Jeram Mengaji Agro Resort

Jeram Mengaji Agro Resort Bersih Ceria Selamat Aman Sejahtera

Office : 09 7892120
What'sApp : 019 2803787
(921)

Teknologi AI dalam pembikinan gambar. Gambar adalah janaan dari Chat GPT dan Google Image FX. Begitu hebat teknologi AI ...
16/12/2024

Teknologi AI dalam pembikinan gambar.
Gambar adalah janaan dari Chat GPT dan Google Image FX.
Begitu hebat teknologi AI dalam kehidupan manusia.
Bak kata PokTeh "Nok tanyo gapo, tulis jah. Dia tahu semmo"

* Lokasi dalam gambar tidak wujud di JERAM. kerana ia dijana oleh Teknologi AI

Selamat pagi Jumaat yang penuh barakah! 🌼Nikmati suasana damai dan udara segar pagi di Jeram Mengaji Agro Resort. 🌳 Deng...
13/12/2024

Selamat pagi Jumaat yang penuh barakah! 🌼

Nikmati suasana damai dan udara segar pagi di Jeram Mengaji Agro Resort. 🌳
Dengan deruan sungai yang menenangkan, kehijauan alam yang memukau, dan kicauan burung yang mendamaikan, inilah tempat terbaik untuk merehatkan minda dan mendekatkan diri kepada-Nya. 🌺💚

Jadikan pagi Jumaat anda lebih bermakna bersama alam semula jadi yang indah.

📚 Jeram Mengaji Agro Resort - Destinasi Ilmu & Pengalaman 🌿Selain daripada menerima tempahan kursus untuk pelajar dan ja...
12/12/2024

📚 Jeram Mengaji Agro Resort - Destinasi Ilmu & Pengalaman 🌿

Selain daripada menerima tempahan kursus untuk pelajar dan jabatan, Jeram Mengaji Agro Resort juga sentiasa mengalu-alukan kunjungan pelajar dari pelbagai institusi pendidikan untuk menjalankan kajian dan temubual.

Hari ini kami menerima kunjungan dari Pelajar UMK Kampus Kota, untuk menjalankan kajian dan temubual untuk Kursus Hospitaliti.

📝 Aktiviti ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar untuk mendalami ilmu secara praktikal, malah mereka juga dapat memahami dengan lebih dekat operasi agro resort, teknologi pertanian, dan pengurusan pelancongan.

🌟 Kami berbangga menjadi sebahagian daripada perjalanan pembelajaran generasi muda, menyediakan ruang yang kondusif untuk meneroka potensi mereka dalam bidang pertanian dan pelancongan.

📞 Untuk maklumat lanjut atau tempahan lawatan, hubungi kami di 019-280 3787

Jom bawa pelajar anda ke Jeram Mengaji Agro Resort – pengalaman yang berharga menanti mereka!

✨ Majlis Perpisahan Pengurus Jeram Mengaji Agro Resort ✨Majlis perpisahan yang penuh dengan rasa terharu buat Pengurus J...
04/12/2024

✨ Majlis Perpisahan Pengurus Jeram Mengaji Agro Resort ✨

Majlis perpisahan yang penuh dengan rasa terharu buat Pengurus Jeram Mengaji Agro Resort Ybrs Ustaz Hj Nasruddin Mahmood Muhaidin

YBrs Ustaz telah berkhidmat di JERAM selama 2 tahun. Sepanjang tempoh beliau bersama kami, banyak perubahan positif yang telah dilaksanakan untuk memajukan JERAM. Dari segi infrastruktur hingga kepada program-program yang memberi manfaat kepada semua, pengurusan beliau sentiasa mementingkan peningkatan demi kesejahteraan pekerja dan keselesaan pengunjung.

Beliau juga seorang yang sangat cakna terhadap kebajikan pekerja. Sentiasa mendengar keluhan dan memberi sokongan yang diperlukan, beliau memastikan setiap anggota dalam pasukan diberi perhatian dan penghargaan yang sewajarnya.

Terima kasih atas segala jasa dan komitmen yang telah diberikan. Semoga perjalanan seterusnya dipenuhi kejayaan dan kebahagiaan. Kami akan merindui kepimpinan dan dedikasi ustaz. 💐✨

30/11/2024

Keadaan banjir dalam bandar Kota Bharu

Bagi anda ingin merasai suasana berkabus di Jeram Mengaji Agro Resort inilah saatnya. Hujan yang turun dan berhenti, men...
24/11/2024

Bagi anda ingin merasai suasana berkabus di Jeram Mengaji Agro Resort inilah saatnya. Hujan yang turun dan berhenti, menghasilkan kabus. Hujan juga menjadikan air banyak dan lebih jernih. Suhu para masa ini berada pada aras 25° celsius.

Benar air agak deras tapi ia masih selamat untuk mandi. Tinggal lagi, keluarga perlu memantau jika bawa anak-anak. Justeru, sebahagian mengunjung mengambil peluang menikmati suasana ini.

Penting, beringat-ingatlah di musim tengkujuh ini, parit di belakang rumah pun boleh jadi kecelakaan jika tidak berwaspada.

Meskipun hari Ahad hari bekerja di Kelantan, ada saja pengunjung yang datang di Jeram Mengaji Agro Resort. Cuaca yang re...
17/11/2024

Meskipun hari Ahad hari bekerja di Kelantan, ada saja pengunjung yang datang di Jeram Mengaji Agro Resort. Cuaca yang redup di bawah rimbunan daun, menjadikan ia selesa untuk bersama keluarga.


