Homestay Selesa, Bandar Universiti Pagoh, Muar

Homestay Selesa, Bandar Universiti Pagoh, Muar Sila berhubung melalui telefon / Whatsapps / Telegram dengan:

En. Azrul (0193055590)
(2)

HOMESTAY SELESA menawarkan perkhidmatan penginapan yang selesa dan berpatutan kepada pelawat yang datang ke Muar dan ke Bandar Universiti Pagoh bagi sebarang urusan.

Alhamdulillah, sungguh tenang, damai dan selesa di sini....🌅
17/09/2024

Alhamdulillah, sungguh tenang, damai dan selesa di sini....🌅

Kisah minggu lepasAlhamdulillah, kita hanya sediakan kemudahan sesuai dengan keperluan penginap. Insya Allah, ada rezki ...
28/09/2023

Kisah minggu lepas

Alhamdulillah, kita hanya sediakan kemudahan sesuai dengan keperluan penginap.

Insya Allah, ada rezki jumpa lagi.

***Hari ini kena cepat-cepat buat housekeeping sebab esok ada penginap yang nak masuk.
Katanya hantar anak ke universiti untuk semester baru. Tak menang tangan tu💪💪💪

Alhamdulillah, selesai misi mengemas homestay untuk penginap yang nak stay bulan September. Bulan ni agak ramai juga yan...
03/09/2023

Alhamdulillah, selesai misi mengemas homestay untuk penginap yang nak stay bulan September.

Bulan ni agak ramai juga yang buat tempahan. Macam-macam urusan katanya di Muar.

Maklumlah, jarak homestay dengan plaza tol Pagoh pun tak sampai 5 minit. Jadi, senang nak balik lalu highway katanya🤭.

Sejujurnya, seronok juga bila orang selalu pilih homestay ini untuk penginapan dorang.

Sebab apa? Sebab bila dorang menginap kat sini, maka semakin kerap la owner homestay kena buat pengemasan dan pembersihan. Jadi persekitaran rumah akan sentiasa bersih dan terjaga.

Ada urusan di Bandar Universiti Pagoh? Apa lagi, yok la kita menginap di sini😎




KISAH MINGGU LEPASAlhamdulillah, menerima maklum balas positif daripada penginap tentang homestay ini.Terkejut juga bila...
26/08/2023

KISAH MINGGU LEPAS

Alhamdulillah, menerima maklum balas positif daripada penginap tentang homestay ini.

Terkejut juga bila ada yang kata homestay ini paling murah di Pagoh.

Sejujurnya, saya menganggap harga semalaman bagi sesebuah homestay itu adalah subjektif. Murah atau mahal akan ditentukan menerusi nilai kemudahan yang disediakan.

Apa yang paling penting, orang yang menginap ingin keselesaan. Maka, homestay ini akan cuba memenuhi keselasaan penginap bersandarkan pada nilai kemudahan yang disediakan

Insya Allah, ada rezki jumpa lagi!!!




KISAH MINGGU LEPASKadang-kadang ada penginap tanya, kalau book homestay ni, sesuai ke kalau nak bawa satu team sukan mur...
21/08/2023

KISAH MINGGU LEPAS

Kadang-kadang ada penginap tanya, kalau book homestay ni, sesuai ke kalau nak bawa satu team sukan murid-murid sekolah untuk kejohanan seperti MSSJ?

Sejujurnya, tak pasti nak bagi jawapan yang sebetulnya sebab pada akhirnya kita akan tengok kemudahan yang disediakan oleh pemilik homestay itu dahulu baru kita akan buat keputusan yang sepatutnya.

Alhamdulillah, homestay ini memenuhi keperluan penginap dan dapat memudahkan urusan mereka sepanjang kejohanan berlangsung 😎😎😎

Insya Allah ada rezki bertemu lagi.




KISAH BULAN INIAlhamdulillah, cuti-cuti ini memang sesuai la cari homestay yang dekat dengan highway sebab senang nak me...
31/05/2023

KISAH BULAN INI

Alhamdulillah, cuti-cuti ini memang sesuai la cari homestay yang dekat dengan highway sebab senang nak merancang perjalanan.

