Eiliyah Travel & Tours

Eiliyah Travel & Tours Ingat Umrah, Ingat Eiliyah!

27/10/2022
27/10/2022

📣📣📣📣📣📣📣📣📣
Assalam. InsyaAllah kuliah LIVE bersama:

👳🏻‍♂Ustaz Zanzuari Husain

Bertajuk Umrah dan Ziarah Hudaibiyah

Moga Allah pilih kita utk hadir. Sebarkan
⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐

Khamis
Oct 27, 2022
09:00 pagi

Fb :
Eiliyah Travel & Tours.

📣📣📣📣📣📣📣📣📣Assalam.  InsyaAllah kuliah LIVE bersama:👳🏻‍♂️Ustaz Zanzuari HusainBertajuk Umrah dan Ziarah HudaibiyahMoga All...
26/10/2022

📣📣📣📣📣📣📣📣📣
Assalam. InsyaAllah kuliah LIVE bersama:

👳🏻‍♂️Ustaz Zanzuari Husain

Bertajuk Umrah dan Ziarah Hudaibiyah

Moga Allah pilih kita utk hadir. Sebarkan
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Khamis
Oct 27, 2022
09:00 pagi

Fb :
Eiliyah Travel & Tours.

Join Zoom Meeting
https://us04web.zoom.us/j/79079670833?pwd=NA1THNry8oBcTAd0xiua7Mlpc6x2H8.1

Meeting ID: 790 7967 0833
Passcode: 1MTcaX

UMRAH, SATU IBADAH TUBUH BADAN 😁❤️ Alhamdulillah pada yang dijemput untuk menunaikan umrah, semoga yang belum berkesempa...
26/10/2022

UMRAH, SATU IBADAH TUBUH BADAN 😁❤️
Alhamdulillah pada yang dijemput untuk menunaikan umrah, semoga yang belum berkesempatan dan berpeluang dijemput, dijemput Allah untuk menunaikan umrah dalam masa terdekat, in Sya Allah ❤️🥰
Dibawah ialah Tips persiapan umrah bagi yang ingin menunaikan nya 💗

7 TEMPAT YANG DILAKNAT KAUMNYA OLEH ALLAH S.W.T. Melihat kehancuran tempat yang diazab oleh Allah SWT dan mengambil ikti...
22/10/2022

7 TEMPAT YANG DILAKNAT KAUMNYA OLEH ALLAH S.W.T.

Melihat kehancuran tempat yang diazab oleh Allah SWT dan mengambil iktibar daripadanya. Rasulullah benci untuk pergi ke tempat-tempat ini dan pernah Rasulullah lalu dan cepat2 mahu meninggalkannya.

Pada zaman Rasulullah SAW, baginda pernah pergi ke tempat seperti itu ketika baginda hendak berangkat ke Tabuk pada tahun kesembilan hijrah. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar ra yang telah berkata: “Rasulullah SAW ketika berada di Hijr (daerah kaum Thamud), maka baginda pernah bersabda:

لا تدخلوا على هؤلاء القوم المعذبين إلا أن تكونوا باكين فإن لم تكونوا باكين فلا تدخلوا عليهم أن يصيبكم مثل ما أصابهم

Maksudnya : “Janganlah kalian masuk ke tempat orang-orang yang disiksa itu kecuali jika kalian dalam keadaan menangis. Jika tidak dapat menangis, maka janganlah kalian memasukinya, dikhuwatirkan kalian tertimpa seperti apa yang telah menimpa mereka.” (Hadith riwayat Bukhari no. 3200, Muslim no. 2980 dan Ahmad)

Kemudiannya diriwayatkan bahawa baginda menutup kepala dan menyuruh kenderaannya bergerak laju sehinggalah dapat meninggalkan kawasan tersebut.

Imam Ibn Qayyim ra menyebut : Barangsiapa yang melalui kawasan kaum yang dimurkai oleh Allah SWT atau terkena azab-Nya maka hendaklah dia tidak memasuki atau menginap disitu sebaliknya perlu segera beredar dan menjauhkan diri serta menutup kepala dengan pakaiannya sehingga dia meninggalkan kawasan tersebut. Dia juga sepatutnya tidak memasuki kawasan seperti itu kecuali dalam keadaan menangis kerana mengambil pengajaran. Bahkan rasulullah Salallahualaihiwassalam pernah menunjukkan contoh dan sunnah kepada kita apabila melalui lembah Muhsir sebuah kawasan di antara Mina dan Mudzalifah kerana di situ pernah berlaku pemusnahan pasukan tentera bergajah. (Lihat Kitab Zaad al-Ma’aad 3/560)

Al-Hafiz Imam Ibn Hajar ra juga turut mengutarakan pendapat bahawa hukum perbuatan nabi SAW tersebut turut berlaku kepada semua tempat dan kawasan yang ditimpa bala dan azab serta tidak hanya kepada kaum Thamud sekalipun hujah yang diberikan adalah berkenaan mereka (Lihat Fathul Bari 6/380).

