VAN SEWA Kluang

VAN SEWA Kluang Rental and transportation

Alhamdulillah...Terima kasih menggunakan perkhidmatan kami.Kluang ~ Penang ~ Kluang 4 hari 3 malamMemerlukan Van/MPV/Lor...
07/06/2023

Alhamdulillah...
Terima kasih menggunakan perkhidmatan kami.
Kluang ~ Penang ~ Kluang
4 hari 3 malam

Memerlukan Van/MPV/Lori/JCB boleh hubungi kami yer.

22/01/2022
04/10/2020
04/10/2020
19/09/2020

Sy baru mengikuti kursus gas leaking oleh Gas Malaysia 3 hari lps.
Ni skadar berkongsi ilmu.

(1) Bila buka aircond dan tutup tingkap semasa kereta tidak bergerak, oksigen akan circulate di dalam kereta.

(2) Oksigen tersebut akan makin berkurang apabila kita inhale. Sekiranya kita lama hentikan kereta,oksigen makin berkurang.

(3)Apabila paras oksigen dah berkurangan ke 16% shj,kita akan rasa sesak nafas. Sekiranya kita tidur nyenyak, x bangun & tidak keluar dr kereta,maka kita akan collapse atau tidak sedarkn diri.

(4) Paras oksigen makin berkurangan kerana semasa x sedarkn diri tu kita masih bernafas & apabila mencapai 10%, oksigen sudah x dpt dihantar ke otak & sistem tubuh tidak dpt berfungsi, dan seterusnya menyebabkn kematian

(5) Apabila kereta bergerak ok shj kerana semasa kereta bergerak,oksigen akan masuk ke dlm kereta melalui enjin bkn hanya oksigen yg sama circulate.

(6) Jika nak rehat mcm tu mmg boleh tetapi kena buka tingkap juga supaya oksigen masuk.

(7) Ketika jln sesak, kita akan rasa mengantuk kerana kadar oksigen yg masuk ke dlm kereta adalah kurang.Itu adalah tanda yg kita kekurangan oksigen. Tingkap perlu dibuka juga ketika itu. Kalau cuaca panas,x salah buka aircond & buka tingkap sedikit.

(8) Karbon monoksida dr ekzos bukanlah penyebab semata2 kematian kerana karbon monoksida dr kenderaan juga terkawal melalui catalyst converter & dilepaskn oleh kenderaan kerana limit of concentration sudah dikawal. Utk menyebabkn kematian, karbon monoksida ada certain ppm which is much higher than limit yg kenderaan lpskan.

*Please pass this info to others-famili & kwn2 sbb kita di Malaysia ni lack of knowledge mgenainya. Jika tidak, pasti kita akan ambil langkah keselamatan awal.

sekian terima kasih
copypaste

Sumber : sp jaya auto

05/09/2020

Masih segar dalam ingatan abang, bulan Ramadhan tahun 2010 sales menjunam teruk. Masa tu average sales kilang lingkungan RM500,000 sebulan, ini RM100,000 pun takdak.

Hujung bulan overhead dan hutang supplier total ada lebih RM200,000 nak kena bayar.

Nak ke kiri tak boleh, ke kanan pun tak boleh, nak pinjam duit dengan siapa pun abang tak tau.

Abang cuba apply personal loan beberapa buah bank, satu demi satu tak approve. Abang betul-betul buntu, masa betul-betul suntuk.

Last sekali, ada satu bank yang approve, Standard Chartered Bank. Fuh lega. Nasib baik bank last ni lulus. Kalau tak lulus mungkin abang dah gadai bontot di lorong-lorong gelap.

Sampai sekarang, setiap kali tengok jersey Liverpool, mesti teringat personal loan. Harey betul, padahal personal loan tu setel lama dah 😝

Sebab tu pentingnya cash reserve. Abang jadi seorang yang berjimat cermat sejak kes tu. Biarlah pakai kereta kancil sekalipun, cash mesti ada dalam simpanan.

Langit tak selalu cerah. Hidup tak sentiasa indah. Perniagaan tak sentiasa meriah. Tapi ingat, anda takkan sentiasa berada di bawah.

