fieza fiez

fieza fiez instagram .

26/12/2024

Woiiii… aku plg terkesan…

Terkesan cut itu ini..

❤️
25/12/2024

❤️

Sdh ku kemas2, sekalinya tmpt kitar semula ni mcm biskut..
25/12/2024

Sdh ku kemas2, sekalinya tmpt kitar semula ni mcm biskut..

25/12/2024
25/12/2024

Resep ‼️ ✨cookies kacang renyah ✨
no tepung terigu no gula no telur
Bahan :
150 gr margarin
3 sachet kental manis
250 gr tepung maizena
150 gr kacang cincang kasar
50 gr coklat batang
Cara membuat :
- siapkan wadah, masukkan margarin, kental manis lalu aduk hingga trcampur rata
- lnjut masukkan tepung maizena, aduk merata
- siapkan plastik segitiga lalu masukkan adonan, siapkan kacang cincang kemudian semprotkan adonan lalu guling²kan adonan hingga terbaluri kacang sambil ditekan² supaya kacangnya menempel
- lanjut siapkan loyang, kemudian tata
- panaskan oven lalu panggang hingga matang
- lelehkan coklat batang yg dimasukkan k plastik segitiga
- setelah cookies matang dan dingin, beri topping coklat di atas cookies ya seperti digambar
- dinginkan hingga set lalu tata ditoples
Selamat mncoba 🥰

25/12/2024

34 Perkara Aku Belajar,
Selama 34 Tahun Bernafas

Penulisan kali ni agak panjang sempena hari kelahiran aku di muka bumi.

Sebagai seorang anak kampung yang lahir di Hospital Ipoh pada 19.12.1990, kehidupan tak miskin papa kedana cukup makan minum tapi tak mewah.

Mak Abah peniaga makanan jalanan. Dari mula lahir aku dah duduk di tepi jalan berniaga kampung. Al Fatihah kepada arwah Abah yang baru meninggalkan kami Jumaat 22.11 lepas.


10 JATUH BANGUN BERNIAGA

1. Customer yang baik boleh jadi kawan baik. Tapi kawan baik belum tentu boleh jadi customer kita.

2. Elakkan berharap orang keliling termasuk adik beradik, saudara mara, kawan rapat support business kita masa permulaan.

3. Jangan pernah ‘down’ bila satu business melingkup. Pasak dalam hati buat 10 business, letup 1 pon lebih dari cukup.

4. Sebelum mula berniaga sendiri, tolong belajar menjual product orang lain dulu. Teringat product pertama aku jual kat biskut rokok kat sekolah darjah satu. Modal pau abah ikut pegi pasar beli beberapa bekas, jual satu 10sen. Untung semua kat aku 🤭

5. Jangan hina peniaga tepi jalan sebab korang confirm akan kalah skill kira ‘congak’ dia orang. Tak perlu calculator semua dalam kepala.

6. Jangan bina start-up company ramai owner. Ingat satu kapal 1 kapten, kalau ada lebih penasihat kiri kanan. Veto hanya seorang.

7. Elakkan buat company dengan pasangan, adik-beradik & kawan rapat. Akan ada masalah sampai putus pertalian silaturrahim.

8. Ambil pengalaman kerja company kecil supaya dapat belajar multitask, walaupun nampak ‘kerja macam lembu’

9. Ambil pengalaman kerja di company besar supaya dapat belajar SOP dan job scope in detail. Akan berguna bila company sendiri dah besar nanti.

10. Start up business jangan harapkan tongkat bantuan kerajaan, funder, bank. Lanyak dulu sendiri belajar ‘survival skill’ kalau dapat ‘bantuan’ anggap sebagai bonus.


10 PENGALAMAN HIDUP

1. Cita-cita nak berniaga melampaui batasan sampai aku abaikan pelajaran. Tak bodoh sangat alhamdulillah ada segulung diploma tapi aku terpaksa lalu laluan yang perit compare dengan orang lain.

2. Hargai masa alam sekolah, universiti kebanyakannya kawan sejati. Berbanding kawan di alam ‘nyata’ yang banyak menempel nak dapatkan sesuatu.