20/10/2022

RUGI TAK MINUM AIR ZAMZAM DI SEMASA DI MAKKAH DAN MADINAH! 😔
Air zamzam telah muncul ketika zaman Nabi Ismail lagi. Ketika itu Nabi Ismail masih kecil. Nabi Ibrahim mendapat perintah daripada Allah SWT supaya meninggalkan anaknya Nabi Ismail bersama isterinya Siti Hajar di sebuah kawasan padang pasir.

Disebabkan baginda yang merengek kerana kehausan, Siti hajar telah berusaha mencari air di kawasan sekitar, iaitu antara Bukit Safa dan Bukit Marwah.

Menurut kisah yang telah dinukilkan melalui beberapa riwayat dalam Sahih Al-Bukhari, Nabi Ibrahim telah meninggalkan mereka berdua di bawah pohon yang merupakan lokasi kepada telaga zamzam hari ini.

Mekah yang pada asalnya bukan kawasan yang subur, tidak berpenghuni dan tiada sumber air membuatkan baginda berat hati untuk meninggalkan mereka.

Walau bagaimanapun, mereka akur dengan perintah tersebut. Hajar seorang wanita yang sangat kuat. Beliau tidak sanggup melihat anaknya menangis dan meraung disebabkan kelaparan. Oleh itu, beliau sanggup berjalan di kawasan sekitar bagi mencari sumber air atau apa-apa sahaja yang boleh dijadikan sebagai alas perut.

Dikatakan melalui beberapa riwayat bahawa, beliau telah berlari-lari anak dari Bukit Safa hingga ke Bukit Marwah sebanyak tujuh kali bagi mencari air. Sehinggalah pada akhirnya keluarlah air zamzam bagi menghilangkan kehausan mereka.

Air zamzam atau nama lainnya juga ialah air safiyah, thahirah, syifa’u suqmin dan banyak lagi air merupakan air yang mempunyai banyak khasiat dan kelebihannya yang tersendiri. Mengikut para ulama, zamzam mempunyai lebih daripada 50 nama bagi membuktikan sifat dan kemuliaannya itu.

Yang paling utama ialah, ia merupakan air kurniaan dari syurga kepada Nabi Ismail AS dan merupakan tanda kemuliaan Mekah.

Air zamzam bukan sahaja digunakan untuk menghilangkan dahaga Nabi Ismail dan ibunya, namun pernah digunakan untuk mencuci hati Nabi SAW (hadis riwayat Bukhari, no. 1636) sebelum peristiwa Israk dan Mikraj.

ALHAMDULILLAH TSUMMA ALHAMDULILLAH.TRIP UMRAH TURKI SELAMA 15 HARI 13 MALAM HANYA RM8599 SAHAJA, BIAR BETUL?!!,Ya, kami ...
19/10/2022

ALHAMDULILLAH TSUMMA ALHAMDULILLAH.

TRIP UMRAH TURKI SELAMA 15 HARI 13 MALAM HANYA RM8599 SAHAJA, BIAR BETUL?!!
,
Ya, kami menyediakan pakej *FULLBOARD TURKI* dgn hotel 5 bintang berdua.

Penerbangan menggunakan Turkish Airlines direct flight daripada KLIA ke ISTANBUL AIRPORT!

Anda ingin berumrah sambil ziarah Turki?, kami sediakan pakej fullboard untuk anda, tak payah risau pasal transport, tour guide, penginapan dan makanan, semuanya kami sediakan!

Contact kami di

www.wasap.my/+60136580014/PakejUmrahTurki
www.wasap.my/+60136580014/PakejUmrahTurki
www.wasap.my/+60136580014/PakejUmrahTurki

Address

Kuala Lumpur
43200

Telephone

+60136580014

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Eiliyah Travel & Tours posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Category


Other Travel Companies in Kuala Lumpur

Show All