07/02/2024
7 PERISTIWA LUAR BIASA YANG DIPERLIHATKAN KEPADA RASULULLAH SAW DALAM ISRAK & MIKRAJ 🕋🕌
Israk bermaksud perjalanan baginda Rasulullah SAW dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa (Masjidil Aqsa), Palestin dengan menaiki tunggangan yang bernama Buraq.
Mikraj p**a membawa maksud perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha (langit ketujuh). Kejadian ini terjadi pada 27 Rejab.
Firman Allah SWT:
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَاۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Maksudnya: "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al-Haram (Mekah) ke Masjid al-Aqsa (Baitul Maqdis, Palestin) yang kami berkati sekelilingnya untuk Kami memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah al-Isra’ 17: 1)
🔶7 PERISTIWA LUAR BIASA YANG DIPERLIHATKAN KEPADA RASULULLAH SAW DALAM ISRAK & MIKRAJ
1. RASULULLAH SAW DIPERLIHATKAN BALASAN BAGI MEREKA YANG S**A MENGUMPAT
Daripada Anas bin Malik, dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
لَمَّا عُرِجَ بِي مَرَرْتُ بِقَوْمٍ لَهُمْ أَظْفَارٌ مِنْ نُحَاسٍ يَخْمُشُونَ وُجُوهَهُمْ وَصُدُورَهُمْ، فَقُلْتُ: مَنْ هَؤُلَاءِ يَا جِبْرِيلُ، قَالَ هَؤُلَاءِ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ لُحُومَ النَّاسِ، وَيَقَعُونَ فِي أَعْرَاضِهِمْ
Maksudnya: "Pada malam aku dimikrajkan, aku melalui satu kaum yang mempunyai kuku daripada tembaga. Mereka mencakar muka dan dada mereka. Aku lalu berkata: Siapa mereka ini, wahai Jibril? Jibril menjawab: Mereka adalah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah mereka." (HR Ahmad & Abu Daud, hadis sahih)
2. RASULULLAH SAW TERCIUM HARUMAN KUBUR MASYITAH
Daripada Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رضي الله عنهما قَالَ :قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( لَمَّا كَانَتْ اللَّيْلَةُ الَّتِي أُسْرِيَ بِي فِيهَا ، أَتَتْ عَلَيَّ رَائِحَةٌ طَيِّبَةٌ ، فَقُلْتُ : يَا جِبْرِيلُ ، مَا هَذِهِ الرَّائِحَةُ الطَّيِّبَةُ ؟ فَقَالَ : هَذِهِ رَائِحَةُ مَاشِطَةِ ابْنَةِ فِرْعَوْنَ وَأَوْلادِهَا ، قَالَ : قُلْتُ : وَمَا شَأْنُهَا ؟ قَالَ : بَيْنَا هِيَ تُمَشِّطُ ابْنَةَ فِرْعَوْنَ ذَاتَ يَوْمٍ ،
إِذْ سَقَطَتْ الْمِدْرَى مِنْ يَدَيْهَا ، فَقَالَتْ : بِسْمِ اللَّهِ ، فَقَالَتْ لَهَا ابْنَةُ فِرْعَوْنَ : أَبِي ؟ قَالَتْ : لا ، وَلَكِنْ رَبِّي وَرَبُّ أَبِيكِ اللَّهُ
Maksudnya: "Nabi Muhammad SAW tercium satu bau yang amat harum. Apabila Nabi Muhammad SAW bertanya pada Jibril a.s., Jibril menjawab “itulah bauan Masyitah (tukang sikat anak perempuan Firaun) dan anak-anaknya. Satu hari, ketika dia (yakin Masyitah) sedang menyikat rambut anak perempuan Firaun, tiba-tiba sikat terjatuh dari tangannya.
