Perwira Holidays Sdn Bhd - Alor Setar

Perwira Holidays Sdn Bhd - Alor Setar Pakej Umrah yang , EKONOMI, SUPER VIP, SERVICE terbaik, CONFIRM Terbang dan JARAK Hotel Dekat dengan Dataran Masjid.

Bukit Uhud ni adalah salah satu bukit² yang ada di syurga , saya gelarkan bukit ni sebagai bukit syuhada, kerana ada ser...
29/12/2023

Bukit Uhud ni adalah salah satu bukit² yang ada di syurga , saya gelarkan bukit ni sebagai bukit syuhada, kerana ada seramai 70 orang sahabat Rasulullah SAW yang syahid di bukit ini termasuklah bapa saudara Nabi yakni saidina hamzah r.a. yang kematiannya sangat menyayat hati.

Setiap kali teringat pasal perang uhud ni , pasti akan menitis air mata sebab terkenangkan para sahabat Nabi yang menggadaikan nyawa untuk menjadi perisai bagi melindungi Nabi dari dibunuh kafir Quraisy.

Salah seorang sahabat yang paling saya ingati dalam perang uhud ini adalah saidina Talhah ubaidillah, beliau bermatian beliau bertarung menghalang musuh dari mendekati Rasulullah. tubuhnya penuh berlumuran dengan darah, di badannya hinggap berbagai senjata musuh yang meninggalkan lebih dari 70 luka libasan pedang, tikaman tombak dan tus**an panah. Manakala Pergelangan tangannya hampir putus ,tetapi beliau tetap terus bertarung melindungi dan mempertahankan Rasulullah SAW. Kemudian barulah datang saidina abu bakar untuk membantu beliau.

Kerana peristiwa itulah, Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa mahu melihat seorang syahid yang masih berjalan di atas muka bumi ini, maka lihatlah kepada Talhah bin Ubaidillah!”

Abu Bakar as-Siddiq apabila menceritakan tentang perang Uhud akan berkata:
“Seluruh hari itu adalah milik Talhah..!”

Dan saidina Talhah Ubaidillah adalah antara 10 sahabat yang dijamin syurga Allah.

Kita semua tahu pada asalnya perang uhud ini dimenangi oleh umat islam ketika itu , Tetapi kerana pas**an memanah tidak mendengar perintah Rasulullah SAW untuk tidak turun dari bukit memanah itu , maka keadaan berubah dan dimenangi kafir Quraisy. Ketika itu para pas**an memanah turun kerana menganggap mereka telah menang dengan melihat para kafir Quraisy berundur , tetapi sebaliknya kafir quraisy memang sengaja mengumpan mereka untuk turun dari bukit tersebut.

Dan disebabkan itu pas**an islam telah diasak dan dikepung , apatah lagi ketika itu jumlah musuh 3 kali ganda dengan tentera islam , dan musuh² islam pun berebut untuk manjadi orang yang membunuh Rasulullah ,Mereka menyerang Rasulullah SAW sehingga mengakibatkan wajah Baginda SAW yang mulia terluka, dan gigi geraham bahagian kanan bawah Baginda retak terkena lemparan batu. Bahkan, topi besi di atas kepala Baginda juga ikut hancur.

Mereka menghujani Rasulullah SAW dengan batu-batu. Salah satunya telah mengenai pinggang Baginda sehingga menyebabkan Baginda terjatuh ke dalam lubang yang sengaja digali oleh Abu Amir al-Fasiq untuk menjerat umat Islam. Lalu saidina Ali bin Abu Talib lalu menarik Nabi keluar dari lubang tersebut , kemudian Baginda pun diangkat oleh Talhah bin Ubaidillah.

Pada dahi Rasulullah SAW terdapat dua keping pecahan besi yang menancap di wajahnya , Lalu Abu Ubaidah bin al-Jarrah berusaha mencabut kepingan tersebut dengan menggigitnya sehingga dua giginya tercabut , Beliau sengaja berbuat demikian dan tidak menggunakan tangan kerana ingin merasakan sakit yang sama kerana tidak sampai melihat baginda Nabi kesakitan sendirian.

Ada banyak lagi kisah² para sahabat yang luar biasa pengorbanan mereka dalam perang uhud ini demi pertahankan Rasulullah SAW , Demikianlah betapa dasyatnya kecintaan para sahabat pertahankan Rasulullah SAW dan agama yang dibawa Nabi sedangkan ketika itu islam masih belum berkembang meluas. Dan jumlah mereka amatlah sedikit jika dibandingkan pada hari ini. Namun walaupun mereka sedikit tetapi keyakinan mereka pada Allah dan Rasulnya mengalahkan kita hari ini , yang percuma saja ramai bilangannya tetapi ibarat buih di lautan.

Dalam satu riwayat hadith ketika Rasulullah memandang bukit uhud , baginda bersabda:

"Ini adalah bukit yang mencintai kita dan kita mencintainya."

Demikianlah sedikit sebanyak mengenai kisah dan peristiwa yang terjadi di bukit uhud yang mulia ini. Semoga kita dapat mengambil iktibar dan pengajaran dari apa yang berlaku.

Info tambahan:

*Perang Uhud berlaku pada hari Sabtu, 7 Syawal atau 11 Syawal tahun ketiga hijrah (26 Mac 625 M) antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy. Perang Uhud adalah medan untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud.

