09/09/2022
Siapa kata Kuantan takde apa2? Cuba baca nie.
Ada orang hantar gambar ni sebab saya tinggal di Kuantanβ¦
Izinkan saya berbeza pendapat..
Sepanjang pengalaman hidup yang dah merantau di semua negeri di Malaysiaβ¦
Dalam seluruh tempat di dunia ini, bagi saya.. Kuantanlah paling best!
Jangan baca ulasan ini, takut korang semua pindah sini, jem p**ak nanti..
Alkisahnya, saya lahir di Terengganu dan anak nelayan, Kampung Chenderingβ¦
Pantai kampung saya cantik tapi tak panjang, tapi berpagi di Kuantan pantainya cantik dan panjang, seawal pagi boleh terus ke Pantai Kempadang, atau Pantai Cempaka, atau Pantai Anak Air, atau Pantai Sepat, atau Pantai TC, atau Pantai Pelindung..
Aduh, nama pantai dah berderet, bayangkan berjalan kaki sejauh dua tiga kilometer ditemani deruan ombak, sambil melihat matahari terbit.. perghhhhβ¦
Apalah kota tanpa pantai? hingga ada hadis sebut tengok pantai dapat pahala, yang mana pantai ini sejak zaman Nabi adam tidak pernah berubah rupanya.. sejauh pandangan mata dapat di tumpahkanβ¦
Ok, tak nak pantai sebab terlalu landai, di Kuantan ada banyak tempat hiking, seperti Bukit Pelindung, Bukit Sulai dan lain lain yang ada laluan hutan, boleh jumpa air terjun, perghhhh,
Apalah indahnya kota tanpa air terjun?, berapa banyak dah movie datang buat pengembaraan filem di tepi air Terjun Pandan, Puteri Gunung Ledang dah sampai sini tahu?!
Tak nak pantai? Tak nak air terjun, Tak nak hiking? Nak jogging di track ciptaan manusia, korang pergi Indera Mahkota, ada tasik cantik, atau Taman Gelora, atau Taman Pelindung, banyak gila tempat jogging view lawa area sini.
Malam-malam jika nak jogging santai, boleh mulakan di Benteng, parking depan McD lepas tu jalan sampai Menara Kuantan, naik jejantas, lepas tu redah terowong lukisan Art 3D, sampai Kuantan Pickers, terus ke Masjid Negeri, tawaf Car Boot Sale, dan Padang bola, terang benderang area situ waktu malam, meriah dengan orang, dan korang masih dapat bersenam.
Bulan puasa, padang sini penuh dengan orang ramai berbuka di bawah lembayung senja. Chewahβ¦
Jauh sikit dari Kuantan, Lepas solat Subuh, boleh panjat Bukit Panorama tengok matahari naik dari puncak awan, turun bukit, boleh masuk lombong bijih timah dalam bukit, lepas tu boleh masuk Gua Charas, air terjun pelangi, eh? Ni makin jauh dari Kuantan, patah balik!
Okey, kembali ke Kuantan, lepas Subuh boleh sarapan pagi nasi lemak di Restoran Zaman, atau nak nasi kerabu pergi Restoran Kemira sebelah Petronas Tanjung Lumpur, atau nak nasi minyak sedap pergi Tanjung Api. Nasi dagang depan Yayasan Pahang sangat sedap! Lempeng kelapa, keropok lekor kawasan Tanjung Lumpur jangan lupa.
Makan tengah hari jangan lupa Patin Mabiq, Jaman Tori atau Nasi kukus My Mama, ha ha ha
Nak makan ikan bakar?, Tanjung Lumpur syurganya, sotong udang celop tepong bersepah sana sini, Food Court area Kuantan pun meriah, Sudu, Kayangan, Tea Station, Jungle, Lepak Lu, macam macam lah,
Nak daging wagyu boleh jer cari kat Jalan Teluk Sisek, Lila Wadi pun sedap situ, Ghalit pun ada wagyu jugak, kambing Guan Zau pun ada area Tanjung Lumpur..
