Kelantan Darul Naim

Kelantan Darul Naim Kelantan Darul Naim Sumber informasi berita Kelantan Darul Naim

Permanently closed.
09/06/2018
26/05/2018

Kempen Kelantanku Bersih digerakkan rakyat Kelantan untuk mencapai impian menjadikan Kelantan sebuah

22/02/2018

Kereta Adik saya dicuri...Minta tolong sahabat / kawan hubungi Balai Polis Terdekat @ Azhari 019-349 1803... No pendaftaran: DCW 3112
Jenis Kereta: Nissan Xtrail
Warna: Silver
Dilarikan dr rumah di Peringat Kelantan @ 1.10 pagi 22/2/18

06/05/2017

Tahniah TRW 3-2

24 April 2017 - Allahu Akbar, Daulat Tuanku
24/04/2017

24 April 2017 - Allahu Akbar, Daulat Tuanku

15/12/2016

السلام عليكم ورحمة الله وبراكته
الله اكبر

Nama Masjid Wilayah Persekutuan (MWP) sehari dua ini, menjadi viral di atas isu kehadiran KBDYMM SPB YDPA XV, Sultan Muhammad V, datang menunaikan solat Subuh.

MWP adalah masjid yang terhampir dengan Istana Negara. Tuanku Sultan Muhammad V juga memang diketahui rakyat, terutamanya di Negeri Kelantan sering turun solat berjamaah dan mendengar kuliah agama di merata masjid dan surau seluruh negeri tersebut.

MWP dan seluruh masjid serta surau di WP menerima dengan penuh kesyukuran apabila Baginda Tuanku sudi berangkat menunaikan solat berjamaah bersama rakyat jelata. Ia mampu menjadi motivasi terbaik seluruh umat Islam untuk mengimarahkan rumah Allah di mana jua.

MWP mendoakan Tuanku sentiasa dalam perlindungan Allah sentiasa, diberi kekuatan untuk terus beristiqamah dengan amalan-amalan yang mulia, diberi kesihatan yang baik sepanjang masa dan memerintah dengan adil saksama sepanjang 5 tahun pemerintahan Baginda.

Semoga Allah memberkati KBDYMM Seri Paduka Baginda sebagai Ketua Negara, rakyat jelata seluruhnya dan Negara Malaysia kita yang tercinta. Amin.



01/12/2016

Assalamualaikum teman2
Ramai dikalangan kita bila disebut: "Rahmat kirim salam..." Akan dijawab.. "iyee ke? WA'ALAIKUMUSSALAM....." Ok..... Nmpk mcm tak da masalah kan? Tertanya2 kan apa masalahnya kan? Ya..memang ada masalah.... Sebenarnya, jelas di dalam hadis nabi saw,nabi mengajarkan apabila salam itu disampaikan melalui org tengah maka jawapan yg diberi kepada kiriman salam tu bukannya, 'waalaikumussalam' tapi..... " wa'alaika wa'alaihissalam " Sebab apa? Rahmat suruh Abu kirim salam kat Ma'il.. Ma'il jwb " wa'alaikumussalam " Sedangkan maksud Wa'alaikumussalam= selamat sejahtera ke atas KAMU jadi salam Rahmat kpd Ma'il tak terjawab kan? sebab Ma'il doakan salam tu kepada Abu SEDANGKAN Abu ITU ORG TENGAH.. Manakala maksud Wa'alaika wa'alaihissalam= dan juga kepada KAMU dan juga kepada DIA selamat sejahtera. Maka salamnya terjawab.... Indahnya islam... Note: hukum memberi salam itu sunat,tapi menjawab itu wajib..jadi kalau salah jawab, bermakna MASIH BELUM JAWAB SALAM TERSEBUT.

19/11/2016
Keistimewaan ketiga-tiga mereka bukan terletak pada wajah semata-mata selain usia masih muda, sebaliknya kerana keboleha...
17/11/2016

Keistimewaan ketiga-tiga mereka bukan terletak pada wajah semata-mata selain usia masih muda, sebaliknya kerana kebolehan mereka menebar roti canai yang digelar Roti Canai Tiga Beradik.