*Pertempuran ini disertai 1,000 orang tentera Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW menuju ke Uhud tetapi hanya 700 orang sahaja yang berperang, Hal ini kerana di pertengahan jalan seramai 300 orang telah berpatah balik ke Madinah setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubai iaitu ketua orang munafiq. Tentera kafir Quraisy p**a seramai 3,000 orang diketuai oleh Abu Sufyan ibni Harb.

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎لبيك اللهم لبيك ، لبيك لا شريك لك لبيك ، إن الحمد والنعمة لك والملك ،...
15/07/2023

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

لبيك اللهم لبيك ،
لبيك لا شريك لك لبيك ،
إن الحمد والنعمة لك والملك ،
لا شريك لك . . . . .

Tuan/Puan berhasrat untuk menunaikan umrah selepas musim haji (mulai bulan Ogos)? Kami sudah buka pendaftaran umrah untuk selepas musim haji.

Rasai pengalaman kami menyantuni para jemaah. Kecemerlangan rekod kami dalam pengurusan umrah telah memberi keyakinan kepada ramai jemaah.

Hubungi 019 4156171 Hj Zakaria bin Hj Hashim atau layari website kami, https://www.perwiraholidays.com.my/ untuk mengenali kami dengan lebih lanjut.

KENALI KAABAH 🕋Apa itu MULTAZAM?👉 MULTAZAM adalah bahagian dinding Kabah di antara Hajar Aswad hingga ke permulaan pintu...
14/07/2023

KENALI KAABAH 🕋
Apa itu MULTAZAM?

👉 MULTAZAM adalah bahagian dinding Kabah di antara Hajar Aswad hingga ke permulaan pintu Kabah. Panjangnya kira-kira 4 hasta atau dua meter. Multazam diambil dari kata terbitan ' iltizam' yg bererti 'merapatkan'.

👉 Seseorang yang berdoa di Multazam disunatkan merapatkan dada, wajah, kedua lengan dan tangannya di atasnya dan berdoa kepada Allah apa2 kebaikan untuknya di dunia dan di akhirat.

👉 Multazam merupakan salah satu tempat dimustajabkan doa. Diriwayatkan bahwa Ibnu Abbas radliallahu ‘anhu berdiam di antara rukun hajar aswad dan pintu ka`bah. Beliau berkata:
"Antara rukun hajar aswad dan pintu ka`bah dinamakan multazam. Tidak seorang hamba yang berada di tempat itu dan meminta sesuatu kepada Allah kecuali pasti Allah kabulkan". (HR. Baihaqi)

KENALI MEKAH 🕋JABAL NOUR ⛰👉 Jabal Nour atau Bukit Nour merupakan salah satu tempat bersejarah dan destinasi para tetamu ...
14/07/2023

KENALI MEKAH 🕋

JABAL NOUR ⛰
👉 Jabal Nour atau Bukit Nour merupakan salah satu tempat bersejarah dan destinasi para tetamu Allah ketika berkunjung ke Tanah suci Mekah. Disitulah terletaknya Gua Hira´.
👉 Dinamakan "Nour" atau cahaya kerana di situlah tempat terbitnya cahaya kenabian Nabi akhir zaman, Nabi Muhammad SAW.
👉 Terletak kira-kira 4 kilometer dari timur laut Masjidil Haram. Keluasannya lebih 5 kilometer persegi dengan ketinggian kira-kira 642 meter dan mengambil masa pendakian hampir sejam untuk menawan puncaknya.
👉 Pendakian Jabal Nour sudah pasti akan menjadi kenangan yang amat berharga dan mengimbau kembali sejarah perjuangan Rasulullah SAW.
اللهم صل على سيدنا محمد

Tempat tinggal para rasul yg wajib kita tahu..
13/07/2023

Tempat tinggal para rasul yg wajib kita tahu..

Ibadah haji memang menguji ketahanan hati. Terutama pada hari-hari Masyair - bermula di Arafah, bermalam di Mudzalifah, ...
13/07/2023

Ibadah haji memang menguji ketahanan hati. Terutama pada hari-hari Masyair - bermula di Arafah, bermalam di Mudzalifah, Mabit di Mina dan melontar ketiga-tiga jamrah.

Di situlah, kemuncak ujian. Para Tetamu Allah perlu mengeluarkan semaksimum kekuatan fizikal, mental dan emosinya untuk berdepan dengan kepanasan, kesesakan, keletihan yang luar biasa.

Walaupun begitu, sesuatu perlu dilakukan oleh pihak yabg bertanggungjawab bagi meringankan beban ujian. Ujian memang ujian. Tetapi ujian juga seharusnya menimbulkan usaha untuk mengatasinya.

Tidak salah, malah dituntut untuk mencipta keselesaan untuk beribadah. Masih banyak yang boleh dilakukan untuk membina suasana yang kondusif untuk beribadah.

Masjid contohnya, sudah semakin dilengkapi dengan penghawa dingin, karpet yang tebal dan pelbagai kemudahan untuk orang ramai menunaikan solat. Kita tidak menganggap itu satu kemewahan atau pembaziran, malah itu satu keperluan.

Justeru apa salahnya, lokasi-lokasi masyair juga dipertingkatkan kemudahannya. Lagipun, bagi pakej-pakej yang mahal, sudahpun dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan.
Apa yang dilihat dalam utube dan fb, kemudahan bagi pakej mahal ini jauh lebih baik daripada pakej biasa atau yang uruskan oleh muassasah (sekarang Masyarik).

