26/01/2024
Benar, kalau ikut hukum fiqh boleh je berlatih silat dalam masjid. Cuma persoalannya adakah kerajaan Arab Saudi benarkan aktiviti sukan seperti pencak silat di kawasan Masjid Nabawi? Setahu saya peraturan tempatan tidak membenarkan sebarang aktiviti seperti itu. Apa perasaan kita bila orang luar datang ke negara kita tidak ikut peraturan tempatan?
Apatah lagi aktiviti ini dilihat pelik oleh masyarakat tempatan dan jemaah luar negara yang hadir. Bagi kita yang faham seni silat Melayu tidak mengapa, tetapi orang luar tengok ia kelihatan seperti tarian bukan seni mempertahankan diri. Oleh itu, aktiviti seperti ini perlu ditinggalkan untuk elak fitnah. Adat dan uruf setempat perlu diambil kira dan diraikan.
Hukum Fiqh โ
Peraturan tempatan โ
Hukum adat & uruf setempat โ
Kalau di Malaysia ada sebahagian masjidยฒ tidak membenarkan jemaah tidur baring dalam dewan solat, tetapi dibenarkan di kawasan beranda masjid. Saya pernah tanya AJK mengapa tidak benarkan. AJK jawab, sebab dah banyak kali ada jemaah yang tidur dalam dewan solat sambil berdengkur kuat sehingga mengganggu jemaah lain beribadat ๐
๐คฃ. Kalau ikut hukum fiqh boleh je baring dalam masjid. Tetapi adakala perkara yang โharusโ perlu dilarang demi maslahat tertentu.
Saya pernah lihat satu video kerajaan Arab Saudi tegur pihak autoriti haji Indonesia tentang segelintir jemaah mereka yang berkelakuan pelik di tanah suci, seperti menari, menyanyi lagu beramaiยฒ ketika saie dan melaungkan slogan Pancasila ketika ibadah umrah. Jangan sampai nanti Tabung Haji ditegur oleh kerajaan Arab Saudi atas sebab kelakuan segelintir rakyat Malaysia.
Wallahu Aโlam
Sekadar pandangan peribadi.
DUSS @ Abu Ruqayyah Ba โAlawi