Pasir Mas: Senyuman manis tiga beradik perempuan menyambut kedatangan pelanggan ke sebuah kedai makan yang terletak di Kampung Chetok, di sini.

12/11/2016

Bermula hari ini tiada lagi Maybank di Tumpat.
Harap Maklum.

07/11/2016

KUALA TERENGGANU - Klinik Kesihatan Pulau Redang di bawah pentadbiran Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus telahpun memulakan operasinya Selasa lalu.

06/11/2016

PERKONGSIAN video perbualan pelakon dan pengarah filem, Zulkifli Yahya atau Zul Yahya, 43, dengan anak perempuannya berhubung penghijrahannya benar-benar meruntun jiwa sesiapa yang menonton.

06/11/2016

Maklumat palsu dan tidak benar yang tersebar di media sosial berkaitan perkhidmatan pesakit bayaran penuh (FPP) di Hospital KKM. Tiada perubahan terhadap caj RM 1 untuk perkhidmatan pesakit luar & RM 5 untuk perkhidmatan pakar di klinik pesakit luar di fasiliti KKM. Hentikan penyebaran berita palsu!

06/11/2016

Komen slh sorg dlm FB Tan sri nua muso ~~
# ambo maroh jugok tp maroh2 dale hati jah..

Tan Sri menatey apo kalu tokleh nk belo rakyat? Wat kejadoh apo dale Parlimen puok2 MP nih kalu xleh nk bahas usul di Parlimen? Tgk feedback rakyat la gilo.! Dale paper, dale facebook, twitter, email kpd putrajaya.. Feedback 99% tok setuju GST di implement lagi buat waktu ni. Menatey apo puok mung nih? Tan Sri/ Dato Seri/ Tun/Dato Datin tuh pangkat kah blako, hakikat puok mung nih manusio bodo jah.! UMNO sdiri pun ramai ahli miskin papo kedano.! Puok mung majoriti dale Parlimen, tapi xleh nk bahas usul nih. Tgk jurang antara pendapatan & perbelanjaan la dlu gilo.!! Gaji minima RM3.60 paling rendoh di dunio dale ranking negaro2 laksana GST. Duk kiro nga UK Australia, demo tu takpo la GST 10% sbb gaji minima dio AUD$15 per hour. Bersamaan RM45-50 sejam kijo! Bukey RM3.60 serupo hok Tan Sri bakul sapoh buat perbandingan tuh.! Otok ado otok? Ko takdok? Maah la kurey ajar nih. Puok2 mung nih tggu mapuh belako baru aman Malaysia. Nati puok mung mati,aku nk gi tabur duit atah kubur.. Tggu.!

Mohon Tan Sri baco pah komen deh. Nk komen kure ajar jgk pun takpo mugo aku hok start dulu..

Tan Sri nk kecek pasal ekonomi ko pasal gapo2 ko dipersilakan. Ambo laye belako. Nk tgk jgk otok Tan Sri ni balance ko dok antara logik dan tak logik. Ado otok bakali, cumo tak balance jah dok? Gilo taksub UMNO telajok sapa nasib rakyat Ketereh di perjudikan. Tan Sri dale parlimen mewakili rakyat Kok Lanas Ketereh Kadok, malah Kelate amnya. Tan Sri tokleh ko bangun buwi ucapan n bahas usul GST dgn fakta bahawasanya rakyat Kelate ramai miskin.! Tv suratkhabar pun oyak sokmo rakyat Kelate miskin. Pahtu? Babi apo gi sokong GSt nyo gilo?

MP negeri lain tu biarlah mugo bodo sokmo. Harap ko PR jah bangkang, puok2 UMNO pun keno bangkang jgk bendo2 zalim gini.