Bukan menuntut kemudahan dan keselesaan tahap 'kayangan' tetapi cukup sekadar ada tempat berlindung, dengan kemudahan yang membolehkan para Tetamu Allah ini beribadah dengan mudah.

Bagaimana boleh beribadah dengan mudah, jika tempat menginap pun terpaksa di luar khemah, air kumbahan yang nelimpah membanjiri kawasan dalam khemah, penghawa dingin yang rosak, kadangkala bekalan air pun terganggu?

Memang haji adalah ujian. Pihak Tetamu Allah sentiasa dipesankan begitu. Jangan nerungut, jangan mengeluh, jaga lidah daripada berkata yang tidak baik, redha, sabar, syukur dan sebagainya.

Jemaah haji memang bermujahadah... namun sudi apalah kiranya Pihak atasan yang bertanggungjawab membantu memudahkan sedikit mujahadah mereka.

Rasulullah SAW pun ketika menjadi imam, pernah memendekkan bacaan surah dalam solatnya, bila terdengar tangisan anak kecil. Baginda bimbang ibu-bapa anak-anak itu akan risau tentang anaknya jika baginda terus memanjangkan solatnya.

Baginda pernah menegur dengan tegas, Muaz bin Jabal RA yang memanjangkan solat dengan membaca surah Al Baqarah sehingga ada sahabat lain yang mufarakah. Ya, pengajaran penting di sini, tidak salah, malah dituntut untuk memudahkan orang lain beribadah.

Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan kiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat."

Sistem pengurusan perlu dipertingkatkan agar tidak berlaku dua perkara yang sangat dibenci oleh Islam. Malangnya, inilah yang telah berlaku.

Pertama, kekotoran. Kedua, pembaziran. Khemah-khemah di Mina dan bilik airnya serta kawasan sekitarnya begitu kotor. Air melimpah, menyebabkan ada sesetengahnya begitu becak. Keadaan di kawasan tandas lebih -lebih lagi. Sangat menyedihkan.

Pek makanan banyak yang terbuang begitu sahaja. Sentiasa berlebihan. Saya tidak pasti apakah masalah itu disebabkan oleh jemaah haji tidak berselera makan atau pemberian makanan dibuat tanpa perancangan yang sistematik. Tetapi yang jelas, pembaziran memang berlaku.

Kawasan Mina memang terhad. Tetapi dengan sifat inovasi dan kreativiti, saya fikir masih banyak ruang dan peluang pembaikan boleh dilakukan.

Hanya perlu fokus dan serius. Namun, saya mohon maaf, jika ada faktor yang memang di luar kawalan atau segalanya 'sengaja' diatur begitu rupa sebagai ujian buat Tetamu Allah.

Mendengar berita jemaah Indonesia tersadai di Mudzalifah juga mengusik hati nurani kita. Bayangkan mereka terpaksa menanti berjam-jam lamanya di kawasan Mudzalifah yang tidak ada naungan dan kemudahan asas yang nencukupi. Sedih. Ramai juga antara mereka yang sudah berumur dan tidak begitu sihat.

Penyusunan bas yang mengangkut jemaah haji, kesesakan lalu lintas dan lain-lain faktor yang boleh menyebabkan kelewatan pergerakan bas mengangkut jemaah juga perlu diperbaiki.

Kita tidak perlu menuding salah siapa, tetapi marilah kita fikir, doa dan usahakan agar masalah ini tidak menjejaskan semangat dan keupayaan para jemaah haji untuk beribadah.

Bayangkan, ramai Tetamu Allah yang p**ang dari Mina dengan demam, batuk dan sakit-sakit. Dan ini juga boleh menjejaskan kesihatan mental para jemaah. Murung, stres dan 'tension' tidak mustahil berlaku kepada sesetengah mereka.

Kita sedia maklum untuk menampung keperluan 3 juta jemaah haji dalam satu kawasan yang terhad memang satu cabaran yang sangat besar. Tahun ini tahun yang paling mencabar. Mungkin itu antara sebab berlakunya pelbagai kekurangan ini.

Namun, jika punya iltizam, keikhlasan, kepakaran serta kemahiran yang tinggi, masalah-masalah itu tidak mustahil dapat diatasi atau diminimumkan. Inilah dasar pengurusan dalam Islam.

Pertama, Al Qawiy (profesional). Kedua, Al Amin. Firman Allah:
قَالَتۡ إِحۡدَٮٰهُمَا يَـٰٓأَبَتِ ٱسۡتَـٔۡجِرۡهُ‌ۖ إِنَّ خَيۡرَ مَنِ ٱسۡتَـٔۡجَرۡتَ ٱلۡقَوِىُّ ٱلۡأَمِينُ

Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan (menggembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat lagi amanah.”

Ya, sudah tiba masanya, operasi Masyair dikendalikan dengan sifat Al Qawiy dan Al Amin. Dengan sifat Al Amin, satu tugasan itu dijalankan penuh integriti. Dengan sifat Al Qawiy, tugasan itu dijalankan penuh kemahiran dan ilmu.

Semoga, sifat sabar, redha, syukur, tawakal yang sentiasa disemai dan dipesankan kepada jemaah haji diimbangi juga dengan sifat iltizam, keikhlasan dan profesional yang perlu ditingkatkan oleh pihak pengurusan dan pentadbiran.

Inilah yang dikatakan tawakal yang berbekal, sabar yang proaktif, redha yang produktif dan syukur yang profesional.

Insya-Allah, kita optimis semua pihak telah dan akan belajar daripada kelemahan dan kesilapan proses haji pada tahun ini. Mukmin sebenar, tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali.

