Cebisan Sejarah Kuala Lumpur

Cebisan Sejarah Kuala Lumpur Koleksi beberapa cebisan sejarah Kuala Lumpur, Malaysia.

PENJARA PUDU (1895-2010)Penjara Pudu adalah sebuah penjara di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia telah dibina secara berperingka...
18/06/2023

PENJARA PUDU (1895-2010)

Penjara Pudu adalah sebuah penjara di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia telah dibina secara berperingkat oleh kerajaan kolonial British di antara 1891 dan 1895, dan terletak di Jalan Shaw (kini Jalan Hang Tuah). Dindingnya pernah dihiasi lukisan mural terpanjang di dunia mulai tahun 1984.

Kompleks penjara ini telah dirobohkan secara berperingkat untuk tujuan pembangunan. Sebahagian besar dinding luarnya dirobohkan pada 21 Jun 2010, dan keseluruhan kompleksnya pada akhir 2012. Hanya pagar utamanya sahaja yang dikekalkan, dan ianya kini menjadi sebahagian daripada Pusat Bandar Bukit Bintang (BBCC).

Kronologi ringkas, serta sumber-sumbernya, dinyatakan di dalam setiap lampiran.

Sejarah sekitar Bukit Dinding, Setiawangsa.
03/01/2023

Sejarah sekitar Bukit Dinding, Setiawangsa.

Ladang-ladang yang turut terlibat di dalam peristiwa mogok ini:-1. HAWTHORNDEN (kini Wangsa Maju)2. WARDIEBURN (kini Dan...
03/01/2023

Ladang-ladang yang turut terlibat di dalam peristiwa mogok ini:-
1. HAWTHORNDEN (kini Wangsa Maju)
2. WARDIEBURN (kini Danau Kota dan Taman Melati)

Koleksi beberapa cebisan sejarah Kuala Lumpur, Malaysia, sama ada yang masih ada, masih bersisa, atau yang telah hilang ...
31/12/2022

Koleksi beberapa cebisan sejarah Kuala Lumpur, Malaysia, sama ada yang masih ada, masih bersisa, atau yang telah hilang sama sekali. Cebisan-cebisan ini adalah sebagaimana yang direkodkan dalam sumber-sumber setakat yang dapat diperolehi di Internet, dan disusun menurut kronologi peristiwa. Antara sumber utama ialah Arkib Negara Malaysia, keratan-keratan akhbar di NewspaperSG (arkib digital akhbar tempatan yang beribu pejabat di Singapura sejak tahun 1827, kelolaan National Library Board (NLB) of Singapore), serta MyRepositori (arkib digital akhbar tempatan, kelolaan Perpustakaan Negara Malaysia). Pada setiap peristiwa, selain ringkasan liputannya, ditambahkan juga beberapa catatan ringkas atau capaian mengenai perkara atau tempat yang berkaitan, berdasarkan makalah-makalah dan kertas kerja para ilmuwan dan pengkaji sejarah, setakat yang ada di Internet sahaja.

Pengakuan Penting: Kami Bukan Ahli Sejarah!

Perlu ditekankan, kami bukan ahli sejarah! Laman ini sekadar mengumpulkan cebisan maklumat berkaitan sejarah hutan-hutan tempatan, setakat yang dapat ditemui di ruang Internet sahaja. Maka pastinya ia amat tidak lengkap, tidak menyeluruh, dan kurang wibawa berbanding karya ilmiah hasil kajian para sejarawan. Perlu diingatkan juga, sumber-sumber yang dinyatakan di sini adalah dari pelbagai sudut pandang dan latar para ilmuwan, pengkaji, wartawan dan editor akhbar, bermula dari awal kurun ke-20 (zaman kolonial British), sehingga kini. Kami cuba menyampaikan kesemuanya secara objektif, namun perlulah juga diakui, terdapat juga kecenderungan kami sendiri, yang terserlah di dalam ulasan dan catatan kami. ;-)

Apa pun, anggaplah ini sebagai usaha pemula sahaja. Selebihnya perlu digali dari sumber-sumber berwibawa yang lain, seperti karya-karya sejarawan, arkib-arkib perpustakaan, muzium, atau premis dan petempatan bersejarah (awam atau persendirian), termasuk juga sejarah lisan warga asalnya. Sebaiknya, semua usaha ini harus dirujuk atau diusahakan bersama para ahli/pakar bidang sejarah. Aktiviti sebegini seharusnya terus giat dijalankan dan disebarluaskan oleh sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan.

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cebisan Sejarah Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share