Walaupun Haji pada tahun ini ditangguhkan, akan tetapi niat untuk berhaji jangan tangguh tangguh.. teruskan pasangkan niat…
Selesai segala urusan para jemaah, baru lah kami boleh menjamah sedikit makanan, Alhamdulilah..
Bilakah kali terakhir anda melihat Kaabah di Mekah, tempat kelahiran kekasih Allah SWT iaitu Baginda Nabi SAW ?
.
Best kan dapat tunai UMRAH dan Ziarah di Mekah dan juga Madinah bersama satu family..masyaAllah!!!
.
Cer like page ni untuk kami BANTU....
Kenapa kita dipilih oleh Allah..
Assalamualikum semua, baru2 ini telah tular satu video berkenan penagguhan haji pada tahun ini.. ramai juga yang bertanya adalah benar dalam video ini, di sini saya sertakan translate tentang perkara yg di nyatakan dalam video ini:-
1. Perlu di jelaskan bahawa kerajaan arab saudi sehingga sekarang masih belum mengambil apa2 keputusan menghentikan (menanguh) urusan haji tahun 1441 h.
2. Tetapi telah dimaklumkan bahawa wajib (bagi semua pihak pengurusan haji) untuk tidak mengambil apa-apa komitment baru (untuk bayaran dan trmpahan)
3. Supaya mereka ini tidak menanggung sesuatu (kerugian dari bayaran) yang akhirnya pihak yang menerima bayaran tidak mampu untuk sediakan.
Ini apa yang dijelaskan oleh duta arab saudi di senegal TYT Abdullah Ahmad Al-Abdan..
Ini sebabnya Al-Haram di tutup..
DATARAN TAWAF SUDAH MULA DI BUKA..
Baqi’ ialah kawasan perkuburan bagi penduduk Madinah dan sesiapa sahaja yang meninggal dunia di Madinah, termasuk para jamaah haji atau umrah. Rasulullah SAW sering menziarahi perkuburan Baqi’, baginda mengucapkan salam, berdoa memohon keampunan serta rahmat Allah kepada mereka yang dikebumikan di situ.
Perkuburan Baqi’ terletak di sebelah tenggara (kiri) Masjid Nabawi. Kini ia dilingkungi oleh pagar yang tinggi. Waktu melawatnya ialah selepas solat subuh dan selepas solat asar. Selain waktu itu, pengunjung dibenarkan masuk sewaktu ada janazah yang hendak dikebumikan. Walaubagaimanapun kebenaran hanya diberikan kepada kaum lelaki sahaja.
Imam Malik meriwayatkan bahawa kira-kira 10 ribu sahabat yang meninggal dunia dikebumikan di Baqi’ ini. Di antara mereka termasuklah keluarga Rasulullah SAW seperti Fatimah binti Rasulullah, Hasan bin Ali, Abbas bin Abdul Muttalib, Jaafar as-Sodiq, Ruqayyah binti Rasulullah, Ummu Kalthum binti Rasulullah, Zainab binti Rasulullah dan Ibrahim bin Rasulullah SAW.
Begitu juga para isteri baginda seperti Aisyah binti Abu Bakar, Sauda binti Zam’ah, Hafsah binti Umar, Zainab binti Khuzaimah, Ummu Salamah binti Abu Umayyah, Juwairiyyah binti al-Harith, Ummu Habibah, Safiyyah binti Huyai dan Zainab binti Jahsyh.
Antara sahabat terkemuka yang dikebumikan di kawasan ini ialah Abdul Rahman bin Auf, Saad bin Abi Waqqas, Fatimah binti Asad (ibu Sayyidina Ali), Sayyidina Uthman bin Affan, Abu Said al-Khudri, Saad bin Muaz, Abdullah bin Mas’ud dan lain-lain Radhiyallahu anhum ajma’in.