Jatuh sekali ialah peluang memulakan sekali lagi dengan lebih bijaksana. Dan jemaah haji yang diuji pada tahun ini harus berasa syukur, kerana kesusahan yang mereka alami tahun ini mudah-mudahan jadi pengajaran dan sempadan yang tidak akan berulang tahun-tahun akan datang.

Hakikatnya haji yang mabrur balasannya ialah syurga. Dan jalan menuju syurga pasti melalui kesusahan dan kepahitan.

Rasulullah SAW bersabda:

حُجِبَتْ النَّارُ بِالشَّهَوَاتِ وَحُجِبَتْ الْجَنَّةُ بِالْمَكَارِهِ
Maksudnya: "Neraka dikelilingi dengan syahwat (hal-hal yang menyenangkan nafsu), sedangkan syurga dikelilingi perkara-perkara yang tidak disenangi (nafsu)."

Apapun usaha pembaikan, tetap tidak mengubah hakikat itu. Ujian tetap ujian. Sabar tetap diperlukan. Syukur sentiasa didambakan. Justeru, dalam Islam senang dan susah... adalah sama. Keduanya adalah ujian, samada kita mampu bersabar atau bersyukur!

11/07/2023
SEKELUMIT 'ILMU~Mabit di MinaBerbeza dengan mabit di Muzdalifa ya'ani memadai walau satu lahzah sekalipun. Mabit di Mina...
10/07/2023

SEKELUMIT 'ILMU
~Mabit di Mina

Berbeza dengan mabit di Muzdalifa ya'ani memadai walau satu lahzah sekalipun. Mabit di Mina adalah untuk tiga(3) hari iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah. Setiap malam bermabit sekurang-kurangnya separuh malam bermula dari masuk Maghrib atau bila-bila masa masuk ke Mina.
Masa'alahnya, untuk mereka yang berulang-alik dari Makkah masuk ke Jamarats tetapi duduk di kawasan Aqabah. Sempadan Mina adalah merentasi antara Jamarat Wusta dan Aqabah. Maka, mabit mereka tidak sah.
Kedua, mereka yang membuat Nafar Awal hendaklah berpatah balik ke Jamaratul Wusta untuk berniat keluar dari Mina. Niat Nafar awal mestilah didalam kawasan Mina. ALlāhu a'lam.
Jamarat Mina Mekah

Find local businesses, view maps and get driving directions in Google Maps.

KENALI MEKAH 🕋JABAL NOUR ⛰👉 Jabal Nour atau Bukit Nour merupakan salah satu tempat bersejarah dan destinasi para tetamu ...
14/07/2022

KENALI MEKAH 🕋

JABAL NOUR ⛰
👉 Jabal Nour atau Bukit Nour merupakan salah satu tempat bersejarah dan destinasi para tetamu Allah ketika berkunjung ke Tanah suci Mekah.
👉 Dinamakan "Nour" atau cahaya kerana di situlah tempat terbitnya cahaya kenabian Nabi akhir zaman, Nabi Muhammad SAW.
👉 Terletak kira-kira 4 kilometer dari timur laut Masjidil Haram. Keluasannya lebih 5 kilometer persegi dengan ketinggian kira-kira 642 meter dan mengambil masa pendakian hampir sejam untuk menawan puncaknya.
👉 Pendakian Jabal Nour sudah pasti akan menjadi kenangan yang amat berharga dan mengimbau kembali sejarah perjuangan Rasulullah SAW.
اللهم صل على سيدنا محمد

Tanah haram Makkah dijaga setiap penjuru sempadan oleh polis. Dari arah mana pun kalian masuk mesti akan lalu Checkpoint...
01/04/2022

Tanah haram Makkah dijaga setiap penjuru sempadan oleh polis. Dari arah mana pun kalian masuk mesti akan lalu Checkpoint macam ni.

Masa bila penduduk Makkah akan rasa paling exclusive?

Masa musim haji kerana ketika ini orang yang menetap di dalam Makkah dan jemaah haji sahaja yang boleh berada di dalam Makkah.. Polis akan semak setiap orang yang lalu dengan teliti. Terutama ketika hampir hari wukuf.

Gambar ini Checkpoint makkah/Al Hada, Taif.

APA ITU BADAL UMRAH DAN SYARAT PELAKSANAANNYA?Badal umrah adalah sunat dan satu kaedah yang dilakukan oleh seseorang kep...
04/03/2022

APA ITU BADAL UMRAH DAN SYARAT PELAKSANAANNYA?

Badal umrah adalah sunat dan satu kaedah yang dilakukan oleh seseorang kepada seseorang yang lain , yang pada perlaksanaan tersebut sama sepertimana orang yang melakukan ibadah umrah. Sama ada dari segi rukun, wajib dan sunnah2 nya.
Bermaksud sesiapa yang menjalankan amanah badal umrah, dia melaksanakan ibadah tersebut seperti umrah biasa mengikut semua rukun, wajib dan sunnah umrah tetapi ia di niatkan kepada orang lain.

Syarat- syarat Perlaksanaanya:

1. Tidak sah menngantikan ibadah haji atau umrah untuk orang yang fizikalnya masih mampu melakukan ibadah iti.

2.Badal umrah hanya untuk orang sakit yang sudah tidak ada harapan sembuhnya, untuk org yang tidak mampu fizikalnya atau untuk orang yang telah meninggal dunia.