Ada orang tanya, kalau nak ke Muar ni, nak exit mana? Tangkak, Bukit Gambir atau Pagoh. Kalau exit Pagoh, boleh la try makan durian kat Bukit Pasir. Sekarang tengah musim durian kan?😅...

Pada akhirnya, bagi yang ada urusan di Muar masa cuti ni, boleh cari homestay ini. 5 minit sahaja daripada exit tol Pagoh dan 2 minit ke KFC Bandar Universiti Pagoh (baru buka bulan lepas).




KISAH MINGGU LEPASPada hari tersebut ada tiga penginap yang telah membuat tempahan untuk masuk ke homestay ini. Apa yang...
10/03/2023

KISAH MINGGU LEPAS

Pada hari tersebut ada tiga penginap yang telah membuat tempahan untuk masuk ke homestay ini.

Apa yang peliknya, ketiga-tiganya pada saat akhir membatalkan tempahan atas urusan yang tidak dapat dielakkan (sebenarnya setiap kali tempahan dibatalkan, barulah kita akan benarkan penginap baru lain untuk buat tempahan)

Rupa-rupanya pada tempahan keempat, Allah nak kita bantu penginap yang terkesan dengan banjir di Batu Pahat. Tabik tinggi kepada penginap ini kerana berusaha untuk memberi keselesaan ahli keluarga sendiri. Sangat faham kesukaran yang dialami oleh keluarga ini.

Teringat masa kat sekolah dulu, ustazah ada bacakan hadis yang mana kalau seseorang tu meringankan beban seorang muslim, maka Allah akan ringankan juga bebannya di dunia dan di akhirat.

Alhamdulillah, beramal atas maksud hadith ini, homestay ini seperti biasa memberikan yang terbaik dengan harapan dapat meringankan beban penginap ini sekeluarga.

Semoga urusan mereka sekeluarga dipermudahkan, amin.




21/02/2023

KISAH PETANG INI

Sambil-sambil mengemas homestay untuk kemasukan penginap pada hari esok, kita pun duduk la berehat sekejap sambil minum-minum petang.

Alhamdulillah, rasa tenang betul bila duduk rumah end lot yang tiada halangan bangunan di depan, tepi dan belakang.

Angin yang masuk dari depan dan tepi ni betul-betul rasa fresh dan nyaman sebab sebelah ni memang betul-betul kawasan berpokok.

Kalau belajar Sains dulu, cikgu selalu cakap, nak dapat udara yang tinggi kandungan oksigen, duduk la sebelah pokok yang banyak daun hijau, insya Allah, badan dan otak akan lebih sihat dan cergas sebab udara tak tercemar. Oksigen dapat terus ke badan.

Pada akhirnya, sempena cuti sekolah ni, ada beberapa hari lagi yang kosong untuk tempahan menginap di sini.

Jika ada urusan di Muar atau Bandar Universiti Pagoh dan memerlukan penginapan sementara, boleh pm di fb ini atau whatsapp nombor di atas, terima kasih😉




KISAH PETANG TADIAlhamdulillah, rasa seronok sebab dapat memudahkan urusan penginap sekeluarga untuk majlis pernikahan d...
17/12/2022

KISAH PETANG TADI

Alhamdulillah, rasa seronok sebab dapat memudahkan urusan penginap sekeluarga untuk majlis pernikahan dan persandingan mereka. Semoga sentiasa dikurniakan rahmat dan kesejahteraan atas keluarga ini, amin ☺️




Ada urusan di Muar/Bandar Universiti Pagoh, tapi tak pasti nak menginap di mana?Jom menginap di HOMESTAY SELESA kami!!! ...
11/12/2022

Ada urusan di Muar/Bandar Universiti Pagoh,
tapi tak pasti nak menginap di mana?

