KISAH PETANG INI
Sambil-sambil mengemas homestay untuk kemasukan penginap pada hari esok, kita pun duduk la berehat sekejap sambil minum-minum petang.
Alhamdulillah, rasa tenang betul bila duduk rumah end lot yang tiada halangan bangunan di depan, tepi dan belakang.
Angin yang masuk dari depan dan tepi ni betul-betul rasa fresh dan nyaman sebab sebelah ni memang betul-betul kawasan berpokok.
Kalau belajar Sains dulu, cikgu selalu cakap, nak dapat udara yang tinggi kandungan oksigen, duduk la sebelah pokok yang banyak daun hijau, insya Allah, badan dan otak akan lebih sihat dan cergas sebab udara tak tercemar. Oksigen dapat terus ke badan.
Pada akhirnya, sempena cuti sekolah ni, ada beberapa hari lagi yang kosong untuk tempahan menginap di sini.
Jika ada urusan di Muar atau Bandar Universiti Pagoh dan memerlukan penginapan sementara, boleh pm di fb ini atau whatsapp nombor di atas, terima kasih😉
#homestaymuar
#homestaypagoh
#homestaybandaruniversitipagoh
#homestayselesa
KISAH MINGGU LEPAS
Pagi-pagi lagi dapat mesej daripada penginap homestay. Rupa-rupanya heater rosak dan mereka tak dapat nak buat air panas untuk buat sarapan.
Allahu Akhbar. Mana nak cari heater pagi-pagi tu. Alhamdulillah, mak mentua juga jadi penyelamat. Penginap dapat guna cerek dapur mak untuk memasak air.
Selepas mereka check out, kami rancang nak beli heater baru. Tapi, tiba-tiba terfikir, apa kata kalau beli water dispenser untuk penginap akan datang. Selepas buat penilaian, rupa-rupanya water dispenser ini lebih baik.
- Ada 4 filter pada mesin yang akan membersihkan air tu dan filter ini senang untuk diselenggara.
- Mesin dilengkapkan dengan 3 mod suhu air seperti air panas, air suam dan air sejuk. Jadi kalau ada yang nak buat air panas, boleh terus buat pada waktu tu juga.
Tadaaaa!!! Water dispenser siap dipasang dan digunakan. Semoga mesin ini dapat memberi manfaat yang besar kepada penginap akan datang💪💪💪💪
Kisah beberapa minggu lepas...
Ada sekeluarga menginap di Homestay Selesa ni dan tiba agak lewat malam. Waktu tu memang sedang gerimis, agak sejuk. Semasa nak mandikan anak-anak mereka, tetamu ni mesej kami tentang pemanas air.
Allahu Akbar, rasa bersalah pula bila ada tetamu yang menginap kat homestay ni tak dapat keselasaan yang sepatutnya. Malam tu juga kami survey beberapa jenama water heater yang paling baik untuk keselesaan tetamu yang menginap.
Nah, jenama TOSHIBA menjadi pilihan! Antara sebab produk ni kami pilih berbanding jenama lain adalah:
1. Produk ni ada teknologi Whirl Water Flow, yang berfungsi dalam dua cara. Pertamanya, ia memastikan mekanisme pemanasan produk yang lebih cekap, jadi, kuranglah guna tenaga elektrik. Keduanya, ia berfungsi untuk menstabilkan suhu air. Jadi, tetamu boleh menikmati mandi air panas yang lama tanpa sebarang lonjakan suhu air secara tiba-tiba
2. Yang bagusnya pemanas air jenama ni, ia akan terus mati secara automatik jika mencecah 55 darjah Celsius. Jadi, memang sangat selamat la sesiapa yang menggunakannya semasa mandi
3. Lepas tu, produk ni ada pelbagai jenis pancuran mandian. Jadi, tetamu boleh pelbagaikan pancuran mengikut keselesaan mereka.
Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami... ☺️
Tetamu selesa, kami gembira..😉
#homestaymuar
#homestaypagoh
#homestaybandaruniversitipagoh
#homestayselesa