3. Badal umrah bukan untuk orang yang tidak mampu dari segi hartanya.

4. Orang yang membadalkan umrah harus telah menunaikan umrah terlebih dahulu.

5. Wanita boleh membadalkan umrah untuk lelaki dan sebaliknya.

6. Tidak boleh berniat membadalkan umrah untuk dua orang dalam sekali ibadah.

Alhamdulillah dan tahniah kepada semua Duyufurrahman setelah kerajaan Malaysia membuka semula pintu keluar untuk melaksanakan ibdah umrah di Baitullah .

Semoga bermanfaat.

Sesiapa yang berhajat untuk melaksanakan badal umrah kepada arwah ibu bapa, ahli- ahli keluarga yang telah pun meninggal dunia atau yang sakit dan tiada kesembuhan untuk melaksanakan ibadah umrah boleh hubungi saya. HJ ZAKARIA BIN HJ HASHIM( pm ). ان شاء اللہ, saya akan cuba bantu menunaikan hajat sahabat sekalian.

Ketinggian asal masjid nabawi!!!Dimana kita jumpa tanda ini dalam masjid nabawi ?? Ianya berada di kawasan hadapan masji...
02/03/2022

Ketinggian asal masjid nabawi!!!

Dimana kita jumpa tanda ini dalam masjid nabawi ?? Ianya berada di kawasan hadapan masjid.

Kita akan jumpa tanda ini ditiang-tiang dibahagian hadapan sahaja , apakah tandanya???

Dinyatakan oleh para ahli sejarah , ini merupakan ketinggian asal masjid nabawi ketika pembinaan awal oleh baginda nabi s.a.w pada tahun pertama hijrah, tingginya lebih kurang 5 hasta.

Penting untuk kita mengetahui sejarah madinah , agar kedatangan kita ke madinah akan membawa kita ingat para Rasulullah dan para sahabatnya.

Mari kita kongsi dan share dengan kawan-kawan ,agar semua orang tahu sejarah tanda ini.

Sumber : معالم المدينة المنورة

Allahu akbar ...Allahu akbar...Bila kita mendengar azan , teringat kita akan muazzin Rasulullah s.a.w iaitu saidina Bila...
02/03/2022

Allahu akbar ...Allahu akbar...

Bila kita mendengar azan , teringat kita akan muazzin Rasulullah s.a.w iaitu saidina Bilal Ibn Rabah r.a sehinggakan pada zaman sekarang , sesiapa sahaja yang bertugas melaungkan azan akan digelar sebagai bilal .

Tugas bilal adalah melaungkan azan untuk memanggil manusia untuk menunaikan solat . Pada zaman dahulu , bilal akan berdiri disatu tempat yang tinggi bagi memanggil manusia untuk menunaikan solat .Tempat yang kita nampak didalam gambar tersebut , merupakan salah satu tempat yang berada di dalam raudhah as-syarif.

Para pengkaji sejarah madinah menyatakan bahawasanya tempat tinggi tersebut merupakan tempat Bilal r.a melaungkam azan ketika zaman Rasulullah s.a.w dan sekarang dipanggil sebagai ( المكبرية ) . Sekarang semua muazzin masjid nabawi juga akan melaungkan azan melalui tempat yang sama.

Mari kita share untuk pengetahuan kita bersama.

Sumber : maalim madinah al-munawwarah.

Kenali Tiang dalam Raudhah اَلأُسْطُوَانَة المُخَلَّقَةُ Tiang WangiTiang yg berada di Mihrab, inilah tempat yang Rasulu...
24/02/2022

Kenali Tiang dalam Raudhah
اَلأُسْطُوَانَة المُخَلَّقَةُ Tiang Wangi

Tiang yg berada di Mihrab, inilah tempat yang Rasulullah s.a.w selalu bersolat.

Ianya juga dikenali dengan nama أسْطُوَنَة حَنَّاَنة.(Menangis Rindu). Tempat berlakunya peristiwa batang tamar sewaktu Rasulullah s.a.w berpindah menyampaikan khutbah di atas mimbar. Para sahabat selalu menyapu minyak wangi di tempat itu sebagai tanda tempat solat Rasulullah s.a.w. oleh sebab itulah wujudnya nama Tiang Wangi.

Kenali Tiang dalam Raudhah.اَلأُسْطُوَانَة عائشة Tiang Saidatina AisyahTiang ketiga daripada Mimbar Rasulullah s.a.w,dik...
24/02/2022

Kenali Tiang dalam Raudhah.
اَلأُسْطُوَانَة عائشة Tiang Saidatina Aisyah

Tiang ketiga daripada Mimbar Rasulullah s.a.w,
dikenali juga sebagai الأسطوانة المهاجرين kerana kebiasaannya golongan Muhajirin mengadakan majlis mereka disitu. Pada mulanya di sinilah tempat Rasulullah s.a.w bersolat, kemudian baginda memilih tempat di Tiang Wangi. Tiang ini adalah yang ketiga dari mimbar, ketiga dari makam Rasulullah s.a.w

Dalam sebuah hadith riwayat Saidatina Aishah r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda “Ada satu tempat dalam masjid ini jika manusia tahu hal keadaannya, maka UNDIAN terpaksa dibuat kerana masing-masing akan berebut untuknya.

” Orang ramai telah bertanya kepada Saidatina Aishah r.a “Tempat yang mana satu?” Pada mula beliau enggan memberitahu, akhirnya beliau memberitahu. Sebab itulah ia dipanggil Ustuwanah ‘Aishah kerana dengan petunjuk dan hadith daripada beliau tempat ini menjadi pilihan.

