SALAM HAJI Travel & Tours Sdn Bhd

SALAM HAJI Travel & Tours Sdn Bhd Sebagai pembimbing Haji & Umrah, kami cuba berikan perkhidmatan terbaik kerana, “Antum Amanah Kami”.

6 KHABAR DARI MAKKAH MENJELANG TAHUN BARU HIJRAH 1446H1️⃣ Tanggal 1 Muharram 1446H di Arab Saudi jatuh pada hari Ahad, 7...
06/07/2024

6 KHABAR DARI MAKKAH MENJELANG TAHUN BARU HIJRAH 1446H

1️⃣ Tanggal 1 Muharram 1446H di Arab Saudi jatuh pada hari Ahad, 7 Julai 2024M.

2️⃣ Pertukaran Kiswah Ka’bah akan berlangsung pada malam ini, Sabtu 6 Julai 2024M sejurus selepas solat Isyak.

3️⃣ Syarat berada dalam keadaan ihram dan memakai kain ihram ketika hendak memasuki Mataf (tawaf di dataran Ka’bah) telah dikuatkuasakan semula beberapa hari yang lalu dalam akhir bulan Zulhijjah 1445H.
Justeru itu bagi siapa yang ingin melaksanakan tawaf Wada’ atau tawaf Sunnat, bolehlah bertawaf selain dari lantai Mataf atau menaiki ‘buggy’ @ scooter.

4️⃣ Musim baru Umrah bagi tahun 1446H telah dibuka. Anda boleh membuat tempahan slot Umrah dan Ziarah Raudhah melalui aplikasi Nusuk.

5️⃣ Makkah dan Madinah masih lagi dalam fasa musim panas.
Suhu di Makkah dan Madinah pada awal Muharram ini sekitar 27 - 43 darjah celcius. Kebiasaannya Musim panas akan bertukar ke musim sejuk sekitar bulan November.

6️⃣ Hari ini hari kelahiran anak sulung kami Muhammad bin Muhammad Syaharuddin. Seorang anak Makkah yang kami menamakannya Muhammad, dengan harapan agar baiklah akhlak dan peribadinya seperti Nabi kita Muhammad صلى الله عليه وسلم. Doakan kebaikan buatnya.

Menjelang tahun baru islam, marilah kita sama-sama berazam untuk menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya.

Bagi yang merindukan Makkah dan Madinah, moga kalian dijemput untuk menjadi tetamu-Nya pada tahun ini..

Impian dan matlamat kita semua sama,
Satu cinta…
Satu rindu…
Satu kenangan…
Satu tujuan…

Iaitu MAKKAH dan MADINAH!
Bumi kecintaan ALLAH & RASUL.

…dari Makkah.
Sabtu, 6 Julai 2024M / 30 Zulhijjah 1445H.


CARA MENGEKALKAN KEMABRURAN HAJIAssalamu’alaikum semua☺️!Musim haji hampir ke penghujungnya..Jemaah haji pun semakin ber...
02/07/2024

CARA MENGEKALKAN KEMABRURAN HAJI

Assalamu’alaikum semua☺️!

Musim haji hampir ke penghujungnya..

Jemaah haji pun semakin berkurangan di Masjidil Haram..

Ada yang ke Madinah dan ada yang kembali ke tanah air..

Nasihat kami untuk semua para jemaah haji, apakah perkara yang perlu kalian bawa dan lakukan seterusnya bagi mengekalkan kemabruran haji selepas ini..

Pertama sekali, apabila kalian mula melangkah untuk p**ang, p**anglah dalam keadaan hati dan jiwa yang tenang serta sentiasa bersangka baik sepenuhnya dengan Allah dalam apa jua keadaan. Letakkan Allah nombor satu dalam setiap perkara dalam kehidupan kalian.

Setiap langkah kalian bermula keluar dari penginapan hotel hinggalah ke pangkuan keluarga, basahilah lidah kalian dengan zikir dan pujian terhadap Allah. Banyakkan rasa syukur kerana Dia lah kalian dapat merasai nikmat haji. Jangan terhenti setakat itu, setiap perjalanan, setiap detik dalam kehidupan, sentiasalah ingat Allah sampai mati.

Sampai sahaja dipangkuan keluarga, bergembira dan berceritalah kepada mereka tentang nikmat Allah yang telah diberikan kepada kalian. Tanamkan dalam hati mereka dengan cinta Rasulullah S.A.W. Perjuangkan apa yang telah diajar dan dibawa oleh Nabi serta terus menyebarkan sunnah Baginda S.A.W. keseluruh alam.