So lagi, jange buat comparison dgn Australia. Ambo duk australia 4tahun doh Tan Sri. Duk bayar GST 10% selamo ni ambo relo sbb apo? Sbb australia ni bukan negaro Islam, ikut dio lah nk wat cukai pun. Ambo bayar atas dasar ambo kijo dale negaro dio, keno taat kpd pemerintah walau bukan Islam. Bezo dgn negaro Islam, tokleh kenakan cukai kpd org miskin. Terkecuali cukai tanah cukai kedai/perniagaan pendek kato cukai utk org kayo2 srupo Tan Sri je la buleh.!

Australia implement GST 10%, tgk fakta berkenaan Australia deh: pahtu baru pikir la nk wat comparison tuh.

Australia negaro paling tinggi menetapkan gaji minima iaitu sebanyak $15 per hour (gaji minima paling mahal di dunio).

Australia memberikan pendidikan percuma kpd citizen n PR. Sehingga ke peringkat PhD.

Elaun PR n citizen sehingga $2000 sebulan

Elaun anok2
Elaun jobless(penganggur) pun buleh pitih.!

Highway percuma tak terhitung b*k dio. Highway berbayar pun paling mahal $6 jah

Freeway menghubung antara negeri ke negeri lain FREE! Rakyat bleh pilih ado 6 highway percuma kalu nk gi KL dari KB (contoh), kito? Jale rayo ado so jah. Masuk Karak keno tol puluh2 riyal. Bodo dok?

Elaun org tuo
Pensioners xperlu risau masa tua terjamin
Kuli batok pun pakai Honda Type R, cleaner pakai skyline, postman pakai Audi
Malaysia? Cleaner jale kaki.!

Public transport no.1 di dunio! Tram percuma (LRT percuma dlm bandaraya melbourne)

Train muroh
Flight muroh
Bus muroh

Harga kereta 10kali ganda lagi muroh berbanding Malaysia, even harga keto Proton pun muroh di Australia lagi. Tan Sri nok bahas isu proton dok? Mari ah.

Tahap keselamatan dlm negaro no.1 di dunia. Malaysia? Ragut rogol rompak samun bunuh hari2 masuk tv.! Jenayah tinggi, lagi mau wat GST, org miskin makin miskin, perkadaran jenayah akan meningkat, logik la kalu pahni kes samun 100kes sehari. Sbb rakyat lapar la gilooo.!! Gaji sikit, beban banyok.! Ekonomi mcm tahik tp cukai kiri kanan keno.! Bodo la puok mung nih duk wat babi apo dale Parlimen eh? Pikir nasib rakyat ko pikir pitih poket puok mung jah?

Tan Sri, just one word from me. Honestly...

NATE BODO MENTERI!!!
☺☺☺☺☺

04/11/2016

Menyediakan berita dan kupasan isu-isu menarik yang terkini.

Sultan Kelantan berjalan malam bersama rakyat
29/10/2016

Sultan Kelantan berjalan malam bersama rakyat

KOTA BHARU - Sejarah terus terlakar apabila Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, berkenan berjalan sambil beramah mesra dengan lebih 21,000 rakyat jelata sempena Walkaton D' Raja Kelantan 2016, Let' Go With Me di sini malam ini.

25/10/2016
25/10/2016

Bekas menteri kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang suatu ketika dahulu lantang mempertahankan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akhirnya membuat pendedahan terbuka membabitkan syarikat yang diterajui oleh bekas bosnya itu, Datuk Seri Najib Razak.

Hadi ‘tinggalkan’ Dewan Rakyat, hanya diam dan senyumMeskipun sidang Dewan Rakyat masih berlarutan, Presiden PAS Datuk S...
18/10/2016

Hadi ‘tinggalkan’ Dewan Rakyat, hanya diam dan senyum

Meskipun sidang Dewan Rakyat masih berlarutan, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi dilihat meninggalkan persidangan hari ini.

Beliau hanya berdiam diri ketika diajukan soalan mengenai usul persendiriannya yang telah diturunkan ke senarai nombor tujuh dalam kertas perintah bagi sesi terakhir Parlimen tahun ini.

Malah anggota parlimen Marang itu juga hanya tersenyum ketika diminta mengulas mengenai perkara berkenaan sebelum kereta yang dinaikinya meninggalkan Dewan Rakyat.