Jom menginap di HOMESTAY SELESA kami!!! ☺️

KEMUDAHAN
♥️ 3 bilik tidur 🛏️🛌🛌, 3 bilik air 🛀🛀🛀
♥️ 1 katil bersaiz Queen 🛏️, 2 katil bersaiz Super Single 🛌🛌
♥️ 2 biji pendingin hawa (ruang tamu dan bilik tidur utama)❄️
♥️ Peti sejuk❄️
♥️ Peralatan dapur memasak 🫕🔪
♥️ Peralatan makanan dan minuman 🍽️🍹🥣🫖
♥️ Water dispenser dengan tiga tahap suhu air (air panas, air suam dan air sejuk)☕🍶🧊
♥️ Pemanas air elektrik di bilik air🚿
♥️ Seterika dan papan seterika
♥️ TV Digital (Astro) 📺
♥️ Set peralatan untuk BBQ🥩🍤
♥️ Pam air elektrik pada tangki air💧
♥️ Kerusi batu di tepi rumah ⛱️🍄🌳

KELEBIHAN
♥️Kurang 5 minit ke UIAM, UTHM, UTM dan Politeknik Pagoh
♥️Kurang 5 minit ke Masjid Haji Muhammad Yassin, Pagoh
♥️Dalam 5 minit ke Plaza Tol Pagoh Lebuh Raya PLUS
♥️Kurang 7 minit ke pekan Pagoh/Pagoh Jaya
♥️Kurang 15 minit ke pekan Bukit Gambir
♥️Kurang 30 minit ke Bandar Muar
♥️Kurang 1 jam ke Bandar Melaka
♥️Rumah lot hujung dan tiada kenderaan lalu lalang, mudah untuk meletakkan kenderaan dengan selamat. 🏍️🚙🚗🛵
♥️Pemandangan tidak terhalang dari depan, tepi dan belakang, angin mudah masuk dan keluar, rumah rasa sejuk🌬️🌴🌳🍃
♥️ Berdekatan dengan taman permainan 🛝🚴🏃
♥️Dalaman rumah sentiasa disanitasi sebelum dan selepas kemasukan pelawat
♥️Rumah berpagar 🕸️

Jika berminat, Sila buat tempahan melalui telefon/Whatsapp/Telegram dengan:
En. Mohamad (0193055590)




Esok adalah hari yang penting untuk negara. Keputusan PRU esok akan menentukan perjalanan negara kita dalam 5 tahun akan...
18/11/2022

Esok adalah hari yang penting untuk negara.

Keputusan PRU esok akan menentukan perjalanan negara kita dalam 5 tahun akan datang.

Ayuh buat yang terbaik untuk negara tercinta ini.

Selamat mengundi!!

Untuk semua pengundi-pengundi yang akan mengundi pada hari esok, semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan. Jika perlu...
18/11/2022

Untuk semua pengundi-pengundi yang akan mengundi pada hari esok, semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan. Jika perlukan penginapan, boleh menginap di sini, insya Allah.

Boleh buat tempahan di bawah:
En. Mohamad
https://wa.me/qr/6EVJXBP3QEGYC1

10 Langkah Pengundian Pada Hari Mengundi

1. SILA MASUK APABILA DIBENARKAN OLEH ANGGOTA POLIS YANG MENGAWAL SELIA PINTU MASUK.

2. SERAHKAN MYKAD/DOKUMEN PENGENALAN DIRI DAN SLIP SEMAKAN (SEKIRANYA ADA) KEPADA KERANI PENGUNDIAN PERTAMA. TUNJUKKAN KEDUA-DUA BELAH TANGAN UNTUK DIPERIKSA.

3. KERANI PENGUNDIAN PERTAMA AKAN MEMBERIKAN MYKAD/DOKUMEN PENGENALAN DIRI KEPADA KERANI PENGUNDIAN KEDUA UNTUK PENGESAHAN. PASTIKAN NOMBOR KAD PENGENALAN DAN NAMA ANDA YANG DITERIAKKAN OLEH KERANI PENGUNDIAN PERTAMA ADALAH TEPAT.

4. BERGERAK KE HADAPAN KERANI PENGUNDIAN KEDUA. CELUPKAN JARI TELUNJUK TANGAN KIRI KE DALAM BOTOL DAKWAT PILIHAN RAYA APABILA DIMINTA OLEH KERANI PENGUNDIAN KEDUA.

(KERANI PENGUNDIAN PERTAMA AKAN MEMBUAT PENANDAAN NAMA ANDA DALAM BUKU DAFTAR PEMILIH PILIHAN RAYA APABILA JARI ANDA DICELUPKAN KE DALAM BOTOL DAKWAT PILIHAN RAYA).