23/08/2020

Penjelasan Isu Status Halal Produk Brown Sugar Bubble Tea Ball

Pihak kami mula menerima pertanyaan berkenaan isu status halal produk Brown Sugar Bubble Tea Ball daripada para pengguna di media sosial rentetan timbul dakwaan yang menyatakan produk tersebut tidak halal.

Berdasarkan semakan Bahagian Hab Halal, JAKIM, produk tersebut tidak memiliki pengesahan halal dari JAKIM/JAIN atau mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Lebih jelas lagi, produk bubble tea keluaran negara Taiwan yang diimport oleh syarikat Meng Chong Foodstuffs Pte Ltd yang berpengkalan di Singapura tersebut mengandungi sumber bahan ramuan yang TIDAK HALAL iaitu gelatin babi.

Justeru, para pengguna khususnya pengguna Islam dinasihatkan agar lebih berwaspada dengan meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk sebelum melakukan belian sebarang produk makanan atau minuman baik di Malaysia atau di luar negara.

Jadilah pengguna yang bijak dengan mengutamakan produk yang telah dipersijilkan halal oleh JAKIM/JAIN atau mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.
Perlu diketahui bahawa produk yang telah dipersijilkan halal oleh JAKIM/JAIN atau mana-mana badan pengesahan halal luar negara yang diiktiraf adalah dijamin halal dan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut prosedur, peraturan jua perundangan berkaitan yang telah ditetapkan di negara masing-masing.

Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia serta logo-logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM, sila layari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.
Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular di:- http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

Terima kasih. "Yakini Halal Malaysia"

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
πŸ“§ [email protected]
☎ 03-8892 5000/1
25 Ramadhan 1441 H
18 Mei 2020 M


17/08/2020

MELAYU pantang nampak seorang Melayu makan di kedai pork free....maka berduyun-duyunlah Melayu lain ikut masuk makan.....

Kedai makan β€œNO PORK”

Saya seorang tukang masak atau chef yang berkerja di sekitar selangor dan KL, pengalaman hampir 10 tahun berkerja di pelbagai jenis hotel dan restaurant. Terdetik saya nak berkongsi cerita ini setelah melihat beberapa posting berkaitan isu makan di kedai tanpa sijil halal namun berlabel "pork free", ramai Muslim yang dilihat makan dan minum di kedai sebegini. Jadi biarlah saya sebagai orang yang bergelumang dalam industri ini berkongsi sikit cerita pada semua. Restoran pork free biasanya di miliki oleh Non Muslim, mereka tak mahu apply sijil halal sebab susah dan bagi mereka buang masa dan duit, dan sebenarnya tak mungkin akan lulus, kenapa? Saya akan ceritakan di bawah. Tapi oleh kerana mereka sedar 70% hasil jualan biasanya datang dari kaum Melayu yakni muslim maka mereka memilih untuk meletakkan logo β€œNo Pork” di kedai mereka.

Pernah saya berkerja di sebuah syarikat di KL, sebagai chef makanan "Western" dan Melayu, tetapi atas kerana perubahan hala tuju perniagaan, owner tempat saya berkerja menambah sisi perniagaan iaitu restaurant makan tengahari β€œpork free”, jujurnya saya terlibat dengan operasi dari awal hingga sekarang. Saya dapat melihat segenap aspek apa yang berlaku dalam restaurant "pork free".

Sebab apa mereka tak mahu mohon sijil halal JAKIM sedangkan mereka mahu pelanggan dari orang Muslim? Pertama, ada sebahagian mereka mahu menjual alcohol di premis yang sama, kedua, bahan masakan yang mereka guna tidak memiliki sijil halal, dan pengeluarnya diragui. Kenapa ini berlaku, jujurnya, pemilik restoran ini bukanlah jahat atau sengaja, yang saya dapati ialah mereka tidak betul betul memahami konsep halal itu. Saya pernah cuba menegur bekas majikan saya, tapi dia masih kurang faham. Bagi beliau, cukup sekadar tidak menggunakan produk babi sudah cukup sesuai untuk pelanggan islam. Pemahamannya kurang.

Betul, tiada babi yang di gunakan, tapi, di dapur, ada cooking wine, ayam yang di guna di ragui sembelihan, (pernah check tiada kesan sembelihan), makanan dalam tin dari syarikat yang sama yang mengeluarkan produk babi, bahan bahan yang di import terus dari China, Taiwan dan sebagainya, (atas alasan rasa dan quality lebih baik) tiada cop halal jakim, bahkan tiada cop halal mana mana pun, ini adalah contoh apa yang saya dapat lihat dari pengalaman sendiri, betul pork free, tapi pasti ia tidak halal untuk di muslim.

