felcra travels and tours sdn bhd

felcra travels and tours sdn bhd Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from felcra travels and tours sdn bhd, Travel Agency, Kuala Lumpur.

08/08/2022

Pengarah urusan dijel 10 tahun tipu pakej umrah RM434,250

𝗦𝗨𝗡𝗚𝗔𝗜 𝗣𝗘𝗧𝗔𝗡𝗜 - Seorang pengarah urusan dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun setelah didapati bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Petani atas kesalahan melakukan penipuan pakej umrah sejak 2015 hingga 2016.

Majistret Arif Mohamad Shariff membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah ke atas tertuduh Misbahalmunir Omar, 56, yang merupakan Pengarah Urusan Syarikat Raudah Mawaddah Travel & Tours Sdn Bhd.

Mahkamah menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara bagi setiap pertuduhan terhadap Misbahalmunir setelah didapati bersalah atas 23 pertuduhan di mana kesemua hukuman penjara berjalan serentak dari tarikh sabitan (Isnin).

Misbahalmunir didapati bersalah menipu mutawif, Amzari Halim, 43, yang terpedaya akan diberikan tiket penerbangan peserta Kembara Mahabbah ke Mesir pergi dan balik serta tiket penerbangan Mesir dan umrah pergi dan balik yang dijadualkan pada 29 dan 30 Januari 2016.

Perbuatan itu telah mendorong Amzari menyerahkan wang transaksi antara RM2,000 hingga RM36,600 ke dalam beberapa akaun milik syarikat tertuduh, ahli keluarga dan pekerja bermula 2 November 2015 hingga 28 Januari 2016.

Sebanyak 56 transaksi telah dilakukan di beberapa lokasi di Kedah, Johor dan Selangor sepertimana dalam kesemua 23 pertuduhan yang berjumlah RM434,250 mewakili 202 bakal jemaah umrah.

Akibat perbuatan itu, tertuduh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum bawah peruntukan sama yang membawa hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun dan dengan sebatan serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Tertuduh tidak dihukum dengan sebatan berikutan faktor umur melebihi 50 tahun.

Bagaimanapun, pihak pembelaan memohon mahkamah membenarkan penggantungan pelaksanaan hukuman atas alasan tertuduh akan memfailkan rayuan bagi kesemua pertuduhan.

Pihak pembelaan juga memohon agar hukuman diringankan memandangkan tertuduh dikatakan bakal melakukan pembedahan mata, mempunyai anak autisme dan isteri yang sedang menyambung pengajian ke peringkat doktor falsafah.

Mahkamah membenarkan penggantungan pelaksanaan hukuman dengan menetapkan jaminan RM88,000 di mana wang jaminan sebanyak RM80,000 dikekal dan ditambah RM8,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah sehingga rayuan selesai.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Rifaie Mohamed Riyaludin dan Galvin Loo Wei Ming di hadapan Majistret Arif Mohamad Shariff.

Tertuduh diwakili Peguam Siti Salwa Jaafar, Mohd Khairul Hafizuddin Ramli dan Siti Haslina Hasbullah.

Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00

Telephone

+60341433655

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when felcra travels and tours sdn bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category


Other Travel Agencies in Kuala Lumpur

Show All