Hari ini, usul kontroversi 'hudud' Abdul Hadi telah ditolak ke bawah dalam kertas perintah.

Usul bagi membentangkan rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), telah diturunkan daripada senarai nombor empat semalam kepada nombor tujuh hari ini.

Ia diturunkan apabila lebih banyak usul kerajaan dimasukkan dalam senarai.

Lazimnya, usul kerajaan didahulukan berbanding usul persendirian.

Dengan kedudukan di bawah senarai itu, ada kemungkinan usul Hadi tidak akan dibawa ke Dewan.

Malah, ia mungkin terus ditolak lebih bawah pada kertas perintah itu berikutan hari-hari akan datang.

Bermula minggu depan, debat parlimen akan memberi tumpuan kepada Bajet 2017 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Jumaat ini.

Perbahasan hanya akan beredar kepada perkara-perkara lain pada dua hari terakhir sesi Parlimen ini, yang berakhir pada 24 November.

Jika usul itu terus ditolak ke bawah, peluang Hadi adalah hanya jika beliau memohon kerajaan menaikkannya.

Ini yang berlaku pada sesi Parlimen lalu, apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berbuat demikian atas arahan Najib dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

21/08/2016

Undang-Undang Jenayah Islam adalah rahmat Allah dan kasih-sayang Allah kepada manusia....

03/08/2016

Profesor Okuda: Islam Adalah Hadiah Terbesar Dari Allah Dalam Hidup Saya! info Prof. Dr. Atsushi Kamal Okuda, Profesor bidang Politik di Universitas Keio yang juga merupakan Ilmuwan muslim Jepang dan pendidik ahli di sejumlah universitas di Tokyo Jepang. Dr Kamal Okuda telah lama berjuang mencari ke...

02/08/2016
27/07/2016

Putrajaya: Pengendali laman web Papa Gomo, Wan Muhammad Azri Wan Deris tetap perlu membayar ganti rugi RM850,000 kepada bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Mahkamah Persekutuan di sini, menolak rayuannya.

04/07/2016
30/06/2016

Namun ia belum dapat dilaksanakan kerana kekurangan doktor wanita dalam bidang O&G.

29/06/2016

As'Salam YDH Tuan / Puan.

MAKLUMAN KEHILANGAN SEBUAH M/HILUX: (MILIK PEJABAT KESIHATAN DAERAH KUALA KRAI)

➡Kuala Krai Rpt: K/KRAI RPT 3779/16
➡ No. Pendaftaran : DCU 3515
➡ Jenis : TOYOTA HILUX FORTUNER 2.7V
➡ Warna Kenderaan : PUTIH
➡ Waktu kejadian : Disedari hilang jam 0730HRS @ 29.06.2016
➡ Tempat Kejadian: Pejabat Kesihatan Daerah K/Krai Guchil 7, Kuala Krai, 18000 Kuala Krai, Kelantan.

✏ Sekiranya jumpa maklum segera ke Gerakan IPK Kelantan @ Gerakan Daerah @ Balai Polis terdekat (.)

Terima Kasih Tuan / Puan (.)

"POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA"

As'Salam YDH Tuan / Puan.

MAKLUMAN KEHILANGAN SEBUAH M/HILUX: (MILIK PEJABAT KEMENTERIAN KESIHATAN DAERAH KUALA KRAI)

➡Kuala Krai Rpt: K/KRAI RPT 3779/16
➡ No. Pendaftaran : DCU 1672
➡ Jenis : TOYOTA HILUX DOBLE CAB 2.5
➡ Warna Kenderaan : PUTIH
➡ Waktu kejadian : Disedari hilang jam 0730HRS @ 29.06.2016
➡ Tempat Kejadian: Pejabat Kesihatan Daerah K/Krai Guchil 7, Kuala Krai, 18000 Kuala Krai, Kelantan.

✏ Sekiranya jumpa maklum segera ke Gerakan IPK Kelantan @ Gerakan Daerah @ Balai Polis terdekat (.)

Terima Kasih Tuan / Puan (.)

"POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA

As'Salam YDH Tuan / Puan.