5. TERIMA KERTAS UNDI DARI KERANI PENGUNDIAN KETIGA.

6. BERGERAK KE MEJA KETUA TEMPAT MENGUNDI (KTM) UNTUK MENINGGALKAN TELEFON BIMBIT.

(SEMUA PROSES PENGUNDIAN DIJALANKAN DALAM KEHADIRAN EJEN-EJEN TEMPAT MENGUNDI YANG BERTUGAS).

7. MAJU KE PETAK UNDI DAN TANDAKAN "X" PADA RUANG KOSONG BERSEBELAHAN DENGAN NAMA DAN SIMBOL CALON DALAM KERTAS UNDI MENGGUNAKAN PEN. PILIH SATU CALON SAHAJA.

8. MASUKKAN KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI YANG BETUL.

9. BERGERAK KE MEJA KTM SEKALI LAGI UNTUK MENGAMBIL TELEFON BIMBIT.

10. SEGERA TINGGALKAN TEMPAT MENGUNDI SETELAH SELESAI MENGUNDI.

www.spr.gov.my
https://www.spr.gov.my/pilihan-raya-umum-ke-15/

05/11/2022

KISAH MINGGU LEPAS

Pagi-pagi lagi dapat mesej daripada penginap homestay. Rupa-rupanya heater rosak dan mereka tak dapat nak buat air panas untuk buat sarapan.

Allahu Akhbar. Mana nak cari heater pagi-pagi tu. Alhamdulillah, mak mentua juga jadi penyelamat. Penginap dapat guna cerek dapur mak untuk memasak air.

Selepas mereka check out, kami rancang nak beli heater baru. Tapi, tiba-tiba terfikir, apa kata kalau beli water dispenser untuk penginap akan datang. Selepas buat penilaian, rupa-rupanya water dispenser ini lebih baik.

- Ada 4 filter pada mesin yang akan membersihkan air tu dan filter ini senang untuk diselenggara.
- Mesin dilengkapkan dengan 3 mod suhu air seperti air panas, air suam dan air sejuk. Jadi kalau ada yang nak buat air panas, boleh terus buat pada waktu tu juga.

Tadaaaa!!! Water dispenser siap dipasang dan digunakan. Semoga mesin ini dapat memberi manfaat yang besar kepada penginap akan datang💪💪💪💪

KISAH SEMALAMAlhamdulillah, set kerusi meja batu yang ditunggu-tunggu dah pun sampai. Sebelum ni, jenis kerusi meja yang...
20/10/2022

KISAH SEMALAM

Alhamdulillah, set kerusi meja batu yang ditunggu-tunggu dah pun sampai. Sebelum ni, jenis kerusi meja yang digunakan adalah jenis yang boleh dilipat dan materialnya jenis aluminium.

Kerusi meja lipat yang sebelum ni diiklankan dah tak kukuh dan asyik bergoyang sahaja. Jadi, atas faktor keselamatan, kami simpan terus kerusi tu.

Nak dijadikan cerita, ada beberapa penginap pernah bertanya tentang kerusi meja yang boleh dilipat tu sebab nak guna semasa buat BBQ.

Aduh, rasa bersalah p**a bila ada penginap nak guna tapi tak dapat nak sediakan seperti yang sepatutnya. Jadi, sebagai memenuhi kehendak penginap homestay akan datang, kami terus cari sebuah set kerusi meja batu yang kukuh dan cantik.

Tadaaa, semoga kerusi meja batu ini akan memberi manfaat yang besar kepada para penginap homestay kami pada masa depan, amin... 😊

*Seronok sangat bila set kerusi meja batu ni letak kat tepi rumah ni sebab bila rumah jenis end lot ni dapatlah orang-orang yang duduk di situ menikmati pemandangan pokok2 yang ditanam kat sebelah tu🤩🤩🤩



KISAH HARI INIAlhamdulillah, Allah rezekikan kami dengan penginap yang sentiasa awesome disamping doa-doa yang powerful!...
02/10/2022

KISAH HARI INI

Alhamdulillah, Allah rezekikan kami dengan penginap yang sentiasa awesome disamping doa-doa yang powerful!

