18/10/2015
" 11 PETUA MENGEKALKAN WARNA PAKAIAN . "
1. JANGAN RENDAM PAKAIAN TERLALU LAMA
Cukup sekadar di rendam selama 30 minit, bukan dua atau tiga hari. Detergen yang digunakan untuk merendam pakaian biasanya akan menyebabkan pakaian cepat rosak baik baju lelaki ataupun wanita.
2. PISAHKAN PAKAIAN MENGIKUT WARNA DAN JENISNYA
Pisahkan pakaian yang berwarna gelap (hitam, merah, biru, hijau) dengan yang berwarna cerah untuk mengelakkan warna pakaian yang gelap luntur dan melekat pada pakaian yang berwarna cerah. Pisahkan juga pakaian yang sangat kotor dengan yang tidak begitu kotor, kerana jika dicampur akan menyebabkan kotoran melekat kepada pakaian yang lain. Jenis pakaian juga harus dipisahkan antara pakaian luar dan pakaian dalam. Faham2 lah kenapa kena pisahkan ye..huhu
3. JANGAN SENTAL PAKAIAN DENGAN BERUS TERLALU KUAT
Fabrik pakaian akan rosak jika diberus terlalu kuat. Pakaian seperti tudung atau selendang p**a, tak perlu diberus, sebaliknya cukup sekadar digosok dengan tangan kerana jenis fabriknya yang jauh lebih lembut daripada pakaian lain.
4. JEMUR PAKAIAN BASAH DENGAN SEGERA
Pakaian yang telah siap dibasuh, di'downy', dan ditoskan airnya, perlulah segera dijemur agar pakaian tidak menjadi busuk.
5. JANGAN PERAH PAKAIAN TERLALU KUAT
Memerah pakaian terlalu kuat akan membuatkan pakaian cepat rosak atau koyak. Pakaian dalam p**a tidak perlu diperah, cukup sekadar dipicit-picit atau ditekan supaya airnya kering.
6. TERBALIKKAN PAKAIAN KETIKA DIJEMUR
Sinar matahari dapat mengakibatkan warna pakaian menjadi pudar dan lusuh. Oleh itu, terbalikkan dahulu pakaian sebelum dijemur agar bahagian luarnya tidak terkena cahaya matahari secara langsung.
7. ELAKKAN MENJEMUR PAKAIAN DENGAN HANGER
Ketika menjemur, elakkan menggunakan penyangkut baju/hanger. Ini dapat mengelakkan bahagian leher baju menjadi melar kerana ketika pakaian dalam keadaan basah, air akan menarik bahagian leher ke bawah hingga melar.
8. HINDARI PELUNTUR
Kebiasaanya, peluntur mempunyai kandungan kimia yang sangat kuat sehingga boleh menyebabkan warna fabrik meluntur dan melusuh.
9. HINDARI MENCUCI DENGAN MESIN BASUH
Pakaian yang berfabrik lembut derta berperincian deperti manik, labuci dan sebagainya, sebaiknya dicuci dengan tangan bagi mengelakkannya menjadi rosak. Mesin basuh akan membuatkan pakaian menjadi cepat rosak kerana pakaian akan dibasuh secara memutar dan dikeringkan dengan cara menarik pakaian dengan kuat.
10. SETERIKA
Pakaian akan sentiasa nampak seperti baru sekiranya diseterika terus selepas dicuci dan dijemur. Pastikan juga pakaian diseterika semasa keadaanya betul-betul kering.
11. JANGAN PAKAI SELAIN PAKAIAN TIDUR SEMASA TIDUR
Pakai baju tidur sahaja semasa tidur untuk mengelakkan peluh yang keluar ketika tidur melekat pada pakaian dan membuatkannya cepat kotor terutamanya di bahagian leher.
Like & Share jika ia Bermanfaat untuk Semua