MAKLUMAN KEHILANGAN SEBUAH M/HILUX: (MILIK PEJABAT KEMENTERIAN KESIHATAN DAERAH KUALA KRAI)

➡Kuala Krai Rpt: K/KRAI RPT 3779/16
➡ No. Pendaftaran : DCU 3106
➡ Jenis : TOYOTA HILUX DOBLE CAB 2.5
➡ Warna Kenderaan : PUTIH
➡ Waktu kejadian : Disedari hilang jam 0730HRS @ 29.06.2016
➡ Tempat Kejadian: Pejabat Kesihatan Daerah K/Krai Guchil 7, Kuala Krai, 18000 Kuala Krai, Kelantan.

✏ Sekiranya jumpa maklum segera ke Gerakan IPK Kelantan @ Gerakan Daerah @ Balai Polis terdekat (.)

Terima Kasih Tuan / Puan (.)

"POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA"
[6/29, 08:33] Gerakan kuala krai: Assalam YDH Tuan...
Untuk Makluman...
Ketiga-Tiga M/Hilux Tersebut Milik Pejabat Kementerian Kesihatan Daerah K/Krai Guchil 7 18000 K/Krai Kelantan.

22/06/2016

KUALA LUMPUR - Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hari ini. Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat berkata, langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di ne...

19/06/2016

LOT BANGLO / TANAH
(part 1)

KETAHUI FAKTA ASAS SEBELUM ANDA MEMBELI LOT BANGLO

1. Bila kita nak beli LOT BANGLO, ia akan berakhir dengan 2 kemungkinan.
Samada lot banglo dengan GERAN INDIVIDU. atau, 'lot banglo' GERAN KONGSI

2. SEBELUM beli, tanya dulu kepada penjual. Lot ni SUDAH ADA GERAN INDIVIDU ATAU BELUM?

3. JIKA ADA, SEMAK gerannya.
Pastikan ia BERSTATUS BANGUNAN dan semak keluasan serta pemiliknya.
Dapatkan NO LOT & MUKIM. 2 maklumat ni bawa ke unit pendaftaran pejabat tanah dan BUAT CARIAN PERSENDIRIAN. Pastikan maklumat dalam carian terkini adalah sama dengan maklumat geran yang diberikan oleh penjual.

4. Kemudian jumpalah pihak bank dan mohon bantuan pembiayaan.
Geran individu tiada masalah untuk mendapat bantuan pembiayaan. Cuma margin of financing berbeza ikut bank. Jika rezab melayu, lagi rendah loan yang diberikan.

5. SEMPADAN lot tanah bagi GERAN INDIVIDU adalah jelas, pampasan pengambilan tanah juga adalah jelas. Tiada pertikaian sebagaimana geran kongsi.

6. Jika TIADA geran individu maknanya, GERAN ITU MASIH ATAS NAMA PEMILIK BERDAFTAR.
Jika anda membeli 'lot banglo' kategori ini, ia akan berakhir dengan DUA kemungkinan. PERTAMA,akan kekal berkongsi geran dengan pembeli-pembeli yang lain.
Atau KEDUA, penjual akan menguruskan tukar syarat tanah dan pecah sempadan menjadi lot banglo geran individu selepas itu.Bayaran bagi proses ini akan dikumpulkan berperingkat-peringkat dari poket semua pembeli.

7. Jualan bagi 'lot banglo' GERAN KONGSI adalah MURAH kerana ia dijual dengan status pertanian dan tanpa tukar syarat serta pecah sempadan.