Surau Tok Kenali yang berada dalam kawasan dalam Jeram Mengaji Agro Resort. Mampu menampung jumlah yang ramai pada satu-...
06/11/2024

Surau Tok Kenali yang berada dalam kawasan dalam Jeram Mengaji Agro Resort. Mampu menampung jumlah yang ramai pada satu-satu masa.

Bagi anda yang ingin mengadakan program kem dan seumpamanya tidak perlu risau untuk tempat solat dengan jumlah peserta yang ramai.


04/11/2024

Iklim akhir tahun menjadikan suasana redup dan dingin di Jeram Mengaji Agro Resort cukup sesuai bagi anda yang sibuk dengan suasana di bandar

02/11/2024

Suasana perkhemahan di Tapak B kawasan perkhemahan Jeram Mengaji Agro Resort.

Malamnya dingin hanya beberapa meter daripada kawasan sungai, anda boleh mendengar bunyi aliran terapi yang mendamaikan.


Pengunjung merasa cukup teruja dapat belajar dan mencuba simulasi penyelamatan di air yang disediakan oleh pihak Jabatan...
01/11/2024

Pengunjung merasa cukup teruja dapat belajar dan mencuba simulasi penyelamatan di air yang disediakan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat sempena Karnival Bomba yang berlangsung di Jeram Mengaji Agro Resort.

Terima kasih kepada seluruh anggota bomba yang menjayakan karnival yang julung kali diadakan di sini.


Malam ini lebih kurang 50 orang daripada kalangan remaja kumpulan sukarelawan berkhemah di Tapak B yang baru sahaja dibu...
31/10/2024

Malam ini lebih kurang 50 orang daripada kalangan remaja kumpulan sukarelawan berkhemah di Tapak B yang baru sahaja dibuka di Jeram Mengaji Agro Resort. Kami menyediakan khemah dan lain-lain kemudahan.

Jeram Mengaji akan terus dibangunkan dengan resort yang lebih banyak di tepi lereng bukit dan ada juga perancangan untuk...
31/10/2024

Jeram Mengaji akan terus dibangunkan dengan resort yang lebih banyak di tepi lereng bukit dan ada juga perancangan untuk membina kereta kebel di kawasan tarikan pelancongan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komuditi, Datuk Tuan Saripudin Tuan Ismail menyatakan beberapa pihak berminat dan proses mengukur kawasan telah dijalankan.

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Karnival Bomba anjuran bersama Pusat Khidmat DUN Selising, Jeram Mengaji Agro Resort dan Tok Janggut Warrior Cafe yang berlangsung dua hari pada 30 dan 31 Oktober 2024 di Jeram Mengaji Agro Resort di Selising Pasir Puteh.

Turut hadir acara perasmian itu ialah Ketua Jajahan Pasir Puteh, Roshdi Ismail.

"Program ternakan tenusu yang diasaskan oleh pihak kerajaan negeri melibatkan haiwan lembu dan kambing dan akan terus dikekalkan yang sedia ada diternak oleh 6 orang peserta."

"Kerajaan telah membelanjakan jutaan ringgit membangunkan kawasan Jeram Mengaji yang turut dikenali sebagai Kundasang Kelantan," ucap Datuk Saripudin.

Menariknya karnival ini diwujudkan 8 stesen penyelamatan yang digerakan oleh anggota bomba berbentuk simulasi penyelamatan. Antaranya penyelamatan di air, penyelamatan kawasan datar, penyelamatan kawasan cerun, penyelamatan kemalangan jalanraya dan pengurusan haiwan berbahaya seperti ular.

Orang ramai diberi peluang untuk mencuba simulasi yang disediakan oleh pihak bomba dan penyelamat ini.

Perasmian Karnival Bomba Jeram Mengaji akan disempurnakan oleh YB Dato' Ustaz Tuan Saripuddin Tuan Ismail, 9 malam.Semua...
30/10/2024

Perasmian Karnival Bomba Jeram Mengaji akan disempurnakan oleh YB Dato' Ustaz Tuan Saripuddin Tuan Ismail, 9 malam.

Semua dijemput hadir.

Cabutan bertuah sempena Karnival Bomba Jeram Mengaji, 30 dan 31 Oktober 2024.Pelbagai acara pelbagai aktiviti.
29/10/2024

Cabutan bertuah sempena Karnival Bomba Jeram Mengaji, 30 dan 31 Oktober 2024.

Pelbagai acara pelbagai aktiviti.

Pameran agensi sempena Karnival Bomba 2024 pada 30 dan 31 Oktober 2024.Semua dijemput hadir.
29/10/2024

Pameran agensi sempena Karnival Bomba 2024 pada 30 dan 31 Oktober 2024.

Semua dijemput hadir.

Sertai pertandingan mewarna pra sekolah, 6 tahun ke bawah sempena Karnival Bomba Jeram Mengaji 2024. Pendaftaran terbuka...
29/10/2024

Sertai pertandingan mewarna pra sekolah, 6 tahun ke bawah sempena Karnival Bomba Jeram Mengaji 2024. Pendaftaran terbuka dan sila datang pada 31 Oktober 2024.

Sila bawa peralatan sendiri.

Address

Lot 972, Kg. Sungai Durian, Mukim Banggol Setol
Pasir Puteh
16800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jeram Mengaji Agro Resort posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jeram Mengaji Agro Resort:

Videos

Share