Dalam menjalani kehidupan seharian, kalian boleh mengekalkan dan adaptasi apa sahaja perkara baik yang pernah kalian lakukan semasa haji, di bawa balik ke tanah air seperti sedekah, memberi makan kepada orang lain, memberi salam, berbual dan berbicara tentang kebesaran Allah dan sebagainya.

Kalian juga boleh istiqomah dalam beribadah seperti solat di awal waktu pada setiap solat lima waktu di Masjid atau surau. Kekalkan momentum dalam ibadah haji seperti baca al-Quran, zikir sambil menunggu waktu solat dan lain-lain.

Jadilah insan yang sentiasa menegakkan agama Allah. Tunjukkanlah keperibadian seorang muslim sejati. Jagalah tingkah laku dan berakhlak mulia sesama manusia, pasti kalian akan disenangi.

Banyak lagi perkara baik yang boleh kalian lakukan. Tapi yang paling penting, teruskan berdoa dan minta sungguh-sungguh dengan Allah dalam apa jua hajat kalian..

Akhir kata, bertawakkal lah kepada Allah dalam apa jua usaha yang dilakukan.

Semoga kalian semua dapat istiqomah dalam beramal soleh dan mendapat haji yang mabrur❤️.
..dari Makkah.

Penulis Kenangan Terindah,
Selasa, 2 Julai 2024M / 26 Zulhijjah 1445H


LESEN UMRAH SALAM HAJI TRAVEL & TOURS DAH LULUS!!(Amaran: Status panjang! Siapa yang dapat baca sampai habis, Tahniah!😉)...
01/07/2024

LESEN UMRAH SALAM HAJI TRAVEL & TOURS DAH LULUS!!
(Amaran: Status panjang! Siapa yang dapat baca sampai habis, Tahniah!😉)

Assalamu’alaikum semua☺️!

Sedar tak sedar, dah 13 tahun juga saya dalam industri Haji dan Umrah, serta Qurban di Makkah..

Satu tempoh permulaan yang lama..

Ingat lagi satu masa dulu semasa diri bergelar sebagai seorang pelajar di Makkah, saya hanya ingin fokus belajar dan tak berminat untuk mengambil apa-apa tugasan sebagai mutawwif dan sebagainya.

Tapi kehidupan berkeluarga di Makkah dengan kos kehidupan yang tinggi di sini memerlukan juga saya untuk mencari nafkah di samping belajar.

Hidup ini keras…!!

Bermula tahun 2009 saya pernah bertugas bersama Andalusia Travel. Hampir tiga bulan dalam menyantuni jemaah Umrah. Dari situ saya mengambil pengalaman bagaimana para jemaah ini s**a dilayani dan bagaimana bekerja dengan orang.

Maklumlah masa tu masih mentah…

Kemudian pada tahun 2011, saya mula berjinak-jinak mengikuti sahabat-sahabat saya menjadi mutawwif umrah dan ziarah ketika musim umrah. Musim haji p**a, sambil menunaikan haji, saya akan fokus pada penyembelihan Qurban di Makkah.

Dulu saya hanya sebagai urusetia…

Bila sahabat-sahabat saya membawa jemaah ziarah dalam bas, saya hanya bantu-bantu sahaja..
Bila mereka berceramah, saya hanya tolong jual minyak wangi..
Bila mereka kendalikan kursus haji, saya hanya tunggu di meja belakang mengambil pendaftaran untuk qurban di Makkah..

Senang cerita, saya adalah orang di belakang tabir…

Banyak pengalaman yang saya dapat, dari mengikuti kawan melihat penyampaian sejarah mereka, ceramah mereka, kursus haji dan umrah mereka, sekarang ni sahabat-sahabat saya semuanya sudah menjadi orang-orang yang hebat dan berjaya, tahniah!

Pengalaman itu mahal…

Dulu rasa macam tak pandai nak bercakap, takut nak bawa ziarah dan macam-macam lagi rasa tak yakin, tapi saya keluar dari zon selesa, saya belajar, saya membaca, saya mengkaji, saya bertalaqqi dengan syeikh soal hukum hakam, saya bercakap depan cermin untuk dapatkan level confident!

Rasanya dah beberapa kali saya khatam buku sejarah khususnya bahagian sirah Nabi S.A.W. di Makkah seperti di Hudaibiyyah, Jabal Thawr dan lain-lain.

