28/12/2022
Siri: Mereka yang Dijamin Masuk Syurga (1)
Dalam Islam, syurga dan neraka adalah milik Allah SWT. Dengan rahmat-Nya sahaja Dia boleh memasukkan seseorang ke dalam syurga atau sebaliknya. Rasullullah SAW biasanya menyebut lafaz yang umum tanpa mengkhususkan siapa ahli syurga.
Imam al-Nawawi menyebut bahawa memang sabit bahawa Nabi SAW memberi jaminan syurga kepada sepuluh orang sahabat. Namun begitu, sabit juga dalam hadith bahawa Nabi SAW turut memberi jaminan syurga kepada sahabat yang lain seperti cucu Baginda, Hasan dan Husain yang mana mereka merupakan penghulu para pemuda di syurga. Begitu juga dengan ‘Ukkasyah, Thabit bin Qais dan para sahabat yang lain.”
Berdasarkan hadith di atas, sebagai mukadimahnya dimulakan terlebih dahulu 10 orang sahabat yang dijamin syurga, yang nama mereka disebut secara serentak, kemudian barulah para sahabat yang lain. Mereka ialah:
Pertama: Saidina Abu Bakar al-Siddiq R.A
Untuk mengikuti kisah lanjut Abu Bakar al-Siddiq yang dijamin syurga, sila klik pautan: https://zulkiflialbakri.com/saidina-abu-bakar-al-siddiq-r-a/