Srikandi UMRAH

Srikandi UMRAH Srikandi Umrah Juara Bayan Lepas

Assalamualaikum wbt. Saya Hjh Wanda Yusoff dengan rasa rendah hati memohon ampun dan maaf atas kekhilafan diri, mohon ha...
16/08/2023

Assalamualaikum wbt.

Saya Hjh Wanda Yusoff dengan rasa rendah hati memohon ampun dan maaf atas kekhilafan diri, mohon halalkan segala ilmu, makan & minum.

Saya juga telah memaafkan kesemuanya.

Saya nak minta jasa baik semua, untuk mendoakan kesihatan yg baik, dipermudahkan segala urusan dalam menyantuni dyufurahman, umrah yang diterima, diampunkan dosa, dimakbulkan segala hajat saya serta semua jemaah pimpinan Juara Travel Bayan Lepas.

InsyaAllah saya selaku mutawifah/petugas yang akan menyantuni 90 jemaah kali ini. Kami akan bertolak dengan bas malam ni dan dijangka terbang tengahari esok.

Alhamdulillah a’la kulli hal.

Jazakumullahu khoiron kasiro.

Salam sayang.
-❤️Wanda❤️-
16/8/2023


Hadiah untuk jemaah kali ni.
Ikhlas dari hati. Buat sendiri dengan anak dara sorang tu dengan niat nak semua jemaah selesai ibadah umrah (tawaf & saei) dengan sempurna. 🤗

Assalamualaikum. Salam kenal buat semua ahli Srikandi UMRAH.InsyaAllah saya akan menyantuni anda bermula dari Malaysia k...
14/03/2023

Assalamualaikum.
Salam kenal buat semua ahli Srikandi UMRAH.

InsyaAllah saya akan menyantuni anda bermula dari Malaysia ke Tanah Suci sehingga kembali ke Malaysia. Biiznillah.

Umrah kita adalah bersama dengan Juara Travel & Tours Cawangan Bayan Lepas - Original. Penerbangan Saudi Airlines yang lengkap dengan PnR. Kebajikan jemaah sepanjang perjalanan akan dijamin oleh pihak Juara. Hotel dikendalikan oleh Muasasah Arab Saudi.

InsyaAllah, kami di pihak Juara akan sedaya upaya mengurangkan risiko-risiko yang tak diingini.

Anda hanya perlu siapkan diri untuk menjadi tetamu VVIP ALLAH swt. Semoga Allah pilih dan lancarkan segala urusan. Aamiin
❤️🕋❤️





09/01/2023

UMRAH dgn TA (Travel Agent) vs DIY
Yang mana pilihan hati?

Haa gitu kisahnya.

Ok macam ni.

First of all. Tanya diri sendiri.

1. Aku dah pernah jejak kaki ke Tanah Suci atau belum?
2. Aku memang dah hadam segala hukum-hukum umrah atau belum?
3. Cukup ke ilmu umrah dan ziarah Nabi saw hanya dengan ikuti kursus umrah?
4. Mampu tak aku buat semua kerja umrah dan ziarah tanpa Mutawif atau Mutawiffah?
5. Aku nak pi umrah ni, nak pi buat konten atau betul-betul nak buat ibadah, nak cari redha Allah?

InsyaAllah dengan adanya soalan ini pada diri, anda mampu membuat pilihan yang tepat dalam memilih samada pergi umrah dengan TA atau DIY.

InsyaAllah kami di Juara Bayan Lepas akan sediakan Mutawif dan Mutawiffah yang akan pergi bersama anda dari Malaysia lagi. Kami akan membantu anda dari sebelum, semasa sehinggalah anda selamat kembali ke pangkuan keluarga tersayang.

Bezanya kami, kami juga ada petugas Juara yang bermastautin di Tanah Suci, tetapi kami tidak melepaskan jemaah kami kepada petugas lain, kerana jemaah kami, tanggungjawab kami. Kami sentiasa menjaga dan memantau kebajikan jemaah kami sendiri. InsyaAllah.

Bagi yang dah familiar dengan tanah suci, dah berkali-kali sampai ke tanah suci, andalah yang paling layak untuk buat umrah DIY.

Saya nasihatkan, bagi Dyufurahman( tetamu Allah) yang baru pertama kali, janganlah mempersia-siakan umrah pertama anda dengan umrah DIY.

Kerana UMRAH itu IBADAH.

Pastikan ada mutawif yang memantau kerja ibadah umrah kita supaya ibadah sentiasa terjaga dan mendapat umrah maqbul. Pulang dengan redha Allah dan diampuni segala dosa. Takut pulang dengan dosa yang tak berbayar. Nauzubillah.

Pilihlah TA yang berpengalaman dan dikenali.

Slot umrah bulan Ogos 2023 masih ada kekosongan.
Wasap.my/60125718838/UmrahOgos



Address

Kulim Hi Tech
Kulim
09000

Telephone

+60125718838

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Srikandi UMRAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Category



You may also like