualam.

Jemaah wanita group   bergambar selepas sesi ziarah Madinah yang dibimbing oleh Ustaz Akmal.Seperti biasa, saya menjadi ...
09/08/2024

Jemaah wanita group bergambar selepas sesi ziarah Madinah yang dibimbing oleh Ustaz Akmal.

Seperti biasa, saya menjadi tukang gambar rasmi kepada jemaah, sedangkan itulah tugasan paling layak bagi saya memandangkan ilmu di dada tidaklah sehebat Mutawwif lain.

Gembira jemaah adalah kegembiraan buat kami. Jemaah gembira, ibadah juga dapat diperhebatkan dengan tenang.

Begitulah.

Farid Masri
Pembimbing Haji dan Umrah

SYUKUR DAN SABAR DALAM KEHIDUPANDaripada Suhaib R.A, Rasulullah SAW bersabda:“Amat menakjubkan urusan orang yang beriman...
09/08/2024

SYUKUR DAN SABAR DALAM KEHIDUPAN

Daripada Suhaib R.A, Rasulullah SAW bersabda:

“Amat menakjubkan urusan orang yang beriman kerana setiap urusannya adalah baik, dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada orang beriman. Jika dia mendapat sesuatu yang menyenangkan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.”
(Riwayat Muslim 7692)





ALHAMDULILLAHPembukaan musim baru 1446 Hijrah yang sempurna buat kami. Allah permudahkan segala urusan jemaah, pengurusa...
08/08/2024

ALHAMDULILLAH

Pembukaan musim baru 1446 Hijrah yang sempurna buat kami. Allah permudahkan segala urusan jemaah, pengurusan sehinggalah tarikh penerbangan 7 Ogos 2024.

Jemaah Malaysia dan Brunei bergabung dalam satu kump**an yang dipimpin oleh Haj Farid Masri, dibantu oleh pembimbing kami yang telah berada di Makkah dan Madinah yang menanti kehadiran mereka.

Perjalanan yang sempurna hasil daripada kerjasama pihak pengurusan Salam Hijrah Holiday Sdn. Bhd. Dan Faqih Travel Sdn. Bhd. diharap bakal berterusan hingga kep**angan semula jemaah ke tanah air.

Perjalanan ibadah disulami dengan penceritaan sirah, moga memberi manfaat kepada jemaah dan p**ang menjadi insan yang lebih bertaqwa kepada Allah SWT.



Ada kalanya kita mahukan sesuatu, kita doa dan terus berdoa memohon dari Allah agar dikurniakan apa yang kita mahukan.Na...
08/08/2024

Ada kalanya kita mahukan sesuatu, kita doa dan terus berdoa memohon dari Allah agar dikurniakan apa yang kita mahukan.

Namun, adakalanya kita merasakan seakan-akan permintaan kita dalam doa itu seperti tidak dikabulkan, sehingga kita berputus asa dan berhenti dari memohon dan meminta dari Allah.

Dari Abu Hurairah, bahawa Nabi bersabda,

لَا يَزَالُ يُسْتَجَابُ لِلْعَبْدِ مَا لَمْ يَدْعُ بِإِثْمٍ أَوْ قَطِيعَةِ رَحِمٍ مَا لَمْ يَسْتَعْجِلْ

"Doa seorang hamba itu sentiasa dikabulkan selagimana dia tidak berdoa untuk melakukan dosa ataupun berdoa untuk memutuskan tali silaturahim, dan dia tidak tergesa-gesa."

قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الِاسْتِعْجَالُ

Seorang sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan tergesa-gesa?"

قَالَ يَقُولُ قَدْ دَعَوْتُ وَقَدْ دَعَوْتُ فَلَمْ أَرَ يَسْتَجِيبُ لِي فَيَسْتَحْسِرُ عِنْدَ ذَلِكَ وَيَدَعُ الدُّعَاءَ

Rasulullah ﷺ menjawab, "Yang dimaksudkan dengan tergesa-gesa adalah apabila orang yang berdoa itu mengatakan, "Aku telah berdoa dan terus berdoa tapi tetap belum juga dikabulkan," kemudian orang itu merasakan seperti berputus asa sehingga dia tidak terus berdoa lagi."

HR Muslim nombor 4918

Dapat sesuatu?

Al-Khalifah Online




04/08/2024
Jangan terlanjur memilih pakej Umrah murah dengan pelbagai taktik "hotel dekat@setaraf", akhirnya menunggu 'refund' sehi...
02/08/2024

Jangan terlanjur memilih pakej Umrah murah dengan pelbagai taktik "hotel dekat@setaraf", akhirnya menunggu 'refund' sehingga bertahun, report sana dan sini tak berhasil. Penat dapat, duit habis, otak serabut, hajat tak sampai.

JANGAN Buang Duit
JANGAN Buang Masa
JANGAN Semakkan Kepala
JANGAN Terpedaya

Jangan tertipu lagi!

Kami bawakan buat anda PAKEJ UMRAH KEMBARA, PAKEJ UMRAH PREMIUM dan PAKEJ UMRAH PREMIUM PLUS, lengkap dan bertepatan dengan apa yang anda cari dan mahukan.
Antara kelebihan pakej kami adalah :
1. 2 petugas pengiring bagi setiap kump**an 40 orang jemaah.
2. Lengkap dengan perlindungan takaful perjalanan individu setiap seorang.
3. Pembiayaan perubatan pesakit luar bernilai SR 8,000 seorang (Medic Assist Card).
4. Kursus Umrah Online dan Offline di seluruh Malaysia.
5. 12 item barangan cenderahati termasuk set bagasi Umrah.
Nanti dulu! Anda juga boleh 'upgrade' pakej anda kepada PAKEJ EKSKLUSIF 8 JEMAAH 1 MUTAWWIF dengan tambahan dari RM 1,500 seorang, tertakluk kepada jenis pakej pilihan anda.
Kami jamin TIADA TAMBAHAN KOS selepas pendaftaran dilakukan. Kami melakukan semakan kos setiap 3 bulan untuk memastikan harga pakej Umrah kami kekal stabil dan tidak berubah. Anda tidak perlu risau tentang perubahan harga yang tidak dijangka.
Hubungi :
http://wa.me/60167588708
http://wa.me/60167558708
http://wa.me/60108690451
http://wa.me/60108690452
http://wa.me/60108690453
atau terus ke laman www.salamhijrah.com atau www.kembarafaqih.com
Jemput tonton video-video kami di https://www.youtube.com/
Nota :
Faqih Travel Sdn. Bhd. merupakan wakil jualan rasmi Salam Hijrah Holiday Sdn. Bhd.

Address

7-1 Jalan Wira 1, Pusat Perniagaan Wira

71800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Faqih Travel Sdn. Bhd. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Faqih Travel Sdn. Bhd.:

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Travel Agency?

Share