Bekas majikan saya mengaku sendiri, hampir 70 peratus hasil jualan dari Melayu Muslim, hinggakan dia perlu menggaji pekerja Muslim wanita bertudung untuk berkerja di ruang hadapan, supaya Muslim berani untuk makan di situ, hakikatnya, tukang masak adalah non muslim, bahan masakan juga diragui dan tidak halal. Iya, tidak ada menggunakan babi, tapi masih tidak halal untuk muslim.

Wallahhi, saya rasa bertanggungjawab untuk share hakikat ni, sebab saya ada dalam industri, sekurang kurangnya, ini pengalaman di tempat saya pernah berkerja, mungkin tempat lain berbeza, tapi untuk renungan kita bersama, mari berfikir kenapa restoran ini tak mahu dapatkan sijil halal JAKIM, sedangkan mahu pelanggan dari Melayu Islam (sanggup pamerkan logo Pork Free). Jika tak pasti halal atau haram, sudah pasti menjadi ragu ragu, syubhah, kita muslim kena elakkan.

Akhir kata, pada yang membaca, tolong renungkan semula, kenapa bersusah susah makan yang syubhah sedangkan boleh cari yang pasti halal.

Harap perkongsian ini membuka mata semua.

Noted: Terima kasih pada chef yang berkongsi maklumat ni. Semoga di rahmati Allah.



kredit : farin farin

Assalamualaikum gaiss....ceriakan pagi anda dengan sedekah senyuman seberapa banyak yg boleh gaiss.. 😍😍😍Nak share B U B ...
07/07/2020

Assalamualaikum gaiss....

ceriakan pagi anda dengan sedekah senyuman seberapa banyak yg boleh gaiss.. 😍😍😍

Nak share B U B B L E B E L L Y O I L memang TERBAIK gais...

Minyak urut asli kaya dengan perbagai herba.

Mana-mana yg nak selit order boleh roger2

βœ… - Booking NowR A Y A  H A J I  hampir tiba gaiss....VAN 14 SEATER 🚐🚐🚐VAN 12 SEATER 🚐🚐🚐HYUNDAI STAREX 11 SEATER 🚐🚐🚐masi...
06/07/2020

βœ… - Booking Now

R A Y A H A J I hampir tiba gaiss....

VAN 14 SEATER 🚐🚐🚐
VAN 12 SEATER 🚐🚐🚐
HYUNDAI STAREX 11 SEATER 🚐🚐🚐
masih ada lagi KEKOSONGAN gaiss..
____________________________________________

> http://www.wasap.my/60106651780
> http://www.wasap.my/60106651780
> http://www.wasap.my/60106651780

kadar sewaan murah dengan tempoh waktu sewaan yang lama.

Kami berada di KLUANG JOHOR.

&Tour

28/03/2020

Tiga jenis ubat yang berdaftar di negara ini dikenal pasti boleh digunakan untuk rawatan Covid-19 dan bekalan ubat tersebut telah sedia ada di Malaysia.

28/03/2020
26/03/2020

Jemaah Menteri Potong Gaji 2 Bulan untuk Tabung COVID-19

16/03/2020

QUNUT NAZILAH

Umat islam khususnya diseluruh Negeri Johor hendaklah membaca qunut nazilah dalam setiap solat lima waktu ketika ini.

Kita semua mohon perlindungan daripada Allah SWT agar segala wabak, kesukaran dan bencana serta penularan Covid-19 segera berakhir.

16/03/2020
16/03/2020

TUHAN, TOLONGLAH KAMI...

Tuhan,
Marahkah Engkau pada kami?
VirusMu kian mengamuk, menggoncang dunia,
Tiada sempadan ia menular,
Tak lambat sesaat p**a merebak,
Sungguh! Terdiam kami merebah.
Nyawa demi nyawa pergi,
Yang dijangkiti, tiada penawarnya lagi.

Ya Rabb,
Tiada lain, tangan ini yang bersalah,
Pagi kami lupa, siang makin lalai,
Malam bertambah leka, hidup beraja dunia.
Al-Quran kami jarang buka dan baca,
Sunnah Nabi kami persenda,
Hidup tak berarah, harta dikaut berjuta,
Kuasa direbut tak sudah-sudah.