Bermacam-macam orang yang saya pernah bawa, dari golongan bawahan, sederhana hingga kepada orang atasan.

Kemuncaknya, saya membawa deligasi Perdana Menteri pada ketika itu Dato’ Seri Najib Razak masuk dalam Ka’bah.

Ma Sya Allah nikmat terindah!

Pengalaman itu sangat berharga…..

…dan

Saya kongsi sedikit sejarah bagaimana SALAM HAJI bermula?

Nama SALAM HAJI lahir ketika saya mula menguruskan jemaah Haji dari Arab Saudi.

Ketika nak buat group whatsapp, saya berbincang dengan isteri nak namakan apa dengan group ini dan secara tidak langsung menamakannya sebagai “SALAM HAJI” yang bermaksud Sejahtera Haji. Alaa, lebih kurang macam assalamualaikum Haji🙋🏻‍♂️!

Tapi disebalik nama SALAM HAJI ada makna tersirat disebaliknya. Nanti saya cerita dalam posting yang lain.

Setelah 5 tahun menguruskan jemaah SALAM HAJI dan sokongan daripada jemaah haji saya setiap tahun yang mahukan saya buka syarikat pelancongan, tahun 2020 saya mengambil langkah kehadapan dengan mendaftarkan nama “SALAM HAJI TRAVEL & TOURS SDN. BHD.” di Malaysia.

Baru lulus pendaftaran syarikat pada 1 Mac 2020 kebetulan tarikh lahir saya,

Tiba-tiba……….

Pandemik Covid-19 dan “lockdown”...

Kami tangguhkan dulu hasrat untuk mendaftar lesen MOTAC dan Umrah.

Pada peringkat inilah ramai yang mesej secara personal di laman page SALAM HAJI, whatsapp dan sebagainya menawarkan bermacam-macam, ada yang nak jual syarikat, kos sekitar RM200k-RM300k, ada yang ajak jadi rakan kongsi pun ada..

Setelah istikharah akhirnya kami menerima satu tawaran untuk menggerakkan umrah SALAM HAJI bersama syarikat KRS Travel. Ini bermaksud SALAM HAJI bekerjasama dengan KRS dalam industri umrah sebelum SALAM HAJI mendapat lesen umrah sepenuhnya.

Dalam tempoh setahun juga kami sempat beroperasi sebelum nama SALAM HAJI dikeluarkan dalam senarai hitam oleh MOTAC pada awal tahun 2023.

Nak tahu kenapa?

Kami selidik dengan orang dalam MOTAC apakah punca nama SALAM HAJI tersenarai dalam entiti larangan sedangkan kami menggunakan lesen umrah KRS?

Jawapan mereka adalah kerana ada beberapa individu dari syarikat umrah yang lain membuat aduan berkenaan SALAM HAJI.

Kami tidak menggelabah…

Terima dengan hati yang tenang…

…dan terima kasih kepada anda yang membuat aduan..

Dari situlah saya dan team mula mengorak langkah baru…

Bertindak membuat pejabat SALAM HAJI di Malaysia..
Menyediakan dokumentasi selengkapnya dalam memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh MOTAC..
Menghadiri kursus-kursus yang diwajibkan untuk mendapat kelulusan lesen MOTAC dan UMRAH..

Dalam proses mendapatkan lesen umrah, masih ada lagi individu-individu yang menawarkan kepada kami untuk menjadi rakan kongsi dan jualan syarikat pelancongan, kami tolak dengan baik kerana SALAM HAJI ingin berdiri sendiri.

Satu tahun dan lima bulan berlalu…

Akhirnya, pada 10 Mei 2024 yang lalu sebelum haji, kami mendapat berita gembira bahawa lesen Umrah SALAM HAJI TRAVEL & TOURS telah LULULS!

Syukur alhamdulillah…!

Usaha yang tak pernah mengenal erti putus asa dan berterusan pasti akan mendatangkan hasil yang baik pada akhirnya.

Kami baru bermula di Malaysia…

Doakan kami semoga SALAM HAJI terus maju jaya dan dapat memberi perkhidmatan terbaik buat para jemaah Haji & Umrah.
..dari Makkah.

Penulis Kenangan Terindah,
Isnin, 1 Julai 2024M / 25 Zulhijjah 1445H.





Address

Unit G-2-50 (First Floor), Jalan SP 11/3, Seri Pristana
Kampong Sungai Buloh
47000

Opening Hours

Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60360399533

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SALAM HAJI Travel & Tours Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SALAM HAJI Travel & Tours Sdn Bhd:

Share

Category