Santai Pantai Timur

Santai Pantai Timur jom amalkan gaya hidup yang lebih sihat dengan menjaga permakanan dan kualiti kehidupan

10/01/2021
Cuba test tengok korang selalu x guna fbTag kawan korang yg selalu bukak fb tu sekali
30/09/2017

Cuba test tengok korang selalu x guna fb
Tag kawan korang yg selalu bukak fb tu sekali



Adab basuh beras1. Menggunakan TANGAN KANAN untuk membasuh.2. Gaulkan arah lawan jam (sama seperti arah tawaf)3. Membaca...
28/09/2017

Adab basuh beras

1. Menggunakan TANGAN KANAN untuk membasuh.

2. Gaulkan arah lawan jam (sama seperti arah tawaf)

3. Membaca ليس لها من دون الله كاشفة
"Laisa la ha min dunillahi kastyifah"
Maksudnya
🌸Tidak ada penyembuh selain dari Allah🌸

4. Ulang basuh sebanyak 3 kali sehingga yakin bersih
Sambil membasuh beras itu berselawat dan amalkan doa.
“Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makanan yang lebih baik darinya” -At Tarmizi.
dan
"Ya Allah, lembutkan hati kami untuk faham agamaMu sebagaimana Engkau lembutkan beras ini hingga menjadi nasi”
Serta
"Ya Allah kau satukanlah hati kami sekeluarga sebagaimana bersatunya beras ini menjadi nasi"😃


jika bermanfaat.

Sarapan yang terlaris di Negeri Terengganu  darul iman . Resepi Nasi Dagang Terengganu:Bahan-bahan untuk Nasi: -    4 ca...
19/09/2017

Sarapan yang terlaris di Negeri Terengganu darul iman .

Resepi Nasi Dagang Terengganu:
Bahan-bahan untuk Nasi: -

4 cawan beras Jati
1 cawan beras pulut
3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
1 – 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
1 sudu halba
2 ulas bawang merah
1/2 in halia

Cara cara :

1. Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman (kalau tak sempat 2-4 jam pun ok)
2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit
3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresa. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap
4. Kukus semula selama 20 minit lagi.
5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus2. Masukkan di atas nasi dlm kukusan dan juga buah halba.
6. Angkat nasi utk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.
7. Boleh dihidangkan

Resepi Gulai Ikan Aya :

Rebus Ikan Aya Hitam bersama beberapa asam keping dan juga garam..
Jangan buang air rebusan
* boleh tambah telur rebus juga.. Ada yang s**a makan Nasi Dagang dengan gulai telur rebus
* lebih sedap guna Ikan Aya Hitam dari Ikan Aya Kurik

Bahan-bahan gulai :

1 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu serbuk jintan manis
1/2 sudu serbuk jintan putih
2 hiris lengkuas (dikisar)
1 hiris halia (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
3 sudu cili mesin
1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram (nak sedap tambah lebih)
1 1/2 liter santan
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kerisik
4 keping asam keping
1/2 buku kecil gula melaka.
Sedikit Belacan
10 biji cili padi
sedikit garam

Cara-cara :

1. Masak Santan sehingga naik minyak.
2. Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar, serbuk, rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kulit kayu manis, kerisik, asam keping, dan gula melaka
3. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa.
4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam.
5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi dan juga belacan.
6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak.. Kalau mahu pekat masak lama.. Siap!

Resepi Acar Timun:-

Timun
Carrot
Cili Merah dan Bawang

- SEMUA dihiris memanjang

1 sudu gula
1 sudu garam
1 sudu cuka.

Cara-cara:

1. Gaul sebati dan dihidang.

Address

Kuantan
Kuantan

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Santai Pantai Timur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share


Other Kuantan travel agencies

Show All