Wahda Tourism HQ

Wahda Tourism HQ Wahda Tourism Sdn Bhd (1528639-U) menawarkan pelbagai pakej UMRAH VIP dengan harga berbaloi

Muat turun aplikasi Nusuk di Google Play & App Store sekarang. Percuma dan mudah digunakan. Segalanya dalam satu aplikas...
16/04/2025

Muat turun aplikasi Nusuk di Google Play & App Store sekarang. Percuma dan mudah digunakan. Segalanya dalam satu aplikasi. Selamat, Terjamin dan Mudah.

Aplikasi yang boleh membantu jemaah untuk memilih tarikh dan masa yang dirancang untuk memasuki Raudhah.

Aplikasi Nusuk menyokong pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu bagi memudahkan pemahaman dan penggunaan untuk semua peringkat umur.

PERKONGSIAN RAMADAN💫Rasulullah SAW apabila memasuki 10 malam terakhir Ramadan, Baginda:🕌 Menghidupkan malam dengan ibada...
23/03/2025

PERKONGSIAN RAMADAN💫

Rasulullah SAW apabila memasuki 10 malam terakhir Ramadan, Baginda:
🕌 Menghidupkan malam dengan ibadah
🛏 Mengejutkan ahli keluarga untuk turut beribadah
🏅 Bersungguh-sungguh dalam beribadah lebih daripada sebelumnya

Sebagaimana sabda Nabi SAW:
“Apabila masuknya 10 malam terakhir Ramadan, Baginda akan mengetatkan kain, menghidupkan malam tersebut dan mengejutkan ahli keluarganya (untuk turut menghidupkan malam).”📖 [Riwayat Al-Bukhari]

💡 Jangan lepaskan peluang! Gandakan ibadah, perbanyakkan doa, dan kejar Lailatul Qadar yang lebih baik daripada 1000 bulan.

PERKONGSIAN RAMADAN💫Jangan sia-siakan Ramadan kita dengan perkara yang merugikan.Antara 3 kerugian orang berpuasa ialah:...
20/03/2025

PERKONGSIAN RAMADAN💫

Jangan sia-siakan Ramadan kita dengan perkara yang merugikan.

Antara 3 kerugian orang berpuasa ialah:
❌ Bangun sahur tanpa mendirikan solat sunat sekurang-kurangnya 2 rakaat
❌ Menunggu waktu berbuka tanpa berdoa
❌ Menghabiskan waktu pagi dan petang dengan berbaring atau tidur

Gunakan setiap detik Ramadan dengan sebaiknya untuk meraih pahala dan keberkatan. Semoga puasa kita diterima oleh Allah SWT.

Peristiwa Bersejarah Bulan RamadanBulan Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga menyimpan sejarah agung dalam pe...
19/03/2025

Peristiwa Bersejarah Bulan Ramadan

Bulan Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga menyimpan sejarah agung dalam perjuangan Islam.

✅ 17 Ramadan 10SH – Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW- Kalam suci pertama yang menjadi panduan umat Islam buat selama-lamanya.

✅ 17 Ramadan 2H – Perang Badar - Perang pertama yang menguji keimanan dan keberanian para sahabat.

✅ 20 Ramadan 8H – Pembukaan Kota Makkah - Pembebasan Kota Makkah daripada kaum Musyrikin.

✅ 25 Ramadan 9H – Penghancuran Patung Sembahan - Patung Al-Uzza hancur saat pasukan Nabi Muhammad SAW menaklukkan Makkah.

✅ 25 Ramadan 9H – Perang Tabuk - Perang terakhir yang dipimpin Rasulullah SAW

Ramadan bukan hanya bulan ibadah, tetapi juga bulan kemenangan Islam. Semoga kita terus istiqamah dalam perjuangan menegakkan agama-Nya.

PERKONGSIAN RAMADAN💫Mengapa kita digalakkan untuk berbuka dengan Manisan?Sebenarnya tiada hadith yang benar-benar menera...
17/03/2025

PERKONGSIAN RAMADAN💫

Mengapa kita digalakkan untuk berbuka dengan Manisan?

Sebenarnya tiada hadith yang benar-benar menerangkan tentang berbuka dengan manisan. Tetapi, ada hadith yang menerangkan mengenai cara Rasulullah berbuka puasa.

Namun, berdasarkan hadith tersebut, semestinya kita ingin tahu mengapa Rasulullah berbuka dengan Rutob (kurma basah) atau buah Tamar (kurma kering) bukan? Dan kurma juga dikategorikan sebagai makanan yang manis.

Daripada Anas bin Malik RA, beliau
berkata, adalah Rasulullah صلى الله عليه وسلم akan
berbuka sebelum melakukan solat
(Maghrib) dengan beberapa buah
rutob (tamar basah), tetapi apabila
tidak ada rutob (kurma basah), maka
dengan buah tamar (kurma yang
kering) tetapi apabila tidak ada tamar
(kurma yang kering), maka Baginda صلى الله عليه وسلم
akan minum beberapa teguk air.

Wahda Tourism mengalu-alukan kehadiran warga SMU Hidayah Islamiah ke Majlis Berbuka Puasa bersama kami pada hari ini. Se...
13/03/2025

Wahda Tourism mengalu-alukan kehadiran warga SMU Hidayah Islamiah ke Majlis Berbuka Puasa bersama kami pada hari ini. Semoga majlis ini penuh keberkatan dan mengeratkan silaturahim.

PERKONGSIAN RAMADAN💫Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi ia juga merupakan jalan untuk menghapus dosa-do...
12/03/2025

PERKONGSIAN RAMADAN💫

Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi ia juga merupakan jalan untuk menghapus dosa-dosa yang lalu.

Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadan kerana iman dan mengharapkan pahala dari Allah, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”
(HR Bukhari & Muslim)

Jadikan Ramadan ini sebagai peluang untuk meraih keampunan dan meningkatkan ketakwaan kita. Jangan sia-siakan ganjaran yang Allah janjikan.

PERKONGSIAN RAMADAN💫Tahukah kita bahawa sedekah tidak akan mengurangkan harta, malah Allah akan melipatgandakan keberkat...
11/03/2025

PERKONGSIAN RAMADAN💫

Tahukah kita bahawa sedekah tidak akan mengurangkan harta, malah Allah akan melipatgandakan keberkatan dan rezeki bagi mereka yang memberi? Rasulullah SAW bersabda:

“Sedekah tidak akan mengurangi harta. Allah pasti menambahkan kemuliaan kepada seorang hamba yang memiliki sifat memaafkan. Tidak ada balasan bagi seseorang yang rendah hati kepada Allah, kecuali Allah mengangkat darjatnya.” (Riwayat Muslim)

Di bulan Ramadan yang penuh rahmat ini, marilah kita perbanyakkan sedekah, memaafkan sesama insan, dan merendahkan hati demi meraih kemuliaan di sisi Allah.

Jangan ragu untuk memberi, kerana janji Allah itu pasti.

PERKONGSIAN RAMADAN💫Menghidupkan sunnah dalam berbuka puasa adalah satu amalan yang penuh keberkatan. Rasulullah SAW ber...
10/03/2025

PERKONGSIAN RAMADAN💫

Menghidupkan sunnah dalam berbuka puasa adalah satu amalan yang penuh keberkatan. Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila salah seorang di antara kamu berbuka puasa, hendaklah dia berbuka dengan kurma, tetapi jika tidak, hendaklah berbuka dengan air kerana air itu suci.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Marilah kita amalkan sunnah ini dalam berbuka puasa agar mendapat keberkatan dan kesempurnaan dalam ibadah Ramadan kita.

PERKONGSIAN RAMADAN💫Ramadan adalah bulan penuh keberkatan.. Mari kita perbanyakkan amalan sunnah bagi meraih ganjaran ya...
09/03/2025

PERKONGSIAN RAMADAN💫

Ramadan adalah bulan penuh keberkatan.. Mari kita perbanyakkan amalan sunnah bagi meraih ganjaran yang berlipat ganda:

⭐️ Mengakhirkan sahur
⭐️ Menyegerakan berbuka puasa
⭐️ Bersedekah
⭐️ Qiyam Ramadan
⭐️ Tadarus & mengkhatamkan Al-Quran
⭐️ Memperbanyakkan doa
⭐️ Menjauhi perbuatan yang merosakkan puasa
⭐️ Iktikaf di 10 malam terakhir Ramadan

Jadikan Ramadan ini lebih bermakna dengan menghidupkan sunnah-sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

Anda Dah Bersedekah Hari Ini?Ramadan adalah bulan penuh keberkatan dan peluang untuk meraih pahala berlipat ganda. Sedek...
06/03/2025

Anda Dah Bersedekah Hari Ini?

Ramadan adalah bulan penuh keberkatan dan peluang untuk meraih pahala berlipat ganda. Sedekah bukan hanya tentang memberi, tetapi juga tentang menyebarkan kebaikan dan kasih sayang sesama insan.

Walau sekecil mana pun, setiap sumbangan membawa makna yang besar.

Jom bersedekah di bulan Ramadan dan ringankan beban mereka yang memerlukan.

Niat Solat Sunat TarawihAlhamdulillah, malam ini bermulanya solat sunat Tarawih. Rebutlah keberkatan malam Ramadan denga...
05/03/2025

Niat Solat Sunat Tarawih

Alhamdulillah, malam ini bermulanya solat sunat Tarawih. Rebutlah keberkatan malam Ramadan dengan menunaikan Solat Sunat Tarawih secara berjemaah.

Jom hidupkan Ramadan dengan ibadah! Moga Allah SWT menerima amalan kita.

04/03/2025
Kelebihan BersahurRasulullah SAW bersabda: “Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.”(Ri...
03/03/2025

Kelebihan Bersahur

Rasulullah SAW bersabda: “Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Jangan tinggalkan sahur... Walaupun hanya dengan sebiji kurma dan seteguk air, ia membawa keberkatan dalam ibadah puasa kita.

Ramadan adalah bulan penuh rahmat dan keberkatan. Inilah saatnya untuk kita meningkatkan ketakwaan, memperbanyak amal, d...
02/03/2025

Ramadan adalah bulan penuh rahmat dan keberkatan. Inilah saatnya untuk kita meningkatkan ketakwaan, memperbanyak amal, dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Semoga setiap ibadah yang kita lakukan diterima dan menjadi asbab keberkatan dalam kehidupan.

Marilah kita manfaatkan Ramadan ini dengan penuh keikhlasan, saling memaafkan, memperbanyak membaca al-Quran, bersedekah, serta memperkukuhkan ukhuwah Islamiah.

“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu.” [Riwayat al-Bukhari (38) dan Muslim (760)]

Ikhlas daripada Wahda Tourism

Address

LOT 1273-D Tingkat Satu, Kampung Jejawi Jalan Perindustrian, Jalan Padang Tembak
Kota Bharu
16100

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Saturday 08:00 - 01:00
Sunday 08:00 - 05:00

Telephone

+601153346808

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wahda Tourism HQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Wahda Tourism HQ:

Share

Category