Sup gear box, nasi arab, shellout, semua bersepah area sini,,
Satar, keropok lekor, Opor, laksa, laksam, semua makanan mak nenek ada,
Dah kenyang makan, boleh ajak anak-anak lepak zoo sambil tengok Taman Dinasour terbesar di Malaysia.
Boleh juga merentas jambatan kayu (sekarang dah plastik) sambil lepak tepi Pantai TC. Lagi bagus, dari Pantai TC panjat batu batu besar terus sampai ke Pantai Pelindung yang terkenal dengan mee kari dan celup tepung.
Rasa nak mandi air kolam boleh pergi WaterPark Gambang. Nak tengok Zoo Safari pun ada sini. (Update: Tutup sementara semenjak PKP)
Nak kolam dalam sikit, masuk jer kolam MPK, semua anak saya belajar berenang kat sini, bayar RM70, insyaallah mereka ajar sampai pandai!
Jauh sikit ada Pantai Chendor, Pantai Cherating, Pantai batu hitam Balok, kereta boleh parking betul betul tepi pantai. Angin petang yang redup, mandi air laut petang yang sejuk.. oh..
Nak jumpa superhero? Lepak TC malam malam, ada spiderman, batman, predator, kamen rider, dan ultraman yang selalu berkeliaran di pantai TC.
Nak Mall besar? Parking Kuantan City Mall dapat pergi East Coast Mall, belum cerita pasaraya TMG yang bersepah serta LYC yang buka 24 jam! Jam 3 pagi pun boleh shoping beli telur ikan, bayangkanlahβ¦
Nak Car boot sale? Taman kerang, Taman Tas semua adaβ¦
Kuantan juga gedung ilmu, ada kedai buku besar tepi pasaraya Giant, dan Library Kuantan adalah sangat mesra pengguna, siap ada Taman Sains percuma untuk anak anak, dan ada level penuh dengan komik untuk mereka yang s**a membaca, tahniah Perpustakan Kuantan!
Nak baca Buku Hamka keretamayat percuma? Boleh datang Perpustakaan Kuantan!
Oh yer, Kuantan ada panggung wayang yer, geng Kelantan boleh turun sini jika satu hari nanti filem Tok Janggut viral.
Geng Tabligh? Jemput datang Markas Dakwah di Masjid Mat Kilau, memang wakaf dari Pendekar Mat Kilau, masjid hidup 24 jam InsyaAllah..
Kat kuantan juga banyak aktiviti seni, area Kuantan Pickers, Periuk Ali Rusia, Nasi kandar bawah hotel tu, banyak aktiviti seni, ada geng jual Tanjak Warisan, korang google Tanjak Kuantan, kawan saya lah tu ha ha
Kota Melaka ada Tower, KL ada KL Tower, Kuantan pun ada dik, geng paracut siap terjun dari atas menara Kuantan.
Tepi sungai Kuantan ada bot tunggu korang ajak meronda, di tebing sungai p**a geng memancing sedang asyik memenuhkan tong ikanβ¦
Akhir sekali, bandar Kuantan ni ingatkan saya pada Laila Majnun. Pernah suatu masa, Qais melalui sebuah kota. Tanpa disangka-sangka dia mengucup tembok kota tersebut. Orang lain yang melihat terkejut. Tindakannya dipersoal, kenapa kau cium semua bangunan di kota ini?
Jawab Qais,
βLaila tinggal di kota ini, maka semua bangunan di kota ini pernah melihat Laila, maka bukan bangunan ini yang aku kucup, tapi cinta hatiku Laila yang pernah melalui jalan di kota ini.β
Perghhh, maka menjawab kenapa saya s**a Kuantan,
Kerana di Kuantanlah saya bertemu cinta hati saya, lalu di Kuantan ini, semua tembok dan bangunan menjadi saksi, sikit sajer lagi nak cium restoran depan HTAA.
Oh Kuantan terindah,.. ada pantai, ada bukit, ada air terjun, ada panggung wayang, ada masjid, ada syurga makanan, ada perpustakaan mesra pengguna, ada masjid Mat Kilau, ada banyak kawasan lepak, dan paling utama, ada kekasih saya sedang berkongsi udara sambil makan Kula Cakes!
Woha!