Regalia Explorer

  • Home
  • Regalia Explorer

Regalia Explorer Regalia Explorer specialized tour operators and destination management companies in Malaysia. We operate Inbound, Outbound & Ticketing, and events management.

Cara packing baju kalau korang nak pergi travel 😁Dream | Explore | DiscoverCredit To : Pen Hitam
09/06/2022

Cara packing baju kalau korang nak pergi travel 😁

Dream | Explore | Discover

Credit To : Pen Hitam


Antara tempat yang wajib singgah bila datang Cameron Highlands 💯View dekat sini memang cantik sesuai untuk mereka yang s...
05/06/2022

Antara tempat yang wajib singgah bila datang Cameron Highlands 💯
View dekat sini memang cantik sesuai untuk mereka yang s**a bergambar garden styles.
📍 Flora Park, Cameron Highlands

Dream | Explore | Discover

Credit To : Taruna Azrisyah



Baru tahu ada hotel yang best untuk kids dekat Batu Ferringi Penang. Hotel ni antara hotel yang ada family room. Memang ...
02/06/2022

Baru tahu ada hotel yang best untuk kids dekat Batu Ferringi Penang.
Hotel ni antara hotel yang ada family room. Memang sangat sesuai untuk keluarga besar. Bilik selesa. Fasiliti lengkap. Konsep garden hotel yang banyak pokok² hijau dan kawasan yg luas. Sejuk je mata memandang.
Hotel ni ada private beach jugak tauu. View dia cantik sangat. Lepastuu untuk kids disediakan mini waterpark dan playroom.
🏝Parkroyal Penang Resort
Dream | Explore | Discover

Credit To : Wawa NuraIsya



Taman Tema Baru di Selangor yg super awesome gaiss 😍! Riverine Splash Tempat Untuk Anda Bersantai dengan Keluarga. River...
01/06/2022

Taman Tema Baru di Selangor yg super awesome gaiss 😍! Riverine Splash Tempat Untuk Anda Bersantai dengan Keluarga.
Riverine Splash @ Amverton Cove adalah taman tema yang baru dibuka di Pulau Carey. Terdapat lebih 12 tarikan dan gelongsor yang anda kena cuba, antaranya Anaconda Tube Slide, Rimba River, Survival Park dan juga Kiddie Beats yang dikhaskan untuk kanak-kanak.
Anda juga boleh menginap di Riverine Hotel & Suites dengan bilik yang luas dan selesa, sesuai sangat nak bawa keluarga ke sini. Hanya 45 minit sahaja dari KL.
Harga masuk hanya RM58 untuk dewasa dan RM38 untuk kanak2. ✨
📍Riverine Splash, Selangor ❤️
Amverton Cove Golf & Island Resort
📍Jalan Pulau Carey, Mukim Jugra, 42960 Pulau Carey, Selangor.

Dream | Explore | Discover

Credit To : Muhammad Nazreen



AKUARIUM PALING INTERAKTIF DI MALAYSIA ! 😍Ini adalah The Shore Oceanarium, Terletak dalam bangunan terkenal The Shore di...
29/05/2022

AKUARIUM PALING INTERAKTIF DI MALAYSIA ! 😍
Ini adalah The Shore Oceanarium, Terletak dalam bangunan terkenal The Shore di Melaka.
Disini, terdapat lebih 100 jenis ikan selain daripada kerang dan tapak sulaiman.

Akuarium ini memang tak bosan sebab anak-anak tidak sekadar datang tengok-tengok macam di akuarium lain, tapi anak-anak anda boleh buat pelbagai aktiviti yang tidak membosankan seperti menyentuh tapak sulaiman, gamat, landak laut dan pelbagai lagi.

Paling seronok, anda akan diberikan cermin mata 3D untuk menonton tayangan khas 8 dalam 1 & cenderamata dengan setiap pembelian tiket.
Selain itu, antara tarikan utama di The Shore Oceanarium adalah :

✔Oceanarium's Aquarist Lab
✔Jungle Quest
✔Dangerous Marine Species
✔Interactive Touch Pool
✔Fun & Freakish
✔Augmented Reality Hall
✔Magic Aquarium
✔Kampung Penyu
✔Living Fossil
✔Ocean Journey
✔Ocean Theatre
✔River Story
✔Sea Shells Museum
✔Shark Quest
✔Genomic DNA Extraction's Fluorescent Fish Exhibits
✔Ray Tunnel
✔Schooling Fish Tunnel
✔Music Sound of the Sea
✔Infinity Aquaroom
✔Underwater Cultural Remix Mural Art
✔Kids Dome Aquarium

📍 The Shore Oceanarium, Jalan Persisiran Bunga Raya, Kampung Bunga Paya Pantai, 75100 Melaka
Dream | Explore | Discover
Credit To : Wawa NuraIsha

Yang tengah plan nak bawa pasangan dan anak-anak staycation dengan view KLCC dan KL Tower, nah tengok list ni.Dream | Ex...
26/05/2022