Nak tahu dimana kedudukan Tiang Wangi? Tempat yg kita selalu lalu tapi tidak perasan...

سبحان اللهKota Makkah  terletak di koridor antara dua gunung yang di gelar ‘hollow of Makkah’. Kota Makkah ni adalah seb...
13/02/2022

سبحان الله

Kota Makkah terletak di koridor antara dua gunung yang di gelar ‘hollow of Makkah’.

Kota Makkah ni adalah sebuah kawasan yang agak rendah di mana kawasan terendah nya adalah di MASJIDILHARAM lebih detail adalah di kawasan terletaknya kaabah. Pusat kiblat kita.

Pada zaman dahulu, di kota Makkah ni menggunakan 3 sumber air iaitu:

• Air zam-zam.
• Air dari saliran Ain Zubaydah. (Yang ni ada sejarahnya yang kesan-kesan tinggallannya masih terdapat sehingga kini. Saya kongsi pada status lain ya inshaAllah kalau berkesempatan)
• Air hujan.

Sebelum dibina empangan, kota Makkah pernah mencatatkan 89 kali banjir besar!

Paling teruk terjadi pada tahun 1941. Paling terjejas pastinya kawasan paling rendah di Makkah seperti yang saya catatkan di atas tadi iaitu kawasan masjidilharam.

Setelah pembinaan empangan, maka kejadian banjir besar tidak lagi berlaku.. hanya banjir kilat sahaja.

Gambar ketika banjir besar yang berlaku di Makkah pada tahun 1941.

ان شاء اللہKursus akan diadakan semula.🕋❤🕋❤🕋❤🕋❤🕋❤🕋📕 KURSUS UMRAH INTENSIF 📕✈Area Pendang dan sekitarPERCUMA !!!!PERCUMA ...
13/02/2022

ان شاء اللہ

Kursus akan diadakan semula.

🕋❤🕋❤🕋❤🕋❤🕋❤🕋

📕 KURSUS UMRAH INTENSIF 📕✈

Area Pendang dan sekitar

PERCUMA !!!!
PERCUMA !!!!
PERCUMA !!!!

Tempat terhad

الحَمْدُ ِلله
Ramai yang telah mengikuti kursus ini.

📆 Tarikh :Akan dimaklumkan
Setiap Jumaat mulai 27 September 2019

🕣 Masa :
8.30 pm - 12.00 tengahari

🕌 Lokasi: No 1304 Bangunan Meranti 06700 PENDANG
Kedah Darulaman

Belakang Petronas. Pendang

👳🏼‍♀ Penceramah :
Ustaz Hj Zamri bin Hj Hashim
Ustaz Hj Zakaria bin Hj Hashim

🕋 TERBUKA KEPADA:

❇Semua masyarakat sekitar.
❇Semua bakal jemaah umrah tanpa mengira syarikat.
❇Semua muslimin dan muslimat yg bercita- cita untuk menunaikan umrah dalam tempoh terdekat atau 10 tahun lagi.
❇Individu yg ingin mendalami hukum hakam umrah.

🕋 MODUL KURSUS :
✅ Teori dan Amali ibadah umrah.
✅ Perkongsian pengalaman d Tanah Suci.

Maklumat lanjut sila hubungi:

Us Ahmad Sobri bin Hj Ahmad 0193746677

Us Hj Ahmad Zamri bin Hj Hashim
0195682237

Us Hj Zakaria bin Hj Hashim
0194156171

MIQAT DI TANAIMMasjid Saidatina Aisyah RA atau Lebih dikenali sebagai Masjid Tanaim merupakan tempat miqat paling hampir...
22/12/2021

MIQAT DI TANAIM

Masjid Saidatina Aisyah RA atau Lebih dikenali sebagai Masjid Tanaim merupakan tempat miqat paling hampir iaitu hanya 6km dari Masjidil Haram. Diberi nama sempena Saidatina Aisyah bermiqat di masjid ini untuk melakukan umrah pada tahun 10 Hijrah.

Bermiqat atau berniat ihram perlu dilakukan ditanah Halal dan bukan semua masjid di tanah halal Mekah boleh berniat ihram.

Kebanyakan jemaah yang ingin mengulangi & melakukan umrah tambahan dengan sendiri tanpa bantuan mutawif boleh melakukan sendiri dengan menaiki bas, teksi atau van yang boleh didapati berhampiran kawasan hotel dan tepi jalan. Tetapi jemaah harus pandai melakukan tawar-menawar kerana biasanya pemandu teksi ini s**a meletakkan harga yang mahal terutamanya diwaktu pagi atau subuh.

Anggaran harga sebuah teksi sewa ke Tanaim sekitar SR60 ke SR90 dua hala (pergi dan balik) tetapi ada yang meminta sehingga SR120. Sekiranya mereka enggan menurunkan harga, cari pemandu lain yang mungkin memberikan harga lebih murah. Seeloknya naik teksi beramai-ramai dan hanya membayar tambang selepas selesai bermiqat dan meminta mereka menunggu sehingga anda selesai solat ihram dan berniat di Tanaim. Seeloknya bayaran dibuat sekembali ke Masjidil Haram. Ini untuk mengelakkan daripada anda ditinggalkan di Tanaim selepas mendapat bayaran. Banyak kejadian seperti ini berlaku. Pastikan jemaah ingat nombor teksi kerana banyak teksi yang seaakan sama di sana.