Semoga penginap ini sekeluarga dipermudahkan segala urusannya, amin...😊

Terima kasih kerana menginap di sini. Insya Allah ada rezeki jumpa lagi ☺️😊😊




KISAH SEMALAMTiba-tiba dapat panggilan. Penginap call. Dia beritahu, semasa masak lauk atas dapur, tiba-tiba gas habis. ...
01/10/2022

KISAH SEMALAM

Tiba-tiba dapat panggilan. Penginap call.

Dia beritahu, semasa masak lauk atas dapur, tiba-tiba gas habis. Allahu Akhbar.

Jam dah nak pukul 9.00 malam. Cepat-cepat call kedai berhampiran. Semua tutup 😱!!!

Cari punya cari, Alhamdulillah, mewah rezki penginap ni.

Berjaya juga dapat beli tong gas masak (*tu pun terpaksa ketuk pintu kedai runcit yang dah tutup. Bertuah sebab owner kedai tidur dalam tu😅)

Terus dapatkan tong gas baru untuk penginap. Fuh dugaan betul🥲

Mohon maaf atas kekurangan semalam. Insya Allah, akan diperbaiki lagi.

Insya Allah ada rezki jumpa lagi☺️

Alhamdulillah, bersyukur dapat penginap yang awesome macam ni!Semoga Allah memudahkan urusan penginap ini sekeluarga, am...
24/09/2022

Alhamdulillah, bersyukur dapat penginap yang awesome macam ni!

Semoga Allah memudahkan urusan penginap ini sekeluarga, amin😊

Ada urusan di Muar/Bandar Universiti Pagoh, tapi tak pasti nak menginap di mana?Jom menginap di HOMESTAY SELESA kami!!! ...
17/09/2022

Ada urusan di Muar/Bandar Universiti Pagoh,
tapi tak pasti nak menginap di mana?

Jom menginap di HOMESTAY SELESA kami!!! ☺️

KEMUDAHAN
♥️3 bilik tidur 🛏️🛌🛌, 3 bilik air 🛀🛀🛀
♥️1 katil bersaiz Queen 🛏️, 2 katil bersaiz Super Single 🛌🛌
♥️2 biji pendingin hawa (ruang tamu dan bilik tidur utama)❄️
♥️Peti sejuk❄️
♥️Peralatan dapur memasak 🥡
♥️Peralatan makanan dan minuman 🍽️🍹🥣🫖
♥️Pemanas air elektrik di bilik air
♥️Seterika dan papan seterika
♥️TV Digital (Astro) 📺
♥️Water dispenser dengan TIGA suhu berbeza (panas, normal, sejuk)
♥️Set peralatan untuk BBQ🥩🍤
♥️Pam air elektrik untuk pengaliran air yang laju
❤️Kerusi batu untuk tetamu duduk bersantai di luar rumah

KELEBIHAN
♥️Kurang 5 minit ke UIAM, UTHM, UTM dan Politeknik Pagoh
♥️Kurang 5 minit ke Masjid Haji Muhammad Yassin, Pagoh
♥️Dalam 5 minit ke Plaza Tol Pagoh Lebuh Raya PLUS
♥️ Dalam 7 minit ke pekan Pagoh/Pagoh Jaya
♥️Dalan 15 minit ke pekan Bukit Gambir
♥️Dalam 30 minit ke Bandar Muar
♥️Dalam 1 jam ke Bandar Melaka
♥️Rumah lot hujung dan tiada kenderaan lalu lalang; mudah untuk meletakkan kenderaan dengan selamat.
♥️Pemandangan tidak terhalang dari depan, tepi dan belakang, angin mudah keluar masuk dan rumah rasa sejuk
♥️Dalaman rumah sentiasa disanitasi sebelum dan selepas kemasukan pelawat
♥️Rumah berpagar

Jika berminat, Sila buat tempahan melalui telefon/Whatsapp/Telegram dengan:
En. Mohamad ( 0193055590 )




Address

103, Jalan HARMONI VISTA 4, TAMAN HARMONI VISTA
Muar
84600

Telephone

+60193055590

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Homestay Selesa, Bandar Universiti Pagoh, Muar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Homestay Selesa, Bandar Universiti Pagoh, Muar:

Videos

Share


Other Vacation Home Rental in Muar

Show All