Ketika mengambil sikat itu ia berkata, ‘Bismillah (Dengan Nama Allah).’ Lalu anak perempuan firaun bertanya, ‘Adakah kamu menyebut nama bapaku?’ Masyitah menjawab, ‘Tidak. Tetapi aku menyebutkan nama Tuhanku dan Tuhan bapamu, iaitu Allah’. Lantas anak perempuan Firaun memberitahu kepada ayahnya (Firaun), lalu Masyitah dibunuh bersama anak-anaknya.” (HR Ahmad, hadis sahih)
3. RASULULLAH SAW MELIHAT DAJJAL DALAM RUPA ASALNYA
Diriwayatkan daripada Nawwas bin Sam'an al Kilabi dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
الدَّجَّالَ ذَاتَ غَدَاةٍ، فخَفَّضَ فِيهِ ورَفَعَ، حَتَّى ظَنَنَّاهُ فِي طَائِفَةِ النَّخْلِ، [فَلَمَّا رُحْنَا إِلَيْهِ عَرَفَ ذَلِكَ فِي وُجُوهِنَا، فَسَأَلْنَاهُ فَقُلْنَا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، ذَكَرْتَ الدَّجَّالَ الْغَدَاةَ، فَخَفَّضْتَ فِيهِ وَرَفَّعْتَ حَتَّى ظَنَنَّاهُ فِي طَائِفَةِ النَّخْلِ]. فَقَالَ: "غَيْرُ الدَّجَّالِ أخْوَفُني عَلَيْكُمْ، فَإِنْ يَخْرُجْ وَأَنَا فِيكُمْ فَأَنَا حَجِيجُه دُونَكُمْ، وَإِنْ يَخْرُجْ وَلَسْتُ فِيكُمْ فَامْرُؤٌ حَجِيجُ نَفْسِهِ، وَاللَّهُ خَلِيفَتِي عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ: إنه شاب جَعْدُ قَطَط عينه طَافِيَةٌ، وَإِنَّهُ يَخْرُجُ خَلَةَ بَيْنَ الشَّامِ وَالْعِرَاقِ، فَعَاثَ يَمِينًا وَشِمَالًا يَا عِبَادَ اللَّهِ اثْبُتُوا"
Maksudnya: "Bukan Dajjal yang aku khawatirkan akan memudharatkan kalian. Kerana jika Dajjal muncul, sedangkan aku masih berada di antara kalian, maka aku lah yang akan menghadapinya, bukan kalian. Jika dia muncul, sedangkan saya tidak lagi berada di antara kalian, maka setiap orang Muslim wajib membela dirinya, dan Allah lah yang menjaga setiap orang Muslim sepeninggalku. Sesungguhnya Dajjal adalah seorang yang berusia muda, berambut kerinting, dengan bola mata yang menonjol. Dan sesungguhnya pas**an berkudanya memenuhi kawasan antara negeri Syam dan Irak, lalu menyebar ke segala penjuru. Hai hamba-hamba Allah, berpendirian teguhlah kalian." (HR Muslim, hadis sahih)
4. RASULULLAH SAW DIPERLIHATKAN BALASAN KEPADA MEREKA YANG MENINGGALKAN SOLAT
Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersabda:
ثُمَّ أَتَى عَلَى قَوْمٍ تُرضَحُ رُؤُوسُهُم بِالصَّخْرِ، كُلَّمَا رُضِخَتْ عَادَتْ كَمَا كَانَتِ، لَا يُفَتَّرُ عَنْهُمْ مِن ذَلِكَ شَيْءٌ، فَقَالَ: يَا جِبْرِيلُ مَنْ هَؤُلَاءِ؟ قَالَ : هَوْلَاءِ الَّذِينَ تَتَثَاقَلُ رُؤُوسُهُمْ عَنِ الصَّلَاةِ
Maksudnya: : “Kemudian Baginda SAW datang kepada suatu kaum yang menghancurkan kepala mereka dengan batu. Setiap kali kepala mereka dihancurkan ia kembali semula seperti sedia kala dan mereka sedikitpun tdak mahu berhenti daripada (melakukan) perkara tersebut. Maka Baginda bertanya: ‘Wahai Jibril, siapakah mereka?’ Jibril menjawab: ‘Mereka ialah golongan yang berat kepalanya (cuai dan lalai) daripada mendirikan solat fardhu.’” (HR al-Baihaqi, hadis dhaif).
