26/10/2021
Homestay Hm House Rules
1 Tempahan awal adalah digalakkan untuk mengelakkan tarikh anda diambil ( Deposit kan 50% dari jumlah harga penyewaan homestay dan deposit akan dikembalikan jika cancel 2 hari sebelum tarikh masuk.
2 Homestay HM mengamalkan 1st come, 1st serve. Setelah deposit dibuat barulah tempahan untuk tarikh tersebut Confirm.
3 Check-in adalah pukul 0230pm dan Check-out adalah sebelum pukul 1230pm. Sila tepati masa untuk Check-in dan Check-out. Kebenaran check-in awal dan check-out lewat hanya dibenarkan sekiranya tiada tempahan dari penyewa lain dan bayaran tambahan akan dikenakan.
4 Pembayaran penuh mesti dibuat semasa check-in.
5 Dadah & aktiviti haram adalah DILARANG sama sekali ketika menginap di Homestay HM.
6 Kepada pasangan lelaki & perempuan, hendaklah yang telah berkahwin di bawah Undang2 Syariah Islam. Pasangan bukan mahram TIDAK DIBENARKAN menginap di Homestay HM.
7 Anda/penyewa akan bertanggungjawab untuk kebersihan Homestay sepanjang penginapan anda/penyewa dan meninggalkan homestay dalam keadaan yang baik semasa check-out. Sila jaga dengan baik homestay ini seperti mana rumah anda/penyewa sendiri.
8 Makanan dan minuman HALAL sahaja dibenar kan dibawa/dimakan di Homestay HM.
9 Binatang peliharaan adalah TIDAK DIBENARKAN di Homestay HM.
10 Meletakkan kenderaan dengan berhemah dan tidak mengganggu lalu lintas.
11 Anda/Penyewa TIDAK DIBENARKAN membuat bising, parti, menyanyi, menari memandangkan Homestay HM ini terletak dalam kawasan perumahan dan perlakuan tersebut akan mengganggu jiran.
12 Homestay HM tidak akan bertanggungjawab terhadap kecurian/vandalism/kerosakan barang peribadi anda/penyewa atau barang yang tertinggal di dalam Homestay HM sepanjang penginapan anda/penyewa.
13 Anda/penyewa hendaklah sedia maklum bahawa Homestay HM tidak akan bertanggungjawab terhadap semua tuntutan, guaman, gantirugi, kos dan perbelanjaan yang berbangkit daripada kecederaan kepada mana-mana pihak atau harta yang terlibat dengan kecederaan tersebut atau apa-apa sahaja berkenaan dengan premis.
14 Anda/Penyewa adalah bertanggungjawab di atas keselamatan perkakas rumah, kelengkapan, perabot dan electric. Dilarang mencuri, mengambil dan merosakkan kelengkapan di Homestay HM. Setiap kerosakan/kecurian akan dikena kan surcaj dan dilaporkan kepada pihak berkuasa.
15 Sila patuhi semua undang-undang dan peraturan ketika menginap di Homestay HM.
16 Kerjasama anda amatlah dihargai. Keselesaan tetamu keutamaan kami.