Kota Tinggi - Tourist & Information Centre

Kota Tinggi - Tourist & Information Centre TIC Kota Tinggi Is a one-stop tourism center.

16/09/2024
31/07/2024
31/07/2024

30 Julai 2024 - Encik Sharil Nizam Bin Abdul Rahim, Pengarah Tourism Johor hari ini menerima kunjungan hormat daripada Puan Norazlin binti Abu Talib, Pengarah Pejabat Kementerian Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Johor bersama beberapa ahli di pejabat Tourism Johor.

Sesi perjumpaan ini tertumpu kepada perbincangan mengenai perkembangan dan aktiviti berkaitan pelancongan dan idea -idea bernas di dalam menghadapi tahun melawat Johor 2026 dengan pihak MOTAC Negeri Johor.

Hadir sama dalam perbincangan ini Puan Nur Maziah binti Ab Razak, Penolong Pengarah Tourism Johor dan Pegawai Tourism Johor.




29/07/2024
26/07/2024

26 JULAI 1892: PERLETAKAN BATU ASAS MASJID SULTAN ABU BAKAR

Pada hari ini dalam tahun 1892, upacara perletakan batu asas Masjid Sultan Abu Bakar telah diadakan. Pembinaan masjid ini bercirikan seni bina masjid dari Timur Tengah dan Benua India.

Rekaan seni bentuk bangunannya telah direka oleh Tuan Haji Mohamed Arif di bawah pengawasan YB Dato' Yahaya bin Awalludin selaku jurutera.

(Dipetik Buku Cenderamata Perayaan 100 tahun Darjah Kerabat Yang Amat Di Hormati & Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia 31 Julai 1886-31 Julai 1986 oleh YB Dato' Suleiman bin Mohd.Noor).




24/07/2024

Orang Johor!

Anda pernah menggunakan perkhidmatan Johor WiFi tak?

Ini ada berita baik! ICT@Johor kini dalam usaha memastikan perkhidmatan Johor WiFi memenuhi keperluan sebenar rakyat.

Dengan itu, anda juga boleh menilai kualiti perkhidmatan Johor WiFi dengan mengisi borang kaji selidik berkaitan kajian kepuasan perkhidmatan yang dibuka sehingga 8 September ini. Mudah sahaja, anda hanya perlu klik pada pautan https://go.johor.my/kajianjohorwifi atau imbas kod QR yang tertera pada poster.

Selain itu, anda juga boleh mengemukakan cadangan atau penambahbaikan perkhidmatan bagi memastikan kesamarataan akses kepada teknologi dan internet dapat dimanfaatkan oleh segenap Bangsa Johor.




23/07/2024

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2023 bakal dikeluarkan hari ini. Calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing.

Keputusan turut boleh didapati melalui SMS dengan menaip STPMNo.K/PAngka Giliran dan hantar ke 15888 yang diaktifkan mulai jam 11 pagi.

Selain itu, calon juga boleh mendapatkan slip keputusan peperiksaan secara dalam talian di pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK bermula jam 11.30 pagi.

Semoga Berjaya!




20/07/2024

DAULAT TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada 20 Julai 2024.

Dirgahayu Tuanku!





18/07/2024

Kerajaan Negeri mengambil inisiatif memperkasa peranan guru Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) dengan mengutamakan aspek kebajikan selari dengan komitmen untuk memperkukuh tadbir urus syiar Islam.

Jabatan Agama Islam Negeri Johor




17/07/2024

| Ketika Pembukaan Dewan Negeri Johor Ke-15 pada 9 Mei 2024 yang lalu, saya telah menitahkan supaya tiada seorang pun ketua isi rumah Bangsa Johor berstatus miskin tegar selepas 2025.

Alhamdulillah, bilangan ketua isi rumah berstatus miskin tegar di Johor telah dikurangkan daripada 1,132 pada April 2024 kepada 90 pada 10 Julai 2024.

Saya berharap Kerajaan Negeri Johor akan terus bekerja keras dalam mengenal pasti dan membantu mereka yang masih berstatus miskin tegar.

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor



16/07/2024

16 JULAI 1920: YAB DATO’ MOHAMED MAHBOB DILANTIK SEBAGAI MENTERI BESAR JOHOR YANG KEDUA

Pada hari ini dalam tahun 1920, Almarhum Sultan Sir Ibrahim telah melantik YB Dato’ Mohamed bin Mahbob sebagai Menteri Besar Johor yang kedua.

YB Dato’ Mohamed dilahirkan pada tahun 1852 dan pernah berkhidmat dengan Kerajaan Negeri-Negeri Selat ketika berusia 20 tahun.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Johor pada 1902 dan Timbalan Menteri Besar Johor pada 1914.

(Dipetik dari Buku Adat Istiadat Kesultanan Johor Moden 1855-2012, Penerbit UTM Press. Oleh: YB Dato' Dr. Haji Abdul Rahim bin Ramli, Yang DiPertua Jumaah Majlis DiRaja Johor).




15/07/2024

Lebih membanggakan, KDYMM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim turut ditauliahkan sebagai anggota pasukan SEAL (Tentera Darat, Laut dan Udara).

Selain itu, Seri Paduka Baginda juga pernah melakukan penerjunan di Bandung, Indonesia dan seterusnya ditauliahkan sebagai ahli kehormat Komando Pasukan Khusus (KOPASSUS), Indonesia.





Address

Jalan OMAR, TAMAN SRI LALANG
Kota Tinggi
81900

Telephone

+60177234219

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kota Tinggi - Tourist & Information Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share


Other Tourist Information Centers in Kota Tinggi

Show All