Paling penting! Pastikan barang berharga seperti telefon bimbit, barang kemas dan wang kerana sering kecurian terutama di kalangan jemaah wanita. Kebanyakkan dari penyeluk saku ini datang berkump**an dan s**a solat atau duduk sekitar pintu masuk masjid dan mengakibatkan kesesakan dipintu keluar masuk kerana hanya ada satu pintu sahaja untuk jemaah wanita. Kejadian ini dialami sendiri oleh saya yang kehilangan telefon bimbit dalam masa kurang dari 5 minit semasa berasak melepasi pintu keluar masuk!
Peringatan dan pengajaran untuk semua

RINDU ARWAH MAK & ABAH?RINDU ARWAH SUAMI @ ISTERI?RINDU ARWAH ANAK?Hadiah BADAL UMRAH buat ARWAHHanya RM600 sahaja💖 Bada...
20/12/2021

RINDU ARWAH MAK & ABAH?
RINDU ARWAH SUAMI @ ISTERI?
RINDU ARWAH ANAK?
Hadiah BADAL UMRAH buat ARWAH
Hanya RM600 sahaja
💖 Badal Umrah adalah antara pilihan terbaik untuk dihadiahkan kepada arwah ibu bapa, datuk/nenek, suami/isteri, adik beradik serta arwah insan-insan lain yang tersayang.
💖 Semua pahala yang diperolehi hasil dari ibadat umrah yang dibadalkan (diupahkan) itu akan mengalir kepada arwah insan-insan tersayang.
💖 Aktiviti kenduri arwah agak terbatas sekarang ini kerana masalah PKP dan SOP gara-gara COVID-19. Maka, amalan Badal umrah ini merupakan pilihan terbaik.
💖 Badal Umrah ini juga secara tidak langsung dapat membantu ribuan rakan-rakan sebangsa kita di Arab Saudi yang kehilangan mata pencarian. Sebelum ini mereka berkhidmat menyantuni jemaah haji dan umrah di sana, tetapi kini mereka tidak ada pekerjaan dan mempunyai ruang masa yang banyak untuk berkhidmat mengambil upah mengerjakan Badal Umrah.
☎️ Sila WHATSAPP ke talian 019-4156171 dengan menyatakan:
👨‍💼
Nama Waris:
Alamat Waris:
Nombor Telefon:
🤴
Nama Arwah:
Jangan Lupa Whatsapp Gambar Arwah (Jika Ada)
Kerana Inshaallah kami akan berikan cenderahati menarik berupa MUG yang tertera gambar dan nama arwah, tarikh badal umrah dilaksanakan, serta doa arwah.
🌹 Silakan buat pembayaran ke akaun:
PERWIRA CONSULTANCY
PUBLIC BANK BERHAD
3818101109
Sila whatsapp bukti pembayaran ke talian 019-4156171

MIQAT UNTUK JEMAAH UMRAH DAN HAJI DARI MALAYSIA:Assalamualaikum.. Saya share kan apa itu Miqat, jenis dan tempat bermiqa...
18/12/2021

MIQAT UNTUK JEMAAH UMRAH DAN HAJI DARI MALAYSIA:

Assalamualaikum.. Saya share kan apa itu Miqat, jenis dan tempat bermiqat yang sering dikunjungi oleh Jemaah dari Malaysia. Gambar kebanyakkannya adalah carian dari Google sebab sebelum ni tak terlintas nak buat nota atau group RINDU HARAMAIN ni..

1. Niat berihram di Miqat.
Miqat ialah batasan atau sempadan tempat dan ketentuan masa yang ditentukan untuk berniat dan memakai ihram haji dan umrah.

Miqat ada dua jenis iaitu :-

i. Miqat zamani (ketentuan masa)
Bermula 1 Syawal > 10 Zulhijjah.

ii. Miqat makani (ketentuan tempat)
Miqat makani ialah tempat-tempat yang telah ditentukan
sempadannya, bagi seseorang itu memulakan berniat dan memakai ihram.

Antara Miqat yang sering dikunjungi jemaah Malaysia ialah

QARNUL MANAZIL
89 km. dari Makkah
Bersempadan dengan Kuwait.
Berniat Ihram bila melalui ruang angkasanya sebelum memasuki Makkah.
Juga dibawa ketika menziarah Taif

BIR ALI/ ZULHULAIFAH
sekiranya jemaah bertolak dari Madinah, akan berniat ihram di sini
Lebih kurang 450 km dari Makkah
10 km dari Madinah.

JARANAH
Berdekatan dengan Mudzalifah, Mina
Selalu di bawah ketika menziarahi Jabar Rahmah, Jabar Nur, Jabal Thurs dan Sekitarnya

HUDAIBIYAH
Terletak di arah barat daya 22km dari kota Mekah.
Berlaku perjanjian bersejarah antara kaum Muslimin dan kafir Quraisy yang pada tahun ke-6 hijrah bulan zulkaedah

TANAIM
Masjid Aishah tapi lebih dikenali sebagai Masjid Tanaim. Merupakan tempat Miqat terdekat dengan Mekah dengan jarak sekitar 6km

*QARNUL MANAZIL*Siapa pernah sampai di sini? Inilah miqat Qarnul Manazil yang terletak dekat pergunungan Taif. Bagi jema...
18/12/2021

*QARNUL MANAZIL*

Siapa pernah sampai di sini? Inilah miqat Qarnul Manazil yang terletak dekat pergunungan Taif.