5. RASULULLAH SAW TERDENGAR TELAPAK KAKI BILAL DI SYURGA
Daripada Abu Hurairah R.A berkata, telah berkata Nabi SAW kepada Bilal ketika solat Fajar:
يَا بِلاَلُ حَدِّثْنِي بِأَرْجَى عَمَلٍ عَمِلْتَهُ فِي الإِسْلاَمِ، فَإِنِّي سَمِعْتُ دَفَّ نَعْلَيْكَ بَيْنَ يَدَيَّ فِي الجَنَّةِ. قَالَ: مَا عَمِلْتُ عَمَلًا أَرْجَى عِنْدِي: أَنِّي لَمْ أَتَطَهَّرْ طَهُورًا، فِي سَاعَةِ لَيْلٍ أَوْ نَهَارٍ، إِلَّا صَلَّيْتُ بِذَلِكَ الطُّهُورِ مَا كُتِبَ لِي أَنْ أُصَلِّيَ
Maksudnya: “Wahai Bilal! Khabarkan kepadaku amalan yang paling utama telah kamu lakukan sejak memeluk Islam. Ini kerana, aku mendengar gerakan kaki di sisiku di dalam syurga.” Bilal menjawab: “Tidak ada amalan utama yang aku amalkan kecuali aku akan berwudhu’ pada waktu malam atau siang melainkan aku akan solat dengan wudhu’ tersebut di samping solat-solat yang diwajibkan ke atasku.” (HR Bukhari, hadis sahih)
6. RASULULLAH SAW MELIHAT NABI-NABI DAN UMATNYA MASING-MASING
Daripada Ibn Anas r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:
لَمَّا أُسْرِيَ بِالنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَعَلَ يَمُرُّ بِالنَّبِيِّ وَالنَّبِيَّيْنِ وَمَعَهُمْ الْقَوْمُ وَالنَّبِيِّ وَالنَّبِيَّيْنِ وَمَعَهُمْ الرَّهْطُ وَالنَّبِيِّ وَالنَّبِيَّيْنِ وَلَيْسَ مَعَهُمْ أَحَدٌ حَتَّى مَرَّ بِسَوَادٍ عَظِيمٍ فَقُلْتُ مَنْ هَذَا قِيلَ مُوسَى وَقَوْمُهُ وَلَكَنِ ارْفَعْ رَأْسَكَ فَانْظُرْ قَالَ فَإِذَا سَوَادٌ عَظِيمٌ قَدْ سَدَّ الْأُفُقَ مِنْ ذَا الْجَانِبِ وَمِنْ ذَا الْجَانِبِ فَقِيلَ هَؤُلَاءِ أُمَّتُكَ وَسِوَى هَؤُلَاءِ مِنْ أُمَّتِكَ سَبْعُونَ أَلْفًا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ بِغَيْرِ حِسَابٍ
Maksudnya: “Nabi Muhammad SAW melintasi nabi-nabi a.s. dan melihat umat masing-masing. Ada nabi yang umatnya satu kaum, ada nabi yang umatnya beberapa orang sahaja dan ada nabi yang tidak berumat walau seorang pun. Kemudian Nabi melihat lautan manusia yang besar. Apabila Baginda bertanya, “siapa mereka?, dijawab kepada Baginda, “itulah Musa bersama umatnya.” Kemudian dikata kepada Nabi, “Angkatlah pandanganmu dan lihatlah di ufuk sana dan ufuk sana,” apabila Nabi melihatnya, dikatakan kepada Baginda. “itulah umatmu. Di antara mereka aka nada 70 ribu orang yang bakal memasuki syurga tanpa hisab.” (HR Tirmidzi, hadis hasan sahih)
7. RASULULLAH SAW DIPERLIHATKAN BALASAN KEPADA PENDAKWAH YANG TIDAK BERAMAL DENGAN APA YANG DIKATAKAN
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik berkata; Rasulullah SAW bersabda:
رَأَيْتُ لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِي رِجَالًا تُقْرَضُ شِفَاهُهُمْ بِمَقَارِيضَ مِنْ نَارٍ فَقُلْتُ يَا جِبْرِيلُ مَنْ هَؤُلَاءِ قَالَ هَؤُلَاءِ خُطَبَاءُ مِنْ أُمَّتِكَ يَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَيَنْسَوْنَ أَنْفُسَهُمْ وَهُمْ يَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلَا يَعْقِلُونَ
Maksudnya: "Tatkala saya diisrakkan, saya melihat beberapa orang yang lidahnya dipotong dengan gunting dari api. Saya bertanya, 'Wahai Jibril, siapakah mereka itu?' Dia menjawab, 'Mereka adalah para khatib umatmu, mereka memerintahkan kepada orang-orang untuk berbuat kebaikan, namun mereka melupakan diri mereka sendiri padahal mereka membaca kitab. tidakkah mereka menggunakan akalnya?" (HR Ahmad, hadis sahih)
SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA.
ASMA' BINTI HARUN & TIM PENYELIDIKAN