8. Akibat daripada geran kongsi ini akan menyebabkan semua pembeli BERKONGSI cukai tanah, sempadan dan hak pampasan pengambilan tanah yang sama mengikut bahagian keluasan. Namun, ia agak rumit bila melibatkan hal ehwal pusaka selepas kematian anda sekiranya proses tukar syarat tanah dan pecah sempadan tidak diuruskan hingga selesai

9. Jika membeli lot banglo GERAN KONGSI STATUS PERTANIAN, Penjual dan semua pembeli akan menandatangai SURAT IKATAN PEMEGANG AMANAH (Trust Deed)
Penjual akan dinamakan sebagai Pemegang Amanah. Manakala, semua pembeli akan dinamakan sebagai beneficiary. Kalau ada 6 lot yg dijual maka ada 6 oranglah beneficiaries.
Trust Deed ini akan distamping dan didaftarkan di pejabat tanah.
Nama PEMBELI TIDAK BOLEH DIDAFTARKAN sebagai pemilik berdaftar kerana tanah pertanian 1 ekar hanya membenarkan 1 nama sahaja di daftarkan.
Ini bermakna, pemilik asal telah 'hilang' milikannya ke atas tanah tersebut dan beliau dinamakan sebagai Pemegang Amanah sahaja

10. Luas sesebuah lot banglo hendaklah BERSAIZ 3750kps dengan BUKAAN MINIMA 50 KAKI
*Jarak 50 kaki adalah utk negeri Selangor. Negeri-negeri lain masih mengekalkan jarak 40 kaki. Di Selangor, jika tanah itu agak berbukit,barulah dibenarkan rezab jalan 40 kaki.
*Di mana anda boleh semak syarat-syarat ini? Boleh berhubung dengan Bahagian Perancang PBT di mana tanah itu terletak. Ia berbeza antara negeri. ATAU merujuk Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD)

11. Selain PBT dan JPBD, anda boleh buat semakan dengan Unit Pembangunan Tanah di Pejabat Tanah untuk memastikan permohonan tukar syarat tanah serentak dengan pecah sempadan dikemukakan untuk lot tanah tersebut. Jika tiada, anda patut meragui pelan tersebut. Atau anda perlu akur bahawa jika anda membeli juga, anda sebenarnya berkongsi geran.

12. PELAN TANAH LOT yang ditunjukkan juga hendaklah MEMPUNYAI COP JURUUKUR BERLESEN. Itu sebagai tanda tanggungjawab. Bukannya hanya helaian kertas pelan yang tidak ada sesapa pun berani mengecop pengesahan ke atasnya.

13. Tanah lot banglo yang sebenar-benarnya dimohon untuk mendapatkan geran individu, perlulah DIPOHON TUKAR SYARAT TANAH daripada pertanian kepada bangunan dan berada di dalam zoning kediaman serta dibuat pecah sempadan. Proses ini dipohon samada melalui Seksyen 124A atau 204 atau 124(1)(a)(c) & 137 Kanun Tanah Negara, bergantung kepada jenis hakmilik tanah.
Proses tukar syarat tersebut dikenakan bayaran yang agak tinggi kerana ia melibatkan townplanner dan profesional yang lain, Laporan Cadangan Pemajuan (LCP), caj pemajuan 30%, premium tambahan, cukai baru, kerja-kerja tanah dan penyediaan infra.
Oleh yang demikian, ia akan melibatkan kos beratus ribu bergantung kepada keluasan dan penilaian tanah. Kos ini kemudiannya akan disalurkan kepada pembeli lot banglo tersebut selain daripada harga asal tanah.

14. Oleh yang demikian, di kawasan utama seperti di Klang Valley, tiada kemungkinan untuk dapat membeli lot banglo yang sempurna dah ditukar syarat dengan mendapat geran individu pada harga bawah RM100,000 . Kerana harga minima RM30 sekaki darab keluasan minima 3750kps pun dah berharga RM112,500.00 (HARGA MINIMUM SEMASA RM42/kps). Jika anda ditawarkan dengan harga bawah RM100,000 akurlah bahawa ia mungkin lot banglo dengan geran kongsi.

15. OLEH YANG DEMIKIAN, SEMAKLAH TERLEBIH DAHULU SEBELUM MEMBELI.

sumber: HARTANAH MUDAH

*SEBAR DAN KONGSILAH ILMU INI UNTUK MANFAAT BERSAMA*

Mana jabatan kebajikan??
19/06/2016

Mana jabatan kebajikan??

Address

Kota Baharu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelantan Darul Naim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share


Other Kota Baharu travel agencies

Show All

You may also like