3. Setiap kutukan, cacian guru masa dulu sangat bagus untuk improve diri sendiri. Aku terkenang seorang cikgu pernah ‘tempik’ depan kelas ‘zul kalau awak malas dan bodoh macam ni, awak takkan berjaya dalam hidup’. Aku jawab dalam hati ‘ok satu hari i prove u wrong’.

4. Cita-cita kena besar walaupon kena gelak. Aku dari kecil cita-cita nak jadi businessman ‘MEGAH HOLDING’ di KL. Walaupun tak pernah jejak kaki ke KL

5. Berkawan dengan semua orang tak kisah baik, jahat, nakal dan sebagainya. Kita takkan tahu bila masa perlukan pertolongan.

6. Nawaitu berkawan perlu 100% ikhlas tanpa harap balasan walaupun berkali ditikam depan, belakang, kiri, kanan. Satu hari akan datang ‘imbuhan’.

7. Sekali amanah diragut, sampai mati hidup merana. Hargai setiap ‘trust’ yang diberi

8. Orang keliling akan claim kenal rapat, tidur sebantal, makan sepinggan bla bla bila kita di puncak. Masa susah tak ramai yang ‘hadir’

9. Berkawan dengan orang nakal & agak jahat untuk belajar macam mana dia orang ni berpikir secara advance. Contoh aku belajar macam mana nak bergayut di public phone modal 10sen tapi berjam pakai 🤭

10. Jangan tunggu kaya atau ada duit lebih baru nak ‘memberi’. Percayalah rezeki berlipat ganda tak tau datang dari mana kalau amalkan sedekah.


10 PELAJARAN BERKELUARGA

1. Umur 30-40 paling kritikal dihimpit pilihan yang paling susah nak dibuat. Its ok untuk decide menyakitkan satu pihak & menangkan 1 pihak kalau terpaksa

2. Immediate family priority utama berbanding yang lain. Rezeki, perasaan, kebahagiaan top priority.

3. Jangan pernah makan duit isteri walau mulut keluar perkataan ikhlas. Ramai di keliling aku tengok siap bahagi komitmen. Suami bayar elektrik, isteri bayar barang basah, etc. Padahal bukan suami miskin kedana.

4. Korban sesuatu untuk dapat sesuatu. Wife aku korban kerjaya untuk besarkan sendiri dua orang anak depan mata. Aku korban keringat untuk bahagiakan rumahtangga.

5. Suami perlu jaga maruah isteri dan anak-anak. Aku pernah maki hamun sorang makcik sebab katanya wife aku ambil kesempatan belajar tinggi, kerja bank last-last duduk rumah makan duit suami.

6. Suami kalau ada rezeki lebih jangan pernah terlintas nak curang tabur duit kat perempuan lain. Ingat perempuan boleh menaikkan dan perempuan juga boleh menjatuhkan.

8. Jangan pernah kedekut bakhil dengan anak isteri. Nak pulak bab makan minum selagi mampu. Belum pernah aku jumpa orang bakhil makan minum hidup kaya raya

9. Berani invest masa untuk masa depan anak-anak. Ramai aku jumpa sanggup tengok anak pegi sekolah baju lusuh, beg reput etc. Bapak tukar sport rim, mak galak tambah emas dekat sampai siku.

10. Rancang dan set hala tuju anak-anak 10, 20 tahun akan datang. Kalau nampak anak bagus dalam akademik, support tambah tuisyen, usaha dapatkan sekolah yang power dalam akademik. Kalau nampak anak agak slow akademik, kenal pasti ‘strength’ dan support untuk persediaan mereka bila dah besar. Jangan jadi bodoh kalau nampak akademik tak boleh nak go sangat paksa dan aim jadi doctor. Silap-silap sakit budak tu nanti.


4 NASIHAT UNTUK HAFIZI NORIZAN

1. Kekal istiqamah berjuang habis habisan dalam segala sudut supaya dapat bagi manfaat pada orang lain

2. Tak lupa diri dan kawan-kawan bila berjaya nanti

3. Tingkatkan usaha untuk memberi rezeki pada yang memerlukan dan komuniti

4. Kekal isteri satu 😬

Perkongsian Hafiz Norizan

25/12/2024
24/12/2024
24/12/2024

Address

Victoria
Labuan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when fieza fiez posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share