Bagi jemaah Malaysia, jika pakej umrah/perjalanan hajinya masuk terus ke Makkah maka sempadan terakhir untuk berniat ihram ialah di ruang angkasa Qarnul Manazil.

Jaraknya iaitu kira-kira satu jam sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah.

Jemaah akan di nasihatkan untuk memakai ihram di rumah atau di lapangan terbang KLIA terlebih dahulu sebab terlalu rumit untuk memakai ihram dalam kapal terbang.

Pengalaman saya yang lepas, kami berniat di ruang angkasa Qarnul Manazil. Pramugara-Pramugari malah Juruterbang sentiasa mengingatkan kami agar jangan lupa berniat apabila tiba waktu nya.

Saya berpeluang ke sini ketika lawatan kami ke Taif selepas Hari Masyair. Alhamdulillah rezeki.

*BUKIT UHUD*Bukit ini cinta kepada kami , dan kami cinta kepada bukit ini...inilah perkataan Nabi S.A.W ketika memandang...
18/12/2021

*BUKIT UHUD*

Bukit ini cinta kepada kami , dan kami cinta kepada bukit ini...inilah perkataan Nabi S.A.W ketika memandang kearah bukit ini ketika balik dari perang khaibar...

Bukit ini menyaksikan peristiwa berdarah dalam islam , peristiwa menyayat dan mengguris hati umat islam seluruhnya ,
Insan yang dikasihi Allah s.w.t telah digunakan untuk menyelamatkan agama Allah , sehingga mematahkan gigi baginda yang mulia , memecahkan rahang serta mencederakan muka baginda .

Atas pengorbanan baginda serta sahabatnya , islam telah sampai ke tempat kita pada hari ini . Untuk mengenang jasa dan pengorbanan mereka , setiap jemaah yang melakukan ziarah luar madinah akan dibawa ke bukit penuh kecintaan ini...

Wahai uhud engkau lah penyaksi kepada peristiwa besar tersebut..

Kaligrafi yang terdapat pada mangga  kunci  di maqam Rasulullah SAW‎هو الحبيب الّذي ترجى شفاعته  لكلّ هول من الأهوال مقت...
17/12/2021

Kaligrafi yang terdapat pada mangga kunci di maqam Rasulullah SAW

‎هو الحبيب الّذي ترجى شفاعته لكلّ هول من
الأهوال مقتحم

Dialah sang kekasih yang syafaatnya senantiasa dinanti dlm menghadapi segala derita dan malapetaka yg menerpa.

Masjid Quba' mempunyai 56 buah Kubah dan 4 buah Menara dan ia adalah masjid Pertama dibina oleh Rasullullah SAW semasa b...
16/12/2021

Masjid Quba' mempunyai 56 buah Kubah dan 4 buah Menara dan ia adalah masjid Pertama dibina oleh Rasullullah SAW semasa berhijrah dari Mekah ke Madinah Pada Tahun 1 Hijrah bersamaan 622M. 94 hari lagi Ramadhan tiba..inshaAllah Aameen.

Cerita & Kelebihan Masjid Pertama Madinah. Di dalam Al Quran disebutkan juga bahawa masjid Quba' adalah masjid yang dibina atas dasar Taqwa.

لَا تَقُمْ فِيهِ أَبَدًا لَّمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى ٱلتَّقْوَىٰ مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَن تَقُومَ فِيهِ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَن يَتَطَهَّرُوا۟ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلْمُطَّهِّرِينَ

Janganlah engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid Quba' yang engkau bina wahai Muhammad, yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula wujudnya, sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang s**a mengambil berat membersihkan dan mensucikan dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka yakni zahir dan batin. [At-Taubah: 108]

Masjid ini terletak di sebelah tenggara kota Madinah dan hanya kira-kira 5km dari Masjid Nabawi. Ia juga menjadi lokasi pertama dalam setiap ziarah luar di kalangan jemaah haji dan umrah. Bagi mereka yang mahu merebut ganjaran sekali umrah tidak melepaskan peluang keemasan untuk berkunjung ke Masjid Quba’ saban hari.

Ganjaran Sekali Umrah Di Masjid Quba’. Di Madinah, tempat ziarah ini adalah lokasi mesti dikunjungi dan termasuk di dalam itinerari ziarah yakni Masjid Quba’, Jabal Uhud dan makam syuhada’ Uhud serta ladang tamar. Jemaah dinasihatkan agar berwuduk di hotel penginapan dan berusaha mengekalkannya sehingga tiba di Masjid Quba’ dan bersolat sunat dua rakaat.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang pergi ke Masjid Quba’ dari rumahnya dalam keadaan berwuduk dan solat sunat dua rakaat di dalam masjid berkenaan, ganjarannya adalah satu pahala umrah". (Ibn Majah, Musnad Ahmad: 15981).

Ia menjelaskan bukan bermakna kewajiban ibadah umrahnya telah tertunai jika seseorang menjalankan solat di Masjid Quba'. Siapa yang solat di Masjid Quba maka dia mendapatkan pahala setara dengan pahala Mengerjakan umrah. WAllahuA'lam.

Address

NO. 1304 BANGUNAN MERANTI Jalan PENDANG-KOTA SARANG SEMUT
Pendang
06700

Telephone

+60194156171

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perwira Holidays Sdn Bhd - Alor Setar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Perwira Holidays Sdn Bhd - Alor Setar:

Share

Category


Other Travel Companies in Pendang

Show All

You may also like