Yang tengah plan nak bawa pasangan dan anak-anak staycation dengan view KLCC dan KL Tower, nah tengok list ni.
Dream | Explore | Discover
Credit to : Pemburu Tiket Murah



Pembaharuan passport kini hanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja bermula 11 Mei lepas.Walk in hanya untuk permo...
18/05/2022

Pembaharuan passport kini hanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja bermula 11 Mei lepas.
Walk in hanya untuk permohonan kali pertama, warga emas, OKU, kanak-kanak, kes kehilangan, dan kerosakan sahaja.
Boleh check sini untuk renew passport korang
https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/main

Dream | Explore | Discover

Credit to: Backpackerz

Baru tau kat Genting Highlands ada bangunan ni, cantik gila 😍 Bukan tu je, view dia lagi lah cantik sebab boleh nampak v...
15/05/2022

Baru tau kat Genting Highlands ada bangunan ni, cantik gila 😍
Bukan tu je, view dia lagi lah cantik sebab boleh nampak view dari atas Genting Highland! ⛰️ Harga pun murah, bawah rm200 jer boleh dapat. Kenapa lah baru tahu tempat ni huhu
📍 Windmill Premier Suites, Genting Highlands

Dream | Explore | Discover

Credit to : Nur Fadilah



11/05/2022
10/05/2022
08/05/2022
Regalia Explorer ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin dan Selamat Bercuti kepada umat Islam...
02/05/2022

Regalia Explorer ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin dan Selamat Bercuti kepada umat Islam di seluruh Dunia.
Buat rakyat Malaysia yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman, berhati-hati ketika memandu, semoga dapat berjumpa dengan Insan tersayang.
Pejabat kami akan dibuka semula pada 8 May 2022.

08/04/2022
Perlis Indera Kayangan, bila melancong Bersama keluarga dan rakan-rakan di Negeri ini mesti anda selalu singgah Padang B...
08/04/2022

Perlis Indera Kayangan, bila melancong Bersama keluarga dan rakan-rakan di Negeri ini mesti anda selalu singgah Padang Besar kan? Tahukah anda terdapat 5 tempat yang paling menarik dan menakjubkan yang terdapat di sekitar negeri Perlis?

1. Masjid Terapung Al-Hussain

Masjid Terapung Al-Hussain ini merupakan masjid yang ikonik yang terletak di Perlis. Dibina dengan kos RM12 juta, kedudukannya yang mengadap Selat Melaka menjadikan ia 100 kali lebih indah terutama sekali apabila tibanya waktu senja, matahari terbenam menaikkan lagi seri bangunan masjid yang tidak bercat ini. Masjid ini menggunakan bahan seperti marmar, kuartz, batu granit, pebbles dan coral sahaja dalam pembinaannya.

2. Gua Kelam

Gua Kelam merupakan salah satu daripada gua yang unik di Malaysia dengan kepanjangan gua batu kapurnya 370 meter. Jambatan kayu yang berkelebaran 8 kaki adalah satu-satunya jalan yang anda boleh lalui untuk menikmati pemandangan di dalam Gua Kelam. Fenomena semula jadi iaitu sungai bawah tanah yang mengalir di dalam gua ini adalah air yang menuju ke Sungai Perlis.

3. Wang Kelian View Point

Wang Kelian View Point merupakan salah satu desitinasi yang menarik terletak di Wang Kelian, Perlis. Di sini anda dapat menikmati pemandangan dan keindahan alam yang menakjubkan. Selain daripada dapat melihat pemandangan di sekitar kawasan puncak View Point, pengunjung juga dapat menikmati pemandangan awan carpet pada waktu pagi. Tempat ini sesuai untuk dikunjungi pada waktu pagi kerana di puncak ini anda akan dapat melihat matahari terbit yang cantik.

4. Kampung Pelangi

Kampung Seberang Ramai atau dikenali sebagai Kampung Pelangi yang terletak di Kuala Perlis merupakan sebuah perkampungan nelayan tradisional. Projek Diraja Program Transformasi Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis yang dikemudikan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis dan Yayasan Tuanku Syed Putra, Perlis dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan swasta sejak Disember 2020 telah mengubah menjadi perkampungan yang berwarna-warni yang indah.

5. Tasik Timah Tasoh

Tasik Timah Tasoh ini bukanlah sekadar tasik biasa, iainya sebuah tasik yang sangat indah, sehingga dijadikan lokasi pergambaran muzik video dan drama kerana keindahannya yang tidak terkata. Di sekitar tasik ini anda dapat melihat dusun buah-buahan yang subur seperti buah durian, rambutan, mangga dan durian Belanda, anda boleh petik terus sahaja dari pokok kalau anda menginap di Tasoh Lake Resort & Retreat.

"Trip Bajet, Servis VIP"

Picture Credit: elvizlow, maips.gov, malaysia travel, mela2mela.blogspot.

Address

Lot 5A, Persiaran Bunga Raya

24100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60106631863

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Regalia Explorer posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Opening Hours
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Travel Agency?

Share