16/02/2024
Alhamdulillah kebanyakan penyewa Rara Homestay Kuala Kangsar berdisiplin, pembersih dan mesra.. terima kasih kami ucapkan atas sokongan anda semua.. ❤️
Baru baru ini tular mengenai tetamu homestay yang dengan sengaja melengah lengahkan waktu check out sehingga menyusahkan tuan rumah untuk membuat persiapan tetamu berikutnya.
Sudah membayar sewa untuk menginap di hotel/ homestay BUKAN bermakna anda boleh tinggalkan rumah/ bilik dalam keadaan yang teruk dan tidak tepati masa waktu check out.
Orang yang sudah biasa tinggal dalam rumah yang bersih tidak akan meninggalkan rumah dalam keadaan yang kotor. Orang yang tahu peraturan dan beradap tidak akan merokok dalam rumah.
Ini sebenarnya adalah cerminan sikap peribadi.
Perkara ini sangat penting kerana sikap buruk akan terbawa sehingga ke tempat lain termasuk luar negara. Jangan sampai host tidak mahu menerima tetamu dari Malaysia kerana sikap pengotor.