Ya Rahman, Ya Rahim,
Hari ini semua buntu, semua bercelaru,
Tercari-cari apa punca, di mana ubat tak jumpa,
Alam mula murka, laut tak pandang,
Bumi tak sayang...
Ke mana hamba perlu membawa diri?

Ya Allah,
Dikau Maha Penerima Taubat,
SayangMu melebihi murkaMu,
Kami umatnya Muhammad SAW,
Kekasih AgungMu,
Tidakkah ada sekelumit kasihan pada kami,
Rahmatilah kami ya Rabb,
Pandang kami, Cintailah kami.

Belas kasihanMu,
Hapuskanlah makhlukmu bernama Covid 19,
Tenangkanlah kembali hati dan dunia ini,
Tidaklah ada tempat lain untuk berharap,
Tidaklah ada kuasa melainkan tuhanku ini,
Hanya Engkau tempat kami berlindung.

Semoga semuanya kembali sediakala.

Sharimi,
14 Mac 2020
9.21pm

Kebersihan dan keselesaan khas untuk setiap pelanggan kami.Selamat bercuti, semoga selamat perjalanan pergi dan balik.πŸ€—
12/03/2020

Kebersihan dan keselesaan khas untuk setiap pelanggan kami.

Selamat bercuti, semoga selamat perjalanan pergi dan balik.πŸ€—

03/03/2020

KENYATAAN MEDIA
Dewan Ulamak PAS Pusat

7 REJAB 1441H l 2 MAC 2020

PENGALAMAN TUN MAHATHIR ADA JASANYA

1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyeru dan mengajak semua rakyat bertenang serta memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Malaysia kelapan, Tan Sri Hj Muhyiddin Yassin untuk memimpin negara bagi memulihkan kerosakan yang telah berlaku di zaman kerajaan PH sebelum ini. Dokongan dan sokongan semua pihak amat diharapkan bagi memastikan kerajaan baru yang bakal dibentuk adalah kerajaan yang berintegriti, cekap dan prihatin dalam melaksanakan tanggungjawab yang digalas.

2. Di samping itu, DUPP secara terbuka memberikan pujian terhadap Tun Mahathir atas penglibatan beliau dalam pentadbiran negara selama lebih 22 tahun selaku Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan ketujuh sebelum ini. Sepanjang tempoh tersebut pastinya ada jasa beliau dalam membina negara yang tidak dapat dinafikan kebaikannya walaupun di sana terdapat beberapa perbezaan dari sudut ideologi politik beliau dengan PAS sama ada ketika beliau di dalam UMNO mahupun PBBM.

3. Dari sudut kebaikan yang ada dan persamaan dengan perjuangan PAS, kita dapat lihat dari sudut beliau merupakan pemimpin yang menitik beratkan soal kepentingan melayu dan Islam. Ini dapat dilihat apabila pendirian Tun Mahathir yang turut tidak bersetuju dengan Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta beliau tidak melarang himpunan mega bantahan ICERD pada 8 Disember 2018 yang lalu serta keseriusan beliau dalam mempertahankan bangsa Melayu dengan mengadakan Kongres Maruah Melayu di Shah Alam sebelum ini.

4. Jasa Tun Mahathir turut diiktiraf oleh negara Arab dan negara umat Islam yang lain apabila Tun Mahathir secara terkehadapan lantang dalam isu kemanusiaan seperti krisis Bosnia Herzegovia dengan terdahulu dan ketegasan dalam tidak mengiktiraf Yahudi atas pencabulan mereka terhadap bumi Palestin. Malahan Tun Mahathir secara rasmi pernah dijemput oleh kerajaan Mesir semasa pemerintahan Dr Muhammad Morsi bagi memberikan ucapan untuk berkongsi idea mengenai pelan peningkatan ekonomi.

5. Sekalipun beliau ada silapnya namun kebaikan yang ada tidak boleh kita sembunyikan dan menafikannya. Malah kita dapat lihat beliau cuba berusaha memperbaiki beberapa kesilapannya terdahulu seperti pemberian royalti dan wang ihsan kepada kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu yang diperintah oleh PAS. Sekalipun tidak sempurna namun ia boleh dilihat dari sudut kebaikan yang wajar diberikan pujian.

