07/11/2024
IN SAFF TRAVEL; pakej Umrah 12 hari 10 malam, free bermalam di Taif dari kami untuk semua.
Pada pandangan saya, antara sebab IN SAFF TRAVEL menjadi pilihan ialah kerana mewujudkan pelbagai pakej, daripada pakej super jimat, super ekonomi, ekonomi, clock tower dan pakej premium.
Tawaran ini kerana kami ingin meraikan semua orang, setiap orang tidak sama sudut kemampuannya, tidak sama kewangannya, jadi dengan adanya pelbagai pakej ini mereka boleh memilih mengikut kemampuan masing².
Ada orang tiada masalah dari sudut kewangan dan nakkan keselesaan, maka mereka boleh pilih PAKEJ CLOCK TOWER atau PAKEJ PREMIUM, kerana pakej ini hotelnya sangat dekat dan selasa, senang berulang alik ke masjid, turun sahaja hotel terus masuk dataran, nak membeli makanan dan shopping barangan pun ada mall dalam tower tersebut.
Namun di sana ada juga mereka yg kurang berkemampuan dari sudut kewangan namun kekuatan tenaga dan semangat yg luar biasa, jadi mereka boleh memilih PAKEJ EKONOMI, pakej yg agak selesa dan makan fullboard, jarak hotel lebih kurang 300m, pakej ini antara yg menjadi pilihan ramai. Tidak perlu fikir bab makan cuma kena tepati masa untuk pulang hotel, jika lambat mungkin tak sempat, namun sekarang banyak kedai makan di tepi² jalan. Pakej ini juga lengkap set bagasi termasuk kain ihram/telekung.
IN SAFF TRAVEL juga menyediakan PAKEJ SUPER EKONOMI, pakej ini sama juga dgn pakej² yg saya sebutkan, namun harganya agak murah kerana pakej ini tanpa makan, maksudnya jemaah bebas nak makan di mana² kedai dan pada bila² masa yg mereka inginkan, masa mereka tidak terikat, bebas untuk berlama² di masjid. Hotel ini agak selesa, cuma jaraknya sahaja 1.5km ke masjid haram, namun hotel sediakan shuttle bas untuk para jemaah ulang alik ke masjid, jemaah turun sahaja ke lobi, bas sentiasa ada, jika bas belum sampai tunggu sahaja di lobi, lebih kurang 10 - 15 minit insya Allah bas akan sampai. Pakej ini menjadi pilihan mereka yg repeat kali ke2 atau ke3 ke tanah suci, tidak dinafikan ramai juga yg kali pertama ke sana memilih pakej ini, ianya menjadi pilihan mereka yg ingin pergi bersama keluarga dalam bilangan yg ramai.
Semua pakej akan dibimbing dan disantuni oleh 2 orang petugas, seorang petugas (group leader) akan terbang bersama jemaah dari KLIA dan seorang lagi (Mutawwif) akan sambut ketika tiba di Jeddah atau di Madinah. Komitmen menjaga dan membimbing semua jemaah menjadi keutamaan pemilihan 2 orang petugas tersebut. Khidmat dari hati pasti sampai ke hati.
Hasrat kami dalam IN SAFF TRAVEL hanyalah untuk menyantuni jemaah ke tanah suci mengikut kemampuan masing². Dalam perniagaan wajib ada kebajikan, dalam kebajikan wajib ada pengorbanan, dalam pengorbanan pasti ada keberkatan, dalam keberkatan pasti ada kepuasan. Menyantuni kerana Allah kami tukarkan LELAH kepada LILLAH!
Nak join umrah bersama kami?
013-7849740 - Yusramila
0136894919 - Ustaz Syahri Wajdi