6. DUPP juga secara tegas menasihati Tun Mahathir sebagai mantan Perdana Menteri Malaysia yang dihormati di dalam dan luar negara untuk mengambil sikap tidak wajar berkompromi dengan DAP sama sekali yang jelas membawa ideologi ektremis yang bertentangan dengan apa yang telah diperjuangkan oleh beliau selama ini. Inilah ketegasan PAS dan mengharapkan Tun Mahathir dapat berfikir dengan matang dan terbuka hati untuk memahaminya ini.

7. DUPP juga dengan berbesar hati mempelawa Tun Mahathir untuk turut sama memberikan sokongan padu kepada Perdana Menteri kelapan Malasyia, Tan Sri Hj Muhyiddin Yassin yang merupakan anak didik beliau juga sewaktu berada di dalam UMNO dan juga PBBM. Kelebihan yang ada pada Tun Mahathir seperti pengalaman, pemikiran yang cergas serta ilmu pentadbiran diharapkan mampu dimanfaatkan bersama bagi membina semula Malaysia ke arah negara yang sejahtera dan menyelesaikan kemelut negara yang sedia ada ini.

Firman Allah SWT :

ΩˆΩŽΩ„ΩŽΨ§ ΨͺَسۑΨͺَوِی Ω±Ω„Ϋ‘Ψ­ΩŽΨ³ΩŽΩ†ΩŽΨ©Ω ΩˆΩŽΩ„ΩŽΨ§ Ω±Ω„Ψ³Ω‘ΩŽΫŒΩ‘ΩΨ¦ΩŽΨ©ΩΫš ٱدۑفَعۑ Ψ¨ΩΩ±Ω„Ω‘ΩŽΨͺِی Ω‡ΩΫŒΩŽ Ψ£ΩŽΨ­Ϋ‘Ψ³ΩŽΩ†Ω فَΨ₯ِذَا Ω±Ω„Ω‘ΩŽΨ°ΩΫŒ Ψ¨ΩŽΫŒΫ‘Ω†ΩŽΩƒΩŽ ΩˆΩŽΨ¨ΩŽΫŒΫ‘Ω†ΩŽΩ‡ΩΫ₯ عَدَ ٰ⁠وَةࣱ ΩƒΩŽΨ£ΩŽΩ†Ω‘ΩŽΩ‡ΩΫ₯ ΩˆΩŽΩ„ΩΫŒΩ‘ΩŒ Ψ­ΩŽΩ…ΩΫŒΩ…ΰ£±

Maksudnya :
"Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib." - [Surah Fussilat 34]

Sekian.

YB USTAZ MOHD NOR HAMZAH
Ketua Penerangan,
Dewan Ulamak PAS Pusat

28/02/2020

Anda menghadapi masalah semasa mengemaskini maklumat syarikat menggunakan aplikasi e-contractor/laman web serta pendaftaran anda berstatus tidak aktif?

Ikuti langkah-langkah berikut dan sebarang masalah lanjut boleh berhubung dengan pihak IDJ.

27/02/2020

Jangan lupa malam esok

Semua dijemput hadir..

23/02/2020

Peringatan Buat Bakal Pengantin....

Moga Bermanfaat....

21/02/2020
20/02/2020

Kepada seluruh warga dan penyokong pasukan JDT daerah Kluang, dijemput hadir menyaksikan tayangan 'live streaming' Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim(stadium baru pasukan JDT).

Tarikh: 22 Februari 2020(Sabtu)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Dataran Tasik Kluang

Luaskan Kuasamu Johor!!!

16/02/2020
16/02/2020
14/02/2020

Pemergian pelawak terkenal, Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan atau lebih dikenali dengan nama Abam Bocey baru-baru ini, ternyata meninggalkan kesan yang mendalam bukan sahaja kepada ahli keluarga, tetapi seluruh rakyat Malaysia. Bulan sahaja majlis pengebumian arwah diiringi ribuan pem...

11/02/2020

Address

No. 11, Tingkat 1, , Jalan Seri Impian 1/1, , Taman Seri Impian
Kluang
86000

Telephone

+60106651780

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when VAN SEWA Kluang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Category


Other Tour Guides in Kluang

Show All